Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN : EPE 211

NAMA MATA : FALSAFAH PENDIDIKAN


PELAJARAN

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : MARIANI SUBIN

NO. MATRIK : E30109130079

FASILITATOR :
AKADEMIK

PUSAT : KG. MESILOU RANAU


PEMBELAJARAN (PROGRAM PENSISWAZAHAN)

1
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. 1.0 :BAHAGIAN A 3-5
1.1: “FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA DAN KAITANNYA
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA”
2. 2.0: BAHAGIAN B 6-14
2.1: SOALAN (a)
2.2: SOALAN (b)
2.2.1: b(a)
2.2.2: b(b)
2.3: SOALAN (C)
2.3.1: C (a)
2.3.2: C (b)

3. RUJUKAN 15

2
1.0: BAHAGIAN A

1.1: “FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA DAN KAITAN DENGAN FALSAFAH


PENDIDIKAN NEGARA”

Falsafah bagi saya bolehlah didefinasikan sebagai pengetahuan ataupun ilmu tentang sesuatu
manakala falsafah pendidikan pula merupakan ilmu, pengetahuan dan juga penyelidikan dalam
bidang pendidikan. Saya berani katakan bahawa falsafah adalah satu penyelidikan kerana setiap
orang mempunyai falsafah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Dan tidak semestinya setiap
falsafah yang dipegang membuahkan hasil yang memberangsangkan. Malah, kegagalan juga
adakalanya berlaku dan perkara inilah yang harus ditelusi dan diselidiki akan kekurangannya dan
dibuat penambahbaikkan. Falsafah berfungsi sebagai pegangan dan juga sebagai panduan bagi
kita dalam menjalani kehidupan seharian demi mencapai matlamat yang kita sasarkan. Dalam
erti kata lain, falsafah adalah garis panduan yang harus kita patuhi seiring dengan meletakkan
usaha di tempat yang seterusnya kerana apabila kita hanya berpegang kepada falsafah tetapi
tidak berusaha untuk melaksanakannya, semua rancangan kita tidak akan membuahkan hasil.
Saya percaya bahawa kita semua mempunyai falsafah dalam hidup masing-masing. Tidak kiralah
falsafah sebagai seorang pelajar, seorang doktor mahupun falsafah hidup sebagai seorang rakyat
kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

Bagi saya yang merupakan seorang warga pendidik, berpegagng kepada falsafah pendidikan
negara adalah amat penting sebagai garis panduan yang harus saya patuhi dalam menjalankan
tugas mendidik anak bangsa. Dalam masa yang sama, saya juga berpegang teguh kepada falsafah
pendidikan saya sendiri untuk membina identiti saya yang tersendiri sebagai salah seorang
daripada warga pendidik di negara ini. Beberapa fasal telah dijadikan sebagai garis panduan bagi
saya untuk mencapai sasaran matlamat saya dalam bidang kerjaya perguruan sebagai seorang
guru berprestasi tinggi dan mampu melahirkan generasi anak didik yang bertauliah dan berjaya.

Antara falsafah yang menjadi pegangan saya adalah berusaha untuk mencurahkan ilmu
secara ikhlas dan sabar kepada para pelajar. Hal ini saya tekankan dalam prinsip saya kerana
ilmu yang kita berikan dengan ikhlas lebih senang diterima oleh para pelajar tidak kiralah sejauh

3
mana tahap pengetahuan mereka. Sudah semestinya dalam kalangan pelajar tidak semuanya
adalah pelajar yang mampu mencerna apa yang diberikan dalam proses yang cepat.
Sebahagiannya memerlukan proses yang lebih lama dari pelajar lain. Dengan berkat kesabaran
yang ada dalam setiap diri tenaga pengajar, pelajar akan dapat menguasai ilmu yang diterima.
Falsafah yang saya pegang ini seiring dengan Falsafah Pendidikan yang sudah digariskan oleh
kerajaan bahawa pendidikan di negara kita adalah satu usaha yang berterusan dalam
mengembangkan potensi individu secara meneluruh.

