Anda di halaman 1dari 14

Tarikh : Ahad, 04/08/2019

Tafsir : Surah Ke 2, Al-Baqarah (Ayat 124-126)


Oleh : Ustaz Azlizan Nueq

Ayat Ke-124: Ini adalah berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim ‫علي ه الس الم‬. Allah ‫ ﷻ‬hendak
menceritakan permulaan kebangkitan umat akhir zaman (umat Nabi Muhammad ‫)ﷺ‬. Ada
keistimewaan pada umat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Bukan umat Bani Israil sahaja yang ada
keistimewaan.

Umat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬lahir daripada doa seorang Nabi dan yang mendoakan untuk
mereka itu adalah Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬, seorang Nabi yang hebat dan yang unggul. Bani Israil juga
mengenali baginda. Sebelum ini telah banyak disebut tentang kisah-kisah mereka.

Yahudi menerima Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬juga walaupun mereka menolak Nabi Isa ‫ عليه السالم‬dan Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬. Mereka bagi nama Ibrahim kepada anak-anak mereka (Avraham). Begitu
juga Nasara menerima Nabi Ibrahim ‫( عليه السالم‬mereka menamakan anak mereka Abraham) walaupun
mereka tolak Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Jadi ayat-ayat ini adalah untuk memperkenalkan
baginda.

Ayat 124 – 141 adalah peringatan kepada Bani Israil supaya kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim ‫عليه‬
‫السالم‬. Juga diingatkan tentang seruan Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬supaya mentauhidkan Allah ‫ﷻ‬. Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬hasil daripada doa Nabi
Ibrahim ‫ عليه السالم‬sendiri.

Ahli kitab diingatkan supaya tidak membezakan rasul-rasul, terima semuanya daripada Allah ‫ﷻ‬.
Ahli kitab diperintahkan menerima syariat daripada rasul terakhir dan tinggalkan ajaran terdahulu yang
telah banyak diselewengkan.

َ‫الظالِمين‬ ِ ‫ت َفأ َ َت َّمهُنَّ ۖ قالَ إِ ّني جا ِعلُ َك لِل ّن‬


ّ ‫اس إِما ًما ۖ قال َ َومِن ُذ ِّر َّيتي ۖ قال َ ال َينال ُ َعهدِي‬ ٍ ‫لى إِبراهي َم َر ُّب ُه ِب َكلِما‬
ٰ ‫َوإِ ِذ اب َت‬

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan
larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya
Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon
dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) daripada keturunanku (pemimpin-
pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati
oleh orang-orang yang zalim.”

‫َوإِ ِذ ا ْب َتلَ ٰى إِ ْب َراهِي َم َر ُّب ُه‬

Ketika diuji Nabi Ibrahim oleh Tuhannya

Allah ‫ ﷻ‬memulakan dengan kisah perjuangan Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬. Ini kerana hebatnya manusia
adalah kerana perjuangan mereka. Baginda telah diuji dengan perkara-perkara keagamaan dengan ujian
yang besar-besar.
Ada riwayat yang kata ujian itu adalah dengan 10 perkara amalan fitrah seperti potong kuku, simpan
janggut dan sebagainya. Tetapi itu tidak tepat kerana itu bukanlah perkara-perkara yang besar. Yang
besarnya adalah perjuangan baginda memperjuangkan tauhid.

Ia ada disebut dalam Al-Qur’an. Bayangkan baginda telah bertembung dengan raja dunia, Namrud.
Namrud itu adalah raja yang besar, kerana dia adalah Raja Dunia, tidak seperti Firaun, kerana Firaun
adalah Raja Negara Mesir sahaja. Bayangkan, Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬yang miskin diperintahkan untuk
mengajak raja satu dunia untuk beriman. Ini bukan hal yang kecil.

ٍ ‫ِب َكلِ َما‬


‫ت‬

dengan beberapa jenis ujian;

Baginda telah diuji dengan berbagai-bagai lagi ujian: Baginda pernah dihumban ke dalam api; baginda
kena berpisah dengan ayah dan kampung halaman kerana baginda telah dihalau dari negaranya iaitu
Iraq dan kena tinggal di Palestin; baginda terpaksa berpisah dengan isteri-isterinya untuk jangka masa
yang lama.

Baginda harus meninggalkan isterinya Sarah, hanya empat kali sahaja dapat berjumpa isterinya dalam
setahun. Isterinya yang kedua, Hajar, harus ditinggalkan di Mekah. Baginda juga harus meninggalkan
anaknya Nabi Ismail ‫علي ه الس الم‬. Hanya dapat ziarah setahun sekali dan kemudian diuji untuk
menyembelih anak kesayangannya itu. Teruk-teruk ujian yang dikenakan ke atas baginda. Selain dari
waktu yang disebut di atas, baginda perlu pula menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

َّ‫َفأ َ َت َّمهُن‬

Semuanya Nabi Ibrahim sempurnakan;

Allah ‫ ﷻ‬beritahu dalam ayat ini yang Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬telah menyempurnakan dan melepasi
segala ujian-ujian itu. Kita semua memang diuji selama kita di dunia. Tetapi kita tidak tahu sama ada kita
telah melepasi ujian kita. Namun lihatlah Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬diberitahu semasa di dunia lagi yang
baginda telah melepasi ujiannya. Alangkah beruntungnya Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬.

Antara banyak-banyak ujiannya yang kita pernah dengar, yang paling selalu kita dengar adalah tentang
bagaimana baginda telah disuruh untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail ‫عليه السالم‬. Baginda telah
bermimpi bahawa Allah ‫ ﷻ‬telah mengarahkan baginda untuk menyembelih Nabi Ismail ‫عليه السالم‬.
Baginda amat sayangkan anaknya itu, namun baginda sedar bahawa itu adalah arahan daripada Allah
‫ﷻ‬.

Sudahlah baginda sebelum itu tidak pernah ada anak walaupun baginda ada dua orang isteri. Setelah
anaknya Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬dewasa dan sudah boleh menolong baginda dalam kerja-kerja dakwah,
baginda disuruh pula untuk menyembelih anaknya itu. Maka baginda telah bertanya pendapat Nabi
Ismail ‫ عليه السالم‬tentang perkara itu dan Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬pun sanggup untuk menerima ujian itu.

Nabi Ibrahim ‫ علي ه الس الم‬telah menjalankan suruhan Allah ‫ ﷻ‬itu. Tetapi Allah ‫ ﷻ‬telah
menggantikan Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬dengan seekor kibas. Jadi, Nabi Ismail ‫ علي ه الس الم‬tidak disembelih
akhirnya. Maka, kita telah diarah untuk mengabadikan kisah itu ke dalam amalan berkorban. Setiap
tahun kita akan berkorban dan kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim ‫ ﷻ‬telah menjalankan
suruhan Allah ‫ ﷻ‬tanpa bantahan.

Kalau kita fikirkan secara logik, tentulah tidak patut seorang ayah untuk menyembelih anaknya sendiri.
Tetapi oleh kerana ia adalah perintah Allah ‫ﷻ‬, maka Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬telah jalankan juga.
Itulah satu contoh bagaimana seorang Nabi tidak melanggar arahan Allah ‫ﷻ‬.

Walaupun ia kedengaran tidak logik pada akal kita, namun begitulah juga, sepatutnya kita menjalankan
suruhan Allah ‫ ﷻ‬tanpa persoalan. Walaupun kita tidak tahu apakah hikmah dalam perbuatan itu.
Seperti contohnya, Allah ‫ ﷻ‬telah mengarahkan kita semua menjalankan hukum hudud. Lalu
bagaimana lagi kita boleh membantahnya?

Malangnya, banyaklah alasan-alasan akal yang diberikan oleh manusia sebagai mengatakan bahawa ia
tidak boleh dilakukan. Ada yang kata ia tidak sesuai dijalankan pada zaman ini. Mereka sebenarnya
hendak menggunakan akal untuk menghujah hukum yang Allah ‫ ﷻ‬telah berikan kepada kita.
Padahal, hikmah sesuatu perkara itu hanya akan didapati apabila kita telah menjalankannya.

Kita selalu menyebut-nyebut kisah Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬itu tetapi kita tidak mengambil pengajaran
daripadanya. Pengajarannya adalah kita sebagai manusia hendaklah mengikut perintah Allah ‫ﷻ‬
tanpa apa-apa alasan lagi. Bukanlah kita boleh menggunakan akal untuk membincangkan sama ada
arahan Allah ‫ ﷻ‬itu sesuai ataupun tidak kerana akal kita tidak akan dapat menilainya. Akal kita
tidak akan sampai untuk mencapai maksudnya.

ِ ‫َقال َ إِ ِّني َجا ِعلُ َك لِل َّن‬


‫اس إِ َما ًما‬

Allah taala berfirman: sesungguhnya Aku hendak menjadikan kamu bagi manusia semua sekali
sebagai imam;

Maksud imam itu adalah ‘sebagai ikutan’. Ikutan bagi semua manusia kerana imam dalam salat duduk di
hadapan dan menjadi ikutan makmum, bukan? Ini adalah satu penghormatan yang besar kepada Nabi
Ibrahim ‫علي ه الس الم‬. Imam yang dimaksudkan sebagai ikutan daripada segi sifat kerana ‘Imam’ yang
menjadi ikutan ada banyak – bidang hadith, bidang fiqah dan sebagainya. Tetapi Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬
ini adalah ikutan daripada segi sifat baginda. Antaranya, sifat taatnya, sifat kemanusiaan yang sempurna.
Baginda telah menjadi contoh teladan.

‫َقال َ َومِنْ ُذ ِّر َّيتِي‬

Nabi Ibrahim jawab: dan daripada anak cucu aku juga;


Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬meminta supaya Allah ‫ ﷻ‬melantik juga keturunan baginda sebagai imam
yang akan menjadi ikutan manusia. Baginda tidak mahu baginda seorang sahaja yang menjadi ikutan.
Baginda hendakkan keturunannya yang dijadikan sebagai contoh juga. Maknanya, Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬
ini memikirkan tentang orang lain juga, bukan dirinya sahaja.

Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬meminta supaya keturunannya menjadi imam juga kerana baginda tahu ajaran
yang dibawanya akan menjadi ikutan. Maka baginda mengharap supaya akan ada yang mentadbir
selepas baginda tiada nanti.

Tetapi lihatlah cara Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬meminta. Baginda bermohon kepada Allah ‫ ﷻ‬selepas
baginda telah melakukan suruhan dan ujian Allah ‫ﷻ‬. Begitulah juga kita, seeloknya kita berdoa
selepas kita telah melakukan ibadat kepada Allah ‫ﷻ‬, sama ada salat, baca Al-Qur’an, tolong orang
lain dan sebagainya. Iaitu selepas kita melakukan ketaatan kepada Allah ‫ ﷻ‬kerana waktu itu doa
kita lebih diterima.

