Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/344649051

MENGINGATI MATI DAN PERINGATAN UNTUK MATI: RENUNGAN UNTUK YANG


HIDUP

Chapter · October 2014

CITATION READS

1 16,090

1 author:

Amini Amir Abdullah


Universiti Putra Malaysia
61 PUBLICATIONS   160 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Integrity View project

Islam Yang Dinamik View project

All content following this page was uploaded by Amini Amir Abdullah on 14 October 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB 14 – Amini Amir Abdullah.2014. Islam Yang Dinamik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

MENGINGATI MATI DAN PERINGATAN UNTUK MATI:


RENUNGAN UNTUK YANG HIDUP1

Definisi:

Mati ialah pengakhiran hidup manusia di dunia yang fana dan satu proses perpindahan
roh manusia ke alam barzakh dan alam baqa. Mati ialah satu proses terpisahnya roh
daripada jasad, perpisahan alam yang realiti ke alam yang mujarrad. Kematian akan
dirasai oleh jasad yang bernyawa apabila tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Setiap makhluk pasti akan mati. Ia dinamakan ajal mubram. Masa kematian boleh
berubah daripada satu masa ke masa yang lain. Ia dinamakan ajal mu’allaq. Mati adalah
penamatan hidup di dunia, dunia yang cukup dikejari dan disayangi oleh manusia.
Apabila tiba pengakhiran hidup dengan kematian, ia tidak akan dapat ditangguh atau
dipercepatkan. Ia tetap akan berlaku.

Hikmah kematian bukan sahaja pada diri si mati, bahkan juga pada yang masih hidup.
Pengakhir riwayat hidup individu mengandungi kebaikan dan bagi yang mati ia sebagai
satu pengiktibaran, menimbulkan keinsafan, mempertingkatkan amalan, muhasabah diri,
membuat persediaan untuk menemui Allah dan sebagainya bagi yang masih hidup.

Hikmah dan Hakikat Kematian

Dalam Islam, adalah cukup disunatkan mengingati mati. Menziarahi orang sakit, orang
nazak, terlibat dalam pengurusan jenazah seperti mandi, solat jenazah, mengiringi
jenazah, talqin, tahlil, semuanya mendekatkan diri kepada mengingati mati. Justeru
persediaan perlulah rapi bagi mengadap Rabbul Jalil.

1
Kertas kerja ini telah disampaikan dalam Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia pada
tahun 2006.
Bagaimana Rasulullah s.a.w. Menghadapi Suasana Kematian Ahli Keluarganya?

Dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah bertembung dengan dua kematian. Iaitu kematian
bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah r.a. Peristiwa yang berlaku
pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah s.a.w. ini, sungguhpun menghibakan Nabi, namun
baginda tetap bersabar dan tabah menghadapi pemergian orang yang disayanginya ini.
Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w. menghadapi pula tentangan hebat Mushrikin
Makkah. Namun baginda tidak pula mengaku kalah, bahkan semangatnya semakin kuat.
Inilah contoh yang perlu kita ikuti dan teladani.

Kematian adalah satu kemestian mengikut takdir Ilahi. Mengenai takdir kematian, Allah
s.w.t berfirman:

                   

                

Bermaksud: “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih,
kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada
mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya
melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah.
Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek
umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu
mudah sahaja kepada Allah.” (Surah Faatir : Ayat 11)

Ayat ini menegaskan bahawa Allah menciptakan insan dari tanah, kemudian dari setitis
air benih iaitu air mani, kemudian ia menjadikan insan itu kamu berpasangan di antara
lelaki (Nabi Adam a.s.) dan perempuan (Hawa). Dan tidak mengandung seseorang
perempuan (dan juga haiwan betina), dan tidak pula semua makhluk melahirkan anak
yang dikandungnya melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah segala-galanya
bermula daripada proses mengandung hinggalah ke jantina dan kelahirannya. Allah juga
menegaskan bahawa tidak diberikan seseorang berumur panjang atau pendek umurnya,
melainkan ada kadarnya di dalam pengetahuan Allah dan perkara yang sedemikian
adalah urusan yang amat mudah sahaja bagi Allah s.w.t.

Kematian Yang Tidak Mati.

Ada kematian di sisi Allah yang tidak dinamakan mati, tetapi “hidup” di sisi Allah s.w.t.
iaitu orang yang mati kerana perjuangan menegakkan kalimah Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t.:

              

Bermaksud: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh


(yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah
hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. (Surah Ali ‘Imran
: Ayat 169)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang terbunuh kerana mempertahankan


agama Allah, umat Islam dan mempertahankan negara dengan niat yang ikhlas dan
secara syarie sebagai mereka yang gugur syahid pada jalan Allah itu ”tidak mati” bahkan
mereka hidup secara teristimewa di sisi Allah dengan dengan mendapat rezeki daripada
Allah s.w.t.

Mereka yang “hidup” ini hidup dalam alam lain, bukannya alam maya pada ini. Mereka
mendapat kenikmatan yang melimpah–ruah. Bagaimanakah kondisi mereka dalam dunia
itu? Hanya Allah s.w.t. yang mengetahui keadaan hidup mereka dalam dunia yang
mempunyai keistimewaan yang tersendiri itu.
Persediaan Mati: Berhati-hati dengan Kehidupan Duniawi dan Lihatlah Kehidupan
yang Sebenar.

Allah s.w.t. mengingatkan kita tentang keduniaan dan kepentingan hidup akhirat. Firman
Allah s.w.t.:

                



Bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan
dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat
hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang
sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan
melupakan hari akhirat”. (Surah Al-‘Ankabut : Ayat 64)

Dalam ayat ini, Allah memperingatkan bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala
kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan keistimewaan kehidupan di
Akhirat kelak, tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Ini adalah kerana dalam
Islam, negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. Allah juga telah
menjelaskan bahawa kalaulah insan mengetahui hakikat kebenaran dan keistimewaan
ini, sudah tentu insan tidak akan melupakan hari Akhirat dengan memperbanyakkan
amalan-amalan soleh seperti yang dianjurkan oleh Allah.

Orang-orang Mushrik dan Kafir Diibaratkan Orang yang Mati.

Orang yang tidak mahu menerima agama Allah disifatkan orang yang mati. Mereka telah
mati hati ibarat orang yang tidak bernyawa. Firman Allah s.w.t.:

           

“(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang
demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati
(hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak
itu mendengar suaramu, apabila mereka berpaling undur ( disebabkan keingkarannya)”.
(Surah Ar-Rum : Ayat 52)

Orang Mushrik dan kafir disamakan oleh Allah s.w.t. dengan orang-orang yang mati tidak
bernyawa yang mustahil dapat mendengar sebarang seruan dakwah, pendidikan dan
pengajaran. Persamaan orang Mushrikin dan kafir bertepatan dengan orang tuli yang
tidak mungkin mendengar panggilan sekiranya membelakangi orang yang memanggil.

Siapa yang Mengambil Nyawa Manusia?

Dengan izin Allah s.w.t. Malaikat Maut akan mencabut nyawa manusia bergantung
sejauh mana amalan manusia. Sekiranya amalannya baik, mudahlah pengambilan
nyawa itu, begitulah juga sebaliknya. Firman Allah s.w.t.:

            

Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut yang
ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan
kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". (Surah As-Sajdah : Ayat 11)

Ayat ini menjelaskan bahawa nyawa manusia akan diambil oleh Malaikat Maut yang
ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ketetapan Allah akan tamatnya riwayat
manusia dan kemudian manusia akan dikembalikan kepada Tuhan insan untuk
menerima balasan.

Dalam ayat yang lain Allah jelaskan:

               

Bermaksud: Dan mereka (yang kafir) itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang
lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?
Betulkah demikian?” (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan
mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Surah As-Sajdah : Ayat 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang kafir akan bertanya kepada Allah adakah
apabila mereka telah hilang lenyap dalam tanah dengan sebab kereputan sesudah mati,
mereka akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Orang-orang kafir
bukan sahaja tidak percaya tentang kehidupan semula di hari Mahsyar bahkan mereka
tidak percaya tentang pertemuan dengan Allah untuk dihitung amalan dan diberikan
pembalasan kerana mereka tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.

Betapa Mudahnya Allah Membangkitkan Manusia yang Mati

Tiadalah kepayahan bagi Allah menghidupkan manusia. Firman Allah s.w.t.:

                

              
“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu
membawa angin mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering-
kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan
air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikian pula Kami mengeluarkan
(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya)”. (Surah Al-A’raf: 57)

Sebagaimana Allah memberikan rahmatnya dengan menurunkan hujan sehingga daerah


yang kering kontang menjadi subur dan dengan air hujan itu tumbuh berbagai-bagai jenis
buah-buahan, demikianlah juga Allah menghidupkan semula orang-orang yang telah mati
di hari Pembalasan dan Pengadilan nanti.
Persediaan Mati: Beramal Solehlah!

