Anda di halaman 1dari 6

Tarikh : Ahad, 30/06/2019

Tafsir : Surah Al-Baqarah (Ayat 94-96)


Oleh : Ustaz Azlizan Nueq

Ayat Ke-94: Ayat ini adalah satu bentuk mubahalah. Ia berasal dari kata bahlah atau buhlah yang
bermakna kutukan atau melaknat. Mubahalah menurut istilah adalah dua pihak yang saling memohon
dan berdoa kepada Allah‫ ﷻ‬supaya Allah‫ ﷻ‬melaknat dan membinasakan pihak yang batil
atau menyalahi pihak kebenaran.

Bani Israil perasan kaum mereka sahaja yang layak memasuki syurga. Mereka berasa begitu sebab
mereka ramai yang daripada keturunan Nabi. Memang beginilah sifat manusia. Selalu sebut keturunan
mereka yang baik-baik. Kalau keturunan mereka orang-orang baik dan alim ulama’, maka mereka sangka
mereka sudah pasti selamat.

Ini tidak benar sama sekali. Sedangkan ada ahli keluarga Nabi pun masuk neraka. Lihatlah kisah anak
Nabi Nuh ‫علي ه الس الم‬. Lihatlah juga bagaimana Musa Samiri telah dibela oleh Jibrail pun membesar
menjadi orang jahat. Oleh itu, keturunan tidak ada nilai kalau jauh dari agama.

Begitu juga kepada kumpulan-kumpulan Habib yang sangka keturunan Nabi Muhammad
‫ ﷺ‬itu telah selamat dan benar. Belum tentu lagi – kita kena lihat sama ada apa yang
mereka bawakan itu adalah sunnah ataupun tidak. Kalau tidak sunnah, kalau benar mereka keturunan
Nabi pun, mereka tidak akan selamat.

Kalau kita tidak terima ajaran mereka itu, bukanlah kita menghina keturunan Nabi ‫ﷺ‬
dan menghina Nabi ‫ ﷺ‬sendiri – nauzubillah min zalik, sungguh jauh sekali dari
sangkaan mereka. Kita sayangkan Nabi ‫ﷺ‬, tetapi tidaklah kita terus percaya kepada
keturunan baginda membabi buta.

Bani Israil juga merasakan mereka itu keturunan yang disayangi dan terpilih oleh Allah‫ﷻ‬. Ini
adalah kerana memang mereka itu keturunan yang cantik dan cerdik-cerdik belaka – ini tidak dapat
dinafikan sama sekali, sampai sekarang pun dan kalau mereka masuk Islam, memang mereka akan jadi
seorang Muslim yang amat baik sekali kerana mereka memang orang yang bijak-bijak.

Kalau mereka menentang Islam, merekalah yang menjadi ketua. Oleh itu kita kena berhati-hati dengan
mereka. Kita pun telah baca dengan banyak sekali perangai buruk mereka. Mereka akan sentiasa hendak
menjatuhkan orang Islam dari luar atau dari dalam.

Kalau mereka memberi nasihat, ditakuti nasihat mereka itu untuk menjatuhkan kita. Maka kenalah
berhati-hati dengan mereka. Malangnya, kerajaan kita pun pernah ambil penasihat dari kalangan
mereka. Ditakuti kita telah tertipu dengan propaganda mereka.

Bagi penganut Yahudi, agama Yahudi sahaja yang benar. Sampaikan mereka sanggup menolak orang
lain. Macam kita juga, kita sangka puak kita sahaja yang betul, puak lain semua salah. Hinggakan ada
masyarakat Islam kita yang tidak mahu berimamkan kepada imam Masjid Nabawi dan Masjidilharam
kerana mereka kata imam-imam itu tidak tahu baca Fatihah.

َ‫اس َف َت َم َّن ُوا ال َموتَ إِن ُكن ُتم صادِقين‬


ِ ‫دون ال ّن‬
ِ َ ِ‫ُقل إِن كا َنت َل ُك ُم الدّا ُر اآلخ َِرةُ عِ ندَ هَّللا ِ خال‬
‫ص ًة مِن‬

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi
hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti
yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul
kamu orang-orang yang benar”.

َ ِ‫ت لَ ُك ُم الدَّا ُر اآْل خ َِرةُ عِ ْندَ هَّللا ِ َخال‬


ً‫صة‬ ْ ‫قُ ْل إِنْ َكا َن‬

Katakan kepada mereka: Sekiranya negara akhirat itu hanya khas untuk kamu sahaja di sisi Allah;

Inilah mubahalah yang dimaksudkan. Lafaz ini dikatakan kepada mereka kerana mereka sangka mereka
sahaja yang dapat memasuki syurga. Yang yakin mereka akan masuk syurga antaranya adalah orang
Yahudi, Kristian dan juga Islam.

Maksudnya, orang Yahudi sangka merekalah sahaja yang akan memasuki syurga, orang Kristian pula
sangka merekalah sahaja yang akan memasuki syurga. Begitu juga orang Islam pun sangka orang Islam
sahajalah yang akan memasuki syurga.

Dalam ayat ini, ia adalah tentang orang Yahudi yang memang yakin benar bahawa apabila mereka mati
nanti, mereka pasti akan memasuki syurga. Begitu juga dengan Orang Kristian, mereka sangka mereka
akan memasuki syurga kerana mereka telah menerima Nabi Isa ‫ عليه السالم‬sebagai Tuhan.

ِ ‫ُون ال َّن‬
‫اس‬ ِ ‫مِنْ د‬

orang lain tak dapat masuk.

Mereka sangka mereka yang terpilih. Mereka sahaja yang masuk syurga, tidak dikongsi dengan orang
dari agama lain.

َ‫َف َت َم َّنوُ ا ْال َم ْوت‬

Maka kamu mintalah mati;

Inilah cabaran yang diberikan kepada mereka: “Mintalah mati sekarang juga”. Cabaran ini logik, kerana
kalau mereka kata mereka akan terus memasuki syurga, mintalah mati segera supaya mereka boleh
terus memasuki syurga itu.

Bukankah kalau mereka mati sekarang, mereka kata mereka boleh terus masuk syurga? Maknanya,
penghalang mereka dan syurga adalah kehidupan sahaja, bukan? Bukankah syurga itu lebih baik lagi dari
dunia ini? Mengapa perlu mereka tinggal di dunia lagi kalau sudah pasti mereka akan masuk syurga?
Sudah tentu kehidupan di syurga lebih baik daripada kehidupan dunia, bukan?
Orang Islam juga menyangka mereka akan masuk syurga. Oleh itu, mungkin ada yang berkata, ayat ini
juga boleh ditujukan kepada orang Islam juga. Tetapi, sebenarnya, orang Islam yang sebenar, tidak
berfahaman seperti orang Yahudi itu. Kita sebenarnya ‘mengharap’ untuk masuk syurga, tetapi dalam
masa yang sama, kita ‘takut’ yang kita tidak dapat masuk syurga.

Kita tidak boleh pasti sama ada kita secara individu adalah ahli syurga ataupun ahli neraka. Cuma kita
tahu bahawa kalau Muslim yang sebenar iaitu orang mukmin dan bertaqwa, orang itu pasti akan
menjadi ahli syurga. Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh kata mereka ahli syurga lagi. Kita cuma boleh
tahu di akhirat nanti iaitu selepas pengadilan dijalankan di Mahsyar kelak.

Kita sekarang sedang berusaha untuk berbuat kebaikan seperti yang disuruh dan meninggalkan yang
segala larangan. Semoga dengan amalan kita itu, kita dapat memasuki syurga. Namun kita kena sentiasa
ada imbangan antara ‘takut’ dan ‘harap’. Takut masuk neraka dan mengharap untuk masuk syurga.

Tetapi berbeza dengan orang Yahudi kerana mereka sudah ada fahaman yang mereka itu adalah umat
terpilih. Mereka yakin mereka akan masuk syurga. Macam syurga itu mereka yang punya. Jadi, mereka
itu perasan yang bangsa mereka sahaja yang akan masuk syurga.

Justeru orang seperti ini, agak sukar untuk berdakwah kepada mereka kerana mereka terlalu yakin
mereka adalah ahli syurga, jadi untuk apa perlu berdakwah lagi? Lalu kalau mereka berdegil juga, maka
kita mubahalah dengan mereka seperti dalam ayat ini. Cabar dia untuk mati cepat dan ajak dia berdoa
sekali.

َ ‫إِنْ ُك ْن ُت ْم‬
َ‫صا ِدقِين‬

Sekiranya kamu benar dalam dakwaan kamu itu.

Ayat jenis ini dinamakan sebagai ayat Mubahalah. Sekiranya mereka berasa mereka betul, maka kita
cabar kepada mereka untuk mintalah mati dengan segera. Ayat Mubahalah ini akan diterangkan dalam
Surah Ali Imran nanti. Semoga dengan ini mereka akan terfikir dan tersentap: “Benarkah aku pasti
masuk syurga?”
Ayat Ke-95: Agak-agaknya adakah mereka akan meminta untuk dimatikan terus?

َ‫َولَن َي َت َم َّنوهُ أَ َب ًدا بِما َق َّد َمت أَيدي ِهم ۗ َوهَّللا ُ َعلي ٌم بِال ّظالِمين‬

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa
yang telah mereka lakukan; dan Allah ‫ ﷻ‬sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

‫َولَنْ َي َت َم َّن ْوهُ أَ َب ًدا‬

Dan tidak akan sekali-kali mereka itu akan meminta mati selama-lamanya

Nescaya dia tidak akan berdoa begitu kerana mereka paling takut untuk mati. Kalau berperang pun
mereka tidak mahu berperang di barisan hadapan kerana mereka itu memang jenis penakut.

‫بِ َما َقدَّ َمتْ أَ ْيدِي ِه ْم‬

Dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dengan tangan-tangan mereka;

Bukan dosa-dosa tangan mereka sahaja tetapi termasuk jugalah segala dosa yang dilakukan oleh
anggota mereka yang lain. Mereka tahu bahawa mereka tidak banyak amal kebaikan yang mereka
lakukan dan mereka tahu bahawa mereka melebihkan dunia dari akhirat. Malah mereka juga tahu yang
amalan yang mereka buat itu tidak sesuai dengan syurga. Mereka tahu yang mereka banyak dosa.

Seperti kita juga, kita sudah boleh agak kita banyak amalan dunia atau amalan akhirat. Kita sendiri pun
takut kalau kita tiba-tiba mati, bukan? Sebab kita tahu banyak lagi dosa kita tidak minta ampun. Kita
tahu amalan ibadat kita tidak banyak. Kita juga tahu banyak lagi perubahan yang kita belum buat.

‫ِين‬ َّ ‫َوهَّللا ُ َعلِي ٌم ِب‬


َ ‫الظالِم‬

Dan Allah‫ ﷻ‬Maha Mengetahui sifat-sifat jelek orang-orang yang zalim.

Allah‫ ﷻ‬maha tahu apa yang dilakukan oleh hamba-Nya. Allah‫ ﷻ‬tahu siapa yang berbuat
zalim di atas dunia ini. Ini memberi isyarat yang Yahudi itu telah berbuat zalim. Mereka zalim dalam
perkara agama, akidah dan juga perkara keduniaan.
Ayat Ke-96:

‫ب أَن ي َُعم ََّر ۗ َوهَّللا ُ َبصي ٌر‬


ِ ‫العذا‬ َ َ‫شركوا ۚ َي َو ُّد أَ َح ُدهُم لَو ُي َع َّم ُر أ‬
ِ ‫لف َس َن ٍة َوما ه َُو ِبم َُز‬
َ ‫حز ِح ِه م َِن‬ َ َ‫ذين أ‬
َ َّ‫لى َحيا ٍة َوم َِن ال‬ ِ ‫ص ال ّن‬
ٰ ‫اس َع‬ َ َ‫َولَ َت ِجدَ َّنهُم أ‬
َ ‫حر‬
‫لون‬
َ ‫ِبما َيع َم‬

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia
kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang
kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur
panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan
(ingatlah), Allah ‫ ﷻ‬sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

َ ‫َولَ َت ِجدَ َّن ُه ْم أَحْ َر‬


ِ ‫ص ال َّن‬
‫اس‬

Kamu akan dapati mereka manusia yang paling tamak

Allah ‫ ﷻ‬beritahu sifat orang Yahudi. Mereka itu manusia yang paling tamak dalam dunia.

‫َعلَ ٰى َح َيا ٍة‬

dalam kehidupan dunia;

Mereka adalah manusia yang mementingkan keduniaan. Apabila berdoa, mereka akan meminta
dipanjangkan umur. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kelebihan di dunia. Mereka
mahu membolot semua sekali harta dalam dunia ini.

‫ِين أَ ْش َر ُكوا‬
َ ‫َوم َِن الَّذ‬

lebih teruk lagi daripada orang-orang musyrik;

Mereka lebih teruk lagi daripada orang Musyrikin Mekah yang membuat syirik itu. Mereka mengutuk
Musyrikin Mekah itu, tetapi mereka sebenarnya lebih teruk. Sedangkan orang musyrik pun mengharap
supaya mereka mati dalam peperangan yang boleh menaikkan nama mereka dan disebut-sebut orang
dan orang musyirikin Mekah tidak percaya kepada kehidupan selepas mati, oleh itu mereka tidak takut
pada kematian.

Sebaliknya orang Yahudi pula memang takut hendak berperang kerana mereka takut mati. Untuk
mengelak berperang, mereka akan beri alasan mereka menunggu Rasul akhir zaman turun supaya
mereka boleh mengalahkan orang-orang kafir dengan mudah. Kalau mereka berperang, mereka tidak
akan duduk di barisan hadapan kerana mereka jenis takut mati.

َ ‫َي َو ُّد أَ َح ُد ُه ْم لَ ْو ي َُع َّم ُر أَ ْل‬


‫ف َس َن ٍة‬
Setiap orang dari mereka amat berkeinginan kalau diberikan umur seribu tahun;

Itulah sifat mereka dan sangat berharap untuk hidup lebih lama. Ini kerana mereka lebih selesa dengan
dunia yang indah bagi mereka. Samalah dengan puak yang sesat dan mereka juga memang hendak
hidup lama.

‫ب أَن ي َُعم ََّر‬ ِ ‫َوما ه َُو ِبم َُز‬


ِ ‫حز ِح ِه م َِن ال َعذا‬

Dan tidaklah umur yang panjang itu boleh melepaskan mereka dari azab Sekiranya Allah panjangkan
umur mereka seribu tahun pun

Kalau doa mereka supaya umur mereka dipanjangkan itu dimakbulkan Allah ‫ﷻ‬, ia tidak dapat
melepaskan mereka dari azab Allah ‫ﷻ‬. Tidak ada kebaikan kalau umur panjang beribu-ribu tahun
pun kerana mereka akan gunakan masa itu untuk membuat keburukan dan kezaliman.

Memang ia tidak akan terjadi, tetapi Allah ‫ ﷻ‬hendak beritahu, kalau ia terjadi sekalipun, ia tidak
bermanfaat untuk mereka.

َ ُ‫َوهَّللا ُ بَصِ ي ٌر ِب َما َيعْ َمل‬


‫ون‬

Dan Allah Maha Melihat terhadap apa yang mereka lakukan.

Allah ‫ ﷻ‬tetap memerhatikan sahaja apa yang mereka perbuat dan Allah ‫ ﷻ‬akan
membalas segala perbuatan mereka itu.

Kerana terlalu sayangkan dunia menyebabkan kita susah hendak melupakan dunia. Padahal, kita semua
akan pergi juga meninggalkan dunia. Semua orang tahu tetapi masih tidak sedar termasuklah orang
musyrik. Oleh itu, kalau kita sudah tahu yang kita akan mati juga akhirnya,maka janganlah terpaut
sangat kepada dunia.

Ingatlah yang tempat tinggal kita yang sebenarnya adalah di syurga nanti dan kita akan kembali ke sana.
Oleh itu, sebagai seorang Islam, kita hendaklah menpersiapkan diri kita untuk sampai ke sana. Iaitu
dengan mengikut arahan Allah ‫ ﷻ‬dan meninggalkan larangan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai