Anda di halaman 1dari 7

PERUJIAN TILAWAH SYARAHAN B.

MELAYU BERCERITA
TAHAP 2
TAJUK : KISAH NABI IBRAHIM DAN RAJA NAMRUD
NAMA PESERTA: MUHAMMAD HAFIY DANIAL BIN HANIZA

KATA-KATA
Tinggi-tinggi si matahari,
ALUAN
Anak kerbau mati tertambat,
Dari jauh hamba ke mari,
Datang membawa segunung hajat.

Assalamualaikum ….tak jawab berdosa…


Assalamualaikum….
Alhamdulillah.

Yang saya sanjungi tuan nakhoda pemudi


bicara,
Yang saya kagumi barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana pastinya,
Yang saya hormati penjaga masa yang setia
dengan waktunya,
Yang saya sayangi guru- guru dan rakan- rakan
sekalian.

TAJUK
Kawan-kawan nak tahu tak. Siapakah Raja yang
anggkuh pada zaman Nabi Ibrahim??? ……… nak tahu
takkkk????

1
Hijau berkilauan permata zamrud,
Terselit di jari jadi tatapan,
Dengarkan kisah keangkuhan Raja Namrud,
Jadikan iktibar, panduan kehidupan.

(Pantun)

Beliau adalah Raja Namrud. Siapa namanyaaa……?? ya


betul tu……

LATAR
Kawan-kawan,
BELAKANG RAJA
NAMRUD Raja Namrud ialah pemerintah kerajaan Babylon.
Dia seorang yang gagah, namun tidak beriman kepada
Allah dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Di saat
penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah
mengutus nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali
mentauhidkan Allah. Pada suatu hari, berlakulah
perdebatan antara nabi Ibrahim dan Raja Namrud:

“Hanya Tuhanku yang memberi dan mengambil


semula nyawa”, tegas nabi Ibrahim. Namrud menjawab
dengan sombong “Aku juga boleh membunuh manusia
dan menghidupkan”. “Tapi, bolehkah kamu
menjadikan matahari terbit dari timur?” balas nabi
Ibrahim. Mendengar akan itu, Namrud terdiam kerana
dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:

………………        

2
Maksudnya: Tidakkah Engkau memikirkan (Wahai Muhammad)
tentang orang Yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan
sombongnya) mengenai Tuhannya.

Begitulah Raja Namrud yang sesat malah menyesatkan


orang lain. Pada masa kini juga terdapat ajaran sesat
yang cuba memesongkan akidah orang Islam seperti
ajaran Syiah dan Tuhan Harun.

ISI 1 Ingatlah Kawan-kawan,


Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Kawan-kawan,

Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon


keluar beramai-ramai untuk meraikan hari raya bagi
tuhan mereka. “Hmmm, inilah peluangku untuk
mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”,
nekad Nabi Ibrahim. Lalu, Nabi Ibrahim menghancurkan
semua berhala. Ktak! Ktak! Ktak! (bunyi kapak).
Tinggallah sebuah berhala yang paling besar. Lalu, kapak
yang digunakannya digantungkan pada leher patung
besar tersebut.

Hal ini diceritakan dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58:

        

Maksudnya: Lalu dia memecahkan semuanya kecuali


sebuah berhala mereka Yang besar , supaya mereka
kembali (untuk bertanya) kepadanya.

3
Sikap keberanian nabi Ibrahim perlu diamalkan di dalam
kehidupan kita. Apatah lagi di era globalisasi ini,
menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi
anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam.
Contohnya pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Israel.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita disarankan agar


menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan
kebaikan dan keburukan.

ISI 2 Kawan-kawan,

Suasana menjadi semakin genting,


Nabi Ibrahim ditangkap penuh zalim,
Dipersalahkan memusnahkan berhala,
Raja Namrud berang, penuh kemarahan!

(Sajak)

“Kamu tahu! Kamu tahu… bahawa patung itu tidak


boleh berjalan atau berbuat apa-apa”, kata Raja
Namrud. “Jadi kalau begitu, kenapa kamu
menyembahnya?” balas Nabi Ibrahim. Raja Namrud
menjadi sangat marah. Lalu, menjatuhkan hukuman
dibakar hidup-hidup kepada Nabi Ibrahim di kawasan
lapang. Namun, Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim
tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke
sana-sini dalam api tersebut.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69:

       

4
Maksudnya: "Hai api, Jadilah engkau sejuk serta selamat
sejahtera kepada Ibrahim! ".

Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika Tsunami melanda


Indonesia tahun lalu, terdapat beberapa kejadian yang
menunjukkan tentang kekuasaan Allah. Contohnya
Masjid di Palu tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami.
Masya Allah!

Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap nabi dikurniakan
mukjizat dan orang yang beriman seperti Nabi akan
dibantu oleh Allah.

ISI 3 Kawan-kawan,

Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan


angkuh. “Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat,
maka hantarlah kepada aku. Mari kita berperang!
Hahaha”, katanya kepada Nabi Ibrahim. Justeru itu,
Nabi Ibrahim memohon bantuan daripada Allah. Tentera
Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah
menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk.
Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-
nyamuk tersebut.

Namun, Allah memberi masa 3 hari kepada Raja


Namrud untuk bertaubat dengan menangguhkan
kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja kerana dia
enggan bertaubat. Lantas Allah memerintahkan seekor
nyamuk masuk melalui lubang hidung Raja Namrud dan
memakan otaknya. Matilah Raja Namrud dek seekor
nyamuk.

5
Firman Allah dalam surah Al-Muddassir ayat 31:

………..       ………..

Maksudnya: Dan tiada Yang mengetahui tentera


Tuhanmu melainkan Dia sahaja.

PENGAJARAN Pengajaran yang boleh kita contohi dari kisah raja


namrud ini adalah

Pertama: kita tidak boleh sombong dengan kelebihan


yang dianugerahkan kepada kita.

Kedua: kita hendaklah sedar bahawa tiada yang lebih


berkuasa selain kekuasaan Allah.

Yang ketiga: Masha Allah kawan-kawan, memang


benarlah Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya
seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Namrud yang
gagah perkasa.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim menentang Raja


PENUTUP Namrud.

Wahai rakan dan juga Taulan,


Raja Namrud bukan ikutan,
Zalim dan sombong kepada Tuhan,
Dimurkai Tuhan. (Lagu)

Pohon mawar banyak berduri,


Saya mohon berundur diri.

!‫وابهلل التوفيق والهداية السالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬


6
7

Anda mungkin juga menyukai