Anda di halaman 1dari 6

Surah Al-Fatihah (Siri 1)

===================

Setiap nama surah mengandungi maksud. Apakah maksud Al-Fatihah?

Al-Fatihah itu bermaksud "Yang Membuka".

Apakah yang di buka?

Yang hendak di buka adalah surah-surah yang tertutup. Al-Fatihah ini umpama satu pintu besar yang
perlu di buka untuk keseluruhan surah-surah dalam Al-Quran.

Mengapa ianya perlu di buka?

Kerana di dalam Al-Fatihah mengandungi seluruh matlamat surah-surah dalam Al-Quran.

Saat ustazah bagi tau Al-Fatihah itu adalah kunci segala surah. Dalam akal fikiranku, yang aku fikir waktu
itu, pasti Surah Al-Fatihah ini sangat hebat kerana di dalam Surah Al-Fatihah seolah-olah sudah
menerangkan 113 surah yang lain.

Apakah matlamat Surah Al-Fatihah?

Surah Al-Fatihah (Siri II)

===================

Apakah matlamat Surah Al-Fatihah?

Tahukah kalian, matlamat Surah Al-Fatihah ini adalah kunci untuk kita memahami seluruh Al-Quran.

Ada 3 matlamat Surah Al-Fatihah yang dirumuskan. Iaitu:

1. Makrifat.

Apakah itu makrifat? Makrifat itu adalah ajakan untuk kita mengenal Allah.

Dengan cara yang bagaimana untuk kita mengenal Allah? Iaitu dengan cara mencari ilmu tentang Allah
melalui nama dan sifatnya. Itulah ilmu Tauhid. Ilmu mengenal pencipta, mengenal nama dan mengenal
sifatnya.

2. Ketaatan.

Apakah itu ketaatan? Iaitu ajakan untuk mengenal jalan menuju Allah.

Dengan cara yang bagaimana? Adalah dengan melalui amal. Melalui amal (ibadah) itulah untuk kita
mengenal jalanenujunya serta rintangan-rintangannya. Amal yang di buat itu adalah untuk mentaati
Allah.
3. Kebahagiaan.

Apakah erti kebahagian di dalam Surah Al-Fatihah? Kebahagiaan itu adalah ajakan untuk mengenal sifat
golongan yang telah sampai menuju Allah.

Itulah dia akhlak (syariat). Melalui akhlak, kita akan mengetahui aib dan kekurangan diri sendiri. Kerna
itulah kita harus melihat keburukan diri sendiri berbanding melihat keburukan orang lain.

Kesimpulannya, matlamat Surah Al-Fatihah ini adalah untuk mengajak kita untuk makrifat, untuk taat
dan juga untuk bahagia.

Dan ketiga-tiga matlamat ini telah Allah huraikan dalam setiap ayat-ayat di dalam Surah Al-Fatihah.

Ada yang nak tahu huraian setiap ayat tu? Boleh KOMEN dan SHARE post ini. Supaya lebih ramai tahu
tentangnya

Surah Al-Fatihah (Siri 3)

===================

Bagaimana kita mahu mengenal Allah melalui Tadabbur?

Kata Ustazah Dr Sholihah,

Kaedah mengenal Allah ada 3 turutan yang perlu kita ikut flownya iaitu:

1. Melalui Tadabbur.

Tadabbur ini hanya boleh dilakukan hanya satu cara sahaja. Iaitu melalui Al-Quran, iaitu ayat-ayat
Qur'aniyyah (kalamullah - itulah kata-kata dari Allah).

Tadabbur itu adalah kita memahami perkataan Allah di sebalik ayat-ayat dan kaitkan dengan diri kita.

Apabila kita menggunakan telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, barulah ianya akan masuk terus ke
dalam "Qalbu."

Apabila kita mendengar dengan cermat dan teliti, hati di lapangkan saat mendengar ayat-ayat
Qur'aniyyah, hingga kita merasa "zikra".

Saat itu "Fuad" kita akan sentiasa merasa "Aku takutlah dengan Allah", "Aku malulah dengan Allah".

Pendekatan yang kita gunakan dalam Tadabbur Ayat-Ayat Qur'aniyyah adalah dengan Qalbu dan
Pendengaran.

Buktinya?

‫ب أككو أككلكقىَ النسكمكع كوههكو كشإهيِبْد‬ ‫إإنن إفيِ ذكذلإ ك‬


ْ‫ك لكإذكككرذى لإكمكن ككاَكن لكهه قككل ب‬
Sesungguhnya (keterangan-keterangan & peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi
mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau
yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan
menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

(Surah Qaf, ayat 37)

Orang yang Tadabbur Al-Quran ini dinamakan sebagai Ulul Albab.

2. Melalui Tafakkur

Tafakkur ini adalah hanya kepada alam. Contohnya kita mengenal Allah melalui langit, bumi, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Tafakkur ini iaitu kita mengenal Allah melalui ayat-ayat Kauniyyah dengan menggunakan mata, telinga,
mulut, hidung dan tangan.

Contoh, kita melihat proses bunga itu dari mula di tanam hingga akhirnya ia menjadi layu. Ketika itu
ucapkanlah

‫سبحنك فقناَ عذاب الناَر‬

(Subhanaka Faqina A'zabannar)

Bunga itu yang kita lihat akan direct masuk ke dalam akal kita hingga kita berfikir bagaimana prosesnya
dan itulah Allah yang juga menciptakan manusia dari awal hidup hingga manusia itu mati.

Apabila kita Tafakkur, ia adalah untuk kita jadikannya sebagai "ibrah".

Pendekatan yang kita gunakan dalam Tafakkur Ayat-Ayat Kauniyyah adalah dengan Akal dan Qalbu.

Buktinya?
‫ت إه‬
‫لوإليِ اكلككلكباَ إ‬
‫ب‬ ‫ف اللنكيِإل كوالننكهاَإر كلكياَ ت‬ ‫ت كواكلككر إ‬
‫ض كواكختإكل إ‬ ‫إإنن إفيِ كخكل إ‬
‫ق النسكماَكوا إ‬

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

‫ب النناَإر‬ ‫ت ذهككذا كباَإطمل هسكبكحاَنك ك‬


‫ك فكقإكناَ كعكذا ك‬ ‫ت كواكلككر إ‬
‫ض كربنكناَ كماَ كخلككق ك‬ ‫اك قإكيِاَمماَ كوقههعومدا كوكعلكذىَ هجهنوبإإهكم كويكتكفكنكهروكن إفيِ كخكل إ‬
‫ق النسكماَكوا إ‬ ‫النإذيكن يككذهكهروكن ن‬

Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil
berkata: "Wahai Tuhan kami, Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa neraka.

(Surah Ali Imran, ayat 190 dan 191)

Orang yang Tafakkur ini dinamakan sebagai Ulul Absar.


Seandainya, orang yang hanya melihat alam untuk mengenal Allah tetapi tidak mentadabbur Al-Quran, ia
tidak akan merasa apa yang sepatutnya dia rasa sesuatu di Qalbunya.

Rasa yang benar-benar rasa. Kerana dia tidak mengetahui apakah ayat-ayat Allah yang Allah sampaikan
tentang alam melalui Al-Quran.

Andai dia menyampaikan pasti ada sesuatu yang dia sampaikan dengan tidak sempurna.

3. Melalui Ta'ammul.

Ta'ammul ini adalah dengan kita melihat kejadian/fenomena melalui ayat-ayat Takwiniyyah.

Fenomena ini adalah seperti kita melihat kejadian siang/malam, air yang ada pasang surutnya dan
matahari yang terbit/terbenam.

Ia adalah proses merenung melihat alam untuk meningkatkan iman dan taat kepada Allah swt.

Pendekatan yang digunakan untuk Ta'ammul Ayat-Ayat Takwiniyyah adalah dengan akal dan Qalbu.

Buktinya adalah pada Surah Ali Imran, ayat 190 dan 191 (sama seperti ayat di Tafakkur)

Orang yang Ta'ammul ini dinamakan sebagai Ulul Nuha.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, di saat manusia itu melakukan Tadabbur Ayat-Ayat Qur'aniyyah
seterusnya melakukan Tafakkur Ayat-Ayat Kauniyyah dan Ta'ammul Ayat-Ayat Takwiniyyah maka akan
terlahirlah lafaz ‫الحمدل‬.

Sebagaimana yang Allah telah mengajar kita pada ayat-ayat Nya iaitu:

1. Surah Al-Kahfi, ayat 1 (Untuk Tadabbur)

2. Surah Al-An'am, ayat 1 (Untuk Tafakkur)

3. Surah Al-Fatihah, ayat 1 (Untuk Ta'ammul)

Moga bermanfaat buat kalian yang membaca

Surah Al-Fatihah (Siri 4)

====================

‫بإكسإم ن‬
‫اإ النركحذكمإن النرإحيِإم‬

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

‫ب اكلكعاَلكإميِكن‬
‫اكلكحكمهد إنلإ كر ب‬

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


‫النركحذكمإن النرإحيِإم‬

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

‫ك يككوإم البديإن‬
‫كماَلإ إ‬

4. Yang menguasai di Hari Pembalasan.

----------------------

Ayat 1 hingga ayat 4 adalah tentang Allah itu siapa?

4 ayat yang pertama menghuraikan nama-nama dan sifat-sifat Allah sebagai satu ajakan untuk kita
mengenal Nya kerana DIA lah "destinasi kita sebagai para musafir" di dunia ini.

Apakah nama dan sifat Allah itu dalam ayat 1 hingga ayat 4?

Al-Rahman

Al-Rahim

Al-Malik

(Nanti next post akan di huraikan apakah tadabbur bagi ketiga-tiga nama dan sifat itu)

----------------------

‫ك نككستكإعيِهن‬
‫ك نككعبههد كوإإنياَ ك‬
‫إإنياَ ك‬

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

----------------------

Ayat ke 5 ini adalah Allah bagitahu bagaimana jalan untuk kita menuju Allah?

Ini bermakna, ayat ke 5 ini telah menghurai "amal" sebagai jalan menuju Allah kerana "amal" itu adalah
"bekalan kita sebagai musafir di dunia ini yang akan menuju ke destinasi akhirat"

Bagaimanakah jalan menuju Allah itu?

Al-'Ibadah

Al-Isti'anah

(Nanti akan diterangkan pada next post)

----------------------

‫صكراطك اكلهمكستكإقيِم‬
‫اكهإدكناَ ال ب‬
َ‫ك‬6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

‫ضاَبليِكن‬
‫ب كعلككيِإهكم كوكل ال ن‬ ‫ت كعلككيِإهكم كغكيِإر اكلكمكغ ه‬
‫ضو إ‬ ‫ط النإذيكن أككنكعكم ك‬
‫صكرا ك‬
‫إ‬

7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang
dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

----------------------

Ayat 6 hingga ayat 7 ini telah menerangkan siapakah golongan yang telah pun sampai ke destinasi yang
kita akan tuju itu?

Ayat-ayat ini telah menghurai golongan manusia yang istiqomah di atas jalan menuju Allah kerana
merekalah "musafir yang telah sampai ke destinasi yang kita semua akan tuju kelak."

Siapakah golongan itu?

Golongan yang diberi nikmat

Golongan yang bukan dimurkai

Golongan yang bukan disesatkan

Tahukah kalian siapakah antara mereka yang telah sampai ke destinasi itu?

Mereka itulah orang soleh, para syuhada, para anbiya dan para siddiqin.

Dan mereka inilah Allah bagitau kepada kita untuk kita contohi.

---------------------

Dengan huraian ini sebenarnya ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk di dalam solat.

Kata Ustazah Dr Sholihah,

"Umar Abdul Aziz membaca Al-Fatihah terlalu lama untuk mendapatkan kekhusyukan seolah-olah Allah
menjawab setiap bacaanya."

Dan bagaimana dengan diri kita? �

Kata ustazah lagi,

"Waktu siang, kita solat jemaah, kita tak boleh nak benar-benar khusyuk kerana ada masa ada imam
yang solatnya laju, ada masa kita juga penat dengan kerja. Maka, kerna itulah kita diberi peluang oleh
Allah untuk meraih kekhusyukan di waktu malam, di saat kita bangun untuk bertahajjud kerana ketika itu
kita solat seorang diri tanpa jemaah."

Moga huraian sistematika Surah Al-Fatihah ini dapat membantu kalian semakin memahami Surah Al-
Fatihah hingga dapat membawa diri kalian khusyuk di dalam solat.

Anda mungkin juga menyukai