Anda di halaman 1dari 124

CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG (MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI)

SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat iaitu pembuangan bayi. Zaniyah yang menjadi mangsa kerakusan buaya darat di kota telah mengambil keputusan untuk membuang bayi luar nikahnya di hutan Lembah Dara Terbelah. Zaniyah terpaksa melakukannya kerana dia tidak mahu dicemuh masyarakat. Lembah Dara Terbelah menjadi saksi kekejaman Zaniyah yang bertindak meninggalkan bayinya di sebatang sungai. Berlaku satu peristiwa yang telah menyedarkan Zaniyah iaitu ketika berada di Lembah Dara Terbelah, seekor anak monyet telah terjatuh ke dalam sungai dan hanyut bersama sebatang kayu. Ibu monyet berusaha menyelamatkan anaknya daripada menjadi habuan buaya. Walaubagaimanapun, ibu monyet telah terjatuh ke dalam sungai setelah berjaya menyelamatkan anaknnya. Peristiwa itu teleh menyedarkan Zaniyah bahawa binatang, yang tidak mempunyai akal tetapi mempunyai naluri keibuan yang menyayangi anaknya. Kejadian tersebut membuatkan Zaniyah mendapatkan kembali anaknya yang ditinggalkan di hilir sungai itu.

TEMA Cerpen ini mengutarakan tema kekejaman seorang manusia yang sanggup membuang darah daging sendiri. Masalah pembuangan bayi menjadi semakin serius dan dihina dalam masyarakat. Dalam cerpen ini, Zaniyah bertindak membuang bayinya di hutan Lembah Dara Terbelah tetapi usahanya itu terbantut setelah disedarkan oleh seekor monyet yang mempunyai naluri keibuan dan kasih sayang tehadapa anaknya.

PERSOALAN

Persoalan Kasih sayang Kasih sayang bukan hanya dimiliki oleh manusia yang berakal tetapi wujud dalam seekor binatang yang tidak mempunyai akal. Kadangkala manusia tidak mempunyai kasih sayang berbanding dengan binatang. Persoalan ini dibuktikan apabila seekor monyet berusaha menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya, sedangkan Zaniyah membuang darah dagingnya sendiri.

Persoalan Pengorbanan ibu Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Seorang ibu sanggup berkorban untuk anaknya demi melindungi,menyelamatkan atau memelihara anaknya daripada apa jua bencana. Dalam cerpen ini, persoalan pengorbanan ibu digambarkan oleh seekor monyet yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya yang hanyut di dalam sungai dan sekaligus mengorbankan dirinya sendiri.

Persoalan Keinsafan Persoalan ini ditampilkan oleh pengarang sebagai peleraian kepada plot cerpen ini. Persoalan keinsafan ditunjukkan oleh Zaniyah setelah melihat peristiwa seekor monyet yang berusaha menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya. Hal tersebut telah menginsafkan diri Zaniyah bahawa binatang yang tidak berakal juga sayangkan anak sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri.

LATAR TEMPAT Hutan Lembah Dara Terbelah Merupakan latar tempat yang mendominasi cerpen ini dimana ia adalah hutan tempat Zaniyah cuba membuang anaknya dan berlaku peristiwa seekor monyet yang menyelamatkan anaknya sehingga mengisafkan Zaniyah.

Sungai Sungai ini terletak di Lembah Dara Terbelah. Peristiwa yang berlaku di sungai ini ialah kejadian seekor ibu monyet yang cuba menyelamatkan anaknya, tetapi ibu monyet itu sendiri terjatuh ke dalam sungai dan menjadi habuan buaya.

Batu bawah pokok -Terletak di hilir sungai. Adalah tempat Zaniyah meninggalkan bayinya .

MASA Waktu pagi -Zaniyah mengatur langkah menuju Hutan Lembah Dara Terbelah yang terletak tidak jauh di pinggir kota. (m/s 50) Zaman Pendudukan Jepun -Ketika Zaniyah mengimbau masa silam riwayat ibu bapanya.(m/s 54)

MASYARAKAT i. Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan Diwakili oleh watak Zaniyah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak sendiri. Juga digambarkan oleh ayah Zaniyah yang melarikan ibu Zaniyah dan menyebabkan suaminya terbunuh.

ii. Masyarakat yang membelot kepada pemerintah Digambarkan oleh watak ayah Zaniyah yang membelot kepada pemerintah negara ketika itu dengan menjadi tali barut tentera Jepun.

iii. Masyarakat yang mengamalkan pergaulan bebas Dibawa oleh watak Zaniyah yang mengamalkan kehidupan bersosial yang bebas apabila menceburi alam hedonistik, berkawan dengan bohsia,bohjan dan menjadi seorang gadis yang liar.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak adalah pelaku yang wujud dalam sesebuah karya dan perwatakan merupakan sifat, sikap serta perlakuan yang digambarkan oleh watak.

Zaniyah Mempunyai seorang anak luar nikah

Merupakan seorang gadis yang liar dan mengamalkan hubungan sosial yang bebas. Perwatakannya ini dapat dilihat apabila bergaul bebas dengan bohsia-bohsia, melibatkan diri dalam masalah sosial sehingga mengandung anak luar nikah. Contoh seperti terdapat dalam cerpen ini ; Ya, sejak itulah dia langsung tidak menjaga harga dirinya. Sejak itulah dia menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan. Sejak itulah graf nilai dirinya menurun ke bawah paras sifar. (M/S 52)

Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Sikap yang tidak berperikemanusiaan diri Zaniyah timbul apabila dia mahu membuang bayinya di dalam Hutan Lembah Dara Terbelah. Contoh petikan yang membuktikan Zaniyah seorang yang tidak berperikemanusiaan; Darah dagingnya itu kini ditinggalkannya di atas batu yang terhampar di bawah pokok menggading besar di pinggir anak sungai di hutan Lembah Dara Terbelah yang

terletak tidak jauh dari kita. Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang. Lalu menangis. Biarkanlah...(M/S 53)

Bapa Zaniyah Seorang anak muda yang gagah dan kacak

Seorang yang pentingkan diri sendiri Bapa Zaniyah dianggap pentingkan diri sendiri apabila sanggup menjadi tali barut tentera Jepun demi memenuhi kepentingan dirinya. Contoh yang terdapat dalam cerpen; Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi kesempatan kepada anak muda yang gagah dan kacak untuk menempah kedudukan dan kuasa. Diperolehnya kedudukan dan kuasa tempahannya itu apabila dia menjadi tali barut tentera Jepun. Dalam kesempatan ini dia melakukan apa saja untuk memenuhi tembolok kepentingan diri sendiri dan berleluasa bertindak mengikut tuntutan nafsunya.( M/S 54). Seorang yang kejam Kekejamannya dibuktikan apabila suami kepada ibu Zaniyah ( sang suami) terbunuh kerana melawan dengannya. Ia berlaku apabila dia merampas melarikan ibu Zaniyah ke Selatan Thailand dan berlaku pertarungan yang menyebabkan sang suami terbunuh. Malah dia memfitnah sang suami adalah seorang tali barut Inggeris. ..Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh. Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu difitnahkan sebagai tali barut Inggeris.( M/S 54)

Ibu Zaniyah Seorang yang materialistik Materialistik adalah sifat yang terlalu mementingkan kebendaan seperti harta dan juga pangkat. Ibu Zaniyah dikatakan materialistik apabila sanggup menduakan suaminya. Contohnya dapat dilihat dalam petikan berikut;

Pengaruh kedudukan dan harta benda , campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. ( M/S 54)

Seorang yang tidak bertanggungjawab Sifatnya ini dapat dilihat apabila sanggup menduakan suaminya dan melarikan diri ke selatan Thailand. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan mencurangi suaminya. Contoh petikan yang membuktikan ibu Zaniyah seorang yang tidak bertanggungjawab; Pengaruh kedudukan dan harta benda , campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. ( M/S 54)

PLOT Plot atau urutan jalan cerita dalam cerpen ini adalah bersifat kronologi iaitu mengikut urutan masa. Permulaan Menceritakan Zaniyah mula sampai di Hutan Lembah Dara Terbelah untuk menjalankan rancangannya iaitu membuang bayinya di hutan tersebut. Pengembangan Mengisahkan sejarah hidup Zaniyah dan juga latar hidupnya yang menyebabkan dia menjadi seorang yang liar. Diimbas kembali latar keluarga Zaniyah pada zaman pendudukan Jepun. Klimaks Zaniyah Meninggalkan anakya di atas sebuah batu di dalam hutan Lembah Dara Terbelah. Kemudian Zaniyah menyaksikan seekor ibu monyet menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya sehingga mengorbankan ibu monyet tersebut. Peleraian Zaniyah merasakan keinsafan dalam dirinya apabila melihat seekor ibu monyet menyelamatkan anaknya, walhal ia adalah binatang yang tidak berakal seperti Zaniyah yang membuang anaknya. Zaniyah mengambil semula anaknya yang ditinggalkan di dalam hutan itu.

TEKNIK PLOT Saspens Teknik yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku. Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang terjadi pada anak monyet yang hanyut di atas kayu dan di mana ibu monyet tersebut. Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya...ha, itu ibunya? ( M/S 55) Konflik Konflik adalah pertentangan yang berlaku antara watak, watak dengan dirinya sendiri atau makhluk lain Contohnya, konflik perebutan antara anak muda (bapa Zaniyah) dengan suami pertama ibu Zaniyah yang merebut ibu Zaniyah sehingga membawa kepada kematian suami pertama ibu Zaniyah. (M/S 54) TEKNIK PENCERITAAN Dialog Terdapat dialog antara Zaney dengan Zaniyah ketika menasihatkan Zaniyah daripada menjadi mangsa buaya darat. (M/S 51) Imbas Kembali Penulis mengimbas kembali kisah hidup ibu Zaniyah pada zaman pendudukan Jepun. Diceritakan kembali konflik dua pemuda yang merebut ibu Zaniyah sehingga menyebabkan kematian suami pertama ibu Zaniyah. (M/S 54) Monolog Monolog oleh Zaniyah ketika melihat kejadian anak monyet yang hanyut di bawa arus sungai. Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya....ha, itu ibunya? (M/S 55)

GAYA BAHASA Personafikasi Bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup atau tidak bernyawa. Contoh yang terdapat dalam cerpen; ..Seluruh buku romanya meremang. Jantung hatinya kencang berdegup dijentik debaran cemas dan takut berterusan... (M/S 50 )

Cahaya siang sudah mula menyapu bersih saki-baki gelap malam. Kabus menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. Embun berjatuhan dari hujungan daun-daun. Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri kemunculan sang suria. Diksi Merupakan gaya bahasa yang menekankan pemilihan kata dalam sesebuah karya. Contoh yang terdapat dalam cerpen; Dialek Bahasa tempatan atau kenegerian. Dialek Kelantan Contoh; ...Keuzurannya ini menyebabkan sekujur badannya kenaling bergerunyut..(M/S 52) ..Atau dahan pokok itu sekah, disoyak ribut atau sengaja ditutuh.. (M/S 53) Simbolisme Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau daripada menjadi mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah , ini gambar bininya! (M/S 51) (M/S 52)

10

Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan belangkas darat kepada Zaney. . (M/S 51)

NILAI Kasih Sayang Nilai kasih sayang amat jelas ditampilkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Nilai ini amat penting dalam hubungan kekeluargaan ataupun hubungan sesama manusia atau makhluk lain. Nilai kasih sayang dapat dilihat apabila ibu monyet berusaha menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya dan akhirnya ibu monyet itu terkorban . Keinsafan Keinsafan turut diselitkan dalam cerpen ini yang menuntut manusia menginsafi diri sendiri apabila melakukan sesuatu kesilapan. Nilai itu ditunjukkan oleh Zaniyah yang insaf setelah melihat kejadian ibu monyet menyelamatkan anak monyet daripada menjadi mangsa buaya. Kejadian itu memberikan pengajaran kepada Zaniyah bahawa binatang pun lebih menyayangi anaknya. Ekoran kejadian itu Zaniyah menginsafi perbuatannya dan mengambil semula anaknya yang pada mulanya sudah ditinggalkan di dalam hutan Lembah Dara Terbelah. Tanggungjawab Nilai tanggungjawab merupakan nilai yang perlu dicontohi oleh kita. Nilai ini jelas dapat dilihat dalam cerpen ini tetapi ia adalah bertentangan apabila Zaniyah digambarkan seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membuang bayinya sendiri di hutan Lembah Dara Terbelah. Sebenarnya tanggungjawab seorang ibu untuk menjaga dan melindungi anaknya seperti yang ditunjukkan oleh ibu monyet apabila melindungi dan menyelamatkan anaknya biarpun mengorbankan nyawanya sendiri.

11

PENGAJARAN Kita hendaklah berfikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu. Sesuatu tindakan yang dijalankan tanpa berfikir dengan panjang akan memberikan kesan yang buruk dan berpanjangan serta menyebabkan penyesalan yang tidak berguna. Contohnya tindakan membuang bayi seperti yang dilakukan oleh watak Zaniyah adalah suatu tindakan yang dilakukan tanpa berfikir dengan sebaiknya terlebih dahulu. Kita haruslah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Setiap manusia mempunyai tanggungjawabnya masing-masing samada tanggungjawab sebagai ibu bapa, pelajar, pekerja dan sebagainya. Diberi contoh dalam cerpen ini, Zaniyah tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dengan baik malah mengabaikannya apabila cuba membuang darah dagingnya sendiri. Tanggungjawab sebagai seorang ibu harus dijalankan dengan baik oleh Zaniyah dengan melindungi dan menjaga anaknya, bukannya mengabaikannya dengan membuang anaknya itu. Jelas tindakannya itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kita perlulah mengukuhkan pegangan agama bagi menghadapi kehidupan yang mencabar. Pegangan agama yang kukuh akan melahirkan iman yang tinggi dan menjadi perisai kepada segala kejahatan. Di dalam cerpen ini menunjukkan pegangan agama Zaniyah tidak kukuh sehinggalah menyebabkannya terjebak dengan budaya hedonistik serta masalah sosial. Pegangan agama yang rapuh menyebabkan Zaniyah melahirkan anak luar nikah dan juga membuatkan Zaniyah bertindak untuk membuang anak kandungnya sendiri.

12

WARNA HATI SEORANG DATIN (RAHMAN HAJI YUSOF) SINOPSIS: Cerpen ini mengisahkan mengenai perpecahan dalam sebuah keluarga dan berakhir dengan sebuah kedamaian. Datin yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah sedar mengenai pentingnya mempunyai nilai keinsafan dalam dirinya bagi meneruskan kehidupan yang lebih baik bersama madu-madunya yang terdiri daripada Siti Halijah,Syarifah Aminah,Cikgu Jalilah dan juga anak-anak tirinya. Selepas perkahwinan Datuk dengan madu-madu perhubungan Datin dan madu-madunya tidak begitu baik dan begitu renggang yang menyebabkan datin dan seluruh keluarganya membenci madumadunya terutamanya Siti Halijah yang masih kekal bersama datuk. Dati amat membenci madu-madu yang telah berkahwin dengan suaminya tanpa kebenarannya. Tidak cukup kebencian yang dilontarkan oleh datin terhadap madu-madunya,namun anak-anak datin juga turut mengikuti jejak ibunya. Sebenarnya kebencian yang boleh dilihat adalah lebih kepada anak-anak datin,bukan datin. Setelah kematian suaminya,segala-galanya telah telah berubah,datin mula insaf akan perbuatannya membenci madu-madunya terutamanya Siti Halijah yang begitu tabah walaupun pernah dimaki oleh anak datin sendiri. Siti Halija tidak dibenarkan datang ke rumahnya setelah berkahwin dengan datuk. Dia tidak diterima oleh ahli keluarga datin. Namun ketabahan dan kekuatan yang ada pada Siti Halijah membuatkan dia terus disamping datuk dan sehinggalah kematian datuk. Kematian datuklah yang sebenarnya telah merubah segala-galanya. Datin telah betekad untuk berbaik-baik semula dengan madu-madunya dan berharap segala peristiwa yang telah berlau puluhan tahun sebagai suatu pengajaran kepadanya. Beliau merasakan perlu bagi

13

dirinya serta keluarganya menerima semula madu-madunya setelah kematian suaminya. Beliau mahukan sebuah keluarga yang bahagia dan saling faham memahami diantara satu sama lain. Dalam pada itu datin telah mempelawa madu-madunya serta anak-anak tirinya tinggal bersama-sama dengannya. Namun begitu beberapa madunya dan anak-anak tirinya tidak dapat tinggal bersama kerana mempunyai kehidupan sendiri di luar. Kecuali bagi Siti Halijah,beliau menerima pelawaan Datin dengan hati yang terbuka walaupun pernah berselisihan faham dengan madunya beberapa tahun dahulu.

TEMA: Tema cerpen ini ialah perpecahan dalam sebuah keluarga. Ia banyak mengambarkan perpecahan yang berlaku dalam anggota keluarga tersebut sehinggalah saat kemaatian seorang suami. Perpecahan yang berlaku amat serius kerana bukan sahaja melibatkan madu-madu tetapi melibatkan anak-anak secara amnya. Dalam keadaan ini,mereka tidak pernah merasa kebahagian mempunyai sebuah keluarga yang besar setelah suami datin berpoligami.

PERSOALAN: Persoalan perpecahan dalam keluarga. Perpecahan dalam keluarga merupakan perkara yang tidak diingini berlaku kerana ia menimbulakn pelbagai masalah. Namun perkara seperti ini kadangkala tidak dapat dielakkan jua. Dalam cerrpen ini banyak menceritakan pelbagai masalah yang melibatkan hubungan persaudaraan seperti hubungan madu dengan madu,hubungan dengan ibu tiru dan hubungan dengan adik-beradik. Madu madu dengan madu tidak menunjukkan

14

hubunga yang baik,sering berlaku pergadukan dan rasa tidak puas hati,begitu juga hubungan dengan ibu tiri,tiadanya nilai kasih sayang serta hubungan dengan adik-beradik yang renggang. Ini semua menunjukka perpecahan dalam keluarga.

Persoalan tabah menghadapi cabaran bekeluarga Cabaran bekeluarga merupakan satu cabaran yang biasanya akan ditempuhi oleh setiap orang. Samada cabaran itu besar atau sebaliknya bergantung pada situasi. Namun dalam cerpen ini kita boleh lihat watak yang ditonjolkan oleh Siti Halijah begitu tabah dalam meharungi cabaran bekeluarga. Walaupun beliau pernah disikan oleh madunya,namun beliau tetap kental dalam meneruskan kehidup. Tidak cukup dengan itu juga,beliah juga pernah dimaki hamun oleh anak-anak tirinya tidak suka akannya.

Persoalan tidak prihatin dalam mendidik anak-anak Sikap tidak prihatin dalam melakukan sesuatu perkara akan menyusahkan diri sendiri dan juga pihak lain. Sikap sebegini yang harus dielakkan oleh setiap orang. Watak yang dapat dilihat dalam cerpen ini ialah watak datuk sendiri yang tidak prihatin terhadap anakanaknya. Datuk tidak pernah memperkenalkan dari setiap anak-anaknya atau tidak menyatukan anak-anakanya. Hal ini menyebabkan tiada nilai kasih sayang diantara anakanak Beliau. Malah,yang mendukacitakan ialah ada yang tidak mengenali adik beradik mereka sendiri.

15

Persoalan Keinsafan dalam diri Keinsafan dalam diri setiap orang harus ada bagi mengekalkan kesejateraan dan kedamaian dalam hidup bekeluarga. Persoalan dalam cerpen ini telah ditunjukkan oleh Datin yang mula insaf dan menyedari bahawa pentingnya beliau berbuat baik terhadap madunya terutamanya Siti Halijah yang juga merupakan isteri keempat datuk. Beliau mula berubah ababila suami kesayangannya meninggal duni.

WATAK DAN PERWATAKAN Datuk -Mempunyai beberapa orang isteri seperti Datin,Siti Halijah,Cikgu halijah -Bekas pegawai kerajaan -Seorang Pemimpin yang dikasihi,dihormati,disegani dan disukai oleh masyarakat disekitarnya.

Datin -Isteri datuk yang pertama Ibu kepada Jahara,Shuhada, dan lain lagi. Seorang yang pemarah(lima tahun dahulu) Contohnya,Datin akan memarahi Siti Halijah yang juga madunya. Seorang yang pemaaf Contohnya,Datin mula sedar dan memaafkan semua kesilapan datin

16

Siti Halijah -Isteri yang keempat datuk -mempunyai anak iaitu Zety dan zul. Seorang yang penyabar. Sifat sabar selalu ada pada Siti Halijah. Walaupun pernah dimarahi oleh datin beliau tetap sabar menghadapi semua itu. Selain itu beliau juga seorang yang tabah. Sifat tabah begitu menonjol dalam diri Siti Halijah. Contohnya,Belaiu tabah dalam menghadapi dugaan hidup,apabila suaminya meninggal dunia.

LATAR: LATAR MASA 1-Waktu Pagi Waktu pagi digambarkan suasana suram kerana datuk yang amat dihormati oleh masyarakat sekitarnya. Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga yang berkumpul di rumah datin. Ramai yang kelihatan sugul dengan kematian datuk yang dianggap banayak memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

2-Waktu Subuh Dalam waktu digambarkan datin menelefon madunya Siti Halijah untuk memberitahu kematian datuk. Siti Halijah begitu begitu sedih menerima berita kematian datuk yang juga suaminya.

17

LATAR TEMPAT Rumah datin Di rumah datinlah ahli keluarga berkumpul menziarahi datuk. Di rumah datin,siti Halijah dan ahli keluarga yang lain meratapi wajah datuk buat kali terakhir. Selain itu juga,di rumah datinlah mereka berkumpul dan bersatu semula dan hidup bersama-sama.Siti Halijah telah menerima pelawaan datin untuk tinggal bersama-sama dengan.

TEKNIK PENCERITAAN Dialog. Dalam cerpen ini adanya dialog yang boleh dilihat. Contohnya perbualan antara Datin dan Siti Halijah dalam telefon. Datin memberitahu kepada Siti Halijah kematian datuk. M/s 61 b4. Siti..., katanta, ini kakak.

Suspen Suspen dapat didefiniskan sebagai pengarang menimbul tanda tanya. Pembaca akan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku.

Konflik Konflik bermaksud pertentangan seorang watak dengan watak yang lain. Dalam cerpen ini pertentangan wujud diantara Datin dengan Siti Halijah. Datin tidak menyukai Siti Halijah kerana mengawini Datuk tanpa persetujuaannya.

18

GAYA BAHASA Metafora Metafora merupakan gabungan konkrit dan abstrak. Contohnya,Menggigit tulang. Menggigit merupakan sesuatu yang abstrak yang mana tidak boleh dilihat,manakala tulang adalah sesuatu yang konkrit yang mana boleh dilihat dengan mata.

Sinkof Sinkop merupakan singkatan perkataan. Contohnya,kalau mereka tak balik,eloklah kita kebumikan sekarang.m/s 72 b.9. Dalam ayat ini tak ialah sinkof. Sepatutnya ia ditulis sebagai tidak.

Asonansi Asonansi bermaksud pengulangan huruf vokal yang sama. Contohnya,pengulangan huruf konsonan

Simile Gaya bahasa yang menggunakan kata bak,umpama,bagai,ibarat,laksana dan sebagainya. Contohnya dalam ayat,

Aliterasi Aliterasi bermaksud pengulangan huruf bunyi konsonan yang sama.

Contohnya,pengulangan huruf konsonan t dalam baris tetangga. m/s 58,b 14. Dalam ayat ini tetangga ialah aliterasi.

19

PLOT Plot dalam cerpen ini tidak mengikut kronologi atau urutan masa.

Permulaan. Dalam cerpn warna hati seorang datin pengarang mengisahkan atau menceritakan kisah kematian datuk.

Perkembangan Siti halijah dimaklumkan oleh datin dengan kematian datuk. Siti Halijah berasa dengan berita kematian datuk.

Klimak Madu-madu dan anak-anak tiri datin datang ke rumah datin untuk menziarahi jenazah datuk.

Peleraian Siti Halijah dan anak-anaknya dijemput oleh datin untuk tinggal bersama-sama dengannya dan akhirnya mereka berbaik semula.

20

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang tabah dalam menghadapi sesuatu perkara. Dalam cerpen ini digambarkan madu-madu datin mempunyai ketabahan dalam berkeluarga.Mereka tidak mudah mengalah walaupun mereka tidak diterima oleh keluarga dan anak-anak datin. Ketabahan yang ditunjukkan oleh Siti Halijah,Syarifah Aminah dan cikgu Jalilah menunjukkan mereka mempunyai ketabahan yang kuat dengan tidak mudah berserah kepada takdir semata-mata.

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan. Dalam cerpen ini digambarkan mempunyai masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan dan menghormati diantara satu sama lain. Masyarakat sekitar saling hormat menghormati terutamanya datuk yang sering dihormati dan dipandang tinggi walaupun ia hanya melibatkan kawasan rukun tetangga. Datuk sentiasa dihormati sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sikap saling hormati menghormati ini bukan hanya terhadap datuk sahaja malah diantara mereka sendiri.

Masyarakat yang penyayang. Dalam cerpen ini digambarkan mempunyai masyarakat yang penyayang. Contoh watak yang boleh dilihat cerpen ini ialah Datin,Siti Halijah dan beberapa orang lagi amat menyayangi anak-anaknya dan juga mengasihi madu-madunya. Cohtohnya datin walaupun puluhan tahun dahulu tidak menyukai madu-madunya,namn setelah kematian suaminya,dia telah insaf dan amat menyayangi madunya terutamanya Siti Halijah dan

21

juga anak-anak tirinya. Begitu juga dengan Siti Halijah yang sentiasa menyayangi madu dan anak-anak kepada datin.

NILAI Tabah Ketabahan dalam diri amat penting untuk meneruskan kehidupan. Contohnya,Siti Halijah tabah dalam meneruskan kehidupannya walaupun pernah dimarahi oleh datin dan juga anaknya kerana mengahwini datuk.

Penyayang Nilai penyayang merupakan nilai yang harus ada dalam setiap orang. Contohnya,datin sayang akan suaminya walapun suaminya kerap melukakan hatinya. Begitu juga dengan Siti sayang akan suaminya walapun pernah menempuhi cabaran pahit sebagai isteri keempat kepada datuk.

Berbibawa Nilai berbibawa sangat penting dalam seorang pemimpin. Contohnya,datuk seorang pemimpin yang disayangi kerana kebibawaannya sebagai seorang pemimpin,walaupun ia hanya melibatkan kawasan rukun tetangga. Datuk banyak membantu masyarakat setempat yang memerlukan pertolongannya.

22

Bersabar Nilai bersabar amat dituntut dalam islam,kerana ia separuh daripada iman. Nilai bersabar bukan hanya menjadikan diri kita lebih baik malah malah menjadikan kita lebih tabah dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Contohnya,Siti Halijah sentiasa bersabar dengan karenah anak tirinya yang tidak menyukainya sebagai ibu tirinya.

PENGAJARAN Kita haruslah tabah dalam menghadapi sesuatu perkara. Nilai tabah akan menjadikan kita lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Dalam cerpen ini,Siti Halijah tabah dalam menempuhi cabaran hidup walaupun pernah dimarahi oleh madu dan anak tirinya kerana tidak menyukainya sebagai ibu tiri.

Selain itu,kita haruslah bersabar dalam mengharungi cabaran hidup. Nilai kesabaran yang tinggi akan menjadikan kita disukai ramai orang. Contohnya,Siti yang sentiasa bersabar dengan madu dan anak-anak tirinya yang tidak menghormatinya sebagai ibu tiri mereka. Walau sudah lama berkahwin dengan datuk,dia masih tidak diterima dalam keluarga datin sebagai ahli keluarga mereka.

