Anda di halaman 1dari 5

KISAH RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

(Sajak)

Didatangani sebuah mimpi,


Sebuah bintang muncul di langit,
Hilang cahaya bulan matahari,
Kepada nujum disuruh tilik.

Apa berlaku di balik tanda


Raja Namrud berasa curiga
Lahirnya bayi  menggugat kuasa
Diperintah supaya mengambil nyawa.

Assalamu`alaikum pembuka bicara.


Terima kasih kepada pengerusi acara,
barisan hakim yang bijaksana,
guru- guru, rakan semua mari dengar cerita.

Cerita saya pada pagi yang indah ini bermaudukkan Kisah Raja Namrud Yang Sombong.

Rakyat Babylon adalah penduduk yang tidak beriman kepada Allah. Mereka menyembah patung-
patung berhala. Selain itu, mereka juga menyembah Namrud iaitu raja mereka. Raja Namrud
merupakan seorang raja yang amat gagah namun dia juga merupakan seorang yang kejam.

Syukur nikmat Allah, muncul Al-Khalil pembawa berita gembira iaitu nabi Ibrahim a.s.

Baginda adalah orang yang disayangi Allah dan digelar al-Khalil yang bermaksud kesempurnaan
dan kedalaman cinta.

Firman Allah:
١٢٥ ‫َوٱتَّ َخ َذ ٱهَّلل ُ ِإ ۡب ٰ َر ِهي َم خَ لِياٗل‬

“Dan Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.”

Surah An-Nisa’ ayat: 125

Ya kawan-kawan,

Jadilah insan yang berguna sekiranya mahu disenangi oleh semua orang. Jika kita ingin
menjadi seorang anak yang dikasihi oleh ibu bapa, kita perlulah menurut segala perintah
mereka dan meninggalkan segala larangan mereka.

Sementara itu, rakyat Babylon semakin berasa resah dan kecewa pada tindakan Raja Namrud yang
melarang mereka daripada melahirkan anak. Ramai yang bersedih apabila bayi lelaki dan isteri-
isteri yang hamil dibunuh. Namun, akhirnya Raja Namrud membatalkan larangan tersebut .

“Sudah sekian lama beta menanti, tidak ada seorang pun bayi lelaki yang lahir dan diramal
mampu menggoncang kerajaan beta”, Namrud mendakwa.
Firman Allah yang bermaksud:
.
"Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu, dan Allah sebaik-baik
pembalas tipu daya."
 Surah Aali Imran Ayat: 54
:
Rakan-rakan sekalian,

Dalam segala hal yang kita lakukan kita mesti menjaga maruah diri di samping memohon
hidayah daripada Allah. Contohnya, kita lihat pada masa kini, banyak berlaku pembuangan
bayi yang tidak berdosa hasil daripada pergaulan bebas dan hubungan terlarang.

(Nasyid )

Dewasanya Ibrahim menjadi rasul


Mengajar manusia menyembah yang Esa
Marahnya Namrud rasa terpukul
Menyerah kalah bukan prinsipnya

Namrud dan Ibrahim ke arena debat


Dalam mencari kebenaran ilahi
Namun Namrud sering terjerat
Oleh tikaman hujahnya sendiri

Namrud mendakwa dirinya paling berkuasa. Beliau memerintahkan agar dibawa dua orang banduan
di hadapan Nabi Ibrahim. Seorang dibunuhnya, sementara seorang lagi dibiarkan hidup.

“Lihatlah Ibrahim, aku berkuasa dalam menghidup dan mematikan manusia!” kata Namrud
dengan angkuhnya.

Lalu Nabi Ibrahim mencabar Namrud dengan kuasa yang ada padanya supaya menjadikan matahari
terbit dari sebelah barat. Marahnya Namrud dengan cabaran Nabi Ibrahim kerana perkara tersebut
amatlah mustahil baginya.

Firman Allah :

‫ب‬ ِ ‫ق فَ ۡأ‬
ِ ‫ت بِهَا ِمنَ ۡٱل َم ۡغ ِر‬ ۡ
ِ ‫س ِمنَ ٱل َم ۡش ِر‬
ۡ
ِ ۡ‫ال ِإ ۡب ٰ َر ِۧ‍ه ُم فَِإ َّن ٱهَّلل َ يَأتِي بِٱل َّشم‬
َ َ‫ق‬
“Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu
terbitkanlah dia dari barat?"

Surah Al-Baqarah ayat: 258


Ya kawan-kawan,

Janganlah kita sesekali menyombong diri kerana orang yang sombong selalu rugi. Usahlah kita
bersikap sombong seperti si arnab yang tidur di pertengahan jalan, akhirnya dia juga tewas
dengan kura-kura yang lembab itu.

(Syair)

Kaum Namrud asyik berpesta


Peluang Ibrahim kini menjelma
Semua berhala dipenggal kepala
Tinggallah yang besar bersama senjata

Marahnya Namrud tidak terkira


Ibrahim dipanggil dengan segera
Buat penjelasan atas perbuatannya
Kerana menghina tuhan mereka

Firman Allah:

٦٠ ‫ُم يُقَا ُل لَ ٓۥهُ ِإ ۡب ٰ َر ِهي ُم‬gۡ‫وا َس ِم ۡعنَا فَ ٗتى يَ ۡذ ُك ُره‬


ْ ُ‫قَال‬

  “Mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya.”
Surah Al-Anbiya’ ayat: 60

Kawan-kawan sekalian,

Dalam menegakkan agama Allah kita haruslah berani seperti Nabi Ibrahim. Lihatlah Pencetus
Ummah Rahmat, kerana keberanian dan kepetahannya, beliau telah dinobatkan sebagai juara
pencetus ummah musim pertama

Nabi Ibrahim menasihati Raja Namrud dan para pembesar yang tamak dan lupakan Tuhan yang
sebenar. Raja Namrud dan pembesar amat marah atas segala dakwah Nabi Ibrahim kepada mereka.
Firman Allah;

ُ‫ٱلح َسنَ ِة َو ٰ َج ِدلهُم بِٱلَّتِي ِه َي َأح َسن‬


َ ‫ك بِٱل ِحك َم ِة َوٱل َمو ِعظَ ِة‬ ِ ِ‫ع ِإلَ ٰى َسب‬
َ ِّ‫يل َرب‬ ُ ‫ٱد‬

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
Surah An-Nahl ayat: 125
Kawan-kawan,
Sebagai hamba Allah yang percaya dengan nama Allah al’Alim dan al-Hakim, kita mesti
sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah dan bijak dalam memilih kawan.

(Pantun)

Namrud bertekad membuat keputusan


Nabi Ibrahim mesti dihapuskan
Kayu dikumpul api dinyalakan
Ibrahim dicampak tanpa belas kasihan

Atas kuasa Yang Maha Esa


Api yang panas sejuk terasa
Terkejut kaumnya menyaksikan peristiwa
Nabi Ibrahim terselamat akhirnya

Allah telah mengirimkan tentera nyamuk untuk menghapuskan tentera Namrud. Akhirnya Namrud
mati diserang seekor nyamuk sebagai balasan kekejaman dan kezalimannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), Sesungguhnya


perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Surah Luqman ayat 13

Rakan-rakan sekalian,

Berdoalah kepada Allah untuk memohon keampunanNya. Kejadian gempa bumi dan
malapetaka yang berlaku di atas muka bumi ini adalah amaran dari Allah Taala kepada kita
semua.

Hanya Allah yang wajib disembah


Ajaran nabi jangan disanggah
Abdikan diri kepada Allah
Semoga hidup mendapat barakah

Sekian sahaja cerita saya pada kali ini, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai