Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN.

NABI IBRAHIM DAN RAJA NAMRUD YANG SOMBONG.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang
dirahmati Allah.

Hijau berkilau permata zamrud,


Terselit di jari menjadi tatapan,
Dengarkan kisah angkuhnya Namrud,
Jadikan iktibar, panduan kehidupan. (Pantun)

Raja Namrud ialah pemerintah kerajaan Babylon. Dia seorang yang gagah,
namun tidak beriman kepada Allah dan mengagkat dirinya sebagai Tuhan. Di
saat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus nabi
Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah. Pada suatu hari,
berlakulah perdebatan diantara nabi Ibrahim dan Raja Namrud:

“Hanya Tuhanku yang memberi dan mengambil semula nyawa”, tegas nabi
Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong “Aku juga boleh membunuh
manusia dan menghidupkan”. “Tapi, bolehkah kamu menjadikan matahari
terbit dari timur?” balas nabi Ibrahim. Mendengar akan itu, Namrud terdiam
kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 258 yang bermaksud:


‘’ Tidakkah Engkau memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya.

Begitulah Raja Namrud yang sesat malah menyesatkan orang lain. Pada masa
kini juga terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah orang Islam
seperti ajaran Syiah.
Ingatlah rakan-rakan,
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk


meraikan perayaan bagi tuhan mereka. “Hmmm, inilah peluangku untuk
mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”, nekad Nabi Ibrahim. Lalu,
Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala. Ktak! Ktak! Ktak! (bunyi kapak).
Tinggallah sebuah berhala yang paling besar. Lalu, kapak yang digunakan
digantungkan pada leher patung besar tersebut. Hal ini diceritakan dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 58 yang bermaksud;
Lalu dia memecahkan semuanya kecuali sebuah berhala mereka Yang
besar , supaya mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.

Sikap keberanian nabi Ibrahim perlu diamalkan di dalam kehidupan kita.


Apatah lagi di era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia
menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam. Contohnya
pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Israel.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita disarankan agar menggunakan fikiran yang
waras untuk membezakan kebaikan dan keburukan.

Suasana menjadi semakin genting,


Nabi Ibrahim ditangkap penuh zalim,
Dipersalahkan memusnahkan berhala,
Raja Namrud berang, penuh kemarahan! (Sajak)

“Kamu tahu! Kamu tahu… bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat
apa-apa”, kata Raja Namrud. “Jadi kalau begitu, kenapa kamu
menyembahnya?” balas Nabi Ibrahim. Raja Namrud menjadi sangat marah.
Lalu, menjatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup kepada Nabi Ibrahim di
kawasan lapang. Namun, Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa
dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke sana-sini dalam api tersebut.
Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69:

Maksudnya: "Hai api, Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada
Ibrahim! ".

Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika Tsunami melanda Indonesia tahun lalu,


terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah.
Contohnya Masjid di Palu tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya
Allah!
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap nabi dikurniakan mukjizat dan orang
yang beriman seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.

Kawan-kawan,

Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh. “Sekiranya Tuhanmu


mempunyai Malaikat, maka hantarlah kepada aku. Mari kita berperang!
Hahaha”, katanya kepada Nabi Ibrahim. Justeru itu, Nabi Ibrahim memohon
bantuan daripada Allah. Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa
berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya,
mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk tersebut.

Namun, Allah memberi masa 3 hari kepada Raja Namrud untuk bertaubat
dengan menangguhkan kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja kerana dia
enggan bertaubat. Lantas Allah memerintahkan seekor nyamuk masuk melalui
lubang hidung Raja Namrud dan memakan otaknya. Matilah Raja Namrud dek
seekor nyamuk.

Firman Allah dalam surah Al-Muddassir ayat 31, yang bermaksud; Dan tiada
Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja.
Masha Allah, memang benarlah Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya seekor
nyamuk kecil dapat menewaskan Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang
berlaku pada masa kini, wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes telah
meragut banyak nyawa.

Jelaslah, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, kita
tidak boleh sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim menentang Raja Namrud.

Wahai rakan dan juga Taulan,


Raja Namrud bukan ikutan,
Zalim dan sombong kepada Tuhan,
Dimurkai Tuhan. (Lagu)

Sekian.
‫وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai