Anda di halaman 1dari 2

Tafsir Surah Az-Zumar: Tafsir Ayat Ke-57

Ayat 57 adalah kata-kata penyelasan seorang yang telah cuai dalam agama, tetapi kali ini
semasa dia di Mahsyar.

َ َّ‫أَو تَقو َل لَو أَن‬


َ‫َللاَ َه ٰدني لَكُنتُ ِمنَ ال ُمت َّقين‬
“Atau berkata: `Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah
menjadi dari orang-orang yang bertaqwa.”

َ ‫أ َ ْو تَقُو َل لَ ْو أ َ َّن‬
‫َللاَ َه ٰدنِي‬
Atau dia berkata: Kalaulah Allah beri hidayah kepada aku dulu

Mereka hendak berkata yang mereka tidak mendapat hidayah pula. Padahal, Allah ‫ ﷻ‬telah
memberi petunjuk kepada mereka berkali-kali semasa mereka di dunia. Al-Quran itu sentiasa
sahaja ada cuma mereka sahaja yang tidak mahu belajar walaupun sudah ada orang yang
mengajak mereka belajar.

Kebanyakan orang Islam tidak mengendahkan Al-Quran. Walaupun di masjid terdapat banyak
Al-Quran, tidak ramai yang membaca Al-Quran. Sebaliknya yang selalu kita lihat, masyarakat
kita lebih suka dan lebih banyak berzikir. Padahal, membaca Al-Quran adalah lebih afdal
daripada berzikir. Kalau mereka membaca pun dan mempercayai bahawa Quran itu dari Allah
‫ﷻ‬, tetapi mereka masih tidak mahu mempelajari tafsir Quran malah mereka tidak memahami
suruhan Allah ‫ ﷻ‬dalam ayat-ayat yang mereka baca itu.

Ini adalah antara punca masalah umat Islam kerana enggan mempelajari tafsir Quran, mereka
tidak nampak kepentingan untuk memahami Al-Quran. Keengganan mempelajari tafsir Quran
dengan sengaja adalah menjadi satu dosa besar kepada umat Islam. Sebagai contoh ada yang
sudah tahu ada kelas tafsir, tetapi dia tidak mahu lagi pergi belajar. Macam-macam alasan akan
diberikan untuk tidak pergi ke kelas pengajian.

Oleh itu dalam ayat ini, mereka menyalahkan Allah ‫ ﷻ‬kerana tidak memberikan hidayah
kepadanya dengan mengatakan Allah ‫ ﷻ‬yang telah mentakdirkan dia tidak menjadi orang
beragama. Maknanya dia hendak menyalahkan Allah ‫ ﷻ‬pula. Dia berkata begitu semasa di dunia
dan semasa di akhirat dia akan bercakap begitu juga. Ini adalah hujah dari akal yang tidak waras,
akal yang jahil.
َ‫لَ ُك ْنتُ ِمنَ ْال ُمت َّقِين‬
tentu aku jadi orang yang bertaqwa

Dia berkata kalaulah dia diberikan petunjuk semasa di dunia, dia akan menjadi seperti orang lain
yang alim dan dia akan menjadi orang yang bertaqwa. Padahal, kesalahan itu adalah dari dirinya
sendiri.

*Ini adalah satu dalihan yang tidak berasas kerana hidayah itu ada di mana-mana. Mereka
yang tidak mahu membuka hati mereka untuk menerima hidayah yang ada dihadapan
mata malah mereka menutup hati mereka daripada menerima kebenaran. Alasan yang
mereka berikan tidak akan diterima kerana peluang sentiasa terbuka untuk bertaubat.

Anda mungkin juga menyukai