Anda di halaman 1dari 11

1

KHUTBAH AIDIL ADHA 1438 H/2017


(Khutbah Pertama)

‫وهلل امحلد‬....)‫ اكيل‬9 ( : ‫هللا أكرب‬.

‫ أشهد أن ال اهل الا هللا‬.‫امحلد هلل اذلى أنزل عىل عبده الكتاب ومل جيعل و هل عوجا‬
,‫ وأشهد أن محمدا عبده ورسوهل‬.‫ هل أسامء احلسىن والصفات العىل‬.‫وحده ال رشيك هل‬
‫ اللهم صل وسمل وابرك عىل حبيبنا وشفيعنا وزخران وقدوتنا‬.‫املبعوث رمحة للعاملني‬
‫ وعىل آهل‬, ‫ وقاءد ادلعاة اجملاهدين‬, ‫وأسواتنا محمد أرشف األنبياء واملرسلني وامام املتقني‬
‫ أوصيمك واايى‬, ! ‫فيا عباد هللا‬... ‫ أما بعد‬.‫وحصبه ومن سار عىل هنجه اىل يوم ادلين‬
‫بتقوى هللا وطاعيه فقد فاز املتقون‬.

‫أعوذ ابهلل من الشيطان الرجمي‬


ۖ
ِ َ‫ون ٰيَُٓأ ْولِي ٱَأۡل ۡل ٰب‬
١٩٧ ‫ب‬ ِ ُ‫وا فَِإ َّن َخ ۡي َر ٱل َّزا ِد ٱلتَّ ۡق َو ٰى َوٱتَّق‬
ْ ‫َوتَ َز َّو ُد‬
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah
kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. S. Al Baqarah : 197.

‫ هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫ هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬.


Para jamaah yang dirahmati Allah sekalian,

Pada pagi yang mulia ini, marilah kita mengangkatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Allah SWT kerana kita semua dapat merayakan hari raya Aidil Adha atau
hari Raya Qurban. Marilah kita menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan melalui
laungan takbir, tahmid dan taqdis terhadap Allah SWT.

Ketika ini, jutaan umat Islam yang bersaudara dengan kita sedang mengerjakan
ibadah Haji yang menjadi salah satu Rukun Islam. Mereka datang dari seluruh
pelusuk dunia, berbagai bangsa dan bahasa, ada raja dan rakyat, kaya mahupun
2

miskin, semuanya mengharapkan, rahmat, keampunan dan keredaan daripada


Allah SWT yang Maha Agong. Firman Allah :

٢٧ ‫'ق‬ ٖ '‫ين ِمن كُلِّ فَجٍّ َع ِمي‬ َ ِ‫ضا ِم ٖر يَ' ۡ'أت‬َ ِّ‫وك ِر َجااٗل َو َعلَ ٰى ُكل‬ َ ُ‫اس بِ ۡٱل َحجِّ يَ ۡأت‬
ِ َّ‫َوَأ ِّذن فِي ٱلن‬
‫ت َعلَ ٰى َم''ا َر َزقَهُم ِّم ۢن بَ ِهي َم' ِة‬ ٍ ‫ٱس ' َم ٱهَّلل ِ فِ ٓي َأي َّٖام َّم ۡعلُو ٰ َم‬
ۡ ‫ُوا‬ ْ ‫وا َم ٰنَفِ ' َع لَهُمۡ َويَ' ۡ'ذ ُكر‬
ْ ‫لِّيَ ۡش 'هَ ُد‬
ْ
ۡ‫ُوفُوا نُ ُذو َرهُم‬ ‫وا تَفَثَهُمۡ َو ۡلي‬
ْ '‫ض‬ ُ ‫ ثُ َّم ۡليَ ۡق‬٢٨ ‫'ير‬ َ 'ِ‫س ۡٱلفَق‬ ْ ‫لُوا ِم ۡنهَ''ا َوَأ ۡط ِع‬
َ ‫مُوا ۡٱلبَ''ٓاِئ‬ ْ ‫ٱَأۡل ۡن ٰ َع ۖ ِم فَ ُك‬
٢٩ ‫يق‬ ۡ ِ ‫وا بِ ۡٱلبَ ۡي‬ ْ ُ‫َو ۡليَطَّ َّوف‬
ِ ِ‫ت ٱل َعت‬
Maksudnya: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji,
nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan
dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai
jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada


mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,
kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk
dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-
binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka


menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah
(Kaabah) yang tua sejarahnya itu. S. Haj : 27-29

