Anda di halaman 1dari 2

ENJIN CARIAN (SEARCH ENGINE)

Apa Itu Enjin Carian?


1. Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah
untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang
dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan.
2. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam
SERP(Search Engine Result Page) atau bahasa melayunya hasil muka carian
dalam enjin carian.
3. Namun tak semua enjin carian adalah sama konsepnya. Sesetengah enjin carian
hanya akan mengindeks tajuk nama post sahaja manakala sesetengah lagi akan
mengindeks kandungan sesebuah post entry.

Contoh Enjin Carian


Terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Antara 3 contoh enjin carian yang
paling banyak digunakan dan disukai oleh ramai kerana mesra pengguna adalah
Google, Yahoo dan Bing.
Bagaimana Enjin Carian Bekerja?
1. Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labahlabah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul
segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web.
2. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang
akan menyimpan data-data ini dan diproses.
3. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan
melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam
proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang
terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan
diindekskan ke dalam pangkalan data.

CONTOH CONTOH ENJIN CARIAN

Anda mungkin juga menyukai