Selain daripada itu juga kita harus sayang menyayangi diantara satu sama lain. Nilai ini akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia. Contohnya, datuk amat menyayangi semua isterinya serta anak-anaknya. Beliau memberi sepenuh kasih sayang terhadap mereka.

23

Seterusnya,kita janganlah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak-anak. Contohnya, datuk telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan tidak menyatukan anak-anaknya. Ada diantara anak-anaknya yang tidak mengenali diantara satu lain berikutan bapanya tidak mengambil berat tentang itu.

Seterusnya juga kita janganlah membenci diantara satu sama lain. Sifat ini akan membawa padah dan akan membawa perpecahan. Contohnya,Datin amat membenci madu-madunya dan tidak menyukai anak-anak tirinya. Begitu juga dengan anak datin Jahara yang pernah memaki hamun ibu tirinya Siti Halijah kerana berkahwin dengan datuk tanpa kerelaan mereka.

24

CERPEN BENAR KATA AYAH KARYA RIA ASMIRA SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang telah Berjaya dalam kehidupannya hasil daripada didikan ayahnya yang tegas dalam membentuk disiplin Karim. Karim mengingat kembali kisah lamanya semasa usia beliau baru meningkat remaja. Kisah itu bermula pada waktu pagi yang indah di rumah keluarga karim, dengan tib-tiba lamunan tidur karim diganggu oleh ayahnya yang menyuruhnya bangkit daripada tidur yang lena supaya turun bekerja. Ayah sangat marah dengan sikap malas yang ada pada karim dan menasihatinya supaya mengubah sikap negatifnya itu. Ayah tidak mahu karim menjadi seorang yang pemalas dan terlibat dengan masalah social yang telah banyak menjangkiti ramai anak muda sekarang. Malah ayah karim sering menasihati karim agar berdisiplin dan berusaha untuk mencapai kejayaan suatu kelak supaya dapat menyumbang kepada kemajuan Negara yang tercinta. Dia tidak mahu bangsa lain mengaut keuntungan di Negara kita. Nasihat ayahnya itu telah banyak menyedarkan karim daripada terus lena dengan hiburan dunia ini. Malah karim sangat bertuah dan bangga kerana memiliki ayah seperti itu yang tidak pernah mngenal erti jemu untuk mendidiknya supaya menjadi manusia yang berguna suatu hari kelak. Malah dalam perbualan itu ayahnya berrasa amat kecewa dengan segelintir golongan remaja sekarang yang suka meniru budaya barat yang negatif. Perrkara ini telah menyebabkan anak muda kita sekarang ini telah meupakan budaya timur mereka sendiri. Anak muda zaman sekarang yang gemar dengan budaya melepak,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, selain sikap pemalas mereka. Perkara seperti ini telah membimbangkan ayahnya kerana jika perkara ini berterusan dan

25

berleluasa berlaku akan menyebaban Negara kita akan kehilangan pemimpin yng berwibawa untuk memerintah Negara yang tercinta ini. Malah ekonomi Negara kita juga akan dikuasai oleh warga asing yang hanya hendak mengaut keuntungan sahaja. Namun kini karim berasa bernasib kerana beliau cepat sedar daripada terus hanyut oleh yang melalaikannya. Sekarang karim telah menjadi seorang yang Berjaya, karim berasa amat bersyukur kerana telah memiliki ayah yang begitu tegas dan dan telah banyak memberinya nasihat dan kata-kata perangsang untuk beliau Berjaya dalam hidup seperti sekarang ini.

TEMA Sajak ini bertemakan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga untuk membentuk anak-anak supaya menjadi orang yang berrguna suatu hari kelak. contohnya, ayah setiasa menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada karim agar beliau tidak menjadi seorang yang pemalas. mujurlah karim cepat sedar dari kelalaiannya kerana mendengar nasihat daripada ayahnya. Akhirnya karim dapat menjadi seorang manusia yang Berjaya.

PERSOALAN kasih sayang kasih saying seorang ayah terhadap anak. contohnya,walaupun ayah sering memarahi karim pada tanggapannnya namun itu semua adalah menunjukkan kasih saying sebenar ayah terhadap karim. ayah membebel kepada karim bukan kerana marah tetapi memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk Berjaya suatu hari nanti.

26

perubahan bagi mencapai sesuatu kejayaan kita perlu melakukan banyak perubahan barulah sesuatu impian yang di impikan itu dapat dicapai. contohnya, karim telah mengubah sikapnya yang pemalas kepada seorang yang rajin. hasilnya, beliau Berjaya dalam hidup.

ketegasan persoalan berkaitan dengan ketegasan ini dapat digambarkan melalui watak ayah yang begitu prihatin dengan masalah yang dialami oleh karim. hal ini menyebabkan ayah karim bertindak tegas dan mendidik karim supaya berubah ke arah kebaikan.

LATAR Latar tempat latar tempatnya di sebuah kampung. contohnya, karim masih tidur lagi dibiliknya tidur malas kerana tidak mahu turun ke lading untuk bekerja. latar temapat dikawasan lading, menunjukan masyarakat dalam cerpen ini bekerja sebagai petani. Latar masyarakat masyarakat yang bekerja sebagai petani kerana mereka terlibat dengan kerja-kerja di ladang. selain itu terdiri daripada mereka yang telah Berjaya dalam hidup contohny, karim yang telh Berjaya menjadi seeorang hartawan. Latar masa 27

latar masa dalam cerpen ini ialah sekitar tahun 90-an. seterusnya, latar masa waktu subuh, ayah karim bangun pagi untuk solat subuh.