‫ هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫ هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬


Kepada mereka yang mampuan, disunat mengerjakan ibadah qurban dengan
menyembelih binatang ternakan, mulai selepas terbit matahari 10 Zul Hijjah
sehingga terbanam matahari 13 Zul Hijjah.

Firman Allah :

َ َ‫ِإنَّٓا َأ ۡعطَ ۡي ٰن‬


َ َ‫ ف‬١ ‫ك ۡٱل َك ۡوثَ َر‬
٢ ‫صلِّ لِ َرب َِّك َو ۡٱن َح ۡر‬
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Maka tunaikanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah


korban (sebagai tanda bersyukur). S. At Takathur : 1-2

Justeru itu, jadikan ibadah qurban sebagai lambang mentaati perintah Allah SWT,
lakukan dengan ikhlas semata-mata untuk mencari keredaan Allah, bukan kerana
tujuan-tujuan yang lain.

Firman Allah :

‫ُوا‬ َ ِ‫ال ٱهَّلل َ لُحُو ُمهَا َواَل ِد َمٓاُؤ هَا َو ٰلَ ِكن يَنَالُهُ ٱلتَّ ۡق' َو ٰى ِمن ُكمۡۚ َك' ٰ َذل‬
ْ ‫ك َس' َّخ َرهَا لَ ُكمۡ لِتُ َكبِّر‬ َ َ‫لَن يَن‬
٣٧ ‫ين‬ َ ِ‫ٱهَّلل َ َعلَ ٰى َما هَ َد ٰى ُكمۡۗ َوبَ ِّش ِر ۡٱل ُم ۡح ِسن‬
3

Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas
yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-
binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-
baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya . S. Al Haj : 37

Rasulullah SAW menyatakan dalam satu hadith, riwayat Ibnu Majah dan At
Tarmizi dari Aishah RH ;

Maksudnya : Tiada amalan dari seorang anak Adam pada Hari Raya satu amalan
yang disukai oleh Allah dari menumpahkan darah, sesungguhnya akan datang pada
hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan kuku-kukunya, dan sengguhnya darah
yang mengalir daripada Allah Azzawajalla di suatu tempat sebelum jatuh ke atas
bumi, maka pereloklah oleh kamu binatang yang terbaik untuk disembelihkan.

Ibadah quban mempunyai kaitan dengan peristiwa sejarah pengurbanan luar biasa
yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, hal ini dinyatakan
melalui firman Allah :

‫'ر ٰۚى قَ''ا َل‬ َ 'َ‫ُك فَٱنظُ ۡر َم''ا َذا ت‬ َ ‫ي ِإنِّ ٓي َأ َر ٰى فِي ۡٱل َمنَ ِام َأنِّ ٓي َأ ۡذبَح‬ َّ َ‫ال ٰيَبُن‬
َ َ‫فَلَ َّما بَلَ َغ َم َعهُ ٱلس َّۡع َي ق‬
‫ فَلَ َّمٓا َأ ۡس 'لَ َما َوتَلَّ ۥهُ لِ ۡل َجبِي ِن‬١٠٢ ‫ين‬ َ ‫صبِ ِر‬َّ ٰ ‫ت ۡٱف َع ۡل َما تُ ۡؤ َم ۖ ُر َستَ ِج ُدنِ ٓي ِإن َشٓا َء ٱهَّلل ُ ِم َن ٱل‬ ِ َ‫ٰيََٓأب‬
١٠٥ ‫ين‬ َ ِ‫ك نَ ۡج' ِزي ۡٱل ُم ۡح ِس'ن‬ َ ِ‫ت ٱلرُّ ۡءيَ ۚٓا ِإنَّا َك' ٰ َذل‬
َ ‫ص َّد ۡق‬ َ ‫ قَ ۡد‬١٠٤ ‫ َو ٰنَ َد ۡي ٰنَهُ َٓأن ٰيَِٓإ ۡب ٰ َر ِهي ُم‬١٠٣
١٠٧ ‫ح َع ِظ ٖيم‬ ٰ
ٍ ‫ َوفَ َد ۡينَهُ بِ ِذ ۡب‬١٠٦ ‫ين‬ ُ ِ‫ِإ َّن ٰهَ َذا لَه َُو ۡٱلبَ ٰلَُؤ ْا ۡٱل ُمب‬
Maksudnya : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang
membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab:
Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan
mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan
Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas
tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah
menjalankan perintah Kami),
104. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
105. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu.
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan
kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
S. As Saffat : 102-107