Setiap Muslim mesti beramal soleh demi untuk menghadapi kematian. Firman Alah s.w.t.:

              
Bermaksud: “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,
dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”. (Surah Al-Kahfi: 46)

Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih
baik pada sisi Allah sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi
harapan kepada kehidupan manusia baik di dunia ini maupun di Akhirat nanti.

Tujuan Penciptaan Manusia dan Kepastian Kembalinya Manusia kepada Allah


s.w.t.

Manusia diciptakan demi untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan manusia akan
dikembalikan kepada Allah. Firman Allah s.w.t.:

        

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada
kepada ada) sahaja degan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu
(menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah Al-Mu’minun: 115)

Allah s.w.t. telah menegaskan dalam ayat ini bahawa insan janganlah lupa bahawa
mereka diciptakan Allah dari tiada kepada ada dan insan perlu sedar dengan bekalan
amalan soleh, mereka akan bertemu kembali dengan Allah untuk dihitung segala amalan
mereka.

Dalam surah yang lain, Allah s.w.t. jelaskan:


               

 

“Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu
bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka
hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan
merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima
balasan)”. (Surah Al-‘Ankabut: 56-57)

Allah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya bumi


Allah ini adalah Luas untuk insan bebas beribadat dan insan mestilah mengikhlaskan diri
melakukan ibadat kepada Allah. Kemudian alah tegaskan bahawa setiap diri tetap akan
merasai mati, kemudian insan akan dikembalikan kepada Allah untuk menerima balasan
baik atau buruk berdasarkan amalan yang merekka lakukan di dunia ini.

Kereputan Jasad dan Tulang Belakang. Apakah Tidak Mungkin Dicantumkan dan
Disempurnakan Semula oleh Allah s.w.t. Ketika Dibangkitkan Manusia?

Proses pereputan jasad manusia tidak akan menjejaskan kebangkitan manusia pada hari
Akhirat kelak. Firman Allah s.w.t.:

                

       

Bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang


kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya:
“Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”.
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang
menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala
keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya). (Surah Yasin: 78-79)
Mata, telinga dan kulit-kulit manusia akan menjadi saksi terhadap manusia sendiri akan
apa yang telah dilakukan oleh mereka di dunia. Firman Allah s.w.t.:

            

Bermaksud: “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan


penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa
yeng telah mereka kerjakan.” (Surah Fussilat: 20)

Sakaratul maut merupakan saat-saat akhir manusia menjalani kehidupannya di dunia ini.
Digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran:

                

                

           

Bermaksud: ”Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah


akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya akan sampai ke pangkal
kerongkongan. Dan orang-orang yang hadir disisinya heboh) berkata: “Siapakah yang
dapat menawar jampi (dan mengubatinya)?”. Dan dia sendiri yakin, bahawa
sesungguhnya saat itu saat perpisahan; serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih;
(Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan).
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak
mengakui kebenaran (yang mewajibkan meyakinkannya) dan ia tidak mengerjakan
sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya). Akan tetapi ia mendustakan, dan
berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong
megah. (Wahai orang yang kufur ingkar) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu,
sudahlah dekat. Kemudia api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak”. (Surah Al-
Qiyamah: 26-35)
Kecenderungan manusia kepada dunia dan menyisihkan Akhirat merupakan sifat
semulajadi manusia dan akan membawa kehancuran kepada manusia sendiri. Firman
Allah s.w.t.:

       

Bermaksud: “Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan
kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia)
yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang
kekal abadi kehidupannya)”. (Surah Al-Qiyamah: 20-21)

Ayai ini menegaskan bahawa Allah telah memerintahkan agar insan sedar bahawa
sebenarnya insan tidak mengingati pengakhiran riwayat hidup mereka bahkan insan
sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya dan tidak
kekal lama kerana ia bersifat sementara semata-mata. Insan juga tidak menghiraukan
bekalan untuk hari Akhirat yang kekal abadi kehidupannya”.

