Anda di halaman 1dari 36

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua


ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun


tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya


dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama


seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang
yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah


kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya,


dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang


ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai


mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika
mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di
pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan


kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang


menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan
dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam
Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-


Ghazali
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada


Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup


mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi


dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk


menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan


#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Siapa kah yg rugi, siapa yg untung ?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Air Mata Nabi Adam


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam
itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh
air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung


itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada
hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di
dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya


bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti


memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana


mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi


sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri


pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah
S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah
kamu
mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar


apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan

kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha


mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada


mengumpat.

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu
rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan
isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar
rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda
mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia
akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah


akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah
SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan
orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya

Bila Azan Berkumandang


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI


KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak


fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian


kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Wudhu' (Wuduk)
Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci


wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram)
bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua
tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air
atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan
bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran


darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta
meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus


meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh
meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal
sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

Bacalah Yassin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati


dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali. "

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua


rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan
dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.


Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.

Perihal Doa
Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia


berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak
menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal
kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan


silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para
sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Pesanan Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-
Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling
jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan


bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah
benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita
harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa


yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua


jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di
dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan
aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup
berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke
dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-
ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya
(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu
mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (
Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata
Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada


langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika


Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang
amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar
kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita
tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia
ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam


Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah,
manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya
sendiri.

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila
seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali
tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah
atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang
berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah
Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan


umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau,
rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau,
rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk
orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan
dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir


yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti
mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab
Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah
s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan
seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara
masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya
olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan
semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang
tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam
secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara
umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai,
atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya


masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat
pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau
sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap
tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang
soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing
dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia
dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan
usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat
pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1.Apabila mendengar AZAN,makan bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah AL-QURAN,tatapilah buku2 ilmu,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkanlah


zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi
faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang
betul itu adalah syiar Islam.

4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan


pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.
5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak
mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh


pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2
malah menyakiti orang.

8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan


janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan
dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh


itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam


Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca
disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah
dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan
kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan


kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara
sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh
dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu
Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad
bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah


SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-
tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang
kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di
rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-
akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita
sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan
amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat


persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke
dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan
pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi
Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita
bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk
oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga
fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia
mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan
apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

Tanda-tanda taubat diterima oleh Allah


Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita
hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka
jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,
tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya
masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

1. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada
mendekati mereka yang fasik.

2.Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira


sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

3. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan
kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk
menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

4. Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap
melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah
dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

5. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya
sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

Hikmah sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu
mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan


mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan
sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality
seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Berdoa Dengan Al Asma Ul Husna

1. Yaa Allaahu anta robbunaa laa ilaaha illaa anta


Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali
Engkau

2. Yaa Rahmaanu narjuu rohmatak


Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, kami mengharap kasih sayang-Mu.

3. Yaa Rahiimu irhamnaa


Ya Tuhan yang Maha Penyayang, kasih dan sayangilah kami.

4. Yaa Maaliku A'thinaa min mulkika


Ya Tuhan yang Maha Raja (mempunyai kekuasaan), berikanlah kepada kami dari
kekuasaan-Mu.

5. Yaa Qudduusu Qaddis Fithratanaa


Ya Tuhan yang Maha Suci, sucikanlah fitrah kejadian kami

6. Yaa salaamu sallima min aafaatid dunyaa wa'adzaabil aakhirah


Ya Tuhan Pemberi selamat, selamatkanlah kami dari fitnah bencana dunia dan
siksa di akherat.

7. Yaa mukminu aaminaa wa-aamin ahlanaa wabaladanaa


Ya Tuhan yang memberi keamanan, berikanlah kami keamanan, keluarga kami
dan negeri kami.

8. Ya Muhaiminu haimin auraatinaa wa-ajsaadanaa


Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, lindungilah cacat dan jasad kami.

9. Yaa Aziizu Azziznaa bil'ilmi walkaroomah


Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan
kemuliaan.

10. Yaa Jabbaaru hab lanaa min jabaruutika


Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, berikanlah kepada kami dari keperkasaan-Mu.

11. Yaa Mutakabbiru bifadhlika ij'alnaa kubaraa


Ya Tuhan Yang Maha Megah, dengan anugerah-Mu jadikanlah kami orang yang
megah.