Saya juga berpegang teguh kepada prinsip saya iaitu tidak hanya tertumpu kepada subjek
mahupun silibus yang telah ditetapkan tetapi juga membekalkan anak didik saya dengan
menekankan aspek pembelajaran yang merangkumi semua aspek kehidupan untuk
menjadi seorang insan. Ilmu yang tidak terkandung dalam silibus inilah yang sebenarnya
banyak membantu pelajar untuk menentukan hala tuju mereka sebaik sahaja mereka mula
mengatur langkah menuju alam kerjaya kelak. Saya sedar bahawa ilmu pelajaran semata-mata
tidak mampu menolong para pelajar sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran-kemahiran
‘soft-skills’ dan juga jati diri yang kuat. Falsafah Pendidikan Negara sendiri matlamatnya adalah
untuk menghasilkan generasi bijak pandai yang sahsiahnya tinggi, seimbang dan juga bersepadu.

Nilai murni juga saya jadikan antara elemen yang penting dalam etika kerja saya.
Menunjukkan nilai yang murni serta adab yang selayaknya kepada anak didik mampu
membentuk peribadi dan tingkah laku mereka dengan sempurna. Sebagai seorang guru,
anak murid akan sentiasa menjadikan kita sebagai penanda ukur bagi mereka untuk melakukan
sesuatu. Bukankah simpulan bahasa bagaimana acuan,begitulah kuihnya yang sering kita guna
pakai sudah cukup jelas untuk menerangkan relevannya mengamalkan nilai-nilai estetika yang
murni. Sekiranya kita berakhlak baik dalam setiap perlakuan, itulah yang akan dicontohi dan
sebaliknya jugala yang akan mereka contohi sekiranya kita bersikap negatif. Prinsip ini saya
ambil kira berdasarkan saranan Falsafah Pendikan Negara kita yang mahu melahirkan rakyat
yang berilmu pengetahuan dan tidak kurang juga dari segi akhlaknya yang mulia.

Selain itu juga, dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, saya tidak lupa untuk
terapkan dalam diri pelajar saya nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan. Dalam setiap apa

4
yang kita lakukan, kita masih lagi berpaksi kepada agama dan tuhan kita tidak kiralah apapun
agama yang kita anuti. Unsur ini wajib dan harus bagi kia asuh sedari awal pertumbuhan minda
agar kita tidak terpesong daripada landasan yang betul dan dengan mudah boleh menjadi cara
hidup kita. Hatta, sewaktu alam persekolahanlah kita harus menanam dan memupuk nilai-nilai
patuh kepada agama dan percaya kepada tuhan dalam diri pelajar. Hal ini sudah ditekankan
melalui FPN di mana system pendidikan negara secara ringkasnya adalah untuk melahirkan
generasi insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.
Hal ini dengan jelas menyatakan hasrat negara yang mahu melahirkan insan yang berpegang
teguh kepada agama.

Mendengar dan memahami setiap pandangan anak murid menjadi salah satu daripada
falasafah pendidikan bagi saya. Saya percaya bahawa dalam proses pembelajaran ataupun
perbincangan, pandangan daripada setiap ahli yang terlibat adalah penting kerana fahaman kita
tentang sesuatu perkara adalah berbeza. Tidak salah sekiranya kita mendengar apa yang ingin
mereka sampaikan. Manatahu kita boleh mendapat sesuatu daripada mereka. Proses ini saya
namkan sebagai proses dua hala di mana bukan sahaja saya yang memberikan ilmu tetapi saya
juga menerima ilmu daripada anak didik saya. Dengan cara ini, saya dapat melihat bagaimana
keterbukaan mereka untuk menerima saya san seterusnya menjadikan suasana pembelajaran
menjadi lebih efektif dan kondusif. Saya menjadikan FPN yang berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi sahsiahnya, inteleknya dan juga dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat sebagai asas dalam melaksanakan proses ini.

Secara keseluruhannya, segala usaha yang dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan
serta menjana peribadi insan dalam setiap diri anak didik agar mampu menjadi orang yang
berguna pada masa hadapan. Segala usaha ini juga sebagai metode untuk saya mencapai
matlamat saya sendiri yang mahu manjadi seorang Guru Cemerlang dan mencapai kejayaan
dalam kerjaya saya.

5
2.0: BAHAGIAN B
2.1: SOALAN (a)

Ahli falsafah yang dipilih daripada Kotak A ialah Socrates dan Al-Farabi daripada Kotak B.
Berikut merupakan biodata Socrates dan juga Al-Farabi secara ringkas.

 SOCRATES
Socrates merupakan seorang ahli falsafah Greek dan dilahirkan di Athens pada tahun 470
S.M. Ayahnya, Sophroniscus merupakan seorang pengukir dan telah menurunkan
ilmunya dalam bidang pengukiran kepada Socrates di awal usia anaknya itu.1 Setelah
berkhidmat dalam bidang ketenteraan selepas ayahnya meninggal dunia, Socrates
menumpukan perhatian pada minatnya iaitu dalam bidang pengajaran. Dalam
perkongsian ilmu, Socrates tidak akan mengenakan sebarang bayaran pun terhadap
muridnya. Ketika beliau berusia 70 tahun, Socrates telah didakwa atas tuduhan
menyembah tuhan-tuhan yang aneh dan bertindak untuk menularkan idea mengenai isu
ini terhadap anak muridnya. Tidak lama selepas itu, Socrates menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada bulan Februari, 399 SM akibat menelan ‘Hemlock’ iaitu sejenis racun.

 AL-FARABI
Al-Farabi merupakan seorang tokoh dan juga ahli falsafah yang dilahirkan di Wasij
Tukestan pada tahun 872. Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin
Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Beliau dikatakan menerima didikan awal melalui guru
secara persendirian. Selain itu juga, beliau menerima didikan secara formal melalui
majlis-majlis ilmu di masjid yang berdekatan.2 Sepan jang kehidupan beliau, terdapat

1
Biography of Socrates.(T.T). diperoleh pada 11 Mac 2014 daripada
http://www.sacklunch.net/biography/S/Socrates.html
2
Ida Syuhada.(22 Novemberr 2010).Riwayat Hidup Al-Farabi. Diperoleh pada 11 Mac 2014 daripada
http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/riwayat-hidup-alfarabi

6
kira-kira 400 buah buku hasil nukilan beliau sendiri. Pada tahun 950, beliau telah
meninggal dunia pada usia 80 tahun.

2.2: SOALAN (b)


2.2.1: b(a)

Socrates semasa hidupnya telah banyak menyumbang kepada pandangan ahli-ahli falsafah
seantero dunia mengenai pendidikan walaupun beliau tidak membukukan atau menulis hasil
fahaman beliau. Melalui anak muridnya yang juga merupakan salah seorang daripada ahli
falsafah yang terkemuka, Plato, segala hujah-hujah yang pernah dikeluarkan oleh Socrates telah
dicatatnya. Menurut Plato, gurunya itu merupakan orang yang paling bijak dan adil pada
zamannya.

Konsep pendidikan yang beliau kenalkan adalah untuk mencari solusi ataupun jawapan bagi
sesuatu persoalan, kita harus berusaha untuk mencapainya. Seseorang individu itu tidak
seharusnya bergantung kepada guru mereka untuk memberikan jawapan secara langsung tetapi
sebaliknya, mereka harus berusaha untuk mencari jawapannya dalam diri mereka sendiri. Beliau
juga mementingkan konsep bahawa pendidikan dan ilmu itu adalah penting dari aspek
kehidupan. Bagaiman untuk manjalani kehiupan yang baik.3 Menurut beliau juga, pendidikan
adalah,‘to know what you can and most importantly is to know what we don’t know’. Apa yang
cuba di sampaikan oleh ahli falsafah tersebut adalah bahawa adalah penting bagi kita untuk
mengetahui apa yang kita sepatutnya tahu dan adalah amat penting lagi bagi kita untuk
mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu.

Rasional yang diberikan oleh beliau mengenai konsep yang diperkenalkan adalah beliau percaya
bahawa ilmu itu akan lebih dikuasai apabila kita sendiri berusaha untuk mendalaminya dan kita
akan lebih menghargai ilmu sekiranya kita perolehi ilmu tersebut dengan cabaran berbanding
apabila kita dengan senang dapat menjawabnya. Selain itu, ilmu pengetahuan penting dalam
aspek kehidupan. Melalui pendidikan, kita akan tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan

3
The Educational Theory of Socrates.(18.8.2011). diperoleh pada 12 Mac daripada
http://www.newfoundations.com/GALLERY/Socrates.html

7
dengan sebaiknya. Semantelah, beliau berpendapat bahawa mereka yang berilmu tidak akan
melakukan kejahatan lantaran mereka mampu membuat pertimbangan akan baik buruknya hasil
daripada perlakuan mereka.4

Bagi Al-Farabi pula, oleh kerana diawal pendedahan beliau sudah mula membukukan hasil
nukilan beliau, maka banyaklah hasil karyanya yang telah direkodkan dalam bidang pendidikan.
Menurut ahli falsafah ini, adalah menjadi peranan seorang guru untuk menentukan kemenjadian
konsep pendidikan ataupun tujuan pendidikan. Baginya, tujuan pendidikan adalah merangkumi
pelbagai aspek dan sudut ilmiah iaitu untuk mendisiplin (ta’dib), melatih (tahdhib), membimbing
(tasdid), mengajar (ta’lim), mengasuh (tarbiyah), pembelajaran (irtiyad), menaksir (taqwim), dan
juga sebagai asuhan (tarbiyah)5. Atas dasar tujuan pendidikan inilah beliau beranggapan bahawa
tugas guru yang bukan sedikit itu memainkan peranan yang sangat besar untuk mengubah serta
mendidik pelajar bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga dari segi kehidupan mereka
sementelah manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki moral yang tinggi.

Selain itu juga, kemahiran untuk menguasai nilai, pengetahuan dan juga kemahiran ke arah
mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan juga merupakan salah satu daripada matlamat dan
tujuan pendidikan yang diutarakan oleh Al-farabi. Menurut beliau lagi, sempurnanya seseorang
insan itu adalah apabila dia sudah menguasai ilmu yang dipelajarinya dan juga nilai-nilai murni
serta menjadi contoh kepada orang lain. “All work together in order to attain happiness”. Frasa
inilah yang telah diungkapkan oleh filsafat kita ini apabila menyentuh mengenai pembentukan
satu komuniti yang ideal di mana kebahagiaan dalam hidup bergantung kepada keupayaan
mereka untuk saling tolong menolong dan saling bekerjasama antara satu sama lain.6

Rasional yang boleh kita ambil melalui pendapat tokoh ini mengenai konsep pendidikan adalah
melalui tujuan pendidikan yang pelbagai itu, sekiranya dilaksanakan mampu melahirkan generasi

4
Afid Burhanuddin.(21 September 2013).Filsafat Socrates. Diperoleh pada 12 Mac 2014 daripada
http://afidburhanuddin.wordpress.com/2013/09/21/filsafat-socrates/
5
Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (T.T). diperoleh pada 12 Mac 2014 daripada
kpf3012.wikispaces.com/file/view/KPF3012 .pdf
6
(Paris, UNESCO: International Bureau of Education). (2000). Al-Farabi [versi elektronik].vol. XXIII, no. 1/2, 1993, p.
353-372. Diperoleh pada 13 Mac 2014 daripada
www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/farabie.

8
bangsa serta masyarakat yang mampu berfikiran kritis dan kreatif serta mampu meningkatkan
taraf dan satus hidup ke arah yang lebih baik. Masyarakat yang berilmu akan menghasilkan
persekitaran yang berasaskan kebahagiaan lantaran mereka menjadi peka dan sering bantu-
membantu. Secara logiknya, sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan, adalah lebih mudah
bagi kita untuk membuat sebarang pertimbangan dan kita juga akan lebih mudah untuk mengusai
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

2.2.2: b(b)

Bagi Socrates dan Al-Farabi, masing-masing mempunyai persamaan dan juga perbezaan
mereka sendiri. Hal ini banyak dilihat melalui cadangan mata pelajaran yang sepatutnya diajar
yang telah mereka utarakan kepada pandangan masyarakat. Persamaan mereka jelas terlihat
apabila kedua-dua mereka mementingkan ilmu dalam bidang sains. Namun begitu, kepentingan
ilmu Sains bagi Socrates dan Al-Farabi adalah berbeza. Socrates beranggapan bahawa Sains
adalah penting dalam mentadbir negara dan secara amnya lebih kepada aplikasi dalam kehidupan
manakala bagi Al-Farabi pula, Sains tidak berguna sekiranya tidak diguna pakai dalam
kehidupan dunia sebenar dan justeru itu,beliau mengklasifikasikan sains dengan tujuan
pendidikan. Beliaulah tokoh Islam pertama yang muncul dengan idea tersebut. Secara amnya,
ilmu sains adalah penting dalam kehidupan seharian kita lantaran banyak sekali fenomena alam
yang menggunakan ilmu sains bagi kita untuk menyelesaikannya dan memerlukan fikiran yang
kreatif. Ilmu sains dapat membantu kita bukan sahaja dari segi teori tetapi juga melalui
eksperimen yang dilakukan.

