Anda di halaman 1dari 12

KHUTBAH AIDILADHA 1442H

KHUTBAH PERTAMA

‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫ هللا أكرب‬،‫هللا أكرب‬
.‫ والعاقبة للمتقني‬،‫ واحلمد هلل رب العاملني‬،‫ واحلمد هلل كثريا‬،‫كبريا‬

.‫ له امللك وله احلمد وهو على كل شيء قدير‬،‫أشهد أن ال إله إال هللا وحده ال شريك له‬
.‫ البدر الدجى والسراج املنري‬،‫وأشهد أن حممدا عبده ورسوله‬

.‫ من سار على هنجه إىل يوم الدين‬،‫اللهم صل وسلم وابرك على حممد وعلى آله وصحبه‬
.‫أما بعد‬

.‫ لعلكم تفلحون‬،‫ وتزودوا فإن خري الزاد التقوى‬،‫ اتقوا هللا‬،‫فيا عباد هللا‬

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah kalian kepada Allah SWT (dengan


mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya)
supaya kalian mendapat kejayaan (di dunia dan di akhirat).

Hari ini, kita menyambut Hari Raya Adha bersempena dengan ibadat haji
dan ibadat korban yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim AS secara ujian
daripada Allah, membuktikan keimanan (percaya dengan ikhlas) dan Islam
(penyerahan diri) kepada Allah dengan mentaati apa sahaja perintah-Nya
dan meninggalkan apa sahaja larangan-Nya.

1
Firman Allah SWT:

َِ ‫ل ِ َو ِمن ِذ ِر َّي ِتيِ ِقَا‬


ِ‫ل‬ َِ ‫اس ِ ِإ َم ٗاماِ ِقَا‬
ِ ِ َّ‫ل ِ ِإنِي ِ َجا ِعلكَِ ِ ِللن‬ َِّ ‫﴿۞ َوإِ ِِذ ِٱ ۡبتَلَىِ ِ ِإ ۡب َر ِِه َِم ِ َربُّهِۥ ِ ِب َك ِل َمتِ ِفَأَتَ َّمه‬
َِ ‫ن ِقَا‬
ِ ِ﴾٤٢١َِ‫لظ ِل ِمين‬ َّ ‫لِ َينَالِِ َعهۡ دِيِٱ‬ َِ

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim AS diuji oleh Tuhannya dengan


beberapa kalimah (firman suruhan dan larangan), lalu dia pun
menyempurnakan semua (perintah Allah). (Setelah itu) Allah berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin contoh yang
menjadi ikutan dan teladan) bagi umat manusia.’ Nabi Ibrahim pun
memohon dengan berkata: ‘(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua
kiranya) daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan).’ Allah
berfirman: ‘(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan dicapai
oleh orang-orang yang zalim.’” (Surah al-Baqarah: 124)

Ujian yang paling hebat ialah meletakkan anak kesayangannya Isma‘il AS


bersama ibunya Hajar di bumi Makkah yang tidak ada manusia serta tiada
bekalan makanan dan minuman. Ibrahim AS menunaikan perintah dengan
percaya kepada Allah, rahmat, dan rezeki-Nya, diikuti dengan taat oleh
isterinya Hajar (ibunda Isma‘il AS). Ini berbekalkan doa kepada Allah yang
disebut oleh firman-Nya:

َِّ ‫ن ِ َءا َمنَِ ِ ِم ۡنهم ِبِِٱ‬


ِِ‫ّلل‬ ِۡ ‫ت ِ َم‬ِِ ‫ق ِأَ ۡهلَهِۥ ِ ِمنَِ ِٱلثَّ َم َر‬
ِۡ ‫ل ِهَذَا ِبَلَدًا ِ َء ِام ٗنا ِ َِوٱ ۡرز‬ ِۡ َ‫ب ِٱ ۡجع‬ َِ ‫﴿ َوإِ ِۡذ ِقَا‬
ِِ ‫ل ِإِ ۡب َر ِِهمِ ِ َر‬
ِ ِ﴾٤٢١ِ‫صير‬ ِ ‫سِٱ ۡل َم‬
َِ ‫ارِ َو ِب ۡئ‬
ِِ َّ‫بِٱلن‬ ِِ ‫ط ُّرهِۥِإِلَىِِ َعذَا‬َ ‫ض‬ ۡ َ ‫يلِث َِّمِأ‬ َِ ‫َِوٱ ۡل َي ۡو ِِمِٱ ۡۡل ِخ ِِرِقَا‬
ِ ٗ ‫لِ َو َمنِ َكفَ َِرِفَأ َم ِتعهِۥِقَ ِل‬

