Anda di halaman 1dari 4

KISAH KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

Assalamualaikum wbt..

Raja Namrud..Raja yang Zalim.
Tidak puas dengan kemewahan yang ada
Diri diangkat menjadi tuhan.
Kekerasan.mainan hidupnya.
Tanpa ada perikemanusiaan..

Ya kawan-kawan.nama penuh Raja Namrud ialah Namrud bin Kanaan. Beliau merupakan
Raja di Negara Babilon. Rakyatnya hidup makmur dan mewah. Tetapi sayangnya.rohani masih
kosong.tidak mengenal tuhan pencipta .menyembah patung-patung yg diukir sendiri.

Ya kawan-kawan dan hadirin sekelian..
Kekuasaan Raja Namrud tergugat apabila pada suatu malam beliau bermimpi dalam tidurnya,
ada seorang anak kecil melompat masuk ke kamarnya lalu merampas mahkota beliau dan
menghancurkannya. Apabila tersedar dari tidur beliau pergi menemui ahli nujum untuk
mentafsir mimpi.

Seorang kanak-kanak lelaki akan lahir di negeri tuanku perintah,
Kanak-kanak itu beriman kepada Tuhan yang tuanku tidak kenal..
Dan dia akan menjadi musuh tuanku. Jelas ahli nujum itu.

Mendengar penjelasan itu, Raja Namrud dengan angkuhnya memerintahkan agar semua bayi
lelaki yang lahir pada ketika itu dibunuh hidup-hidup. Kebetulan pada ketika itu.lahirlah Nabi
Ibrahim a.s.
Ya kawan-kawan diakhbar-akhbar kita sering baca tentang sikap kejam segelintir manusia
yang sanggup membunuh kanak-kanak tanpa belas kasihan. Contohnya di Dungun Terengganu
baru-baru ini kanak-kanak berumur 5 tahun dipijak hingga pecah ususnya.Allahu Akbar..

Ibrahim adalah Putra Aazar dilahirkan disatu tempat bernama Faddam Aram di Negara
Babilon. Ayahnya merupakan seorang pembuat patung sembahan rakyat Raja Namrud.

Surah An-Nisa ayat 125

Ertinya : Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya

Ya Kawan-kawanNabi Ibrahim cuba untuk berdakwah kepada ayahnya agar meninggalkan
penyembahan patung-patung kepada menyembah Allah yang Maha Esa.
Tapi sayang.sayang sayang seribu kali sayang. Nabi Ibrahim gagal untuk membetulkan
ayahnya. Walaupun begitu baginda tidak berputus asa, baginda berdakwah pula kepada
kaumnya. Namun kaumnya masih menolak dakwah Nabi Ibrahim a.s.

Sehinggalah.pada suatu hari kawan-kawan.penduduk kerajaan babilon keluar beramai-
ramai untuk menyambut perayaan di Sungai Dijlah. Masa yang ditunggu telah tiba..Nabi
Ibrahim pergi ke tempat penyembahan patung dengan membawa sebilah kapak.
Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 158



Maksudnya : Maka Ibrahim membuat patung-patung itu hancur berderai kecuali patung yang
Paling besar, agar mereka kembali untuk bertanya kepadanya


Perihal ini diceritakan kepada Raja Namrud. Dengan angkuh baginda menyuruh agar Ibrahim
ditangkap. Sebaik sahaja Ibrahim masuk menemuinya maka dengan marah baginda berkata :

Apakah engkau yang menghancurkan tuhan-tuhan kami ini.wahai Ibrahim ?

Nabi Ibrahim a.s menunjukkan kepada patung yang paling besar seraya berkata :

Tanyakanlah pada tuhanmu yang paling besar itu..tanyakanlahkerana kapak itu ada pada
bahunya

Begitulah kawan-kawan.berani kerana benar, sikap berani Nabi Ibrahim perlu kita contohi
demi memperjuangkan agama Allah. Lihatlah umat Islam di Syria mereka sanggup mati syahid
demi mempertahankan Negara dari rejim Basyar. Mulia sungguh perjuangan mereka.

Firman Allah dalam surah Al-anbiya : 63



Ibrahim berkata Kenapa kamu menyembah patung-patung yang tidak dapat melihat, berkata-
Kata dan mendengar itu. Cubalah kamu fikirkan baik-baik

Kencaman dan tangkisan Ibrahim tidak dapat dijawab oleh kaumnya. Mereka kalah dalam
kebenaran. Raja Namrud merasa sangat marah dan tercabar. Lalu dengan sikap angkuhnya
baginda menyuruh kaumnya menangkap Nabi Ibrahim a.s. Serentak dengan itu mereka
menangkap Ibrahim dan melaungkan Bakar Ibrahim.kita bela tuhan kita.!!!

Setelah kayu api ditimbukan dengan banyaknya, mereka mencampakkan Ibrahim ke dalam
api yang seperti gunung besarnya itu. Ketika Nabi Ibrahim melayang-layang diudara, dengan
perintah Allah ketika itulah Malaikat Jibril menyambut Nabi Ibrahim. Kemudian Allah menyeru
kepada api itu dalam Surah Al-anbiya ayat 69 yang bermaksud :

Wahai api dinginlah engkaudan selamatkanlah Ibrahim


Ya kawan-kawan.inilah bukti kebesaran Allah.tidak ada perkara yang mustahil dengan izin
Allah yang Maha Esa.seperti yang berlaku baru-baru ini turunnya salji dinegara Mesir setelah
beratus tahun tidak berlaku. Subhanallah maha Suci Allah.

Ya kawan-kawan.orang ramai menyangkakan sudah tentu Nabi Ibrahim akan mati hangus
dalam timbunan api yang marak menyala itu. Tapi sangkaan mereka meleset sama sekali kerana
ternyata Nabi Ibrahim tidak ada sedikitpun cacat celanya dengan baju yang tidak terbakar
dimakan api. Orang ramai terpegun dan tidak berganjak dari siti dan berkata
Ini lah mukjizat yang Maha Esa dari Tuhan Ibrahim, Sesungguhnya dia benar-benar Tuhan
Yang Maha Kuasa.

Kawan-kawan nak tahu, apa balasan yang Allah berikan kepada Raja Namrud yang angkuh itu ?
Setelah peristiwa Nabi Ibrahim dibakar, maka kekuasaan Namrud semakin berkurang. Lalu
baginda dengan angkuh dan sombongnya mencabar untuk membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s.
Raja Namrud mengumpul bala tenteranya seramai 700 ribu orang yang lengkap dengan senjata
yang canggih.

Ya kawan-kawan.apabila tiba ditempat tersebut Allah telah menurunkan beribu-ribu ekor
nyamuk yang halus. Senjata yang hebat dan canggih sekali manapun tidak mampu menepis
serangan nyamuk yang kecil itu..MasyaAllah kawan-kawan.dalam sekelip mata sahaja
semua tentera Raja Namrud mati dengan begitu dahsyat sekali.

Raja Namrud terselamat, tetapi seekor nyamuk telah masuk ke otaknya menyebabkan
baginda tersiksa dengan kesakitan yang amat sangat. Setelah menderita selama 40 hari
akhirnya baginda mati.

Ya kawan-kawaningatlah, setiap perbuatan yang kita lakukan dimuka bumi ini pasti akan
mendapat balasan dari Allah. Sebagai hamba Allah kita hendaklah taat kepada perintahNya.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Lihatlah remaja hari mudah
sungguh terpengaruh dengan gejala social yang melampau sehinggakan ada yang sanggup
membunuh ibu bapa sendiri. Allahuakbar.

Anda mungkin juga menyukai