Anda di halaman 1dari 7

KHUTBAH AIDIL ADHA 1437/2016

(Khutbah Pertama)

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian.

Saya menyampaikan wasiat ini untuk diri saya sendiri dan kepada sidang jamaah ,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan erti kata yang sebenarnya , iaitu
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya

‫هللا أكبر وهلل الحمد‬,‫هللا أكبر‬,‫هللا أكبر‬,

Pada pagi yang penuh syahdu dan barakah ini, marilah kita beryukur kepada Allah
SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menyambut hari Raya Aidil Adha dengan
melaungkan takbir, tahmid taqdis kepada Allah SWT. Pada ketika ini juga , jutaan
umat Islam berada di Masyaer Haram kerana menunaikan ibadat haji yang
merupakan salah satu Rukun Islam.

Perhimpunan para hujjaj ialah satu mu’tamar agong yang terbesar,


mempamirkan kekuatan ukhuwah islamiah di kalangan orang-orang yang beriman
tanpa membezakan kedudukan, raja atau rakyat, miskin atau kaya, tua atau
muda . Mereka datang dari jauh dan dekat, menghadapi pelbagai kesusahan dan
kesulitan semata-mata kerana untuk menyahut perintah Allah SWT. Mereka
hanya memperhambakan diri dan mengharap rahmat, keampunan dan keredaan
Allah SWT .
‫هللا أكبر وهلل الحمد‬,‫هللا أكبر‬,‫هللا أكبر‬,
Sidang Jamaah sekalian,

Pada hari Raya Aidil Adha kita disunatkan melakukan ibadah kurban dengan
menyembelih binatang ternakan, mulai selepas terbit matahari 10 Zulhijah,
sehingga terbenam matahari pada hari ke - 13 Zuhijjah.

firman Allah :

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


َ ‫ ِإ َّن َشانَِئ‬٢ ‫صلِّ لِ َرب َِّك َو ۡٱن َح ۡر‬
٣ ‫ك هُ َو ٱَأۡل ۡبتَ ُر‬ َ َ‫ِإنَّٓا َأ ۡعطَ ۡي ٰن‬
َ َ‫ ف‬١ ‫ك ۡٱل َك ۡوثَ َر‬
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah
sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai
tanda bersyukur).

Lakukanlah kurban ini berdasarkan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah,
firman Allah:

‫ُوا‬ َ ِ‫ ٰ َذل‬-‫ َو ٰى ِمن ُكمۡۚ َك‬-‫ال ٱهَّلل َ لُحُو ُمهَا َواَل ِد َمٓاُؤ هَا َو ٰلَ ِكن يَنَالُهُ ٱلتَّ ۡق‬
ْ ‫ َّخ َرهَا لَ ُكمۡ لِتُ َكبِّر‬-‫ك َس‬ َ َ‫لَن يَن‬
٣٧ ‫ين‬ َ ِ‫ٱهَّلل َ َعلَ ٰى َما هَ َد ٰى ُكمۡۗ َوبَ ِّش ِر ۡٱل ُم ۡح ِسن‬
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas
yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-
binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-
baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. S.Al Haj : 37

Dalam satu hadith Dari Aishah RH: Rasulullah bersabda yang bermaksud : Tiada
amalan dari seorang anak Adam pada Hari Raya suatu amalan yang disukai oleh
Allah dari menumpahkan darah, sesungguhnya akan datang pada hari Kiamat
dengan tanduk-tanduknya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya darah yang jatuh
daripada Allah Azzawajalla di suatu tempat sebelum jatuh ke atas bumi,maka
perelokkanlah oleh kamu binatang yang terbaik untuk sembelihan,

Riwawat Ibnu Majah dan At Tarmizi .

Muslimin dan muslimat sekalian,


Syariat ibadah kurban disunatkan setahun sekali, pun begitu bukanlah semua di
kalangan kita mempu melakukannya. Apakah pahala kurban hanya untuk mereka
yang berkemampuan sahaja ?... Justeru , di sana ada pengorbanan yang meluas
dan umum dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja mengikut keupayaan masing-
masing sehingga berkurban nyawa, harta benda, tenaga,masa, buah fikiran dan
seumpamanya.

Pejuang Islam yang terdahulu terdiri kalangan Nabi dan Rasul.Para sahabat
Rasulullah dan pejuang Islam mereka telah membuktikannya. Pengurbanan
mereka telah dibeli oleh Allah dengan gantian yang amat mahal di sisi Allah SWT,
iaitu dengan balasan Syurga, firman Allah :

ِ ‫يل ٱهَّلل‬ِ ِ‫ب‬- ‫ون فِي َس‬- َ -ُ‫ين َأنفُ َسهُمۡ َوَأمۡ ٰ َولَهُم بَِأ َّن لَهُ ُم ۡٱل َجنَّ ۚةَ يُ ٰقَتِل‬ َ ِ‫ٱشتَ َر ٰى ِم َن ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬ ۡ َ ‫۞ِإ َّن ٱهَّلل‬
‫ ِدِۦه‬-‫ر َءا ۚ ِن َو َم ۡن َأ ۡوفَ ٰى بِ َع ۡه‬-ۡ -ُ‫ ِل َو ۡٱلق‬-‫ ِة َوٱِإۡل ن ِجي‬-‫ون َو ۡعدًا َعلَ ۡي ِه َح ٗقّا فِي ٱلتَّ ۡو َر ٰى‬ َ ۖ ُ‫ون َوي ُۡقتَل‬
َ ُ‫فَيَ ۡقتُل‬
١١١ ‫ك هُ َو ۡٱلفَ ۡو ُز ۡٱل َع ِظي ُم‬ َ ِ‫ُوا بِبَ ۡي ِع ُك ُم ٱلَّ ِذي بَايَ ۡعتُم بِ ِۚۦه َو ٰ َذل‬
ْ ‫ٱستَ ۡب ِشر‬ ۡ َ‫ِم َن ٱهَّلل ۚ ِ ف‬
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang
beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa
mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah, maka
ada (di antara) mereka yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang
demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-
kitab) Taurat , Injil dan Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan
jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan
yang besar.
S. At Taubah : 111

Mereka yang membelanjakan harta bendanya untuk jalan Allah, Allah menjanjikan
balasan yang berlipat ganda , firman-Nya

ُۜ ‫ َكثِي َر ٗۚة َوٱهَّلل ُ يَ ۡقبِضُ َويَ ۡب‬-‫ض َع ٗافا‬


ُ ‫ط‬- ‫ص‬ َ ٰ ُ‫َّمن َذا ٱلَّ ِذي ي ُۡق ِرضُ ٱهَّلل َ قَ ۡرضًا َح َس ٗنا فَي‬
ۡ ‫ض ِعفَ ۥهُ لَ ٓۥهُ َأ‬
٢٤٥ ‫ُون‬َ ‫َوِإلَ ۡي ِه تُ ۡر َجع‬
Maksudnya : Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang
baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan
pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan
dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan. S. Al Baqarah : 245

Dari Ibnu Umar meriwayatkan : Ketika turun ayat ini, Rasulullah berdoa untuk
umatnya : Ya ! Raab !..Semoga Allah menggandakan balasan baik kepada umat
ku, .

Dalam peristiwa yang lain, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dengan
membawa seekor unta betina yang serba lengkap, lalu diserahkan unta itu kepada
Rasulullah dengan katanya “ Ini unta untuk digunakan dalam perjuangan fisabilillah.”
Jawab baginda , “ maksudnya : Bagi kamu 700 ekor unta yang serba lengkap
dikurniakan di akhirat nanti.”

Kita sering mendengar sama ada dari al Quran dan hadith Rasulullah yang
menyatakan dengan jelas kelebihan menafkahkan harta benda di jalan Allah.
Marilah kita bertanya diri kita masing-masing , sejauhmana kita telah menyahut
seruan seperti ini ?...Hulurkanlah sedikit dari harta yang dikurniakan kepada kita di
jalan Allah. Yakinlah ! , kita tidak akan menjadi rugi dan miskin kerana pengorbanan
tersebut , malah akan mendapat gantian dan ganjaran yang besar di sisi Allah
SWT.

Sidang jamaah yang dimuliakan,

Ketika ini umat Islam di seluruh dunia berhadapan suasana yang amat
menyedihkan, kita dapat saksikan berbagai-bagai peristiwa kezaliman tanpa peri
kemanusiaan yang dilakukan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam. Sebagai
contoh , apa yang sedang dialami oleh rakyat Palestin sejak sekian lama ,
sehingga ke hari ini tidak menemui jalan penyelesaian. Begitu juga konflik di Syria,
ratusan ribu mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan. Pengusiran
dan pembunuhan bertujuan menghapusan penduduk Islam Rohingya terus berlaku .
Jamaah Islam di seluruh dunia menjadi sasaran agar gerakan Islam dilemahkan
dan menghancurkannya , Justeru, ramailah pemimpin gerakan Islam telah
ditangkap,disiksa dan ada yang dihukum bunuh. Musuh-musuh Islam tidak jemu-
jemu terus menerus merencanakan berbagai-bagai serangan sama ada
berbentuk fizikal dan serangan pemikiran. Mereka juga tidak jemu-jemu berusaha
merusakkan budaya dan akhlak terutama di kalangan generasi remaja Islam. Tujuan
mereka supaya Umat Islam tidak kembali menghayati ajaran Islam sebagai suatu
sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Mereka tahu , jika umat Islam kembali
menghayati Islam sepenuhnya dengan berpandukan Al Quran dan Sunnah
Rasullullah SAW , nescaya umat Islam akan menjadi umat terbaik dan mampu
menjadi pemimpin dunia seluruhnya . Firman Allah :

‫ف‬ َ َ‫تَ ۡخل‬- ‫ٱس‬ ۡ ‫ا‬--‫ض َك َم‬ ِ ‫ت لَيَ ۡستَ ۡخلِفَنَّهُمۡ فِي ٱَأۡل ۡر‬ ِ ‫صلِ ٰ َح‬َّ ٰ ‫وا ٱل‬
ْ ُ‫وا ِمن ُكمۡ َو َع ِمل‬ْ ُ‫ين َءا َمن‬ َ ‫َو َع َد ٱهَّلل ُ ٱلَّ ِذ‬
‫ ۚا‬-‫ ۡوفِ ِهمۡ َأمۡ ٗن‬-‫ ِد َخ‬-‫ض ٰى لَهُمۡ َولَيُبَ ِّدلَنَّهُم ِّم ۢن بَ ۡع‬ َ َ‫ين ِمن قَ ۡبلِ ِهمۡ َولَيُ َم ِّكنَ َّن لَهُمۡ ِدينَهُ ُم ٱلَّ ِذي ۡٱرت‬ َ ‫ٱلَّ ِذ‬
ٓ
٥٥ ‫ون‬ َ ُ‫ك هُ ُم ۡٱل ٰفَ ِسق‬ َ ‫ك فَُأ ْو ٰلَِئ‬
َ ِ‫ون بِي َش ٗۡ‍ٔي ۚا َو َمن َكفَ َر بَ ۡع َد ٰ َذل‬ َ ‫يَ ۡعبُ ُدونَنِي اَل ي ُۡش ِر ُك‬
Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang
berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama
Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi
mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).
Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang
lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka
.itulah orang-orang yang derhaka . S. An Nuur : 55

Amat malang, apa yang sedang berlaku di kebanyakan negara umat Islam. Syariat
Islam hanya dipilih dalam perkara tertentu dengan meninggal parkara tertentu
yang lain, syariat Islam tidak dihayati secara menyeluruh dalam semua urusan
kehidupan bahkan ajaran yang mulia ini telah dicemarkan kesuciannya oleh mereka
yang jahil tentang Islam. Apa yang menyedehkan walau pun kita telah mencapai
kemerdekaan, namun pemikiran warisan penjajah masih dipertahankan .
Kita bersyukur kerana kita telah mencapai kemerdekaan , tetapi kemerdekaan kita
sekadar pembebasan berbentuk fizikal. Hakikat sebenarnya , kita masih belum lagi
mencapai kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya sehinggalah syariat Islam
dapat ditegak dan didaulatkan di Negara yang tercinta ini .

َ ‫ين اَل يَ ۡعلَ ُم‬


١٨ ‫ون‬ َ َ‫ثُ َّم َج َع ۡل ٰن‬
َ ‫ك َعلَ ٰى َش ِري َع ٖة ِّم َن ٱَأۡلمۡ ِر فَٱتَّبِ ۡعهَا َواَل تَتَّبِ ۡع َأ ۡه َوٓا َء ٱلَّ ِذ‬
Maksudnya : Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan diutuskan
engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama;
maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang sebenar). S. al-Jasiyah : 18

Sidang jamaah sekalian,

Dewasa ini kita dapat saksikan, akibat meninggalkan syariat Islam menyebabkan
berbagai-bagai gejala buruk telah dan sedang dihadapi oleh masyarakat dan
Negara . Masalah penyalahgunaan harta milik Negara,tadbir urus kewangan yang
tidak beramanah, menyebab berlaku ketirisan, rasuah, pecah amanah,
penyelewangan dan seumpamanya. jenayah berat seperti merompak, membunuh,
meragut, merogol dan seumpamanya saban hari terus berlaku. Demikian juga
masalah sosial, sumbang muhram, membuang bayi, ketagihan daun ketum, kes-kes
dadah sedang dialami, dan tidak ada tanda-tanda pemulihan malah semakin
meningkat. Ini membuktikan kegagalan pengisian kemerdekaan seperti mana yang
dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, menyebabkan kehidupan kita semakin
sempit dan menghadapi berbagai kegelisahan, tekanan , sama ada di bidang
ekomoni, politik, perundangan dan sosial. Ingatlah apa yang difirmankan oleh Allah
SWT dalam Al Quran melalui surah Tahaa : 124-127

‫ا َل‬--َ‫ ق‬١٢٤ ‫ض ٗنكا َونَ ۡح ُش ُرهۥُ يَ ۡو َم ۡٱلقِ ٰيَ َم ِة َأ ۡع َم ٰى‬ َ ‫ض َعن ِذ ۡك ِري فَِإ َّن لَهۥُ َم ِعي َش ٗة‬ َ ‫َو َم ۡن َأ ۡع َر‬
‫ك‬َ ِ‫ك َءا ٰيَتُنَا فَنَ ِسيتَهَ ۖا َو َك ٰ َذل‬
َ ‫ك َأتَ ۡت‬ َ ِ‫ قَا َل َك ٰ َذل‬١٢٥ ‫يرا‬ ٗ ‫ص‬ِ َ‫نت ب‬ُ ‫َربِّ لِ َم َح َش ۡرتَنِ ٓي َأ ۡع َم ٰى َوقَ ۡد ُك‬
‫ َذابُ ٱأۡل ٓخِ َر ِة‬-‫ت َربِّ ِۚۦه َولَ َع‬ ِ َ‫ؤ ِم ۢن ‍َِٔبا ٰي‬-ۡ -ُ‫ف َولَمۡ ي‬
َ ‫ َر‬- ‫ ِزي َم ۡن َأ ۡس‬-‫ك نَ ۡج‬ َ ِ‫ َو َك ٰ َذل‬١٢٦ ‫ۡٱليَ ۡو َم تُن َس ٰى‬
١٢٧ ‫َأ َش ُّد َوَأ ۡبقَ ٰ ٓى‬
Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan
himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.(124)
Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan
buta, padahal aku dahulu melihat? (125)
Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami
kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau
pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.(126)
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman
kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu
lebih berat dan lebih kekal.(127)

‫هللا أكبر وهلل الحمد‬,‫ هللا أكبر‬,‫هللا أكبر‬


Sidang jamaah sekalian.

Sesungguhnya kepada orang yang beriman, tidak ada pilihan yang lain untuk
mengembalikan kesejahteraan, keamanan, keadilan, keberkatan dan keredaan
Allah melainkan kembali melaksanakan syariat Islam sepenuhnya bermula dalam
diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Kerana selain dari Islam tidak ada jaminan
sama sekali untuk mencapai ini semua. Firman Alllah :

َ ‫َو َمن يَ ۡبتَ ِغ َغ ۡي َر ٱِإۡل ۡس ٰلَ ِم ِد ٗينا فَلَن ي ُۡقبَ َل ِم ۡنهُ َوهُ َو فِي ٱأۡل ٓ ِخ َر ِة ِم َن ۡٱل ٰ َخ ِس ِر‬
٨٥ ‫ين‬
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak tergolong di kalangan
orang-orang yang rugi.

S. Ali Imran : 85

Sidang jamaah sekalian,

Justeru untuk menyelamat kita agar tidak terus terbabas dari landasan ajaran Islam
sebenar marilah kita berusaha memahami Islam dari sumber-sumbernya yang betul
bersumberkan Al Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW, ijma’ para ulamak, qiyas
dan kaedah Fiqah yang menjadi asas untuk menyedut ( ) hukum hakam
dari sumber syariat Islam itu sendiri. Hanya para alim ulamak yang diberi hidayah
dan berwibawa lagi beramanah mampu memainkan peranan mereka untuk
memberi tafsiran dan huraian yang jelas mengenai ajaran islam yang mulia ini,
Rasulullah dalam sabdanya:

‫ لم يورثوا دينارا وال درهما انما ورثوا العلم فمن أخذ‬,‫ان العلماء ورثة االنبياء‬
‫به فقد أخذ بحظ وافر‬.
‫صححه البانى‬,‫ أبو داود‬,‫ الدارمى‬,‫الترمذى‬,‫)رواه ألحمد‬

Maksudnya : Sesungguhnya para ulamak pewaris para Nabi, sesungguhnya para


nabi tidak meninggalkan dinar dan dirham (sebagai warisan) akan tetapi mereka
hanya mewariskan Ilmu.maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah
mengambil bahagian yang banyak.

‫ هللا أكبر وهلل الحمد‬,‫ هللا أكبر‬,‫هللا أكبر‬.


Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian.

Setiap kita seorang muslim dan mukmin , adalah menjadi tanggungjawab dan wajib
untuk memastikan kedudukan Syariat Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya
untuk menegakkan kebenaran, keadilan dalam mengendalikan urusan kehidupan
manusia, sejajar dengan peringatan Allah dalam Al Quran :

َ ِ‫ٓاِئن‬--‫ك ٱهَّلل ۚ ُ َواَل تَ ُكن لِّ ۡل َخ‬--


‫ين‬ َ ‫ٓا َأ َر ٰى‬--‫اس بِ َم‬
ِ َّ‫ق لِتَ ۡح ُك َم بَ ۡي َن ٱلن‬
ۡ ‫ب‬
ِّ ‫بِٱل َح‬ َ َ‫ك ۡٱل ِك ٰت‬
َ --‫ٓا ِإلَ ۡي‬--َ‫نز ۡلن‬
َ ‫ِإنَّٓا َأ‬
١٠٥ ‫ص ٗيما‬ ِ ‫َخ‬
Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di
antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui
wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
S. An Nisa’ : 105

Khutbah pada hari ini, ingin menyatakan sokongan yang padu dan tidak berbelah
bagi terhadap setiap usaha memartabatkan kedudukan perundangan Islam di
Negara kita , terutama yang terdekat ialah bacaan kali ke 2 Rang Undang-undang
(RUU) Persendirian Akta mahkamah Syariah (Bidang kuasa jenayah ) pindaan 2016
yang akan di bentangkan dalam Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2016 nanti oleh
Yang Berhormat Ahli Parlimen Marang. Justeru menjadi tanggungjawab dan
kewajipan setiap kita menyokong pindaan tersebut. Khususnya Ahli Dewan Rakyat
Islam yang mewakili umat Islam bersama membawa aspirasi para pengundi yang
mahukan perubahan kedudukan yang lebih baik terhadap Mahkamah Syariah di
Malaysia. Tidak ada sebab dan alasan yang diizinkan oleh syara’ untuk tidak
menyokong (RUU), terutama Ahli Parlimen yang beragama Islam. Ini selari dengan
peringatan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Oleh itu marilah kita
berdoa kehadrat Allah SWT dengan penuh khusyuk dan tawaduk dan dengan penuh
pengharapan agar usaha pindaaan (RUU) ini dipermudahkan dan diluluskan di
Parlimen nanti, insyaAllah. Mudah-mudahan setiap sokongan dan pengorbanan
dalam perjuangan memartabatkan Islam akan menjadi saksi dan memberatkan
timbangan amal soleh kita apabila kita dipanggil kembali menemui Allah SWT.

‫أعوذ باهلل من الشيطان الجيم‬


ٓ
َ -‫ك هُ ُم ۡٱل ُم ۡفلِ ُح‬
ُ‫ ٰ َو ِزينُ ۥه‬-‫ َو َم ۡن َخفَّ ۡت َم‬٨ ‫ون‬- َ ‫و ِزينُ ۥهُ فَُأ ْو ٰلَِئ‬- ُّ ۚ ‫َو ۡٱل َو ۡز ُن يَ ۡو َمِئ ٍذ ۡٱل َح‬
َ ٰ -‫ق فَ َمن ثَقُلَ ۡت َم‬ ٓ
٩ ‫ون‬ َ ‫وا ‍بَِٔا ٰيَتِنَا يَ ۡظلِ ُم‬
ْ ُ‫ين َخ ِسر ُٓو ْا َأنفُ َسهُم بِ َما َكان‬ َ ‫ك ٱلَّ ِذ‬ َ ‫فَُأ ْو ٰلَِئ‬
Maksudnya : Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang
berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya.

Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah
orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim
terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).

S. Al A’raf : 8-9

‫ وتقبل مىن ومنمك‬, ‫ ونفعىن واايمك ابآلايت واذلكر احلكمي‬,‫ابرك هللا ىل ولمك ىف القران العظمي‬
‫ أقول قوىل هذا وأستغفر هللا العظمي ىل ولمك ولسا ر املسلمني‬,‫تالوته انه هو السميع العلمي‬
‫ واملسلامت انه هو الغفور الرحمي‬.

Anda mungkin juga menyukai