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: ‘Wahai


Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan
berikanlah rezeki kepada penduduknya daripada berbagai-bagai jenis
buah-buahan, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat antara mereka.’ Allah berfirman: ‘(Permohonanmu itu diterima),

2
tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar, maka Aku akan beri juga ia bersenang-
senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-
buruk tempat kembali.’” (Surah al-Baqarah: 126)

Setelah Isma‘il AS meningkat umurnya dan sudah boleh berjalan bersama


bapanya, tiba-tiba Allah menguji pula supaya Ibrahim AS menyembelih
anakandanya. Firman Allah SWT:

ِ‫ت‬ َِ ‫َام ِأَنِيِ ِأَ ۡذبَحكَِ ِفَِٱنظرِۡ ِ َماذَا ِت َ َرىِ ِقَا‬


ِِ َ‫ل ِيَأَب‬ ِِ ‫ي ِ ِإنِيِ ِأ َ َرىِ ِفِي ِٱ ۡل َمن‬
َِّ َ‫ل ِيَبن‬َِ ‫ي ِقَا‬
َِ ۡ‫سع‬َّ ‫﴿فَلَ َّما ِبَلَ َِغ ِ َم َعهِ ِٱل‬
ِ‫ِ َونَ َد ۡينَهِِأَن‬٤٠١‫ين‬ ِِ ِ‫ِفَلَ َّماِِأَ ۡسلَ َماِ َوتَلَّهِۥِ ِل ۡل َجب‬٤٠٢َِ‫صبِ ِرين‬ َِّ ‫ست َ ِجدنِيِِإِنِشَا َِءِٱ‬
َّ ‫ّللِ ِمنَِِٱل‬ َ ِِ‫لِ َماِت ۡؤ َمر‬ ِۡ َ‫ٱ ۡفع‬
ِ٤٠١ِ‫نِ َه َذاِ َله َِوِٱ ۡلبَ َلؤاِِٱ ۡلم ِبين‬ َِّ ‫ِ ِإ‬٤٠١َِ‫لرءۡ يَاِِ ِإ َّناِ َك َذ ِلكَِِن َۡج ِزيِٱ ۡلم ۡح ِسنِين‬ ُّ ‫صد َّۡقتَِِٱ‬َ ِ‫ِ َق ِۡد‬٤٠١ِ‫يَإِ ۡب َرهِيم‬
ِ‫ ِ َكذَ ِلكَِ ِن َۡج ِزي‬٤٠١‫ِيم‬ َِ ‫سلَمِ ِ َعلَىِ ِ ِإ ۡب َره‬ َ ِ ٤٠١َِ‫ ِ َوتَ َر ۡكنَا ِ َعلَ ۡي ِِه ِ ِفي ِٱ ۡۡل ِخ ِرين‬٤٠١ِ‫َوفَ َد ۡينَهِ ِ ِبذ ِۡبحِ ِ َع ِظيم‬
ِ ِ﴾٤٤٤َِ‫نِ ِعبَا ِدنَاِٱ ۡلم ۡؤ ِمنِين‬ ِۡ ‫ِ ِإنَّهِۥِ ِم‬٤٤٠َِ‫ٱ ۡلم ۡح ِسنِين‬

“Maka, ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai
anak kesayanganku! Sesungguhnya, aku melihat dalam mimpi (yang benar
oleh seseorang Rasul) bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah
apa pendapatmu?’ Anaknya menjawab: ‘Wahai ayah kesayanganku,
jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan
mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.’ (102); Setelah kedua-
duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas
tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu
telah menjalankan perintah Kami untuk menyembelih anaknya). (103); Serta
Kami menyerunya: ‘Wahai Ibrahim! (104); Engkau telah menyempurnakan
maksud mimpi yang engkau lihat itu. (Maka, perintah itu Kami batalkan).’
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan (mentaati perintah Tuhan-Nya). (105); Sesungguhnya,
perintah ini ialah satu ujian yang nyata. (106); Dan Kami tebus anaknya itu

3
dengan seekor binatang sembelihan (kibas atau biri-biri) yang besar. (107);
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-
orang yang datang kemudian. (108); ‘Salam sejahtera kepada Nabi
Ibrahim!’ (109); Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan. (110); Sesungguhnya, Nabi Ibrahim itu daripada
hamba-hamba Kami yang beriman. (111).” (Surah al-Saffat: 102–111)

Ibrahim AS diperintahkan untuk mendirikan Kaabah bersama puteranya


Isma‘il AS, seterusnya menjadi kiblat kepada umat Nabi akhir zaman yang
menjadi Rasul kepada seluruh manusia dan seluruh alam. Satu penghargaan
apabila Nabi Muhammad SAW dipilih daripada zuriat keturunan Ibrahim dan
Isma‘il AS. Makkah pula menjadi tempat perhimpunan ibadat haji yang
menjadi salah satu daripada rukun Islam.

Ibrahim AS diperintahkan supaya menyeru manusia seluruh dunia bagi


menunaikan ibadat haji yang besar ini. Firman Allah SWT:

ِِ ‫امرِِ َي ۡأتِينَِِ ِمنِك‬


ِ ِ﴾٢١ِ‫لِفَجِِ َع ِميق‬ ِ ‫ض‬ ِ ٗ ‫جِ َي ۡأتوكَِِ ِر َج‬
ِِ ‫الِ َو َعلَىِِك‬
َ ِ‫ل‬ ِِ ‫اسِِِبٱ ۡل َح‬
ِ ِ َّ‫﴿ َوأَذِنِفِيِٱلن‬

“Dan serukanlah (wahai Ibrahim) kepada umat manusia untuk mengerjakan


ibadat haji, nescaya mereka akan datang kepada (rumah Tuhan)mu
dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan segenap penjuru dunia)
yang jauh.” (Surah al-Hajj: 27)

Firman Allah SWT:

ِِ ‫ّللَ ِ َغنِيِ ِ َع‬


ِ‫ن‬ ِ ٗ ِ‫سب‬
َِّ ِ‫يل ِ َو َمن ِ َكفَ َِر ِفَإ‬
َِّ ‫ن ِٱ‬ َ ِ ‫ع ِإِلَ ۡي ِِه‬ َ َ‫ن ِٱ ۡست‬
َِ ‫طا‬ ِِ ‫ج ِٱ ۡلبَ ۡي‬
ِِ ‫ت ِ َم‬ ِ ِ َّ‫ّلل ِ َعلَى ِٱلن‬
ُِّ ‫اس ِ ِح‬ َِِّ ِ ‫ َو‬...﴿
ِ ِ﴾١١َِ‫ٱ ۡلعَلَ ِمين‬

4
“...Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan
sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadat haji itu), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada
seluruh alam.” (Surah Ali ‘Imran: 97)

Haji itu ibadat jasad, roh, dan harta bagi mereka yang berkemampuan.
Maka, hari raya ini kepada seluruh umat Islam ialah bersempena dengan
ibadat besar ini, sepertimana Hari Aidilfitri bersempena dengan ibadat puasa
dan hari Jumaat bersempena dengan sembahyang lima waktu setiap
minggu.

Perhimpunan haji adalah sebagai ibadat menegakkan agama tauhid


beriman kepada Tuhan yang Maha Esa dan menolak syirik (adanya tuhan
yang lain daripada Allah). Kita disuruh bertakbir memuliakannya. Himpunan
ini juga menyatukan umat Islam dengan persaudaraan dan bermaafan
sesama mereka.

Muslimin dan Muslimat, ketahuilah!

Bersempena dengan hari raya ini juga, sunnah mu’akkadah untuk kita
melakukan ibadat korban dan wajib ke atas sesiapa yang bernazar, dan
wajib kepadanya untuk melakukan korban dalam tempoh bermula pada
hari raya dan hari-hari Tasyriq. Daging korban hendaklah dibahagikan
kerana Allah sebagaimana firman Allah SWT:

ِ ِ﴾١١...ِ‫لِ ِد َماؤهَاِ َولَ ِكنِيَنَالهِِٱلت َّ ۡق َوىِِ ِمنك ِۡم‬


َِ ‫ّللِلحوم َهاِ َو‬ َِ ‫﴿لَنِيَنَا‬
ََِّ ‫لِٱ‬

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas
yang berdasarkan taqwa daripada kalian...” (Surah al-Hajj: 37)

5
Semuanya adalah bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan
keluarganya, yang berakhir dengan kita hendaklah menjadi pengikut yang
setia kepada Nabi Muhammad SAW yang meneruskan perjuangannya
menghadapi seluruh manusia.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Manusia itu sentiasa diuji oleh Allah SWT. Hanya orang-orang beriman yang
berjaya dengan sifat sabar sahaja yang dijanjikan pahala. Hari ini, seluruh
dunia telah diuji dengan bencana penyakit wabak yang mematikan ramai
mangsanya. Ini semua ialah janji yang benar daripada Allah SWT yang
berfirman:

ِ‫تِ ِ َوبَ ِش ِِر‬ ِ ‫ل ِ َِوٱ ۡۡلَنف ِسِ ِ َِوٱلثَّ َم َر‬


ِِ ‫وعِ ِ َون َۡقصِ ِ ِمنَِ ِٱ ۡۡلَمۡ َو‬ ِ ‫ف ِ َِوٱ ۡلج‬ ِِ ‫﴿ َولَن َۡبل َونَّكم ِبِش َۡيءِ ِ ِمنَِ ِٱ ۡلخ َۡو‬
ِ‫ ِأو َل ِئكَِ ِ َع َل ۡي ِه ِۡم‬٤١١َِ‫ّلل ِ َو ِإ َّناِ ِ ِإ َل ۡي ِِه ِ َر ِجعون‬ ِ ‫ص َب ۡتهم ِ ُّم‬
َِِّ ِ ِ ‫صي َبةِ ِقَالواِ ِ ِإنَّا‬ َ َ‫ ِٱلَّذِينَِ ِإِذَاِ ِأ‬٤١١َِ‫ص ِب ِرين‬َّ ‫ٱل‬
ِ ِ﴾٤١١َِ‫صلَ َوتِِ ِمنِ َّربِ ِه ِۡمِ َو َر ۡح َمةِِ َوأولَئِكَِِهمِِٱ ۡلمهۡ تَدون‬ َ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kalian dengan sesuatu daripada


ketakutan (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(155); (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya, kami ialah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali.’ (156); Mereka itu ialah orang-orang
yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka
serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
hidayah-Nya. (157).” (Surah al-Baqarah: 155–157)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

6
Hari ini, kita hendaklah mengambil teladan daripada Nabi Ibrahim AS dan
keluarganya yang berjaya dalam ujian yang dihadapi dengan Islam yang
bermakna penyerahan diri kepada Allah SWT.

،‫أعوذ ابهلل من الشيطان الرجيم‬

ِِ‫طفَ ۡينَهِ ِفِي ِٱلد ُّۡنيَاِ ِ َوإِنَّهِۥ ِفِي ِٱ ۡۡل ِخ َرِة‬ َ ‫س ِفهَِ ِن َۡف‬
َ ۡ‫سهِِۥ ِ َولَقَ ِِد ِٱص‬ َ ِ ‫ل ِ َمن‬ َِّ ِ‫﴿ َو َمن ِيَ ۡرغَبِ ِ َعن ِ ِملَّ ِِة ِإِ ۡب َر ِِه َِم ِإ‬
ِ ِ﴾٤١٤َِ‫بِٱ ۡلعَلَ ِمين‬ ِِ ‫لِأ َ ۡسلَمۡ تِِ ِل َر‬ َِ ‫لِلَهِۥِ َربُّهِِۥِأَ ۡس ِل ِۡمِقَا‬ َِ ‫ِإِ ِۡذِقَا‬٤١٠َِ‫ص ِل ِحين‬ َّ ‫لَ ِمنَِِٱل‬

“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada
orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah
memilih Ibrahim (menjadi nabi dan rasul) di dunia ini; dan sesungguhnya ia
pada Hari Akhirat kelak tetaplah daripada orang-orang yang soleh (yang
tertinggi martabatnya). (130); (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman
kepadanya: ‘Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!’ Nabi Ibrahim
menjawab: ‘Aku serahkan diri (tunduk taat dan memeluk Islam) kepada
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam.’ (131).” (Surah al-
Baqarah: 130–131)

،‫ وجلميع املسلمني واملسلمات‬،‫ فأقول قويل هذا وأستغفر هللا يل ولكم‬،‫ابرك هللا يل ولكم‬
.‫إنه هو الغفور الرحيم‬

7
KHUTBAH KEDUA

ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ
.‫ َوّهّٰللّ احلَ ۡم ُد‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬
‫ ٰه‬،‫اّللُ أَك َُرب‬
‫ ٰه‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬ ‫ ٰه‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬
‫ ٰه‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬ ‫ ٰه‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬
‫ ٰه‬،ُ‫اّللُ أَك َرب‬
ٰ‫ه‬
‫ه‬ ۡ ۡ ّ ۡ ‫ه‬ ‫ا‬ّ ّ ۡ
‫ص ّٰل‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ال‬ . ‫ه‬‫ل‬‫و‬ ‫س‬ ‫ر‬‫و‬ ‫ه‬‫د‬ ‫ب‬ ‫ع‬ ‫ا‬‫د‬ ‫م‬‫حم‬
َ ‫ُٰ َ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َُ ا ً َ ُ ُ َ َ ُ ُ ُ ٰ ُ ا‬
‫ۥ‬ ‫ۥ‬ ‫ن‬‫ا‬ َ
‫أ‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫َش‬ ‫أ‬‫و‬ .‫ه‬‫ل‬ ‫يك‬ ‫ر‬ ‫ش‬ ‫ال‬ ‫ه‬‫د‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫اّلل‬ ‫ال‬ ‫إ‬ َ ‫أ َ ُ َ َه‬
‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ل‬ ‫إ‬ ‫ال‬ ‫َن‬
‫أ‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫َش‬

:‫ أَاما بـَ ۡع ُد‬.‫صَرهُۥ َوَو َاالهُۥ‬ ‫ن‬


َ‫و‬ ‫ۥ‬ ‫ه‬‫ع‬
َ َ َُ ََ َ َ ّ
‫ب‬َ‫ت‬ ‫ن‬ۡ ‫وسلّٰ ۡم علَى سّي ّدَن حمم ٍد وعلَى آلّّه وص ۡحبّ ّه وم‬
َ َ ‫َ َ َ َ ٰ َ َُ ا‬
ّ‫ وتَـزاودوا فَّإ ان خ ۡري الازاد‬.‫اّلل فَـ َق ۡد فَاز ۡالمتاـ ُقو َن‬ ّ‫ُوصي ُك ۡم وإّ اَّيى بّتـ ۡقو هى ه‬
ّ ‫ أ‬،ّ‫فَـيا ّعباد هاّلل‬
َ َ ُ َ َ ُ َ ٰ َ
َ َ َ ٰ ََ َ
ۡ
.‫التـاق َو هى‬
Muslimin dan muslimat sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya ni’mat
iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Dan hanya
kematian di dalam iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah
sebagaimana firman-Nya:

‫ [سورة آل عمران‬٢٠١ ‫ٱّللَ َح اق تـُ َقاتّّهۦ َوَال ََتُوتُ ان إّاال َوأَنتُم ُّم ۡسلّ ُمو َن‬
‫ين ءَ َامنُواْ ٱتـا ُقواْ ا‬
َ ‫ذ‬ّ ‫هأَيَيـُّها ٱلا‬
َ َ
]201 :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah


dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di
dalam keadaan beragama Islam”

8
Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya ni’mat
persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang
ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia
kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

ۡ ۡ
ۡ ‫َال يـؤّمن أ‬
]‫ [رواه البخاري‬.‫ب لّنَـف ّس ّه‬ ّ ‫ب ِّل‬
ُّ ‫َخ ّيه َما َُُي‬ ‫َح ُد ُكم َح اَّت ُُّي ا‬
َ ُ ُ
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya
sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri”

Sehubungan itu, hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam


perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesushahan yang menimpa
umat Islam di serata dunia, sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi,
dilanda peperangan, kemiskinan, kebuluran dan wabak penyakit Covid-19
yang melanda dunia hari ini. Juga terhadap umat Islam yang sedang
dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang berlaku di Palestin,
Iraq, Syria, Uyghur, Myanmar dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan


tenaga, sekurang-kurangnya melalaui doa dan munajat kepada Allah
supaya memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka
daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi itu.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini, marilah kita
memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai
bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada Baginda SAW
dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah
Allah di dalam al-Quran:

9
‫َو َسٰلّ ُمواْ تَ ۡسلّ ًيما‬ ‫صلُّواْ َعَل ۡي ّه‬
‫ين ءَ َامنُواْ َ‬
‫اّ‬ ‫صلُّو َن َعلَى ٱلنّ ِّّٰۚ‬
‫اب هَأَيَيـُّ َها ٱلذ َ‬
‫إّ ان ا هأّ‬
‫ٱّللَ َوَملَئ َكَتهُۥ يُ َ‬
‫‪[ 65‬سورة اِلحزاب ‪]65 :‬‬

‫‪“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas‬‬


‫‪Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke‬‬
‫”‪atasnya dengan sesungguhnya‬‬

‫ت َعلَى إّ ۡبـَر ّاه َيم َو َعلَى ّآل إّ ۡبـَر ّاه َيم‪.‬‬ ‫ال هلٰهم ص ّل على حمم ٍد وعلى ّآل حمم ٍد‪ ،‬كما ۡ‬
‫صلاي َ‬
‫َُ ا َ َ َ‬ ‫ُ ا َ ٰ ََ َُ ا َ ََ‬
‫ّ‬ ‫ۡ‬ ‫واب ّر ۡك علَى ُحم ام ٍد وعلَى ّآل ُحم ام ٍد‪َ ،‬كما اب ۡركت علَى إّبراهيم وعلَى ّآل إّبر ّ‬
‫ني‬
‫َ َ‬‫م‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ا‬‫ع‬ ‫ال‬ ‫ّ‬
‫ِف‬ ‫يم‬‫اه‬ ‫َ ََ َ َ َ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ َ َ‬
‫َ َ‬
‫َحي ٌد ََّمي ٌد‪.‬‬
‫اك َّ‬
‫إّن َ‬

‫ات‪.‬‬ ‫آء ّم ۡنـه ۡم و ۡاِل َۡمو ّ‬ ‫ات ۡاِل َۡحي ّ‬ ‫ات و ۡالم ۡسلّ ّمني و ۡالم ۡسلّم ّ‬ ‫ال هلٰه ام ۡاغ ّف ۡر لّ ۡلم ۡؤّمنّني و ۡالم ۡؤّمنَ ّ‬
‫ُ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ُ َ َ ُ َ‬ ‫ُ َ َ ُ‬ ‫ُ‬
‫ين‬ ‫ربـانا ۡاغ ّف ۡر لَنا ُذنُوبـنا وذُنُوب والّ ّدينا و ۡار َ َۡحه ۡم َكما ربـا ۡوََن ّصغارا‪ .‬ربـانا ۡاغ ّف ۡرلَنا وِّّل ۡخوانّنا الا ّ‬
‫ذ‬
‫َ‬ ‫َ َ ََ‬ ‫ًَ ََ‬ ‫َ ََ َ َ َ َ َ ُ َ َ‬ ‫ََ‬
‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ّ‬ ‫ۡ‬
‫وف ارح ٌيم‪.‬‬ ‫اك َرُؤ ٌ‬ ‫ين ءَ َامنُوا َربـانَا إن َ‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫سبَـ ُق َ ّ‬
‫وَن ابِلميَان َوَال ََت َعل ِف قـُلُوبنَا غًّل للذ َ‬ ‫َ‬
‫ۡ‬
‫ني‪َ ،‬والظُّل َم‬ ‫ق‬‫اق و ۡالمنافّ ّ‬ ‫ف‬‫ّ‬‫ن‬‫ال‬
‫و‬ ‫ني‪،‬‬‫ّ‬‫ّ‬
‫ك‬
‫ر‬
‫ّا ّ ۡ ۡ ۡ‬
‫ش‬ ‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ك‬‫َ‬ ‫ر‬ ‫الش‬ ‫ل‬ ‫َذ‬‫أ‬
‫و‬ ‫‪،‬‬‫ني‬ ‫م‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬
‫ل‬ ‫اِل ۡس ًَّلم و ۡالم ۡ‬
‫س‬ ‫ّ‬
‫ه ّ ۡ‬
‫اللٰ ُه ام أَعاز‬
‫َ َٰ َ َ َُ َ‬ ‫ٰ َ ُ‬ ‫ََ ُ َ َ‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ك ّم ۡن ُشُروّرّه ۡم‪ .‬ال هلٰ ُه ام ُراد َك ۡي َد ُه ۡم َعلَى‬‫ك ِّف ُُنُوّر أَع َدآئّنَا َونـَ ُعوذُ بّ َ‬
‫ه‬
‫ني‪ .‬اللٰ ُه ام إّ اَن ََن َعلُ َ‬ ‫ّّ‬
‫َوالظاالم َ‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ ۡ ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ُُنُوّرّه ۡم‪ .‬ال هلٰ ُه ام بَ ّٰد ۡد َ َۡشلَ ُه ۡم َوفَـّٰرق َ َۡج َع ُه ۡم َو َشتّٰ ۡت َكلّ َمتَـ ُه ۡم َوَزل ّزل أَق َد َام ُه ۡم‪َ ،‬و َسلّٰط َعلَ ۡي ّه ۡم َكلبًا‬
‫ۡ‬
‫ّمن كّ ًَّلبّ َ‬
‫ك‪.‬‬

‫‪10‬‬
‫ۡ‬ ‫اه ّدين و ۡالم ۡستَ ۡضع ّفني ِّف فَـلَ ۡس ّ‬ ‫ۡالمج ّ‬ ‫ه ۡ‬
‫ني‪َ ،‬وِّف َغازةّ‪َ ،‬وِّف العَّر ّاق‪،‬‬ ‫َ‬ ‫ط‬ ‫َُ َ َ ُ َ َ‬ ‫ص ۡر إّ ۡخ َوانـَنَا‬
‫اللٰ ُه ام ُ‬
‫ان‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ان‪ .‬ال هلٰ ُه ام قَـ ّٰو َعَزائّ َم ُه ۡم‪َ ،‬واَجَ ۡع َكلّ َمتَـ ُه ۡم‪َ ،‬وثـَٰبّ ۡت‬
‫وِّف ُك ّل م َك ٍ‬
‫ٰ َ‬ ‫َ‬ ‫َوِّف ُسوّرََّي‪َ ،‬وِّف َكش ّمري‪،‬‬
‫ۡ ۡ ۡ‬
‫ص ۡرُه ۡم َعلَى أ َۡع َدآئّّه ۡم‪.‬‬ ‫أَق َد َام ُهم‪َ ،‬و ُ‬
‫ان‬
‫ۡ‬ ‫آت أَ ۡنـفسنا تـ ۡقواها‪ ،‬وزكّها أ َۡنت خ ۡري م ۡ‬
‫ت َولّيُّـ َها َوَم ۡوَال َها‪ .‬ال هلٰ ُه ام أَ ّرََن‬‫َ‬ ‫َن‬ ‫أ‬ ‫ا‪،‬‬‫اه‬ ‫ا‬
‫ك‬‫ز‬ ‫ن‬
‫ُ َ َ َ َ َ َ َٰ َ َ َ ُ َ َ َ‬
‫ال هلٰه ام ّ‬
‫ُ‬
‫ۡ‬ ‫اطل اب ّطًّل و ۡارزۡقـنا ۡاجتّنابه‪ .‬ال هلهم أ ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ ۡ‬ ‫ۡ‬
‫َصلّ ۡح ُسلطَانَـنَا‪َ ،‬وأَئّ امتَـنَا‬ ‫ّ‬ ‫ب‬ ‫ال‬
‫َ ا َ َ ُ َ َٰ َ ُ َ َ َ َ َ ً َ ُ َ َ َ ُ ٰ ُ ا‬ ‫َن‬‫ّ‬
‫ر‬ ‫َ‬
‫أ‬‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ه‬ ‫اع‬ ‫ب‬‫ّ‬
‫ت‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ـ‬‫ق‬ ‫ز‬‫ار‬‫و‬ ‫اا‬
‫ق‬ ‫ح‬ ‫ق‬ ‫احل‬

‫ني‪.‬‬ ‫ب ۡالعالَ ّ‬
‫م‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫َّي‬ ‫اك‬
‫َ‬ ‫ق‬ ‫ا‬
‫ـ‬‫ت‬‫ا‬‫و‬ ‫ك‬ ‫ف‬‫ا‬ ‫خ‬ ‫ووَالة أُموّرَن‪ ،‬وا ۡجع ۡل ّوَاليـتـنا ِّف م ۡ‬
‫ن‬
‫ََ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ُ َ ُ َ َ َ َََ َ َ َ َ‬
‫َ‬
‫ِمنَ ِ ۡٱل َخ ِس ِرينَ َ‬
‫‪ِ.‬ر َّبنَا ِ َل ِت ِز ۡغ ِقلو َبنَاِ‬ ‫َاِو ِإنِلَّ ۡم ِتَ ۡغ ِف ۡر ِلَن َ‬
‫َاِوتَ ۡر َحمۡ نَاِلَنَكون ََّن ِ‬ ‫سن َ‬ ‫ظلَمۡ نَا ِأَنف َ‬
‫َر َّبنَاِ َ‬
‫َاِوذ ِريَِّـِ ِتنَاِ‬ ‫ِر ۡح َمةً ِ ِ ِإنَّكَ ِأَنتَ ِ ۡٱل َو َّهاب‪َ ِ.‬ربَّنَاِه َۡب ِلَن ِ‬
‫َاِم ۡن ِأَ ۡز َو ِجن َ‬ ‫َاِمنِلَّدنكَ َ‬ ‫َاِوه َۡب ِلَن ِ‬ ‫َبعۡ َد ِ ِإ ۡذ ِهَ َد ۡيتَن َ‬
‫ِوقِنَاِ َعذَ َ‬
‫ابِ‬ ‫ِوفِيِ ۡٱۡل ِخ َرةِِ ِ َح َ‬
‫سن َٗة َ‬ ‫ٱج َع ۡلنَا ِ ِل ۡلمتَّقِينَ ِ ِإ َما ًما‪َ ِ.‬ربَّنَا ِ َءاتِنَاِفِيِٱلد ُّۡن َيا ِ َح َ‬
‫سن َٗة َ‬ ‫ق َّرة َِأَ ۡعين َِ‬
‫ِو ۡ‬
‫ٱلنَّ ِ‬
‫ار‪.‬‬

‫ني‪.‬‬ ‫ب ۡالعالَ ّ‬
‫م‬ ‫ّ‬ ‫ر‬ ‫وصلاى هاّلل علَى سّي ّد ََن ُحم ام ٍد وعلَى آلّّه وص ۡحبّ ّه وسلا ۡم‪ .‬و ۡاحل ۡم ُد ّهّ‬
‫ّلل‬
‫َ َ ََ َ َ ٰ َٰ َ َ‬ ‫َ َ ُٰ َ َ ٰ َ َ َ‬
‫ۡ‬ ‫ّّ ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫اّللُ أَك َربُ‪َ ،‬و هّٰلل احلَم ُد‪.‬‬
‫اّللُ أَك َربُ‪ٰ ،‬ه‬
‫اّللُ أَك َربُ‪ٰ ،‬ه‬
‫هٰ‬

‫‪11‬‬

Anda mungkin juga menyukai