Anda di halaman 1dari 4

PELANDUK MENGAJAR

MEMERANG
Balasan terhadap golongan yang menganiayai
golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang
yang menganiayai anak – anak Sang Sebarau.
Sebagai balasannya, dengan takdir Allah S.W.T,
anak – anak Sang Memerang sendiri terbunuh
selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba
ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu
terdengar bunyi paluan gendang perang yang
dilakukan oleh Sang Bubut.
a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu
dengan sebanyak – banyaknya tanpa
memikirkan nasib pihak lain.
Cth:
Sang Memerang telah makan semua anak Sang
Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang
tinggal dalam keadaan bersusah hati.
b) Pengaduan dilakukan kepada pihak yang
berkuasa.
Cth :
Sang Memerang membuat pengaduan kepada
pihak yang berkuasa , iaitu Nabi Allah Sulaiman
tentang peristiwa kematian anak – anaknya
disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.

Anda mungkin juga menyukai