Soalan Kubur

Soal kubur akan berlaku sebaik sahaja mayat dikebumikan dalam sebarang keadaan.
Adakah jasad masih bersama roh semasa disoal oleh Malaikat? Ya! Roh akan kembali
kepada jasad semasa ia disoal. Doa orang yang hidup akan sampai kepada simati dari
segi kebaikan dan rahmat.

Soal kubur sungguhpun diketahui oleh semua umat Islam, tidaklah ada sebarang
kepastian bahawa soalan kubur akan dapat dijawab dengan baik sebaik sahaja ditanya
oleh Malaikat. Kalaupun seseorang itu menghafal beribu-ribu kali soalan kubur, tidak
pasti juga sama ada ia akan dapat menjawab dengan baik apabila berada di dalam kubur.
Kebolehan menjawab soalan kubur bergantung kepada amalan soleh seseorang di
dunia. Kalau orang itu orang yang ‘Asi, fasik, munafik dan kafir, mana mungkin orang itu
dapat menjawab soalan kubur. Antara soalan yang ditanya oleh dua orang Malaikat ialah:
1. Siapakah Tuhan kamu?

2. Siapakah Nabi kamu?

3. Apakah keyakinan (iktikad) dan kepercayaan Nabi kamu?

4. Apakah ikutan dan panduan kamu?

5. Apakah kiblat kamu?

6. Sembahyangkah kewajipan kamu?

7. Siapakah saudara kamu?

8. Siapakah bapa agama kamu?

9. Apakah arahtuju hidup dan mati kamu?

Mengiringi Jenazah ke Kubur, Ziarah Kubur dan Signifikan Talqin: Satu Hakikat
Mengingati dan Bersedia Menghadapi Kematian

Mengiringi dan menziarahi kubur adalah untuk mengingati mati dan Hari Pembalasan,
sebab itu ia dituntut. Sabda Rasulullah s.a.w. “Aku dahulu melarang kamu menziarahi
kubur. Akan tetapi sekarang ziarahilah kubur (kerana ada kebaikannya) (Riwayat
Muslim).

Meraung-raung dan menangis keterlaluan kerana kematian tidak dibenarkan malah


haram termasuklah menampar pipi dan mengoyak baju. Walau bagaimanapun,
menangis dan bersedih tidaklah dilarang oleh syarak kerana ia adalah sifat semulajadi
manusia. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menangisi pemergian anaknya Ibrahim.
Mengikut Mazhab Shafie, bertalqin itu merupakan perkara sunat atau mustahab (elok
dilakukan) kerana tujuan talqin adalah untuk peringatan untuk yang mati dan yang masih
hidup. Telah menjadi perkara “thabit” pada hukum syarak bahawa orang mati mendengar
suara orang yang hidup.

Adalah perkara sunat bagi mereka yang mengiringi jenazah ke kubur duduk sebentar dan
berdoa kepada si mati agar dapat menjawab semua soalan Malaikat Munkar dan Nakir
dan mendapat keampunan serta rahmat Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud : “Dari Uthman bin Affan r.a. katanya: bahawa Rasululah s.a.w. apabila
selesai mengebumikan jenazah, baginda berdiri di tepi kubur jenazah itu lalu bersabda:
“Mohonlah keampunan bagi saudara kamu (semoga keampunan Allah baginya) dan
mohonlah kepada Allah semoga dijadikan iktikadnya tetap utuh berdasarkan kalimah
Tauhid (La ilaha illa Allah) kerana dia sekarang sedang disoal”.

Disunatkan memberi salam seterusnya berdoa pada ahli kubur dan menjaga adab-adab
menziarahi kubur. Menziarahi kubur ibubapa, berdoa keampunan mereka, pada tiap-tiap
hari Jumaat dan dibacakan Yasin kepada mereka adalah sunat. Namun demikian,
membacakan doa, bertahlil atau membaca Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah tidak
semestinya dilakukan pada malam Jumaat atau hari Jumaat sahaja.

Manakala menziarahi kubur mereka adalah sunat muakkad. Orang-orang yang mati
sentiasa mengharapkan doa orang yang hidup. Berdoalah untuk mereka dan ingatlah
bahawa kita akan menyertai mereka. Roh orang yang mati setiap malam akan berada di
langit dunia mengharapkan doa untuk mereka. Roh mereka akan kembali dengan
gembira sekiranya ada yang mendoakan mereka dan kehampaan bagi mereka sekiranya
tiada doa untuk mereka. Di antara adab menziarahi kubur adalah seperti berikut:

1. Bersih diri dan berwuduk.

2. Memberi salam kepada ahli kubur.


3. Berdiri di tepi kubur dengan menghadap wajah kepada si mati dan berkata
“Assalamualaikum tuan hamba, atau Assalamualaikum ayahku/ibuku”.

