Anda di halaman 1dari 1

CERPEN HIPERTENSI

Aiman menekup wajahnya dengan jari-jemarinya. Dia mengintip lereng bukit di hadapannya melalui
celah-celah jari. Walaupun dia cuba beralih arah, lereng bukit juga yang dia nampak. Lereng bukit itu
runtuh dan ada yang menimpa banglo di lereng bukit itu akibat kerja-kerja penerokaan dan
pembangunan. Aiman merenung buah mempelam yang jatuh secara tiba-tiba di hadapannya.
Aiman yakin bahawa dia pasti tidak akan berasa hairan tentang sebab mempelam itu jatuh ke tanah
sekiranya dia lahir satu zaman dengan Newton pada tahun 1642 kerana sudah faham tentang Teori
Graviti.
Aiman teringat ketika dia masih bersekolah dahulu. Cikgu Faridah mengajar Aiman dan kawan
sekelas tentang Teori Graviti. Aiman yang lebih bijak pada masa itu amat berbangga kerana menjadi
pemilik kepada nama Aiman Aqil. Aiman bermaksud insan yang beriman. Aqil pula bermaksud yang
berakal. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor kerana Aiman ialah murid yang amat
pintar dan mempunyai IQ yang tinggi dalam kelas tersebut. Selain itu, Aiman juga mempunyai daya
berfikir yang tinggi dan bersikap lebih matang berbanding dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain.
Walau bagaimanapun sikap Aiman amat jauh berbeza dengan dua orang adik perempuannya, iaitu
Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Adik-adiknya mudah dibentuk oleh ibu bapa mereka tetapi dia pula
sukar dibentuk kerana kuat memberontak dan sering marah-marah akan suasana di
persekitarannya. Aiman selalu ponteng sekolah ketika dia berada di sekolah rendah kerana kerap
berasa bosan dan jemu. Hal ini demikian kerana sukatan pelajaran yang bertahap rendah tidak
setanding dengan daya pemikirannya yang tinggi dan tahap kecerdikan dan kepintarannya yang
amat menonjol pada masa itu.
Oleh sebab lebih cerdik dan pintar, Aiman cepat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru-guru
di dalam kelas. Masa yang terluang digunakan untuk mengacau rakan-rakan sekelas. Perbuatannya
yang suka merayau dan mengganggu murid-murid lain selalu ditegur oleh guru kelasnya. Sikap
nakal Aiman di sekolah dilaporkan kepada ibu bapanya. Aiman dipukul oleh ayahnya. Aiman yang
degil ponteng sekolah selama seminggu sebagai tanda protes. Kesempatan itu digunakan oleh
Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia angkasa lepas yang ingin diterokainya.
Aiman membayangkan dirinya sudah dewasa dan mempunyai ijazah pertama dalam bidang
aeroangkasa. Pokok kelapa dara yang berada di penjuru banglonya dilihat sebagai kapal angkasa
yang akan dapat membawa dirinya ke angkasa lepas. Aiman nekad untuk memanjat pokok kelapa
dara tersebut. Aiman memanjat pokok kelapa itu walaupun pasti akan dipukul oleh ayahnya. Aiman
tidak peduli. Keterujaannya bertambah apabila membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di
bawah program aeroangkasa dengan Rusia. Pucuk pokok kelapa itu semakin hilang di mata Aiman.
Aiman berasa dia semakin menghampiri Stesen Angkasa Antarabangsa. Dia bangga apabila
memikirkan jutaan rakyat menyaksikan siaran langsung pengembaraannya ke angkasa lepas dan ke
bulan sebagaimana dilakukan oleh Neil Armstrong yang menjadi idolanya. Kini Aiman sudah berada
di bulan yang mempunyai kuasa graviti yang lebih lemah daripada di bumi. Aiman terapung-apung
di atmosfera tanpa udara. Aiman mendapati keadaan di bulan adalah seperti di bumi yang
mempunyai padang pasir yang luas, kawah besar, lurah, dataran dan gunung-ganang.
Aiman melihat kawasan gelap di hadapannya yang digelar lautan walaupun kajian membuktikan
tiada air dan udara di bulan. Aiman yakin tiada sesiapa dapat berpindah dan hidup di bulan. Aiman
juga dikejutkan oleh kewujudan kawah besar mempunyai darjah kepanasan tahap tinggi tidak jauh
dari situ. Satu suara halus pula kedengaran di telinga Aiman menyebabkan timbul rasa sayu
dihatinya. Aiman terasa ingin pulang ke bumi dengan secepat mungkin. Pucuk pokok kelapa dara itu
mula kelihatan di mata Aiman. Bagaimanapun, pokok serba guna itu kini sudah tua, berdaun keras
dan lidinya liat.
Aiman melihat ibu dan ayahnya hadir untuk menyambut kepulangannya dari Stesen Angkasa
Antarabangsa dan bulan. Aiman terfikir untuk terjun dari pokok kelapa itu tetapi tidak jadi. Aiman
terbayangkan ibunya yang tegas dan ayahnya yang garang dalam menjadualkan rutin hidupnya
seharian. Aiman tidak mengharapkan layanan yang kasar daripada ayahnya. Akibat terlalu kerap
ditampar di pipi, Aiman menjadi gagap. Aiman berpendapat ada banyak kemungkinan yang
menyebabkan dirinya mempunyai kelainan sikap. Namun begitu, Aiman tidak mempunyai jawapan
untuk persoalan itu.

Anda mungkin juga menyukai