Seterusnya, Socrates dan Al-Farabi adalah sama dalam pendapat mereka untuk mengajar subjek
Matematik. Socrates menjelaskan bahawa subjek ini adalah sama pentingnya dengan sains
dalam keperluan untuk mentadbir sesebuah negara. Beliau beranggapan bahawa negara yang
lemah dalam ilmu kira mengira ini mempunyai sistem pentadbiran dan juga ekonomi yang
lemah. Menurut Al-Farabi pula, ilmu matematik adalah sangat ditikberatkan dan dipanggil
sebagai ilmu yang bertujuan untuk pengajaran ataupun ta’lim. Beliau beranggapan bahawa
nombor adalah jelas dan tepat serta tidak mengelirukan pelajar. Bermain dengan nobor juga
mampu mengasah intelek pelajar.

9
Perbezaan cadangan matapelajaran ya ng diutarakan oleh kedua-dua tokoh ini dapat dilihat
apabila Socrates menjadikan ilmu dalam bidang muzik sebagai titik permulaaan dalam
pembelajaran. Beliau percaya bahawa melalui muzik semangat keberanian ataupun semangat
patriotic dapat disuntik dan membentuk peribadi pelajar yang baik. Namun begitu, tidak semua
bentuk genre dan melodi dibenarkan oleh beliau. Melodi yang sedih ataupun terlalu meriah
adalah dilarang atas sebab yang sama. Dikhuatiri melodi yang sering didendangkan itulah yang
akan membentuk perwatakan anak didiknya. Titik permulaan yang diutarakan oleh Al-Farabi
pula adalah dari segi bahasa.7 Menurut beliau, urutan dalam pelajaran seharusnya dimulai dengan
mempelajari bahasa dan strukturnya terlebih dahulu. Ini adalah kerana beliau bersikap cakna
akan kelebihan mereka yang mampu berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa.
Beliau sendiri merupakan seorang ‘bilinguism’. Melalui kebolehan ini, beliau dapat melihat
perbandingan antara budaya, etnik dan sebagainya. Harfiahnya, kebolehan berbahasa ini adalah
amat penting buat pelajar kerana ‘soft skill’ inilah yang akan membantu mereka untuk
mengekspresikan diri masing-masing apabila berhadapan dengan mereka yang berlainan bahasa.
Apabila mereka mampu berkomunikasi dengan baik, akan lahirlah persefahaman antara mereka
dan ikatan akan terjalin.

2.2.3: b(c)

Socrates dan Al-Farabi masing-masing menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran


mereka yang tersendiri. Namun, tidak dinafikan sekiranya terdapat sedikit persamaan didalam
kaedah yang mereka gunakan.

Bagi Socrates, beliau pertama sekali menggunakan kaedah bercerita iaitu menggunakan
pendekatan melalui penceritaan. Disini, melalui penceritaan kisah-kisah teladan dan juga
kebaikan beliau gunakan secara kritis untuk mendedahkan kepada anak-anak didiknya kepada
sifat kebaikan. Dia percaya mereka akan seterusnya belajar untuk menghargai kebaikan dan akan
menanam sifat benci kepada kejahatan. Lain pula bagi Al-Farabi kerana pendekatan pengajaran
yang beliau gunakan adalah melalui kaedah demonstrasi dan juga kaedah memujuk. Dalam

7
(Paris, UNESCO: International Bureau of Education). (2000). Al-Farabi [versi elektronik].vol. XXIII, no. 1/2, 1993,
p. 353-372. Diperoleh pada 13 Mac 2014 daripada
www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/farabie.

10
usaha untuk memberikan ilmu kepada pelajar,kaedah yang betul hendaklah digunakan bagi
menjamin keberkesanan penerimaan ilmu tersebut. Melalui kaedah demonstrasi, guru akan
menerangkan sesuatu konsep itu melalui kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.
Komunikasi dua hala antara pelajar dan guru membolehkan mereka berinteraksi untuk
memperoleh pengetahuan khusus. Melalui kaedah memujuk, beliau tegaskan bahawa setiap
warga pendidik itu seharusnya menggunakan alternative dengan bersuara ataupun bercakap
diikuti dengan penggunaan contoh, metafora dan juga illustrasi. Pada masa kini, kaedah ini lebih
dikenali sebagai alat bantu visual. Hal ini dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami
sesuatu subjek tersebut. Selain itu, penggunaan alat visual ini juga dapat menarik perhatian
pelajar.

Menurut Socrates juga, pembelajaran di dalam kelas tidak akan berkesan dan pelajar tidak akan
dapat menguasai ilmu yang dipelajari sekiranya mereka bersikap pasif sewaktu proses berjalan.
Mereka seharusnya rajin bertanya kepada guru agar mereka mampu berfikir secara kritis dan
mampu menyelesaikan masalah yang diberikan. Selain itu, proses saling bertanya soalan ini
mampu mengasah pemikiran dan minda pelajar. Bagi Al-Farabi pula, dia suka apabila
pelajarnya menggunakan metode fahaman berbanding hafalan. Apabila mereka menghafal,
kebarangkalian untuk mereka memahami teks yang dibaca secara berulang kali adalah tipis
kerana mereka hanya tertumpu untuk menghafal teks tersebut. Berbeza apabila mereka
memahami teks tersebut, segala konsep dan juga teori mengenai topik yang dipelajari dapat
dikuasai dengan lebih mudah.

Persamaan yang ketara antara Al-Farabi dan juga Socrates dari segi pendekatan pengajaran
mereka adalah apabila mereka mementingkan elemen yang berunsurkan permainan dalam
pengajaran mereka. Rasionalnya menggunakan unsur mainan dalam pengajaran adalah untuk
menimbulkan suasana yang aktif di kalangan pelajar serta menggalakkan lagi pertumbuhan idea
yang kreatif antara mereka. Selain itu, mereka juga sependapat apabila mengenakan hukuman
kepada anak didik mereka. Mereka mengelak untuk menggunakan kekerasan dalam memberi
hukuman dan sentiasa bersederhana dalam hal tersebut. Perkara ini seharusnya diamalkan agar
tidak timbul rasa benci dalam diri pelajar terhadap pendidiknya. Dan dalam masa yang sama,
mereka masih hormat kepada guru mereka.

11
2.3: SOALAN (C)
2.3.1: C (a)

Sebagai salah seorang daripaada warga pendidik yang memainkan peranan penting dalam
masyarakat, saya telah terlebih dahulu mengkaji dan meneliti kaedah-kaedah yang telah
dijalankan oleh tokoh terdahulu. Banyak antara kaedah mereka dianggap sebgai titik permulaan
bagi keberlangsungan pendidikan yang dijalankan pada masa kini.

Seperti tokoh-tokoh yang lain, Al-Farabi dan juga Socrates telah banyak membantu dan
menyumbang kepada falsafah pendidikan dan juga proses pengajaran serta pembelajaran pada
masa kini. Walaupun begitu, pendapat dan juga pemahaman setiap guru adalah berbeza antara
guru yang lain. Bagi saya, pendapat kedua-dua ahli falsafah yang telah saya pilih iaitu Socrates
dan juga Al-Farabi mempunyai elemen yang sangat perlu untuk kita terapkan dalam diri serta
perlu kita aplikasikan dalam proses pengajaran kita.

Pendapat Socrates yang memerlukan pelajarnya besikap aktif dalam proses pembelajaran
amatlah saya setuju. Hal ini adalah kerana apabila pelajar itu tidak mengambil berat akan
keadaan persekitaran mereka, perhatian minda mereka akan lari daripada tujuan asal proses
pembelajaran itu sendiri dijalankan iaitu untuk mendapatkan ilmu. Sekiranya fikiran mereka
menerawang ke tempat lain, ilmu yang dipelajari tentu sahaja tidak akan dapat mereka kuasai.
Seperti pepatah melayu yang ada mengatakan, “bagai mencurah air ke daun keladi”.

Selain itu, saya juga setuju apabila Socrates berpendapat bahawa tahap fizikal pelajar juga
mempengaruhi penyertaan mereka dalam aktiviti pelajaran. Apabila mereka berada dalam
keadaan fizikal yang cerdas dan sihat, adalah lebih mudah bagi mereka untuk fokus dalam
sesuatu pelajaran. Selain itu, perhatian mereka juga tidak mudah teralih lantaran mereka akan
sentiasa bersemangat untuk meneruskan pelajaran dan sentiasa berdaya saing dalam keadaan
yang sihat.