4. Sunat membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

5. Berdoa keampunan kepada si mati dengan menghadap kiblat dan rahmat kepada
snya.

6. Tidak melangkahi kubur dengan sewenang-wenangnya seolah-olah tidak


menghormati mayat.

7. Tidak membuang najis di tanah perkuburan.

8. Tidak berbual kosong di tanah perkuburan dan melepak.

Talqin mempunyai dua bahagian iaitu bahagian peringatan dan bahagian doa. Bahagian
peringatan antara lain menyentuh soal :

 Kehidupan dan kematian merupakan ujian kepada manusia untuk menentukan


siapa di kalangan manusia yang melakukan amalan soleh.

 Amalan kebajikan dan segala perbuatan manusia sama ada yang baik atau yang
buruk akan diperlihatkan kepada manusia secara detail di hari pembalasan.

 Semua makhluk akan kembali kepada Allah s.w.t. dan peringatan bahawa ajal
maut sudah menjadi kemestian kepada manusia. Justeru, manusia mesti
memperlengkapkan diri dengan persediaan dan bekalan yang secukupnya ketika
menghadap Allah s.w.t.
 Nikmat syurga dan azab neraka kebahagiaan bagi mereka yang tergolong dalam
kelompok ahli syurga dan padah serta kecelakaan bagi mereka yang tergolong
dalam kelompok ahli neraka.

 Asal usul manusia daripada tanah, ke dalam tanah semula manusia akan
dikembalikan dan dibangkitkan, dan daripada dalam tanah juga manusia akan
dibangkitkan.

 Kewajipan, amanah dan tanggungjawab manusia di atas dunia

 Alam kubur di mana tubuh manusia akan hancur serta reput dimamah cacing dan
ulat.

 Kebangkitan manusia apabila ditiup sangkakala oleh Malaikat Israfil untuk diadili
di hadapan Allah s.w.t., dinilai amal kebajikan dan diberikan ganjaran yang
sewajarnya dengan amalan manusia.

 Mesej dakwah dan janji para Rasul sebagai utusan Allah s.w.t. adalah benar
belaka.

 Alam kubur merupakan alam transisi sebelum ke alam Akhirat dan kematian
merupakan pengakhiran nikmat dunia.

Bahagian doa pula mengandungi perkara-perkara berikut :

 Rahmat Allah s.w.t. ke atas si mati.

 Doa agar lebih mudah si mati menjawab tentang kalimah syahadah bahawa Tiada
Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah.
 Ketidakgentaran menghadapi soalan kubur dan peringatan menjawab soalan
kubur

 Perlindungan, keampunan dan penerimaan segala amalan soleh manusia semasa


hidup di dunia.

 Keterlepasan daripada azab kubur, dan segala yang berkaitan dengannya dengan
syafaat dan keberkatan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kaitan Amalan Orang yang Hidup dengan Orang yang telah Mati

Segala amalan soleh orang yang hidup akan sampai kepada orang yang telah mati.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada
keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati, maka kalau amal perbuatan kamu
baik, mereka gembira mengetahuinya. Dan kalau sebaliknya, mereka akan berdoa: Ya
Alah! Ya Tuhan kami, Berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah sebagaimana
engkau telah memberi hidayah kepada kami (sehingga kami mati dalam iman) [Riwayat
Imam Ahmad dan Tirmizi]

Suami yang mati dalam keadaan iman akan “mengenang dan bertanya khabar” tentang
isterinya sama ada isterinya telah berkahwin lain ataupun tidak walaupun ketika dalam
alam Barzakh itu ia sudah ditemani oleh bidadari yang cantik berseri-seri. Ia akan
berharap isterinya tidak berkahwin lain dan mati dalam keadaan iman dan amal soleh
dan dikumpulkan bersama pada hari Ahirat dan kekal bersama dalam syurga selama-
lamanya. Namun demikian, sekiranya siisteri berkahwin lain, dan suaminya yang kedua
mati dalam iman, maka ia akan dikumpulkan bersama suaminya yang terakhir.

Kematian dan Kesabaran: Dua Pertentangan

Dalam amalan Arab Jahiliyyah, kematian tidaklah disusuli oleh kesabaran tetapi penuh
dengan perkara melampau yang keterlaluan. Memang kematian terutamanya orang yang
dikasihi sukar diterima hakikatnya oleh kita, namun Islam mengajarkan kita bersabar dan
bertenang dan bertawakal kepada Allah s.w.t. dengan menyebut:     

yang bererti “Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali. Teks sebenar sebutan ini terdapat dalam firman Allah s.w.t.:

            

               

      

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-
orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan
berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-
orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Surah Al-Baqarah: 155-157)

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, ungkapan yang tersebut di atas disebut ketika
berlaku kematian sahaja. Sebenarnya ungkapan tersebut diucapkan juga ketika berlaku
sebarang kepayahan, kesusahan, kesukaran dan mala petaka atau bencana.

Mestilah diserahkan bulat-bulat segala hal yang berkaitan dengan kematian kepada Allah
s.w.t. dan disunatkan berdoa yang bermaksud: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berilah aku sabar
serta balasan yang baik untuk menghadapi kesusahan dan ujian berat yang menimpakan
ini, dan gantikanlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya”. Adalah sunnah Nabi
dengan menenangkan keluarga orang yang sedang menghadapi kematian dengan
ucapan seperti berikut yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah juga apa yang telah
diambilnya dan apa yang telah diberinya. Dan tiap-tiap sesuatu di sisinya adalah terhad
hingga ke suatu ajal yang telah ditentukan. Oleh itu hendaklah bersabar serta hendaklah
ia menjadikan kesabarannya itu semata-mata kerana Allah dan untuk mengharapkan
balasan yang baik.”

Kita tentu pernah mendengar ibu bapa yang kematian anak-anak yang belum baligh.
Terdapat mafhum satu Hadis yang menjelaskan bahawa ibu bapa yang kematian tiga
orang anak yang belum baligh, nescaya akan dimasukkan kedua ibubapanya ke dalam
syurga. Walau bagaimanapun, orang yang kematian anak yang belum baligh tetap akan
dimasukkan ke dalam syurga juga.

Signifikan Ucapan Takziah dan Perkaitannya dengan Kematian.

Adalah sunat diucapkan takziah kepada waris orang yang meninggal dunia, diajak
bersabar dan mendoakan kerahmatan dan keampunan terhadap si mati. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan
takziah kepada saudaranya sesama Islam yang sedang menanggung musibah
melainkan ia akan diberikan balasan terbaik oleh Allah iaitu dimuliakan dan dipakaikan
dengan persalinan yang serba indah dari pakaian-pakaian kemuliaan pada hari Akhirat
kelak.”

Tempoh bertakziah ialah selama tiga hari selepas pengebumian. Walau bagaimanapun,
dibolehkan tanpa sebarang tempoh sekiranya ketidaklapangan berlaku. Maksud lafaz
takziah ialah seperti berikut: “Semuga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda
kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta
diampunkan jenazahmu yang meninggal.”

Kewajipan Waris yang Hidup Terhadap yang Meninggal

Adapun kewajipan waris yang hidup terhadap orang yang telah meninggal dunia ialah
membayar hutang piutang dengan seberapa segera atau memohon pelepasan dengan
seikhlasnya. Di samping itu hendaklah menyegerakan kehendak si mati dalam wasiat
yang tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Dalam pada itu, waris hendaklah tidak
merebut harta, tetapi cuba untuk menggunakan harta itu demi kebaikan si mati dalam
kubur seperti menggunakan harta si mati untuk berwakaf dan sebagainya demi kebaikan
mereka terutamanya ibubapa.

Kesimpulan

Perlulah kita sentiasa mengingati mati agar kita tergolong dalam mereka yang soleh dan
melakukan persediaan secukupnya sebelum menemui Allah Rabbul Jalil. Kehidupan
dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dibandingkan dengan
keistimewaan kehidupan di Akhirat kelak ibarat langit dengan bumi. Ini adalah kerana
dunia ini dianggap oleh Allah ibarat hiburan dan permainan. Daalam Islam, negeri Akhirat
itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. Allah juga telah menjelaskan bahawa
kalaulah insan mengetahui hakikat kebenaran dan keistimewaan ini, sudah tentu insan
tidak akan melupakan hari Akhirat dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh
seperti yang dianjurkan oleh Allah sebelum maut datang menjengahnya.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai