Anda di halaman 1dari 4

‫سم هللا والحمدهلل !

السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Hijau berkilauan permata zamrud,

Terselit di jari jadi tatapan,

Dengarkan kisah keangkuhan Raja Namrud,

Jadikan iktibar, panduan kehidupan. (Pantun)

Kawan-kawan,

Raja Namrud ialah pemerintah kerajaan Babylon. Dia seorang yang gagah, namun tidak beriman kepada
Allah dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Di saat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan,
Allah mengutus nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah. Pada suatu hari,
berlakulah perdebatan antara nabi Ibrahim dan Raja Namrud:

“Hanya Tuhanku yang memberi dan mengambil semula nyawa”, tegas nabi Ibrahim. Namrud menjawab
dengan sombong “Aku juga boleh membunuh manusia dan menghidupkan”. “Tapi, bolehkah kamu
menjadikan matahari terbit dari timur?” balas nabi Ibrahim. Mendengar akan itu, Namrud terdiam
kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:

‫ت ِب َها ِم َن‬ ِ ‫ْس ِم َن ْال َم ْش ِر ِق َفْأ‬ ‫م‬ َّ


‫ش‬ ‫ال‬ ‫ب‬ ْ‫ي‬‫ت‬ِ ‫َقا َل ِاب ْٰرهٖ ُم َفاِنَّ هّٰللا َيْأ‬
ِ ِ َ
ٰ ‫هّٰللا‬
ّ ‫ت الَّ ِذيْ َك َف َر َۗو ُ اَل َي ْه ِدى ْال َق ْو َم‬
‫الظلِ ِمي ۚ َْن‬ َ ‫ب َفب ُِه‬ ِ ‫ْال َم ْغ ِر‬
Maksudnya: Ibrahim berkata, “Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.”
Maka bingunglah orang yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.

Begitulah Raja Namrud yang sesat malah menyesatkan orang lain. Pada masa kini juga terdapat ajaran
sesat yang cuba memesongkan akidah orang Islam seperti ajaran Syiah dan Tuhan Harun.
Ingatlah rakan-rakan,

Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Kawan-kawan,

Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan hari raya bagi tuhan
mereka. “Hmmm, inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”, nekad
Nabi Ibrahim. Lalu, Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala. Ktak! Ktak! Ktak! (bunyi kapak).
Tinggallah sebuah berhala yang paling besar. Lalu, kapak yang digunakannya digantungkan pada leher
patung besar tersebut. Hal ini diceritakan dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58:

َ ‫ َي ۡر ِجع‬ ‫ِإ َل ۡي ِه‬  ۡ‫ َل َعلَّهُم‬  ۡ‫لَّهُم‬ ‫ َك ِب ٗيرا‬  ‫ِإاَّل‬ ‫ج ٰ َُذ ًذا‬ ۡ‫َف َج َع َلهُم‬


‫ُون‬

Maksudnya: Lalu dia memecahkan semuanya kecuali sebuah berhala mereka Yang besar , supaya
mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.

Sikap keberanian nabi Ibrahim perlu diamalkan di dalam kehidupan kita. Apatah lagi di era globalisasi ini,
menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam.
Contohnya pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Israel.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita disarankan agar menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan
kebaikan dan keburukan.

Kawan-kawan,

Suasana menjadi semakin genting,

Nabi Ibrahim ditangkap penuh zalim,

Dipersalahkan memusnahkan berhala,

Raja Namrud berang, penuh kemarahan! (Sajak)


“Kamu tahu! Kamu tahu… bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apa”, kata Raja
Namrud. “Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?” balas Nabi Ibrahim. Raja Namrud menjadi
sangat marah. Lalu, menjatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup kepada Nabi Ibrahim di kawasan
lapang. Namun, Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh
berjalan ke sana-sini dalam api tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69:

‫قُ ْل َنا ٰي َنا ُر ُك ْو ِنيْ َبرْ ًدا َّو َس ٰلمًا َع ٰ ٓلى ِاب ْٰر ِه ْي َم‬
Maksudnya: “Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim!”

Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika Tsunami melanda Indonesia tahun lalu, terdapat beberapa kejadian
yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah. Contohnya Masjid di Palu tidak terjejas walaupun dilanda
Tsunami. Masya Allah!

Ingatlah rakan-rakan,

Kita hendaklah percaya bahawa setiap nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman seperti Nabi
akan dibantu oleh Allah.

Kawan-kawan,

Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh. “Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka
hantarlah kepada aku. Mari kita berperang! Hahaha”, katanya kepada Nabi Ibrahim. Justeru itu, Nabi
Ibrahim memohon bantuan daripada Allah. Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa
berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit
oleh nyamuk-nyamuk tersebut.

Namun, Allah memberi masa 3 hari kepada Raja Namrud untuk bertaubat dengan menangguhkan
kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja kerana dia enggan bertaubat. Lantas Allah memerintahkan
seekor nyamuk masuk melalui lubang hidung Raja Namrud dan memakan otaknya. Matilah Raja Namrud
dek seekor nyamuk.

Firman Allah dalam surah Al-Muddassir ayat 31:

‫ك اِاَّل هُ ۗ َو‬
َ ِّ‫ࣖ َو َما يَ ْعلَ ُم ُجنُ ْو َد َرب‬
Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui bala tentara Tuhanmu kecuali Dia sendiri.
Masha Allah, memang benarlah Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat
menewaskan Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masa kini, wabak denggi yang
dibawa oleh nyamuk aedes telah meragut banyak nyawa.

Jelaslah, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, kita tidak boleh sombong
dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim menentang Raja Namrud.

Wahai rakan dan juga Taulan,

Raja Namrud bukan ikutan,

Zalim dan sombong kepada Tuhan,

Dimurkai Tuhan. (Lagu)

Sekian.

‫وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركات‬

Anda mungkin juga menyukai