12
Selain itu, saya juga bersetuju mengenai pendapat ahli falsafah Al-Farabi apabila beliau
mengatakan bahawa kaedah fahaman adalah kunci utama bagi seseorang individu untuk
menguasai ilmu. Beliau menerangkan bahawa kaedah fahaman adalah lebih berkesan berbanding
kaedah hafalan. Saya percaya bahwa semua pelajar termasuklah diri saya sendiri terlalu
bergantung kepada kaedah hafalan. Melalui apa yang saya perhatikan, pelajar lebih banyak
menghafal terutamanya menjelang musim peperiksaan. Apa yang berlaku dalam situasi ini
adalah ilmu ataupun konsep yang dibaca hanya akan bertahan selama mana ujian itu
berlangsung. Selesai sahaja kertas subjek itu diduduki, nescaya apa yang dibaca sebelumnya
akan dilupakan. Berbeza apabila kita menggunakan kaedah fahaman. Konsep serta teori yang
dipelajari akan mampu dikuasai.

Selain itu, saya juga bersetuju mengenai pendapat beliau yang mengatakan bahawa subjek
bahasa adalah amat penting sebagai salah satu subjek yang harus kita kuasai. Melalui bahasa,
kita dapat berkomunikasi dengan mereka yang berlainan bahasa daripada kita. Bahasa mampu
meningkatkan taraf hidup seseorang tidak kiralah dari segi ekonomi mahupun status sosial.

2.3.2: C (b)

Pada pandangan saya, Socrates telah mengutarakan banyak pandangan yang bernas dan amatlah
berguna sebagai panduan bagi pendidik-pendidik pada zamannya. Namun begitu, terdapat
beberapa pendapat serta pandangannya yang tidak relevan dan agak kurang bertepatan sekiranya
diguna pakai pada masa kini.

Antara pendapatnya yang menurut saya agak kurang relevan adalah dalam aspek pendidikan
muzik beliau. Socrates menggalakkan penggunaan muzik yang berirama sederhana dan hanya
penggunaan alat muzik yang mudah sahaja dibenarkan. Hal ini akan membejat dan menghalang
bakat yang ada dalam diri pelajar. Oleh kerana beliau beranggapn bahawa muzik yang didengari
mampu membentuk perwatakan individu, beliau khuatir sekiranya genre muzik yang didengari
adalah dari genre rock, maka anak didik akan berperwatakan ganas dan sukakan perkelahian. Ini
sama sekali tidak benar kerana, muzik pada zaman sekarang adalah sebagai salah satu minat dan
juga cara bagi anak-anak mengekspresikan diri mereka sendiri.

13
Bagi Al-Farabi, agak susah sedikit bagi kita untuk melihat ketidak relevannya pendapat dan
pemahaman yang beliau usulkan kepada dunia pendidikan kerana ideanya banyak mendatangkan
kelebihan.

14
3.0: RUJUKAN

Biography of Socrates.(T.T). diperoleh pada 11 Mac 2014 daripada


http://www.sacklunch.net/biography/S/Socrates.html

Ida Syuhada.(22 Novemberr 2010).Riwayat Hidup Al-Farabi. Diperoleh pada 11 Mac 2014
daripada
http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/riwayat-hidup-alfarabi

The Educational Theory of Socrates.(18.8.2011). diperoleh pada 12 Mac daripada


http://www.newfoundations.com/GALLERY/Socrates.html

Afid Burhanuddin.(21 September 2013).Filsafat Socrates. Diperoleh pada 12 Mac 2014 daripada
http://afidburhanuddin.wordpress.com/2013/09/21/filsafat-socrates/

Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (T.T). diperoleh pada 12 Mac 2014 daripada


kpf3012.wikispaces.com/file/view/KPF3012.

(Paris, UNESCO: International Bureau of Education). (2000). Al-Farabi [versi elektronik].vol.


XXIII, no. 1/2, 1993, p. 353-372. Diperoleh pada 13 Mac 2014 daripada
www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/farabie

15

Anda mungkin juga menyukai