12. Yaa Khooliqu hassin kholqonaa wahassin khuluqonaa


Ya Tuhan Yang Maha Menciptakan/Menjadikan, baguskanlah kejadian kami dan
baguskanlah akhlak kami.

13. Yaa Baari'u abri'naa minasy syirki walmaradhi walfitnati


Ya Tuhan yang Maha Membebaskan, bebaskan kami dari syirik, penyakit, dan
fitnah.

14. Yaa Mushawwiruu shawirnaa ilaa ahsanil kholqi walhaali


Ya Tuhan yang Maha Membentuk, bentuklah kami menjadi sebaik-baiknya
makhluk dan sebaik-baik keadaan.

15. Ya Ghoffaaru ighfir lanaa dzunuubanaa


Ya Tuhan Yang Maha Pengampun , ampunilah dosa-dosa kami.

16. Yaa Qohhaaru iqhar aduwwanaa ilal istislami


Ya Tuhan Yang Maha Memaksa, paksalah musuh kami untuk tunduk/menyerah

17. Ya Wahhaabu Hab lanaa dzurriyatan thayyibah


Ya Tuhan Yang Maha Memberi, berikanlah kepada kami anak keturunan yang
baik

18. Ya Rozzaaqu urzuqnaa halaalan thoyyiban waasi'aa


Ya Tuhan Yang Maha Memberi rezeki, berikanlah rezki yang halal, bergizi dan
banyak

19. Yaa Fattaahu iftah lanaa abwaabal khoiri


Ya Tuhan yang Maha Membuka, bukakanlah buat kami semua pintu kebaikan.

20. Yaa aliimu a'limnaa maa laa na'lam


Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, beritahukanlah kepada kami apa yang kami
tidak mengetahuinya.

21. Yaa Qoobidhu idzaa jaa'a ajalunaa faqbidh ruuhanaa fii husnil khotimah
Ya Tuhan Yang Maha Mencabut, jika telah sampai ajal kami, cabutlah ruh kami
dalam keadaan khusnul khotimah.

22. Yaa baasithu ubsuth yadaaka alainaa bil athiyyah


Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, luaskan kekuasaan-Mu kepada kami dengan
penuh pemberian.

23. Ya khoofidhu ihkfidh man zholamanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menjatuhkan, jatuhkanlah orang yang menzalimi kami.
24. Ya roofi'u irfa darojaatinaa.
Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat, angkatlah derajat kami.

25. Ya Mu'izzu aatinaa izzataka.


Ya Tuhan Yang Maha Memberi kemuliaan, limpahkanlah kemulaiaan-Mu kepada
kami.

26. Yaa mudzillu dzallilman adzallanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menghinakan, hinakanlah orang yang menghina kami.

27. Yaa samii'u isma syakwatanaa


Ya Tuhan Yang Maha Mendengar. dengarkanlah pengaduan kami.

28. Yaa bashiiru abshir hasanaatinaa


Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah semua amal kebaikan kami.

29. Yaa hakamu uhkum manhasada alainaa wa ghosysyanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan hukum, hukumlah orang-orang yang dengki
dan curang kepada kami.

30. Yaa adlu i'dil man rahimanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan keadilan, berikan keadilan kepada orang yang
sayang kepada kami.

31. Yaa khobiiru ihyinaa hayaatal khubaroo


Ya Tuhan Yang Maha Waspada, jadikanlah hidup kami seperti kehidupan orang-
orang yang selalu waspada (ahli peneliti).

32. Yaa haliimu bilhilmi zayyinnaa


Ya Tuhan Yang Maha Penyantun, hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun.

33. Yaa lathiifu ulthuf binaa


Ya Tuhan Yang Maha Halus, bersikaplah halus kepada kami.

34. Yaa azhiimu ahyinaa hayaatal uzhomaa


Ya Tuhan Yang Maha Agung, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-
orang yang agung.

35. Yaa ghofuuru ighfir lanaa waisrofanaa


Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami dan keteledoran kami.

36. Ya syakuruu a'innaa 'alaa syukrika


Ya Tuhan Yang Maha Menerima syukur, berikanlah kami kemampuan untuk
selalu bersyukur kepada-Mu.
37. Ya aliyyu uluwwaka nastaghiitsu
Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, kami mengharap ketinggian dari-Mu

38. Yaa kabiiru ij'alnaa kubarooa


Ya Tuhan Yang Maha Besar, jadikanlah kami orang yang besar.

39. Yaa hafiizhuu ihfazhnaa min fitnatid dunya wasuuihaa


Ya Allah Yang Maha memelihara, peliharalah kami dari fitnah dunia dan
kejahatannya

40. Yaa muqiitu a'thinaa quwwataka laa haula walaa quwaata illabika
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memberi kekuatan, berikanlah kami kekuatan, tidak
ada daya dan kekuatan kecuali dari Engkau

41. Yaa Hasiibu haasibnaa hisaaban yasiiroo


Ya Tuhan Yang Maha Menghisab, hisablah kami nanti dengan hisaban yang
ringan.

42. Yaa jaliilu ahyinaa hayaatal ajillaal.


Ya Tuhan Yang Maha Luhur, hidupkanlah kami seperti orang-orang yang
mempunyai keluhuran

43. Ya kariimu akrimnaa bittaqwaa


Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ketaqwaan

44. Ya roqiibu ahyinna tahta riqoobatik


Ya Tuhan Yang Maha Mengamati geark-gerik, hidupkanlah kami selalu dalam
pengamatan-Mu

45. Ya mujiibu ajib da'watanaa waqdhi hawaaijanaa


Ya Tuhan Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah do'a dan ajakan kami,
luluskanlah semua keperluan kami

46. Yaa waasi'u urzuqnaa rizqon waasi'aa wawassi shuduuronaa


Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, berikanlah kami rizki yang luas dan luaskanlah
dada kami.

47. Yaa hakiimu ahyinaa hayaatal hukamaai


Ya Tuhan Yang Maha Bijaksana, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan
orang-orang yang bijaksana.

48. Yaa waduudu wuddaka ista'tsarnaa wa alhimma mawaddatan warohmah


Ya Tuhan Yang Maha Mencintai, hanya cintamu kami mementingkan, dan
ilhamkanlah kepada kami rasa cinta dan kasih sayang.

49. Ya majiidu a'thinaa majdaka


Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu

50. Yaa baa'itsu ib'atsnaa ma'asysyuhadaai washshoolihiin


Ya Tuhan Yang maha Membangkitkan, bangkitkanlah kami bersama orang-orang
yang syahid dan orang yang shaleh.

51. Yaa Syaahiidu isyhad bi annaa muslimuun


Ya Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang
yang menyerahkan diri kepada-Mu (Muslimin)

52. Yaa Haqqu dullanaa haqqon wa'thi kulla dzii haqqin haqqoo
Ya Allah Tuhan Yang Maha Haq, tunjukilah kami kepada yang haq dan
berikanlah hak pada setiap orang yang mempunyai haq

53. Yaa wakiilu alaika tawakkalnaa


Ya Tuhan Yang Maha Memelihara penyerahan, kepada-Mu kami serahkan urusan
kami

54. Yaa Qowiyyu biquwwatika fanshurnaa


Ya Tuhan Yang Maha Kuat, dengan kekuatan-Mu tolonglah kami.

55. Yaa matiinu umtun imaananaa watsabbit aqdaamanaa


Ya Tuhan Yang Maha Kokoh, kokohkanlah iman kami dan mantapkan pendirian
kami.

56. Yaa Waliyyu ahyinaa hayaatal auliyaa


Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, hidupkanlah kami seperti hamba-hamba-Mu
yang mendapat perlindungan (para wali)

57. Yaa haniidu urzuqnaa isyatan hamiidah


Ya Tuhan Yang Maha Terpuji, limpahkan kepada kami kehidupan yang terpuji.

58. Yaa muhshii ahshinaamin zumrotil muwahhidiin


Ya Tuhan Yang Maha Menghitung, hitunglah kami termasuk orang-orang yang
meng-Esakan Engkau

59. Yaa mubdi'u bismika ibtada'naa


Ya Tuhan Yang Maha Memulai, dengan nama-Mu kami memulai.

60. Yaa mu'iidu a'id maa ghooba annaa


Ya Tuhan Yang Maha Mengembalikan, kembalikanlah semua yang hilang dari
kami.

61. Yaa muhyii laka nuhyii fahayyina bissalaam


Ya Tuhan Yang Maha Menghidupkan, karena Engkau kami hidup, hidupkanlah
kami dengan penuh keselamatan
62. Yaa mumiitu amitna alaa diinil Islaam
Ya Tuhan Yang Maha Mematikan, matikanlah kami tetap dalam keadaan Islam

63. Yaa Hayyu ahyi wanammi sa'yanaa wasyarikatana waziro'atana..


Ya Tuhan Yang Maha Hidup , hidupkanlah dan kembangkanlah usaha kami,
perusahaan kami dan tanaman kami

64. Ya Qoyyuumu aqimnaa bil istiqoomah


Ya Tuhan Yang Maha Tegak, tegakkanlah kami dengan konsisten

65. Yaa waajidu aujid maadhoo'a annaa


Ya Tuhan Yang Maha Mewujudkan / Menemukan, ketemukanlah semua yang
hilang dari kami.

66. Yaa maajidu aatinaa majdaka


Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu

67. Yaa waahidu wahhid tafarruqonaa wajma'syamlanaa


Ya Tuhan Yang Maha Esa/Menyatukan, persatukanlah perpecahan kami dan
kumpulkanlah keberantakan kami.

68. Yaa shomadu ilaika shomadnaa


Ya Tuhan yang tergantung kepada-Nya segala sesuatu, hanya kepada-Mu kami
bergantung.

69. Yaa qodiiru biqudrotika anjib min zhahrina zhurriyyatan thoyyibah


Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, dengan kekuasaan-Mu lahirkanlah dari tulnag
pungung kami anak keturunan yang baik.

70. Yaa muqtadiru iqtadirlana zaujan wakhoiron kullahu


Ya Tuhan Yang Maha Menentukan, tentukanlah untuk kami istri dan semua
kebaikannya.

71. Ya mukoddimu qoddim hawaaijanaa fiddun-ya wal aakhiroh


Ya Tuhan Yang Maha Mendahulukan, dahulukan keperluan kami di dunia dan di
akherat.

72. Yaa muakhkhiru akhkhirhayaatana bishusnil khootimah.


Ya Tuhan Yang Maha Mengakhirkan, akhirkanlah hidup kami dengan husnul
khotimah.

73. Yaa awwalu adkhilnal jannta ma'al awwalin


Ya Tuhan Yang Maha Pertama, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama
orang-orang yang pertama masuk syurga
74. Yaa aakhiru ij'al aakhiro 'umrinaa khoirohu.
Ya Tuhan Yang Maha Akhir, jadikanlah kebaikan pada akhir umur kami.

75. Ya zhoohiru azhhiril haqqo 'alainaa warzuqnattibaa'ah


Ya Tuhan Yang Maha Nyata, tampakkanlah kepada kebenaran , berikan kami
kesanggupan untuk mengikutinya.

76. Yaa baathinu abthin 'uyuubanaa wastur 'aurootinaa.


Ya Tuhan Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikanlah cacat kami dan
tutuplah rahasia kami.

77. Yaa waali anta waali amrinaa faasri' nushrotaka lanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menguasai, Engkau adalah Penguasa urusan kami, maka
segerakanlah pertolongan-Mu kepada kami.

78. Yaa muta'aali a'li kalimataka wakhdzul man khodzalanaa


Ya Tuhan Yang Maha Terpelihara dari semua kekurangan (Maha Luhur),
luhurkan/peliharalah kalimat-Mu dan hinakan orang yang merendahkan kami.

79. Yaa barru ashib barroka alainaa waahyinaa ma'al barorotil kiroom.
Ya Tuhan Yang Maha Dermawan, limpahkan kedermawanan-Mu kepada kami
dan hidupkanlah kami bersama orang-orang yang dermawan lagi mulia.

80. Yaa tawwaabu taqobbal taubatanaa wataqobbal ma'dzi-rotanaa


Ya Tuhan Yang Maha Menerima taubat, terimalah taubat kami dan uzur kami

81. Yaa afuwwu fa'fu annaa khothooyaanaa


Ya Tuhan Yang Maha Memaafkan , maafkanlah semua kesalahan kami

82. Ya rouufu anzil alainaa ro'fataka


Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, turunkanlah kepada kami kasih/kelembutan-Mu

83. Yaa Maalikal mulki aati mulkaka man tasyaa-u minnaa


Ya Tuhan Yang Memiliki Kerajaan/Kekuasaan, berikan kerajaan/kekuasaan-Mu
kepada siapa yang Engkau kehendaki dari kami.

84. Yaa Muntaqimu laa tantaqim 'alaina bidzunuubinaa


Ya Tuhan Yang Maha Menyiksa, janganlah kami disiksa lantaran dosa-dosa kami.

85. Yaa dzal jalaali wal ikroom akrimnaa bil ijlaali wattaqwaa
Ya Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, muliakanlah kami
dengan keagungan dan ketaqwaan.

86. Yaa Muqsithu tsabbit lanaa qisthon wazil 'anna zhulman


Ya Tuhan Yang Maha Mengadili, tetapkanlah kepada kami keadilan dan
hilangkan dari kami kezaliman.

87. Yaa Jaami'u ijma'naa ma'ash shoolihiin.


Ya Tuhan Yang Maha Mengumpulkan, kumpulkanlah kami bersama orang-orang
yang sholeh.

88. Yaa Ghoniyyu aghninaa bihalaalika 'an haroomik


Ya Tuhan Yang Maha Kaya, berikanlah kepada kami kekayaan yang halal dan
jauh dari keharaman.

89. Yaa Munghnii bini'matika aghninaa


Ya Tuhan Yang Maha Memberi Kekayaan, dengan nikmat-Mu berikanlah kami
kekayaan.

90. Yaa Maani'u imna' daairotas suu-i taduuru 'alainaa.


Ya Tuhan Yang Maha Menolak, tolaklah putaran kejahatan yang mengancam
kami.

91. Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru 'alainaa


Ya Tuhan Yang Maha Memberi Bahaya, jangan timpakan kepada kami bahaya-
Mu dan bahaya orang yang akan membahayakan kami.

92. Yaa Naafi'u infa' lanaa maa 'allamtanaa wamaa rozaqtanaa


Ya Tuhan Yang Maha Membri Manfaat, berikan kemanfaatan atas apa yang telah
Engkau ajarkan kepada kami dan kemanfaatan rizki yang Engkau berikan
kepada kami.

93. Yaa Nuuru nawwir quluubanaa bihidaayatika


Ya Tuhan Yang Maha Bercahaya, sinarilah kami dengan petunjukmu.

94. Yaa Haadii ihdinash shirothol mustaqim.


Ya Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, tunjukkanlah kepada kami jalan yang
lurus.

95. Yaa Badii'u ibda' lanaa hayatan badii'ah


Ya Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan, ciptakanlah kepada kami kehidupan
yang indah.

96. Yaa Baaqii abqi ni'matakal latii an'amta 'alainaa.


Ya Tuhan Yang Maha Kekal, kekalkanlah nikmat yang telah Engkau berikan
kepada kami.

97. Yaa Waaritsu ij'alnaa min waratsati jannatin na'iim.


Ya Tuhan Yang Maha Pewaris, jadikanlah kami orang yang akan mewarisi syurga
kenikmatan.
98. Yaa Rasyiidu alhimna rusydaka waahyinaa raasyidiin.
Ya Tuhan Yang Maha Cendekiawan, limpahkanlah kecendekiawaan-Mu dan
hidupkanlah kami sebagai orang-orang cendekia.

99. Yaa Shabuuru ij'alnaa shaabiriina


Ya Tuhan Yang Maha Penyabar, jadikanlah kami orang-orang yang selalu
bersabar.

Khamar/Arak Adalah Penyakit Bukan Ubat

Dengan nas-nas yang jelas, maka Islam dengan gigih membenteras arak dan
menjauhkan umat Islam dari arak, serta dibuatnya suatu pagar antara umat
Islam dan arak itu. Tidak ada satupun pintu yang terbuka, betapapun sempitnya
pintu itu, buat meraihnya.

Tidak seorang Islam pun yang diperkenankan minum arak walaupun hanya
sedikit. Tidak juga diperkenankan untuk menjual, membeli, menghadiahkan
ataupun membuatnya. Disamping itu tidak pula diperkenankan menyimpan di
kedainya atau di rumahnya. Termasuk juga dilarang menghidangkan arak dalam
perayaan-perayaan, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang lain. Juga
dilarang mencampurkan arak pada makanan ataupun minuman.

Tinggal ada satu segi yang sering oleh sementara orang ditanyakan, yaitu
tentang arak dipakai untuk berubat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah
menjawab kepada orang yang bertanya tentang hukum arak. Lantas Nabi
menjawab: Dilarang! Kata laki-laki itu kemudian: "Innama nashna'uha liddawa'
(kami hanya pakai untuk berubat).

Maka jawab Nabi selanjutnya:


"Arak itu bukan ubat, tetapi penyakit." (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud
dan Tarmizi)

Dan sabdanya pula:


Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan
untuk kamu bahwa tiap penyakit ada ubatnya, oleh karena itu berobatlah,
tetapi jangan berobat dengan yang haram." (Riwayat Abu Daud)

Dan Ibnu Mas'ud pernah juga mengatakan perihal minuman yang memabukkan:
"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang
Dia haramkan atas kamu." (Riwayat Bukhari).

Memang tidak menghairankan kalau Islam melarang berubat dengan arak dan
benda-benda lain yang diharamkannya, sebab diharamkannya sesuatu, sesuai
dengan analisa Ibnul Qayim, mengharuskan untuk dijauhi selamanya dengan
jalan apapun. Maka kalau arak itu boleh dipakai untuk berubat, bererti ada
suatu anjuran supaya mencintai dan menggunakan arak itu. Ini jelas
berlawanan dengan apa yang dimaksud oleh syara'.

Selanjutnya kata Ibnul Qayim: Membolehkan berubat dengan arak, lebih-lebih


bagi jiwa yang ada kecenderungan terhadap arak, akan cukup menarik orang
untuk meminumnya demi memenuhi selera dan untuk bersenang-senang,
terutama orang yang mengerti akan manfaatnya arak dan dianggapnya dapat
menghilangkan sakitnya, maka pasti dia akan menggunakan arak guna
kesembuhan penyakitnya itu.

Sebenarnya ubat-ubat yang haram itu tidak lebih hanya kira-kira saja dapat
menyembuhkan.

Ibnul Qayim memperingatkan juga yang ditinjau dari segi kejiwaan, ia


mengatakan: "Bahwa syaratnya sembuh dari penyakit haruslah berubat yang
dapat diterima akal, dan yakin akan manfaatnya ubat itu serta adanya barakah
kesembuhan yang dibuatnya oleh Allah. Sedang dalam hal ini telah dimaklumi,
bahawa setiap muslim sudah berkeyakinan akan haramnya arak, yang kerana
keyakinannya ini dapat mencegah orang Islam untuk mempercayai kemanfaatan
dan barakahnya arak itu, dan tidak bisa jadi seorang muslim dengan
keyakinannya semacam itu untuk berhusnundz-dzan (beranggapan baik)
terhadap arak dan dianggapnya sebagai ubat yang dapat diterima akal. Bahkan
makin tingginya iman seseorang, makin besar pula kebenciannya terhadap arak
dan makin tidak baik keyakinannya terhadap arak itu. Sebab keperibadian
seorang muslim harus membenci arak. Kalau demikian halnya, arak adalah
penyakit, bukan ubat."

Walaupun demikian, kalau sampai terjadi keadaan darurat, maka darurat itu
dalam pandangan syariat Islam ada hukumnya tersendiri.

Oleh karena itu, kalau seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak
itu dapat dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat
mengancam kehidupan manusia, dimana tidak ada ubat lainnya kecuali arak,
dan saya sendiri percaya hal itu tidak akan terjadi, dan setelah mendapat
pengesahan dari dokter muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan
mempunyai jiwa semangat (ghirah) terhadap agama, maka dalam keadaan
demikian berdasar kaedah agama yang selalu membuat kemudahan dan
menghilangkan beban yang berat, maka berubat dengan arak tidaklah dilarang,
dengan syarat dalam batas seminimal mungkin.

Sesuai dengan firman Allah:


"Barangsiapa terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas maka
sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-An'am:
145)
10 Jenis Orang Islam Yang Kejam
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-
anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca
seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan
mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu
belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan
nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi
tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah


pesanku biarpun satu> ayat..."

Punca Hati Tidak Bahagia


Punca Hati Tidak Bahagia

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.Antara


mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu
org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.


Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak
orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit
jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia


memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah
lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat
pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam
pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak
selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng** Ingat ! yang dikatakan harta atau
rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di
situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun
atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak


tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.


Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya
tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa
anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia
merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa
mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap


menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara
satu sama lain sekian .
Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Renungan

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata,
hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh
atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah
-Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka
teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai
sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya
-Khalifah Umar al-Khattab-

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia


orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama
merasa lebih sengsara
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq-

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan


persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk
kepadanya
-Saidina Umar al-Khattab

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan
menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci
penyelaknya adalah malas
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan
yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.


- Saidina Ali bin Abi Thalib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,
ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang
paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah
diperolehinya
-Imam Al-Ghazali

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit
-Ibnu Abbas

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang
kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa
saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
- Ibnu Abbas

Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada
mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu
yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka
yang tidak dikenalinya
-Imam Syafi'e

TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan
peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di
dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:


– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri
kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati
menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa
melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah,
adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun
lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan
kebendaan.

Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di
atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga


keelokan akhlak iaitu :
1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara
seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan
berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki,
bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka
kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau
pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan
orang lain

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada


kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika
boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada
faedah

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walau


pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana
dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur
kesalahannya

Anda mungkin juga menyukai