Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : KETABAHAN NABI IBRAHIM DAN KELUARGA

1 ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Terima kasih peneraju acara. Barisan hakim bijak berkarisma, hadirin budiman ceria
bahagia.

Dengarkanlah kisah hamba


Ketabahan Ibrahim ‘ dan keluarga.

Nabi Ibrahim ‘a.s merupakan Nabi Ulul Azmi. Baginda banyak menerima ujian Allah
terutamanya dalam aspek kekeluargaan.

Baginda mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah, isteri pertama dan Siti Hajar,
isteri kedua. Siti Sarah merupakan seorang wanita yang telah berusia hingga beliau
sukar mendapatkan zuriat.

Hidup berpoligami penuh dugaan,


Minda diuji jiwa terseksa,
Kepada Allah, Ibrahim serahkan,
Khabar gembira, penyejuk jiwa.

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


‫ِيم‬
ٍ ‫َل‬ ‫ٰم‬
‫ٍ ح‬ ‫َـ‬
‫ُل‬‫ِغ‬ ُٰ
‫ه ب‬ َۡ
‫نـ‬ ‫َبَشَّر‬
‫ف‬
Maksudnya:
Maka berikan khabar gembira( kepada Ibrahim) dengan kelahiran seorang anak
yang amat sabar
Surah As-Saffat : Ayat 101

Alhamdulullillah, Siti Hajar hamil anak pertama.

Tiba masanya lahirlah Nabi Ismail. Siti Hajar dan Nabi Ibrahim berasa amat
bersyukur.

Ya kawan-kawan,
Anak adalah permata ayah dan bonda. Jadilah penyejuk mata dan hati mereka.
Contohilah adik Haikal Firdaus yang menghafal 30 juzuk Al-Quran, meskipun hanya
berusia 9 tahun.

Hajar makin bahagia,


TAJUK : KETABAHAN NABI IBRAHIM DAN KELUARGA

2 Bersama putera tercinta,


Sarah pula derita,
Cemburu berlipat ganda.

Bagi menghuraikan masalah itu, Allah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim agar Siti
Hajar dan puteranya berpindah.
Meskipun tidak pasti apa yang bakal dihadapi, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sangat
yakin bahawa Allah pasti tidak akan mensia-siakan mereka.

Ya hadirin yang berbahagia,


Bertawakkal dan berbaik sangkalah kepada Yang Esa. Apabila diuji dengan nikmat
kita tidak alpa dan apabila diuji dengan derita, tidak pula kita kecewa. Yakinilah,
perintah mahupun takdirNya pasti berakhir dengan kebaikan.

Kenangilah mangsa-mangsa banjir besar yang melanda negeri- negeri di Pantai


Timur Malaysia pada tahun 2014. Mereka begitu positif dengan takdir Allah bahkan
masih boleh tersenyum meskipun sudah tidak berumah.

Firman Allah dalam Surah At-Talaq ayat 3:


‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

ُُ
....‫ه‬ ‫َسۡب‬
‫َ ح‬
‫هو‬َُ َّ ‫َى‬
‫ٱَّللِ ف‬ ‫َل‬ ‫َّل‬
‫ۡ ع‬ ‫َك‬‫َو‬
‫يت‬َ ‫َن‬
‫َم‬
‫…و‬
Maksudnya :

Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya.

Hadirin sekalian,
TAJUK : KETABAHAN NABI IBRAHIM DAN KELUARGA

3 Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan putera mereka menyusuri padang sahara.
Tiba di sebuah lembah gersang bernama Makkah, Siti Hajar dan puteranya
ditinggalkan.
Tatkala bekalan telah kehabisan, Nabi Ismail menangis kehausan. Susu ibunya telah
kekeringan.

Mencari air di sana sini,


Daki turuni Marwah dan Safa,
Tujuh kali Hajar berlari,
Namun hanyalah fatamorgana.

Akhirnya, Hajar kepenatan.

Tiba-tiba, terpancar air dari bumi, berkat tendangan Ismail, bakal Nabi.
Itulah mata air zam-zam. Sejak peristiwa itulah Makkah menjadi masyhur dan maju
hinggalah sekarang.

Berkorban apa saja


Harta ataupun nyawa

Hadirin yang budiman,


Berkorban dan bersungguh-sungguhlah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi dalam
mencari rezeki yang halal. Gunakanlah segala kemampuan yang kita ada.
Contohilah kesungguhan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, seorang usahawan.
Beliau dinobatkan sebagai Muslim yang terkaya di Malaysia.

Firman Allah dalam Surah Al-Jum’ah ayat 10:


‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

َّ ْ
َ‫ٱَّلل‬ ‫ُر‬
‫ُوا‬ ۡ ‫ٱَّللِ و‬
‫َٱذك‬ َّ ِ ‫َض‬
‫ۡل‬ ‫ِن ف‬ ‫ْ م‬ ‫َغ‬
‫ُوا‬ ‫بت‬
ۡ‫َٱ‬
‫و‬
‫ُون‬‫ِح‬
‫فل‬ ُ ۡ
ۡ‫ت‬ ‫ُم‬ َّ‫ً۬ا َّلع‬
‫َلك‬ ‫ِير‬ ‫َث‬
‫…ك‬.
Maksudnya:

Dan carilah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.
TAJUK : KETABAHAN NABI IBRAHIM DAN KELUARGA

4 Hadirin yang budiman,

Tiba masanya, Nabi Ibrahim kembali ke Makkah. Bersyukur keluarganya dengan


pertemuan semula yang penuh barakah.
Namun, kegembiraan mereka tidak lama. Tatkala, Ismail meningkat remaja, mereka
sekeluarga kembali diduga.
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
‫َام‬
ِ ‫من‬ ْ ‫ِي‬
َ‫ال‬ ‫َى ف‬ ‫َر‬‫ِي أ‬ ‫َيَّ إ‬
‫ِن‬ ‫بن‬ ‫َقال‬
‫َ ي‬
ُ ‫َا‬
َ‫ُك‬
‫بح‬ ‫َذ‬
َْ ‫َن‬
‫ِي أ‬ ‫أ‬
Berkata Nabi Ibrahim, “Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi
menyembelihmu”.

Betapa luluh hati seorang ayah apabila mendapat perintah sedemikian rupa.
Namun, kesabaran Ibrahim mengatasi kepiluan hatinya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 153

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


َ
‫ِين‬ ‫َّـ‬
‫ٰبِر‬ ‫َ ٱلص‬
‫مع‬ َّ َّ
َ َ‫ٱَّلل‬ ‫ِن‬
‫…إ‬
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sebenarnya arahan itu ujian keimanan.

Nabi Ismail akhirnya bebas.


Korban sebenar seekor kibas.

Hadirin yang berbahagia,


Bersabarlah pada setiap ujian yang menimpa kita . Ia bukti cinta kita pada Yang Esa.
Tragedi MH17 telah menyaksikan bagaimana seorang ibu begitu tabah merelakan
pemergian 6 orang ahli keluarganya.

5 Demikianlah kisah keluarga Nabi Ibrahim saya persembahkan.


Ketabahan mereka jadikan tauladan.

Sekian.
‫وباهلل التوفيق والهداية و السالم عليكم ورحمة‬
‫هللا وبركاته‬
TAJUK : KETABAHAN NABI IBRAHIM DAN KELUARGA

Anda mungkin juga menyukai