Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL: PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

SINOPSIS
Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala,
Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor
jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana
Menteri yang paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah
Alam di Rimba ialah yang paling terkenal. Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan
pemerintahannya dan menemui lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang
sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba
menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu memberitahu Syah
Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan mereka. Syah Alam
di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa
memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-
sahutan dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak
memerang itu mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.

Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati
anak-anak mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di
sekitar kawasan itu. Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan
memerang itu berbincang untuk bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi
memaklumkan perkara tersebut. Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun
pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta
di hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak terkira bilangannya. Mereka datang
dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh baginda Nabi Sulaiman. Apabila tiba
gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri mereka
yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah
Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi
Sulaiman termenung seketika berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda
memerintahkan supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan
dengan segera. Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan
kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera
memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa
dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan
memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan
musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah mencederakan anak-anak memerang.

Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas
belatuk supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda
bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa menunggu perintah baginda terlebih
dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan
membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa ada musuh yang hendak menyerang
Nabi Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar oleh para
hulubalang.
Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak.
Apabila Sang Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda
ingin tahu akan Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia
membawa pedang tanpa sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya,
ada musuh yang hendak menyerang baginda. Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk
menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi
mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak
bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka, Sang
Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi
alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan
masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak
menyerang Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui
Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah
Sang Sebarau datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang
;sehingga melengkung seperti orang dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu
menyatakan bahawa dia memang mahu berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.
Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga
serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa
sangat sedih dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan
menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang.

Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap
TEMA
Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan
mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi
menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang
Memerang.

___________________________________________________________________

CONTOH PERISTIWA: Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-
anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak
Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah Alam
di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang dilakukan oleh
Sang Bubut.
i. _______________________________________________________________

Contohnya: Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang
Sebarau yang tinggal dalam keadaan bersusah hati.

ii. ___________________________________________________________
PERSOALAN Contohnya: Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu
Nabi Allah Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan
perbuatan Syah Alam di Rimba.

iii. _______________________________________________________________

Contoh: Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran
kepada Sang Memerang.

NILAI______________________________________ NILAI _________________________________

Contohnya: Syah Alam di Rimba prihatin dengan Contohnya: ibu dan bapa memerang keluar
kehidupan anak-anak buahnya dan mengambil berat akan mencari makanan untuk anak-anak memerang.
masalah-masalah yang melanda mereka.

NILAI

NILAI __________________________________
Contohnya: mak dan bapa memerang patuh akan
perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat
pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan
terhadap anak-anak Sang Sebarau.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat Contoh:
________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

ii. kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah

Contoh: ________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

iii. Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai