Anda di halaman 1dari 4

KUPASAN CERPEN HIPERTENSI

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang
penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo
keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah tergondola akibat kerja-kerja penerokaan dan
pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini berkisarkan tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh
Aiman sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan
murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviiti yang dicetuskan oleh Isaac Newton
dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu
Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai
professor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang
berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak
sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di
rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik.
Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah
akibat berasa bosan dan jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya
pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang
tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi
mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam
kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu
kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa
Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehinggga lebam.

Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu
digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan Sains angkasa lepas. Dalam
imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di
penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah
kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan Sains angkasa lepas dengan menjadikan
pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul
Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati saja. Aiman
semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasa yang telah diberi peluang mengikuti
latihan intensif di bawah program Aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Aiman
membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang mendarat di bulan dengan menaiki kapal
angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian
saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum meneroka bulan. Seterusnya, daya
imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang udara angkasa
bulan tanpa udara. dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal
dan keadaan bulan yang sebenar.

1
Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa
lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu seringkali menampar
Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi
masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa Aiman telah membawa Aiman untuk
menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar
berpijak di bumi yang nyata, iaitu kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi
membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan
kesilapan yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.

Aiman Aqil menjawab


teori graviti yang disoal Aiman Aqil mempunyai
oleh gurunya dengan baik. pengetahuan sains yang
tinggi seperti teori Paul
Broca.

TEMA
Kepintaran
Aiman Aqil mampu Kepintarankanak-kanak
kanak-kanak
menyelesaikan masalah genius
genius
Matematik pelajar
Tingkatan Lima walaupun
baru berusia lapan tahun.

2
LATIHAN PENGUKUHAN

BERDASARKAN PERISTIWA PENTING

Jadual 1
PERISTIWA Aiman Aqil telah memanjat pokok kelapa untuk berfantasi sebagai tanda
protes akan tindakan bapanya merotannya.
ASPEK
KOMSAS
NILAI
PENGAJARAN
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR
MASYARAKAT

Jadual 2
PERISTIWA
Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti
dengan baik dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.
ASPEK
KOMSAS
NILAI
PENGAJARAN
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR
MASYARAKAT

Jadual 3
PERISTIWA
Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering
merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja.
KOMSAS
NILAI
PENGAJARAN
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR
MASYARAKAT

3
Soalan pemahaman Komsas mirip SPM (SET 1)

Sila jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut
di dahanan utuh ataupun reranting teguh, Ketawa berderai meriuhkan suasana
kelas.

Perlahan-lahan Aiman bangun. Newton ambil ingatan akan daya gravity akan
dapat menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.

Maksudnya? Satu lagi pertanyaan terlatun daripada Cikgu Faridah, yang


menggelari dirinya professor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai
IQ yang tinggi.

Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala. Riuh gemuruh
terus berterusan menyambut jawapan ringkasnya.

Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang


nampaknya macam tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-
cepat Aiman membetulkan jawapannya.

Kuasa graviti yang lebih besar dan kuat itu, menetapkan semua planet dalam
sistem suria pada kedudukan orbit masing-masing.

i) Apakah reaksi Cikgu Faridah apabila mendengar jawapan daripada Aiman ?


( 2 markah )

ii) Jika anda sebagai pelajar pintar, apakah yang akan anda lakukan untuk
membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran?
( 3 markah )

iii) Huraikan satu perwatakan Aiman Aqil dalam petikan dan satu perwatakan
Aiman Aqil yang tiada dalam petikan.

( 4 markah )

Anda mungkin juga menyukai