َ‫َقال َ اَل َي َنال ُ َع ْهدِي ال َّظالِمِين‬

Allah jawab: tidak akan terima perjanjian ini kepada orang yang zalim;

Walaupun seseorang itu adalah anak cucu Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬, tetapi kalau dia melakukan syirik, dia
tidak akan akan diterima untuk menjadi imam, untuk menjadi ikutan.

Memang ramai daripada keturunan Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬seperti Nabi Ishak ‫ عليه السالم‬yang menjadi
Nabi dan rasul. Memang tidak dinafikan ramai daripada keturunan baginda yang beriman. Namun ada
juga yang sesat. Zalim di dalam ayat ini adalah bermaksud syirik kepada Allah ‫ﷻ‬. Allah ‫ ﷻ‬kata
golongan zalim tidak akan dapat mencapai kedudukan Imam itu. Maknanya ada keturunan Nabi Ibrahim
‫ عليه السالم‬yang zalim juga.

Allah ‫ ﷻ‬hendak memberitahu Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬bahawa bukan semua daripada keturunannya
akan menjadi baik. Ada juga yang tidak menjadi kerana iman bukan boleh diwarisi. Kalau Allah ‫ﷻ‬
telah memberikan sesuatu kelebihan kepada seseorang, bukanlah bermakna keturunannya pun akan
dapat juga. Jadi janganlah kita mengagungkan keturunan, walaupun keturunan itu daripada keturunan
Rasulullah ‫ ﷺ‬sekalipun. Sedangkan keturunan Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬sendiri tidak diterima
secara menyeluruh.

Sekarang ini sudah ada satu pemahaman di kalangan masyarakat kita yang mengagung-agungkan
keturunan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Iaitu yang dipanggil golongan Habib. Ini adalah produk
rekaan baru manusia kerana kalau dahulu kita tidak pernah dengar pun golongan ini. Mereka
kebanyakannya datang dari Yaman dan mereka telah mengelabui mata mereka yang jahil dalam negara
kita ini.

Ramai masyarakat kita yang menerima bulat-bulat amalan dan ajaran daripada mereka itu walaupun
apa yang mereka ajar itu bukanlah bawaan daripada Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Tetapi, kerana
masyarakat kita sayang kepada Nabi ‫ﷺ‬, maka mereka sangka betullah anak cucu keturunan
baginda juga. Ingatlah bahawa kalau benar pun mereka daripada keturunan Nabi ‫( ﷺ‬ini pun
belum tentu lagi sebenarnya), tetapi kalau apa yang mereka bawa itu adalah ajaran dan amalan bid’ah,
ia tetap tidak akan diterima.

Masyarakat kita pun kalau ada dalam kalangan mereka yang ada Sayed, atau Syed sahaja sudah layan
mereka lain macam. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan apa-apa kalau pun mereka memang benar
daripada keturunan Nabi ‫ﷺ‬. Mereka juga sama seperti kita. Kalau apa yang mereka
amalkan itu benar maka, amalan mereka akan pasti diterima. Malah mereka lebih lagi daripada kita
kerana mereka itu keturunan Rasulullah ‫ﷺ‬. Tetapi kalau amalan mereka itu salah, tetap
tidak akan diterima walaupun mereka daripada keturunan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang sah
pun.
Ayat Ke-125: Kelebihan kedua yang disebut adalah kelebihan Kaabah. Ia adalah tempat asas agama Nabi
Ibrahim ‫ عليه السالم‬dan ia juga adalah tempat asas agama Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Oleh itu,
dalam ayat ini, Allah ‫ ﷻ‬hendak menceritakan kelebihan Mekah pula.

Di Mekah ada Kaabah, satu-satunya masjid yang orang bersalat menghadap ke tengah. Kalau masjid
lain, semua mengadap ke dinding, bukan? Tetapi di Kaabah ini ada kelebihan yang tidak ada pada masjid
lain.

ٰ ِ‫ًلّى ۖ َو َع ِهدنا إ‬6ًّ ‫ص‬


َ‫لى إِبراهي َم َوإِسماعيل َ أَن َط ِّهرا َبيت َِي لِل ّطائِفينَ َوالعاكِفين‬ َ ِ ‫َوإِذ َج َعل َنا ال َبيتَ َمثا َب ًة لِل ّن‬
ِ ‫اس َوأم ًنا َوا َّتخِذوا مِن َم‬
َ ‫قام إِبراهي َم ُم‬
‫سجو ِد‬ ُّ ‫الر َّك ِع ال‬
ُّ ‫َو‬

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia
(untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat
sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
“Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-
orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang
yang rukuk dan sujud”.

َ‫َوإِ ْذ َج َع ْل َنا ا ْل َب ْيت‬

Dan ingatlah ketika Kami jadikan Baitillah

Sebelum ini Nabi Ibrahim ‫ علي ه الس الم‬memohon kepada Allah ‫ ﷻ‬supaya dijadikan daripada
keturunannya juga imam-imam yang menjadi ikutan selepas baginda. Sekarang Allah ‫ ﷻ‬terus
memperkatakan tentang Kaabah selepas menyentuh tentang keturunan tadi.

Kaabah adalah umpama ‘ibu’ kepada masjid-masjid yang lain di dalam dunia ini. Maka, ada kaitan masjid
di dalam pembinaan akhlak anak-anak. Kena mesrakan anak-anak dengan masjid. Kena bawa mereka ke
masjid supaya mereka tidak janggal dengan masjid. Yang menyedihkan adalah, masjid di Malaysia ini
tidak mesra kanak-kanak. Mereka dilayan seperti warganegara kelas ketiga di masjid. Mereka selalu
dimarahi apabila mereka berada di masjid.

Kalau dibenarkan salat, mereka diberikan tempat yang jauh daripada orang-orang dewasa. Mereka ada
tempat khas salat. Iaitu bukan saf kanak-kanak. Tetapi ‘saf kanak-kanak bermain’.

Kemudian mereka selalu dimarahi oleh orang-orang tua di dalam masjid, seolah-olah mereka tidak patut
berada di sana. Kalau mereka dapat pengalaman yang tidak bagus tentang masjid semasa umur muda,
bagaimana mereka hendak mesra dengan masjid apabila mereka sudah dewasa nanti? Sebab itu orang-
orang muda kita tidak rapat dengan masjid kerana pengalaman tidak menarik di sana.

ِ ‫َم َثا َب ًة لِل َّن‬


‫اس‬

sebagai satu tempat tumpuan bagi manusia semua sekali


Perkataan ‫ َم َثا َب ًة‬bermaksud suatu tempat rujukan yang akan didatangi berkali-kali bagi seluruh manusia.
Ketika zaman Nabi ‫ ﷺ‬dan sahabat dahulu, Mekah adalah tempat rujukan. Khutbah Nabi
‫ ﷺ‬yang paling panjang adalah semasa di Mekah. Cuma zaman sekarang ia menjadi tempat
tumpuan semasa musim haji sahaja.

Padahal pada zaman dahulu, itulah pusat pemerintahan kerajaan Islam. Itulah zaman keemasan Islam.
Kalau ada masalah umat islam sedunia, kena selesaikan di sana. Pemimpin akan berkumpul dan
berdiskusi di sana dan pengumuman yang penting-penting akan dilakukan di sana. Terutamanya semasa
Musim Haji kerana umat Islam akan berkumpul di sana.

‫َوأَ ْم ًنا‬

dan sebagai satu tempat yang aman;

Mekah adalah satu tempat yang aman sampaikan binatang dan tumbuhan pun tidak boleh dikacau,
apatah lagi manusia. Di Mekah tidak boleh merompak, mencuri dan membunuh.

Jika pada zaman dahulu, kalau ada yang membunuh keluarganya sendiri, tidak akan ada seseorang itu
membunuh orang yang bersalah itu kalau sudah memasuki ke dalam Masjidil Haram. Sesiapa yang
masuk dalam Masjidil Haram tidak akan dibunuh. Tetapi malangnya Musyrikin Mekah menghalang Nabi
‫ ﷺ‬daripada salat di Kaabah.

Memang Mekah pada zaman itu aman kalau dibandingkan dari tempat-tempat yang lain. Kalau tempat
lain, bermaharajela pembunuhan, rompakan dan serangan. Akan tetapi tidak di Mekah kerana
penduduk Tanah Arab penyembah berhala waktu itu dan selalunya ada berhala mereka diletakkan di
Kaabah. Maka mereka menghormati juga Kaabah dan Mekah tidak akan diserang.

Pada waktu itu kerajaan besar adalah Rom dan Parsi. Dua kerajaan ini juga tidak menyerang Mekah
kerana tidak ada kepentingan bagi mereka. Mekah itu jauh daripada tamadun dan tidak ada
kepentingan bagi mereka. Mereka buat tidak tahu sahaja dengan Mekah. Maka Mekah selamat daripada
dijajah.

‫ًلّى‬6ًّ ‫ص‬
َ ‫َوا َّت ِخ ُذوا مِنْ َم َق ِام إِ ْب َراهِي َم ُم‬

Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat sembahyang;

Allah ‫ ﷻ‬telah memberi arahan kepada kita untuk menjadikan Maqam Ibrahim itu sebagai tempat
salat sunat. Selepas tawaf, dianjurkan untuk salat sunat di situ. Maqam Ibrahim itu adalah batu yang
dijadikan sebagai tempat Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬membangunkan Kaabah. Kaki Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬
terserlum ke dalam batu itu dan bekas kaki baginda itu ada sampai sekarang.

Tetapi telah ditutup supaya mereka yang pergi ke sana, tidak nampak. Itu pun orang sudah sapu dan
cium bekas yang diletakkan batu itu sebab mereka hendak mengambil berkat. Ini adalah perbuatan yang
salah. Manusia kalau iman tidak kuat, mereka akan cari benda-benda seperti itu untuk diambil sebagai
berkat.
Allah ‫ ﷻ‬sedang memberi isyarat tentang ibadat Haji dalam ayat ini. Sedangkan ayat ini semasa
umat Islam ketika itu berada di Madinah dan mereka tidak boleh ke Mekah lagi kerana masih dikuasai
oleh puak Musyrikin Mekah. Maka, Allah ‫ ﷻ‬sedang memberi isyarat kepada mereka bahawa
mereka akan dapat pergi buat Haji ke Mekah nanti. Ia adalah isyarat kepada berita gembira untuk
mereka.

َ ‫َو َع ِهدْ َنا إِلَ ٰى إِ ْب َراهِي َم َوإِ ْس َما ِعيل‬

Dan ketika Kami titahkan arahan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Perkataan ‫ عهد‬bermaksud ‘perjanjian’, tetapi apabila ditambah dengan perkataan ‫إِ َل ٰى‬, ia bermaksud
arahan untuk melakukan sesuatu. Allah ‫ ﷻ‬sebut juga Nabi Ismail ‫ علي ه الس الم‬dalam ayat ini.
Maknanya ada arahan titah daripada Allah ‫ ﷻ‬kepada mereka berdua.

Dalam ayat sebelum ini, Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬berdoa supaya keturunannya juga dijadikan sebagai
imam. Allah ‫ ﷻ‬kata janji-Nya itu tidak diberikan kepada orang yang zalim. Tetapi dalam ayat ini,
Allah ‫ ﷻ‬menyebut Nabi Ismail, anaknya. Bermakna, ada daripada keturunan Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬
yang baik-baik. Antaranya yang disebut adalah Nabi Ismail ‫عليه السالم‬.

Ayat ini sedang dibaca oleh orang Yahudi juga. Mereka tidak menerima Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬kerana Nabi
Ismail ‫ عليه السالم‬adalah bapa bagi keturunan Arab. Orang Yahudi hanya menerima Nabi Ishak ‫عليه السالم‬
sahaja, anak Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬juga. Oleh kerana Orang Yahudi tidak menerima Nabi Ismail ‫عليه‬
‫السالم‬, Allah ‫ ﷻ‬memuliakan Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬dalam ayat ini.

Ayat ini menceritakan Allah ‫ ﷻ‬memberi arahan kepada Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬dan Nabi Ismail ‫عليه‬
‫السالم‬. Ini juga sebagai isyarat bahawa seorang ayah kena bawa anaknya ke masjid. Bukan pergi seorang
sahaja. Kita telah sebutkan sebelum ini yang seorang ayah kena mesrakan anak ke masjid. Masalah
sekarang, ayah pun jarang ke masjid. Kalau ayah pun tidak ke masjid, bagaimana anaknya hendak ikut ke
masjid?

‫أَنْ َط ِّه َرا َب ْيت َِي‬

supaya menyucikan rumahKu ini;

Nabi Adam ‫ عليه الس الم‬yang mula-mula sekali membangunkan Kaabah. Kemudian rosak kerana banjir
besar. Maka dikatakan Nabi Nuh ‫ عليه السالم‬telah membaikinya semula. Kemudian manusia berbuat syirik
dan meletakkan berhala di Kaabah. Sekarang disebut yang Allah ‫ ﷻ‬telah mengarahkan mereka
berdua untuk menyucikan Kaabah daripada benda-benda yang pernah mengotori Kaabah.

Pada zaman Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah ada macam-macam kemungkaran di Kaabah ketika
itu. Maknanya, dari zaman Nabi Nuh ‫ عليه السالم‬lagi sudah ada orang buat perangai syirik di situ. Ia telah
dijadikan tempat memuja selain Allah ‫ﷻ‬. Oleh kerana itu Allah ‫ ﷻ‬mengarahkan mereka
berdua untuk membersihkan Kaabah. Maka, sebelum Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬membina semula Kaabah,
kita tahu yang berhala sudah ada di Kaabah.
َّ ‫ل‬
َ‫ِلطائِفِين‬

bagi orang orang yang tawaf

Diutamakan dan didahulukan Kaabah untuk orang yang tawaf di situ. Ini kerana di Kaabah sahaja tempat
tawaf. Sebab itulah dibolehkan melintas mereka yang salat sunat untuk mengerjakan tawaf. Ini kerana
keutamaan mengerjakan tawaflah yang menyebabkan penjaga-penjaga di sekeliling Kaabah akan
berusaha untuk memberikan ruang untuk mereka yang tawaf.

َ‫َوا ْل َعا ِكفِين‬

dan orang-orang yang iktikaf;

Iktikaf bermaksud masuk masjid dan niat untuk duduk dalam masjid untuk beberapa lama. Bukan hanya
masuk sahaja. Macam sekarang, orang kita faham, masuk masjid untuk salat sahaja, sudah dikira iktikaf.

Sebenarnya, iktikaf itu adalah masuk dan tidak keluar selama beberapa waktu yang lama. Maknanya,
sudah lain makna iktikaf sekarang dengan yang sepatutnya. Iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid,
maka kita tidak boleh iktikaf atas kubur. Yang iktikaf di kuburan itu adalah golongan quburiyyun,
termasuk golongan Habib sekarang.

Dari segi bahasa, iktikaf itu adalah ‘bertapa’. Selalunya selama sehari semalam. Tetapi dalam Islam, tidak
ada syariat untuk bertapa. Jadi, iktikaf kita hanya boleh dilakukan di masjid. Bukanlah itu lebih baik?
Daripada bertapa di gunung, bukit, lembah atau dalam kubur?

Tetapi tarekat-tarekat sesat telah mengajar anak murid mereka untuk bertapa di tempat-tempat kotor
macam itu. Kononnya boleh meningkatkan maqam/darjat ilmu. Masih banyak lagi dilakukan sekarang.
Ini adalah kerana masih ramai lagi yang tertipu dengan ajaran-ajaran sesat sebegitu.

ُّ ‫الر َّك ِع ال‬


‫س ُجو ِد‬ ُّ ‫َو‬

dan bagi orang yang rukuk dan sujud;

Maksudnya, Kaabah adalah tempat untuk manusia mendirikan sembahyang. Kaabah itu adalah tempat
bagi orang tawaf, iktikaf dan melakukan salat. Daripada ayat ini, yang kita disuruh buat di Kaabah adalah
banyakkan membuat tawaf, iktikaf dan salat di Masjidil Haram. Bukanlah kita disuruh buat umrah
banyak-banyak kali macam yang dilakukan oleh ramai orang sekarang.

Maka tidak sepatutnya orang buat umrah sampai dua tiga kali. Sahabat tidak ada buat begitu. Kecualilah
kalau mereka ada urusan lain dan keluar semula. Iaitu mereka keluar itu kerana ada urusan. Banyak yang
salah faham tentang perkara ini. Sampai ada yang buat umrah banyak kali. Selalunya mereka hendak
mengejar sampai cukup tujuh kali buat Umrah.

Ini adalah kerana salah faham dengan hadith Nabi ‫ ﷺ‬yang mengatakan kalau tujuh kali
umrah, bersamaan pahala dengan buat haji sekali. Tetapi hadith itu tidak sahih maka tidak boleh
dijadikan sebagai hujah. Kita kena lihat amalan Nabi dan sahabat. Adakah Nabi ‫ ﷺ‬buat
umrah banyak kali setiap kali Nabi ‫ ﷺ‬pergi ke sana? Tidak, bukan? Maka sepatutnya kita
buat umrah sekali, kemudian kita banyakkan buat ibadat tawaf seperti yang diisyaratkan dalam ayat ini.

Jadi, tuntutan kepada kita apabila berada di Masjidil Haram adalah melakukan tawaf, iktikaf dan salat
sahaja. Yang buat umrah banyak kali itu, mereka sudah tidak sempat untuk salat sunat di Masjidil
Haram. Sebab tidak sempat untuk mengejar masa ke tempat miqat.

Atau, mereka sudah tidak buat salat sunat dan ibadah lain sebab mereka sudah tidak larat untuk ke sana
sini. Padahal, setiap kali salat di Masjidil Haram, pahala salat itu akan digandakan sebanyak seratus ribu
kali. Ini adalah daripada hadith yang sahih. Adakah Nabi ‫ ﷺ‬menjanjikan pahala yang
berlipat kali ganda kalau buat umrah banyak kali? Tidak.

Manakala apabila mereka mengerjakan umrah banyak kali, mereka tidak akan melakukan tawaf sunat
lagi. Maka yang sebetulnya kena banyakkan salat dan tawaf di Masjidilharam. Rugi kalau kita tidak salat
di Masjidilharam banyak kali sebab satu waktu bersamaan seratus ribu pahala berbanding salat di
tempat lain.

Lihatlah juga keindahan bahasa Al-Qur’an yang tepat. Allah ‫ ﷻ‬sebut:

َّ ‫ل‬
َ‫ِلطائِفِين‬ Untuk orang-orang yang bertawaf

َ‫َوا ْل َعا ِكفِين‬ DAN orang-orang yang beriktikaf

‫الر َّكع‬
ُّ ‫ ِ َو‬DAN orang-orang yang rukuk

‫س ُجود‬
ُّ ‫ ِ ال‬Sujud. Tidak ada kata DAN di antara rukuk dan sujud kerana dua-dua ada dalam salat.

Begitu juga ada susunan yang tepat ‘daripada sedikit kepada banyak’ dalam susunan ibadah-ibadah itu:

Tawaf: ibadat yang paling kurang di antara semua ibadah yang disebut kerana hanya boleh dilakukan di
Kaabah sahaja.

Iktikaf: lagi banyak dilakukan oleh manusia kerana boleh dilakukan di mana-mana masjid jami’
sedangkan tawaf hanya boleh dilakukan di Kaabah sahaja tetapi lagi kurang daripada rukuk.

Rukuk: lagi banyak dilakukan daripada iktikaf tetapi lagi kurang daripada sujud.

Sujud: paling banyak dilakukan. Kita rukuk sekali sahaja dalam satu rakaat, tetapi sujud dua kali. Dan
manusia juga boleh melakukan sujud sunat tetapi tidak ada rukuk sunat, bukan?

Lihat juga ada perubahan susunan daripada ibadat yang khas kepada ibadat yang umum.
Ayat Ke-126: Selepas Nabi Ibrahim ‫ عليه الس الم‬diperintahkan untuk mendirikan semula Kaabah, maka
baginda telah mengambil kesempatan itu untuk berdoa.

ُ‫وم اآلخ ِِر ۖ قال َ َو َمن َك َف َر َفأ ُ َم ِّت ُع ُه َقلياًل ُث َّم أَض َط ُّره‬ ‫هَّلل‬ ِ ‫اجعل ٰهذا َبلَدًا آ ِم ًنا َوار ُزق أَهلَ ُه مِنَ ال َّث َمرا‬
ِ ‫ت َمن آمَنَ مِن ُهم ِبا ِ َوال َي‬ َ ‫ب‬ِّ ‫َوإِذ قالَ إِبراهي ُم َر‬
‫ئس ال َمصي ُر‬ ِ ‫ب ال ّن‬
َ ‫ار ۖ َو ِب‬ ٰ ِ‫إ‬
ِ ‫لى َعذا‬

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri
Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada
penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah
berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga
dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya
(dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

‫َوإِ ْذ َقال َ إِ ْب َراهِي ُم‬

Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berdoa

Lihatlah sunnah berdoa yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬. Selepas sahaja baginda selesai
melakukan ibadat kepada Allah ‫ﷻ‬, baginda mengambil peluang untuk berdoa kepada Allah
‫ﷻ‬. Doa ini baginda baca selepas baginda dan anaknya Nabi Ismail ‫ عليه السالم‬selesai membangunkan
kembali Kaabah.

Maka, kita pun kenalah ambil peluang berdoa selepas kita selesai mengerjakan satu-satu ibadat. Tidak
kira ibadah mana, sama ada salat, baca Al-Qur’an, malah perkara yang baik seperti baru selepas
menolong orang atau kelas pengajian.

‫اج َعلْ ٰهَ َذا َبلَدًا آ ِم ًنا‬


ْ ‫ب‬ِّ ‫َر‬

Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman

Doa baginda ini telah dikabulkan oleh Allah ‫ﷻ‬. Sampaikan negeri Mekah dijadikan sebagai suatu
negeri yang suci, darah manusia tidak boleh ditumpahkan, seorang pun tidak boleh dianiaya, tidak boleh
juga diburu binatang buruan di situ dan tidak boleh dicabut tanaman-tanaman di situ walaupun
rumputnya.

Perkataan ‫ َبلَ ًدا‬bermaksud tempat yang dihuni. Maknanya, dalam doa ini sendiri sudah ada doa baginda
supaya Mekah itu dihuni orang. Bayangkan, tempat yang tandus tanaman tidak boleh hidup tetapi ada
ramai orang duduk di situ.

Aman juga bermaksud selamat daripada segi agama. Kalau hendak selamat agama, kena duduk di sana.
Ini kerana Allah ‫ ﷻ‬jaga tempat itu supaya menjadi rujukan bagi amalan manusia seluruh dunia. Di
situlah agama terpelihara. Malangnya, ramai pula orang kata ini ‘tempat Wahabi’. Ini memang tidak
kena langsung dan disebut oleh orang yang jahil sahaja.
ِ ‫ار ُز ْق أَهْ لَ ُه مِنَ ال َّث َم َرا‬
‫ت‬ ْ ‫َو‬

dan berilah rezeki kepada ahlinya dari buah-buahan

Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬berdoa supaya negeri Mekah itu diberikan dengan makanan. Ini kerana tempat
itu gersang. Namun walaupun gersang, Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬minta supaya makanan akan ada sahaja di
situ.

Jadi, baginda telah meminta dua perkara yang penting: Keamanan dan sumber kehidupan. (“Peace and
Prosperity”). Dua perkara ini amat penting untuk sesuatu tamadun berkembang baik. Kalau sesuatu
tempat itu aman, tetapi tidak ada sumber makanan pun, tidak akan ada manusia yang akan tinggal lama
di situ. Begitu juga kalau ada sumber kehidupan, tetapi tidak aman – katakanlah kalau kecurian selalu
berlaku, pembunuhan bermaharajalela, pemerintah yang zalim, maka tidak akan lama manusia tinggal di
situ. Allah ‫ ﷻ‬telah memberikan banyak rezeki kepada tanah Mekah. Pada zaman dahulu, buah-
buahan banyak diambil dari Syam. Kalau zaman sekarang, entah dari mana buah-buahan itu diambil
sampaikan segala jenis buah-buahan ada di tanah Mekah itu.

Oleh kerana Mekah itu satu tempat yang tidak ada tanah dan pokok, maka Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬
berdoa supaya negeri Mekah itu diberikan buah-buahan walaupun tidak ada pokok yang tumbuh
dengan subur. Baginda berdoa semoga Mekah itu dijadikan aman supaya tidak ada pembunuhan di situ.

Sampai sekarang, banyak jenis buah ada di Mekah dijual di pasar-pasar, buah durian pun ada. Semua
jenis buah ada di Mekah. Semua buah yang ada di tempat lain, sampai juga ke Mekah.

ِ ‫مَنْ آمَنَ ِم ْن ُه ْم ِباهَّلل‬

kepada orang yang beriman di antara mereka kepada Allah

Namun begitu Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬meletakkan had atau syarat di dalam doa baginda. Baginda minta
supaya rezeki dan keamanan itu diberikan kepada mereka yang beriman sahaja. Iaitu yang beriman
kepada Allah ‫ ﷻ‬serta mengamalkan ajaran tauhid.

‫َوا ْل َي ْو ِم اآْل خ ِِر‬

dan beriman kepada hari akhirat;

Baginda minta dihadkan rezeki dan keamanan itu diberikan kepada mereka yang percaya kepada Hari
Akhirat sahaja.

Jadi dalam doa Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬kali ini, baginda ubah sikit doa baginda. Sebelum ini dalam ayat
yang lain, baginda berdoa supaya kedudukan imam juga diberikan kepada anak cucu baginda. Allah
‫ ﷻ‬mengatakan janji itu tidak akan diberikan kepada orang yang zalim, hanya kepada orang
beriman sahaja.

Maknanya, Allah ‫ ﷻ‬tidak berkenan dengan doa baginda sebegitu. Maka, dalam doa kali ini,
baginda ubah sedikit – baginda berdoa semoga rezeki di Mekah itu diberikan kepada orang yang
beriman sahaja. Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬seorang yang bijak. Baginda belajar daripada kesilapan. Begitulah
kita sepatutnya ambil pengajaran daripada perkara itu. Kalau doa kita tidak menjadi, tentu ada kesilapan
dalam doa itu. Maka kita kena ubah doa kita.

Nabi Ibrahim ‫ عليه السالم‬berdoa seperti itu pun supaya kejayaan dan kekayaan diberikan kepada orang
yang beriman sahaja. Ini kerana baginda mahu supaya pemerintahan itu terus berada di atas tangan
orang yang beriman. Kalau mereka yang mendapat rezeki daripada Allah ‫ﷻ‬, bermakna
pemerintahan akan berada dalam tangan orang beriman sahaja. Kalau rezeki dan keamanan diberikan
kepada orang yang zalim, nanti kezaliman pula yang bermahajalela.

Lihatlah juga bagaimana doa Nabi Ibrahim ‫عليه السالم‬. Baginda meminta untuk orang lain sahaja. Sebelum
ini, baginda minta supaya keturunannya yang kemudian diberikan juga pangkat imam. Sekarang doa
dalam ayat ini meminta supaya diberikan makanan dan keamanan kepada mereka yang tinggal di
Mekah.

Baginda hanya minta diberikan kepada orang beriman sahaja, tetapi Allah ‫ ﷻ‬berkata seterusnya:

‫َقال َ َومَنْ َك َف َر‬

Allah berfirman: dan kepada orang kafir juga;

Walaupun Nabi Ibrahim ‫ علي ه الس الم‬hanya doakan untuk orang beriman sahaja, tetapi Allah ‫ﷻ‬
hendak berikan juga kepada orang kafir yang ada di Mekah. Ini adalah daripada Sifat Rahman (Maha
Pemurah) Allah ‫ﷻ‬. Allah ‫ ﷻ‬sanggup berikan rezeki kepada mereka yang kufur dan ingkar
kepada-Nya.

Ini adalah isyarat bahawa akan ada sahaja orang yang jahat dalam dunia ini, walaupun di Mekah. Kita
tidak dapat elak. Mereka juga akan mendapat rezeki yang Allah ‫ ﷻ‬akan berikan kepada mereka.

Selalunya mereka lebih kaya daripada orang Islam. Dari dahulu sampai sekarang, orang kafir selalunya
lebih kaya daripada orang Islam. Dalam surah Quraish, ada diceritakan tentang kemewahan yang
didapati oleh orang-orang Arab di Mekah yang musyrik itu.

Walau bagaimana pun, Allah ‫ ﷻ‬sambung lagi:

‫َفأ ُ َم ِّت ُع ُه َقلِياًل‬

Aku akan beri sedikit kesenangan

Allah ‫ ﷻ‬beritahu yang Dia akan memberi sedikit kesenangan kepada mereka semasa mereka hidup
di dunia. Semasa mereka di dunia, memang mereka akan mendapat rezeki, kesenangan dan sebagainya.
Kesenangan itu sama ada sedikit atau sementara sahaja kalau dibandingkan dengan azab yang mereka
akan terima di akhirat kelak.

ِ ‫ب ال َّن‬
‫ار‬ ْ َ‫ُث َّم أ‬
ِ ‫ض َط ُّرهُ إِلَ ٰى َع َذا‬

kemudian Aku akan paksa dia kepada azab neraka;


Akhirnya, selepas mereka mati, mereka akan kembali kepada-Nya juga. Mereka akan mendapat balasan
yang setimpal di atas perbuatan mereka di dunia. Maknanya, mereka hanya senang di dunia sahaja.
Bukanlah kesenangan yang mereka nikmati di dunia itu sebagai tanda Allah ‫ ﷻ‬sayangkan mereka.

Ini menolak salah faham Musyrikin Mekah. Mereka sangka mereka diberi dengan segala nikmat itu
kerana Allah ‫ ﷻ‬sayangkan mereka dan mereka telah melakukan perkara yang benar. Allah ‫ﷻ‬
tolak fahaman mereka. Kesenangan yang Allah ‫ ﷻ‬berikan kepada makhluk bukan tanda Allah
‫ ﷻ‬sayang. Allah ‫ ﷻ‬boleh sahaja beri kesenangan kepada orang yang ingkar pun. Maka jangan
perasan.

‫س ا ْل َمصِ ي ُر‬
َ ‫َو ِب ْئ‬

Ianya adalah seburuk-buruk tempat kembali;

Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Berdoalah supaya kita selamat daripada Neraka. Yang
tidak takut neraka itu hanyalah mereka yang tidak belajar sahaja bagaimana keadaan neraka itu.
Sampaikan ada dalam kalangan umat Islam yang sangka mereka akan duduk di Neraka sekejap sahaja
dan akhirnya akan masuk ke syurga juga akhirnya nanti.

Alangkah bodohnya mereka. Mereka seperti tidak tahu betapa hebatnya azab di neraka itu. Kalau duduk
sekejap, sesaat pun mereka tidak akan tahan. Itu adalah kerana mereka tidak belajar.

Anda mungkin juga menyukai