Ayat ini menegaskan, betapa bersih dan tertinggi keimanan Nabi Allah Ibrahim dan
anaknya Nabi Allah Ismail, di mana mereka tidak ragu-ragu dan tidak bertangguh,
bahkan tidak merasa berat dalam hati masing-masing untuk melaksanakan
perintah yang luar biasa ini. Kesempatan ini, syaitan datang membisikkan keraguan
untuk mempengaruhi keluarga Nabi Ibrahim supaya tidak menjalankan perintah
Allah ini. Tetapi Nabi Ibrahim dan keluarganya tidak sedikit pun tergugat dengan
4

hasutan syaitan, kerana mereka tahu bahawa syaitan merupakan musuh Allah dan
musuh orang-orang yang beriman.

Di saat memulakan sembelihan , datanglah rahmat Allah yang Maha Agong


menampilkan saekor binatang ternakan yang didatangkan dari Syurga sebagai
gantian untuk disembelihkan. Dari peristiwa inilah, ibadah qurban dilakukan oleh
Rasulullah SAW semasa baginda dan para sahabat berada di Mina . Sejak itu terus
menerus menjadi sunnah ikutan untu kita semua.

‫هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬


Para jamaah yang dirahmati Allah sekalian.

Ibadah korban menyembelih binatang disyariatkan hanya setahun sekali, iaitu


pada hari pertama Aidil Adha dan 3 hari Tasyrik, tidak semua di kalangan kita
mampu mengerjakannya.

Qurban dengan pengertian yang lebih umum tidak sekadar menyembelih binatang
semat-mata, tetapi ruang lingkup berkurban lebih luas dari itu. Antara lain seperti
berkurban masa, tenaga, kerehatan, harta benda dan lebih tinggi dari itu ialah
kesanggupan berkurban nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah dan
kesucian Islam.

Firman Allah :

ِ ‫يل ٱهَّلل‬ِ ِ‫لُون فِي َس 'ب‬ َ ِ‫ين َأنفُ َسهُمۡ َوَأمۡ ٰ َولَهُم بَِأ َّن لَهُ ُم ۡٱل َجنَّ ۚةَ يُ ٰقَت‬ َ ِ‫ٱشتَ َر ٰى ِم َن ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬ ۡ َ ‫۞ِإ َّن ٱهَّلل‬
ۡ ‫ون َو ۡعدًا َعلَ ۡي ِه َح ٗقّا فِي ٱلتَّ ۡو َر ٰى' ِة َوٱِإۡل ن ِجي' ِل َو ۡٱل‬
‫قُر َءا ۚ ِن َو َم ۡن َأ ۡوفَ ٰى بِ َع ۡه' ِدِۦه‬ َ ۖ ُ‫ون َوي ُۡقتَل‬
َ ُ‫فَيَ ۡقتُل‬
١١١ ‫ك هُ َو ۡٱلفَ ۡو ُز ۡٱل َع ِظي ُم‬ َ ِ‫ُوا بِبَ ۡي ِع ُك ُم ٱلَّ ِذي بَايَ ۡعتُم بِ ِۚۦه َو ٰ َذل‬
ْ ‫ٱستَ ۡب ِشر‬ ۡ َ‫ِم َن ٱهَّلل ۚ ِ ف‬
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara)
mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat
dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya
daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual
belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan
yang besar. S.At Taubah: 111

‫هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫ هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬,


Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian,

Sedarkah kita ?.... miskipun umat Islam ketika ini sedang menunaikan ibadah haji,
menggambarkan kasatuan akidah, kesatuan ibadah dan persaudaraan
Islam ?....sedangkan di sana sini kita menyaksikan umat Islam bertelagah sesama
sendiri, berpecah belah, meniupkan perasaan kebencian, hasat dan dengaki,
5

menciptakan fitnah serta berlaku perbunuhan sesama sendiri. Seperti yang


sedang berlaku di Syria, di Yaman, di Iran, di Iraq dan lain-lain. Pegangan Akidah
dan patuh syariah di kalangan umat islam di akhir-akhir ini semakin longgar.
Pemimpin-pemimpin negara umat islam dipemainkan, dibeli dangan penipuan oleh
kuasa besar yang menjadi musuh Islam dan umatnya.

Kita juga menyaksikan dengan kesedihan yang amat sangat apa yang di alami oleh
saudara kita seperti di Palastin, di Rohingya, di Mindanau, selatan Pilipina dan di
lain tempat. Umat islam disembelih , dibunuh dengan kejam, kediaman mereka
dibakar, diburu dan menjadi pelarian penuh berbagai kesangsaraan. Pemimpin
negara umat Islam hanya menjadi penuntun, menjadi bisu, memekakkan telinga dan
memejamkan mata membiarkan kekejaman terhadap saudara seakidah terus
dilakukan oleh musuh-musuh Allah dan musuh umat Islam. Rasulullah telah
mengingatkan di akhir zaman peristiwa seperti ini akan menimpa ke atas umat
Islam:

‫داعى عليمك كام‬xx‫ك األمم أن ت‬xx‫ قال رسول هللا (ص) يوش‬:‫ قال‬, ‫عن ثوابن ريض هللا عنه‬
‫ بل أنمت يومبذ كثري‬: ‫ قال‬: ‫؟‬...‫ ومن قةل حنن يوميذ‬: ‫ فقال قاءل‬.‫تدعى األلكة اىل قصعهتا‬
‫ذفن هللا‬x‫ وليق‬, ‫ة منمك‬x‫دومك املهاب‬x‫ و ليزنعن هللا من صدور ع‬,‫ولكنمك غثاء كغثاء السسيل‬
‫ة‬xx‫ حب ادلنيا وكراهي‬: ‫؟ قال‬... ‫ وما الوهن‬: ‫ اي رسول هللا‬: ‫ فقال قايل‬, ‫ىف قلوبمك الوهن‬
‫ رواه أبو داود‬. .‫املوت‬

Maksudnya : Daripada Thauban RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : Hampir


tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa lain dari seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu seperti mana orang lapar yang gelojoh hendak makan hidangan
di dalam talam . Salah seorang sahabat bertanya : Apakah kerana kami sedikit
ketika itu ….? . Nabi menjawab : Bahkan kamu ketika itu banyak sekali , tetapi
ketika itu kamu seperti buih dipermukaan banjir, dan Allah akan mencabutkan rasa
gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu , dan Allah akan mencampakkan
ke dalam hati kamu penyakit WAHAN . Seorang sahabat bertanya : Apakah itu
WAHAN itu ya Rasulullah ..? . Rasulullah menjawab : Cintakan dunia dan takutkan
mati.

Golongan kuffar yang memusuhi Islam sejak di zaman Rasulullah SAW , mereka
tidak jemu-jemu bercita-cita melenyapkan Islam dan umatnya. Berbagai-bagai helah
dan tipu daya sengaja diciptakan untuk mewajarkan memerangi negara umat
Islam yang kononnya mahu memerangi kumpulan pengganas dan sebagainya .

‫ هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫ هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬


Muslimin dan muslimat yang dimuliakan oleh Allah,
6

Pada kesempatan ini, marilah kita memahami kandungan tersirat yang terdapat
pada laungan takbir, tahmid, tasbih terhadap Allah SWT, agar Kita tidak hanya
sekadar menyebutkannya , tetapi gagal memahami makna dan ruh kalimat suci ini.
Walhal kalimat tersebut mengandungi pengertian akidah yang amat mendalam untuk
difahami dan dihayati oleh kita semua . Antara lain ialah :

Pertama : Menjadi suatu ikrar bahawa kita tidak mengambil selain daripada Allah
SWT sebagai Raab yang sebenar, menafikan Tuhan-tuhan yang lain yang
didakwa oleh sesiapa pun. Membebaskan diri dari sebarang ikatan ketuhanan
selain Allah, menjadikan diri kita sebagai hamba-hamba yang beriman dan beribadat
hanya kepada Allah. Inilah pengertian yang terkandung dalam kalimah
Syahadatain yang diikrarkan oleh kita semua yang mencakup pengertian yang
begitu luas.

Firman Allah :

‫ك بِ ِهۦ َش'' ٗۡ‍ٔيا‬ ِ َ‫قُ ۡل ٰيََٓأ ۡه َل ۡٱل ِك ٰت‬


َ ‫ب تَ َعالَ ۡو ْا ِإلَ ٰى َكلِ َم ٖة َس َوٓا ۢ ِء بَ ۡينَنَا َوبَ ۡينَ ُكمۡ َأاَّل نَ ۡعبُ َد ِإاَّل ٱهَّلل َ َواَل نُ ۡش ِر‬
َ ‫وا بَِأنَّا ُم ۡسلِ ُم‬
‫ون‬ ْ ‫ٱشهَ ُد‬ ۡ ‫وا‬ ْ ُ‫ون ٱهَّلل ۚ ِ فَِإن تَ َولَّ ۡو ْا فَقُول‬ ِ ‫ضنَا بَ ۡعضًا َأ ۡربَابٗ ا ِّمن ُد‬ ُ ‫َواَل يَتَّ ِخ َذ بَ ۡع‬
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada
satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun
dan janganlah pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain
untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah
.orang-orang Islam
S. Ali Imran : 64

Kedua : Tidak mengambil selain dari Allah sebagai WALI ( Pelindung) : jadikan
Allah sebagai tempat bergantung harap dan tempat meminta pertolongan. Mereka
menyerahkan seluruh kehidupannya dan kecintaan hanya kepada Allah dengan
penuh kacintaan dan keikhlasan yang tidak berbelah bagi.

Firman Allah :

‫نُو ْا َأ َش' ُّد ُحبّٗ ا‬ َ ‫ون ٱهَّلل ِ َأن' َد ٗادا ي ُِحبُّونَهُمۡ َكحُبِّ ٱهَّلل ۖ ِ َوٱلَّ ِذ‬
ٓ ‫ين َءا َم‬ ِ ‫اس َمن يَتَّ ِخ ُذ ِمن ُد‬
ِ َّ‫َو ِم َن ٱلن‬
١٦٥ ِ ۗ ‫هَّلِّل‬
Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-
tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.
Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. S. Al Baqarah : 165
7

Ketiga : Tidak memilih syariat selain dari syariat Allah SWT. Orang yang benar
akidahnya ialah mereka sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya dalam
semua perkara dan urusan daripada sekecil perkara sehingga sebesar perkara.
Mereka tidak mengubah atau meminda setiap apa yang telah di tetapkan oleh Allah
SWT;

Firman Allah :

‫'ريَ َم َو َم''ٓا ُأ ِم' ر ُٓو ْا ِإاَّل‬ َ ' ‫ون ٱهَّلل ِ َو ۡٱل َم ِس‬
ۡ '‫يح ۡٱب َن َم‬ ِ ‫'ارهُمۡ َور ُۡه ٰبَنَهُمۡ َأ ۡربَابٗ ا ِّمن ُد‬ َ 'َ‫ٱتَّ َخ' ُذ ٓو ْا َأ ۡحب‬
٣١ ‫ون‬ َ ‫لِيَ ۡعبُ ُد ٓو ْا ِإ ٰلَهٗ ا ٰ َو ِح ٗد ۖا ٓاَّل ِإ ٰلَهَ ِإاَّل هُ ۚ َو س ُۡب ٰ َحنَهۥُ َع َّما ي ُۡش ِر ُك‬
Maksudnya : Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka
sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-
Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk
menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. S. At Taubah : 31

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, at Tarmizi dan Ibnu Jarir dari kesah pengislaman
‘Adi bin Hatim. Semasa di zaman jahiliah beliau penganut kristian ( kaum Nasrani) .
Pada satu hari beliau datang ke Madinah dan memberi tahu orang ramai apakah
tujuan ia datang. Lalu ia berjumpa dengan Rasulullah SAW. Rasullah melihat kalong
salib tergantung di leher ‘Adi bin Hatim. Dengan spontan baginda terus membaca
ayat 31 surah At Taubah yang dibacakan sebentar tadi

;Adi bin Hatim berkata : orang Nasrani tidak menyembah Rahib-rahib ( Padri)
mereka. Bagaimana dikatakan orang Nasrani menyembah Rahib-rahib
mereka ?...Rasulullah menjawab: “Betul mereka tidak menyembah Rahib-rahib
mereka , akan tetapi Rahib-rahib mereka menghalalkan yang haram, dan
mengharamkan yang halal, mereka yang menjadi pengikut , samalah seperti
mereka menyembah Rahib-rahib mereka.

‫هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫ هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sedarlah… betapa banyak pelanggaran syariat Allah SWT, dipinda dan tidak
dilaksanakan di negara umat Islam termasuk di negara kita . Walaupun negara kita
telah mencapai kemerdekaan 6 dekat yang lalu. Namun kita masih mengekalkan
saki baki undang-undang penjajah yang boleh disifatkan sebagai undang-undang
bidaah yang sesat.

Syariat Islam diguna pakai dalam hal tertentu dan meninggalkan perkara tertentu.
Pemisahan agama dengan kehidupan terus subur dan berakar umbi sama ada
dalam sistem politik, ekonomi , kemasyarakatan, hiburan dan sebagainya. Allah
memberi amaran dan ingatan agar umat Islam sentiasa insaf dan sedar supaya
tidak ragu-ragu dan sangsi untuk kembali mendaulatkan syariat Allah SWT .

Firman-Nya ;
8

ِ ‫نُوك َع ۢن بَ ۡع‬
‫ض َم''ٓا‬ َ ِ‫ٱح' َذ ۡرهُمۡ َأن يَ ۡفت‬ۡ ‫نز َل ٱهَّلل ُ َواَل تَتَّبِ ۡع َأ ۡه َوٓا َءهُمۡ َو‬ َ ‫ٱح ُكم بَ ۡينَهُم بِ َمٓا َأ‬ ۡ ‫َوَأ ِن‬
‫'يرا‬ٗ 'ِ‫ض ُذنُوبِ ِهمۡۗ َوِإ َّن َكث‬
ِ ‫ُص 'يبَهُم بِبَ ۡع‬ِ ‫ٱعلَمۡ َأنَّ َما ي ُِري ' ُد ٱهَّلل ُ َأن ي‬ َ ۖ ‫نز َل ٱهَّلل ُ ِإلَ ۡي‬
ۡ َ‫ك فَِإن تَ َولَّ ۡو ْا ف‬ َ ‫َأ‬
َ ۚ ‫ َأفَح ُۡك َم ۡٱل ٰ َج ِهلِيَّ ِة يَ ۡب ُغ‬٤٩ ‫ون‬
َ ِ‫ون َو َم ۡن َأ ۡح َس ُن ِم َن ٱهَّلل ِ ح ُۡك ٗما لِّقَ ۡو ٖم يُوق‬
‫نُون‬ َ ُ‫اس لَ ٰفَ ِسق‬ِ َّ‫ِّم َن ٱلن‬
٥٠
Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu
dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa
mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang
yang fasik.
50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah?
Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh
membuat hukum yang lebih baik dari Allah. S. Al Maidah : 50

‫ هللا أكرب وهلل امحلد‬,‫هللا أكرب‬,‫هللا أكرب‬


Muslimin dan muslimat yang rahmati Allah sekalian.

Akibat kegagalan tidak melaksanakan syariat Allah SWT , kita menyaksikan


berbagai-bagai bencana dan musibah yang sedang dihadapi oleh masyarakat dan
negara, Sama ada dalam perkara ekonomi, politik dan sosial. Di negara kita juga
tidak terlepas daripada keadaan tersebut.Sistem pemilikan dan perbelanjaan harta
dan kekayaan dengan cara yang tidak adil, di sana sini terjadinya penipuan,
penyelewengan, rasuah, riba dan lain-lain. Walaupun kelihatan bermewah dalam
serba serbi, namun kehidupan tetap tidak mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Diingatkan oleh Allah dalam firman-Nya:

‫ق َعلَ ۡيهَ''ا ۡٱلقَ' ۡ'و ُل فَ' َد َّم ۡر ٰنَهَا‬ ْ ُ‫ك قَ ۡريَ'ةً َأ َم ۡرنَ''ا ُم ۡت َرفِيهَ''ا فَفَ َس'ق‬
َّ '‫وا فِيهَ''ا فَ َح‬ َ ِ‫َوِإ َذٓا َأ َر ۡدنَٓا َأن نُّ ۡهل‬
١٦ ‫يرا‬ ٗ ‫تَ ۡد ِم‬
Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk
sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau
dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan
melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya. S. Isra’ : 16

Demikian juga , dalam perkara keruntuhan akhlak dan budaya, sangatlah


membimbangkan . Ini dapat dilayari dan dibaca melalui berbagai-bagai saluran
maklumat. Terdapat berleluasanya sumbang mahram, rogol , kes buli , dadah,
9

termasuk jenayah berat, seperti membunuh, merompak dan seumpamanya. Gejala


tersebut tidak menunjukkan berkurangan walaupun berbagai-bagai tindakan
penguatkuasaan, undang-undang dan hukuman yang telah dikenakan berdasarkan
undang-undang penjajah yang tidak mempunyai roh dari Al Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW.
Allah mengingatkan:

َ ِ‫''ك ٱهَّلل ۚ ُ َواَل تَ ُكن لِّ ۡل َخ''ٓاِئن‬


‫ين‬ َ ‫اس بِ َم''ٓا َأ َر ٰى‬
ِ َّ‫ق لِتَ ۡح ُك َم بَ ۡي َن ٱلن‬
ِّ ‫''ٱل َح‬ َ َ‫ك ۡٱل ِك ٰت‬
ۡ ِ‫ب ب‬ َ ''‫نز ۡلنَ''ٓا ِإلَ ۡي‬
َ ‫ِإنَّٓا َأ‬
١٠٥ ‫ص ٗيما‬ ِ ‫َخ‬
Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di
antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui
wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
S. An Nisa’: 105

Demi mengembalikan kekuatan untuk mendaulatkan Islam, marilah kita


menggabungkan diri bersama-sama jamaah yang mendokong perjuangan dakwah,
jalan menuju keredaan Allah dan syurga Allah. Ini bukan sesuatu yang baru tetapi
penerusan apa yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka
mengajak kepada matlamat yang paling agong. Matlamat kita ialah Allah, manhaj
perjuangan ialah Al Quran dan Sunnah , Ijma’ dan Qiyas yang nyata. Sasaran kita
ialah manusia dan mengajak mereka kepada kepada Allah, selamat dan sejahtera.
Inilah syariat Allah yang menjamin kerahmatan yang menyeluruh.

ٰ
ِ ‫ُوا بِ ۡٱل َم ۡعر‬
‫ُوف َونَهَ ۡو ْا‬ ْ ‫صلَ ٰوةَ َو َءاتَ ُو ْا ٱل َّز َك ٰوةَ َوَأ َمر‬ ْ ‫ض َأقَا ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬ ِ ‫ين ِإن َّم َّكنَّهُمۡ فِي ٱَأۡل ۡر‬ َ ‫ٱلَّ ِذ‬
‫ُأۡل‬ ۡ
٤١ ‫ور‬ ِ ‫َع ِن ٱل ُمن َك ۗ ِر َوهَّلِل ِ ٰ َعقِبَةُ ٱ ُم‬
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan
dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala
.urusan
S. Al Haj : 41

Raba’ee bin Amir pernah bertegas kepada Rustam, panglima tentera Parsi dengan
katanya:

‫ ومن جور أداين اىل‬,‫هللا أبتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد اىل عبادة هللا‬
‫ ومن ضيق ادلنيا اىل سعة ادلنيا واألخرة‬, ‫عدل األسالم‬.
"Allah yang membangkitkan kami untuk menyelamatkan manusia supaya tidak
mengabdikan diri kepada sesama manusia, sebaliknya manusia perlu mengabdikan
diri kepada Allah, jauhi kezaliman kembali kepada keadilan Islam, keluar dari dunia
yang sempit kepada dunia yang luas terbentang iaitu dunia dan akhirat"
10

ۡ‫ق بِ ُكمۡ َعن َس'بِيلِ ِۚۦه ٰ َذلِ ُكم‬


َ ‫ٱلس'ب َُل فَتَفَ' َّر‬ ْ ِ‫ص' ٰ َر ِطي ُم ۡس'تَقِ ٗيما فَ''ٱتَّبِعُو ۖهُ َواَل تَتَّب‬
ُّ ‫عُوا‬ ِ ‫َوَأ َّن ٰهَ' َذا‬
١٥٣ ‫ون‬ َ ُ‫َوص َّٰى ُكم ِبِۦه لَ َعلَّ ُكمۡ تَتَّق‬
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul
lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertakwa. S. Al Anam : 153.

‫أقول قوىل هذا وأستغفر هللا العظمي ىل ولمك ولساءر املسلمني واملسلامت انه هو‬
‫الغفور الرحمي‬.

( Khutbah kedua )

‫ وهلل امحلد‬... )‫ اكىل‬7 (‫هللا أكرب‬.


,‫ وأشهد أن محمدا عبده ورسوهل‬,‫أشهد أن ال اهل الا هللا وحده ال رشيك هل‬
‫اللهم صل وسمل عىل سيدان محمد وعىل آهل و حصبه ومن تبعه ونرصه ووالاه‬
.
11

‫أعوذ‬. ‫ أوصيمك واايى بتقوى هللا فقد فاز املتقون‬, ‫ فيا عباد هللا‬...‫اما بعد‬
‫ ان أكرممك عند هللا أتقامك‬: ‫ ابهلل من الشيطان الرجمي‬.
Muslimin dan muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia ini dan seterusnya , marilah kita membanyakkan ucapan
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang telah
melaksanakan jihad dan pengorbanan demi memastikan kemenangan perjuangan
Islam dan kerana itulah Islam sampai kepada kita. Sebagai tanda kasih dan cinta
kita kepada baginda . Allah SWT memerintahkan kita membanyakkan berselawat .

Firman Allah:
ٓ
ْ ‫وا َعلَ ۡي ِه َو َسلِّ ُم‬
‫وا تَ ۡسلِي ًما‬ ْ ُّ‫صل‬ َ ‫ون َعلَى ٱلنَّبِ ۚ ِّي ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ُ‫ين َءا َمن‬
َ ‫وا‬ َ ُ‫ِإ َّن ٱهَّلل َ َو َم ٰلَِئ َكتَهۥُ ي‬
َ ُّ‫صل‬
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan
dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya. S. Al Ahzab: 56

Sabda Nabi SAW :

‫ او كما قال‬. ‫من صىل عيل واحدة صىل هللا عليه عرشا‬
Barangsiapa yang berselawat ke atas ku dengan sekali selawat, nescaya Allah
akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat.

Anda mungkin juga menyukai