TEKNIK PENCERITAAN keseluruhan cerita pendek Benar kata ayah menggunakan teknik imbas kembali atau flashback. contohnyaa, cerita ini mengisahkan tentang karim yang mengimbau kembali kisah hidupnya masa muda dulu yang mengalami banyak masalah. akan tetapi sekarang dia telah menjadi seorang yangberjaya dalam hidup.

PLOT Plot cerpen ini disampaikan secara langsung. Eksposisi cerpen ini

menperkenalkan watak karim (aku) anak kepada ayah . memceritakan sikap seorang yang tidak mempunyai semangat dan suka tidur tanpa memlakukan perkerjaan pada peringkat perkembangan. Pada peringkat perumitan pula, Karim tertanya peranannya dalam ekonomi kaum Melayu dan memyedari bahawa dia telah ketinggalan dan masih berapa dibawah tanpa cuba bangun bagi memajukan diri sendiri. Klimaks cerpen ini mengisahkan Karim cuba berusahan memajukan diri dan ingin bersikap sperti ayahnya yang ingin melihat dia Berjaya dalam kehidupan. Penurunan dapat dilihat dia bangga mempunyai seorang ayah yang sangat mengambar berat keatasnya dan akan berubah demi masa depan sekeluarganya SUDUT PANDANGAN

28

a) Sudut pandangan orang, pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. Dalam cerpen ini menggunakan sudut pandangan pertama bagi mewujudkan jalan perceritaan. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas

Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. Watak ayah dan Ustaz Hanafi

WATAK PERWATAKAN YANG TERDAPAT DALAM CERPEN BENAR KATA AYAH Karim ( aku ) Merupakan anak kepada ayah yang berjaya dalam kehidupan terutama membesar dan memdidik anak mereka. Anak bongsa dikalangan adik beradik, hidup dalam keadaan mewah. Perwatakan yang berapa dalam diri dia ialah seorang yang suka membazirkan masa dengan tidak mengambil peluang untuk melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.

29

Dia juga seorang yang malas kerana tidak berkerja walaupun sepatutnya telah berkerja. Tidak matang dalam memutuskan keputusan terutama dalam soal perkerjaan. Dalam dijelaskan bahawa dia seorang yang cuba memahami erti satu perjuang terutama perjuangan ayahnya yang cuba memperjuangkan nasib orang yang semakin hari semakin jauh dari kaum lain terutama dalam segi ekonomi dan akhirnya dia berjaya dalam hidupnya.

Ayah Wataknyanya bapa kepada karim. Mempunyai seorang isteri dan beberapa orang nak yang berkerjayaan kecuali Karim. Perwatakan yang digambarkan oleh ayah ialah seorang yang tegas dalam ketua keluarga tetapi seorang yang penyayang terutama menyayangi nasib anaknya yang masih tidak berubah. Dalam cerpen ini juga diceritakan ayah seorang rajin berusaha dalam meningkatkan sara diri keluarganya. Selain itu, ayah juga

mementinngkan kejayaan anak anaknya terutama dalam terutama dalam bidang ekonomi.

Ustaz Hanafi Merupakan watak imbasan kembali Karin ketika zaman persekolahannya. Seorang ustaz disebuah sekolah tempat Karim belajar. Perwatakan ustaz Hanafi adalah seorang yang mengetahui agama dan seorang yang berpegang teguh kepada hadis.

30

NILAI

Patuh kepada orang tua

karim merupakan cirri yang terbaik kerana patuh kepada orang tuanya. dia sedar bahawa apa yang dicakapkan oleh ayahnya itu adalah betul dan seharusnya dia mematuhi segala ayahnya supaya berjaya dalam hiduo

kepercayaan kepada diri sendiri dalam mecapai kerjayaan dalam hidup.

dia mempercayai akan berjaya dalam hidupnya dengan berkat usahanya dalam mencapai kerjaya walaupun terpaksa merempuhi pelbagai halangan malah terpaksa walaupun pernah gagal dalam hidupnya

PENGAJARAN. Jangan putus asa dalam kehidupan

kita tidak harus putus asa dalam hidup kita demi mengejar kejayaan di dunia ini. sifat putus asa tidak akan mendatangkan faedah malah memberikan kesan terhadap seseorang itu, oleh itu kita tidak sepatutnya berputus asa demi mencapai kejayaan diri

Usah malas untuk berusaha

kita seharusnya rajin demi mencapai kejayaan, kita seharusnya sedar bahawa kejayaan itu terletak dalam usaha seseorang itu, hasil titik peluh merupakan sesuatu yang perlu diambil berat dalam mencapai sesuatu kerjayaan dan bersifat jujur dan ikhlas agar segala yang dijalankan mendapat keberkatan

31

CERPEN GERSANG ( MASNIAH KALYUBI ) SINOPSIS

Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi mengisahkan tentang kehidupan seorang warga tua yang bernama datuk tua yang hidup dalam kemiskinan. Keadaan datuk tua yang sudah tua dan lemah, menyebabkan datuk tua tidak mampu untuk berkerja, datuk tua hanya mampu mengemis di kaki lima di Kuala Lumpur dan menagih simpati daripada orang ramai bagi meneruskan kehidupannya. Datuk tua tinggal bersama cucunya yang bernama sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah pada lima tahun dahulu. Walaupun datuk tua hidup keseorangan dan serba kekurangan, Datuk Tua tetap menjaga dan membesarkan sumi dengan penuh kasih sayang. Datuk Tua dan cucunya sumi tinggal di gubuk-gubuk usang yang mana menjadi tempat mereka berteduh. Tetapi gubuk-gubuk usang yang dibina di atas tanah kerajaan itu akan dirobohkan kerana di kawasan itu akan didirikan bangunan 80 tingkat. Pada suatu hari selepas datuk tua balik daripada mengemis, kedengaran bunyi enjin buldozer yang merobohkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan cucunya Sumi. Datuk Tua segera mendapatkan sumi dan Datuk Tua tersungkur dan hanya mampu melihat tempat tinggal mereka dirobohkan. Hilanglah sebuah kehidupan Datuk Tua selama 20 tahun di gubuk usang tersebut. Datuk tua dan sumi kemudiannya beredar dari kwasana tersebut dan mencari kehidupan baharu.

32

TEMA Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi ini bertemakan tentang kemiskinan. Kehidupan Datuk tua sangat daif serta serba kekurangan. Datuk Tua meneruskan kehidupannya dengan meminta sedekah di kaki lima bagi menyara dirinya serta cucunya sumi. Datuk Tua dan cucunya Sumi hanya tinggal di gubuk usang yang didirikan di tanah kerajaan. Tetapi gubuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka terpaksa dirobohkan kerana pembangunan akan dilakukan di kawasan tersebut.

PERSOALAN Ketamakan

Melalui cerpen ini persoalan ketamakan ditimbulkan oleh pengarang kepada pembaca. ketamakan ini dapat dilihat melalui pihak kerajaan yang mana menghalau golongan miskin seperti Datuk Tua daripada Gubuk usang yang menjadi tempat mereka berteduh semata-mata mahu mendirikan sebuah bangunan 80 tingkat. Pihak kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan tentang kehidupan golongan miskin seperti Datuk Tua.

Kezaliman

Persoalan kezaliman ini dapat dilihat melalui peranan pihak kerajaan yang mana tidak memperdulikan nasib golongan miskin seperti Datuk Tua. Golongan miskin seperti Datuk Tua yang hidup serba kekurangan tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan bagi memperbaiki kehidupan mereka. Mereka hanya mampu mengemis dikaki lima dan hidup di kawasan setinggan bagi meneruskan kehidupan mereka.

33

Kasih sayang

Persoalan kasih sayang ini dilihat melalui watak Datuk Tua yang membesarkan sumi dengan penuh kasih sayang walaupun hidup dalam serba kekurangan. Walaupun Sumi bukanlah cucu sebenar Datuk Tua, tetapi Datuk Tua membesarkan sumi dengan penuh kasih sayang seperti mana kanak-kanak yang lain yang mana mengharapkan kasih sayang. Hal ini dapat dilihat melalui Datuk Tua membesarkan Sumi dengan wang diperolehinya daripada mengemis. Selain itu Datuk Tua juga digambarkan segera balik ke rumah selepas balik mengemis kerana teringatkan cucunya sumi yang keseorangan dirumah.

Simpati Persoalan simpati juga diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Persoalan Simpati ini dapat dilihat melalui sikap sesetengan warga Kuala Lumpur yang simpati akan nasib golongan miskin seperti Datuk Tua. Sewaktu Datuk Tua duduk mengemis dikaki lima, terdapat sesetengan orang yang lalu lalang dikawasan tersebut menderma kepada Datuk Tua. Hal ini mungkin terdapat rasa simpati didalam diri individu yang menderma kepada Datuk Tua.

Sikap yang tidak berperikemanusiaan.

Persoalan tentang sikap yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dilihat melalui gambaran yang digambarkan oleh pengarang yang mana terdapat sesetengah masyarakat

34

yang sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Sumi merupakan salah seorang mangsa daripada sikap yang tidak berperikemanusiaan ini. Pada 5 tahun dahulu, Datuk Tua menjumpai Sumi di dalam tong sampah yang masih berbalut dengan lampin. Sehingga sekarang sumi tidak mengetahui siapa ibu dan ayahnya.

PLOT Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi ini mempunyai plot yang bersifat kronologi. Hal ini kerana semua jalan cerita mengikut urutan waktu. Cerita ini bermula daripada pengenalan watak iaitu Datuk Tua yang mengemis di kaki lima di Kuala Lumpur. Pada tahap perkembangan pula pengarang mengetengahkan watak sumi yang dijumpai oleh Datuk Tua di dalam tong sampah pada 5 tahun dahulu. Pada tahap ini juga pengarang mengambarkan keadaan kehidupan Datuk Tua yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Pada tahap perumitan pula, pihak kerajaan datang di kawasan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan sumi dan meminta mereka pindah daripada kawasan tersebut. Hal ini kerana kawasan tersebut merupakan tanah kerajaaan dan projek pembangunan bangunan 80 tingkat akan didirikan di kawasan tersebut. Tahap puncak pula, selepas Datuk Tua balik daripada mengemis, kedengaran bunyi enjin bulldozer yang meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan sumi. Datuk Tua dan sumi hanya mampu melihat tempat tinggal mereka dirobohkan tanpa belas kasihan.

35

Tahap peleraian pula, Datuk Tua dan sumi redha dan akur dengan nasib yang menimpa diri mereka. Mereka beredar dari kawasan tersebut dan mencari tempat yang lain untuk berteduh. TEKNIK PLOT Melalui cerpan Cersang ini, terdapat dua teknik plot yang digunakan oleh Masniah Kalyubi antara teknik plot yang digunakan ialah teknik konflik dan suspen. Melalui teknik konflik, penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui konflik yang terjadi diantara penghuni gubuk-gubuk usang dengan pihak kerajaan. Kedatangan pihak kerajaan di gubuk usang yang mana meminta penghuni gubuk-gubuk usang berpindah daripada kawasan tersebut menimbulkan konflik dengan penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Hal ini kerana kawasan yang menjadi tapak berdirinya gubuk-gubuk usang itu merupakan tanah kerajaan dan projek pembinaan bangunan 80 tingkat. Penghuni Gubukgubuk usang itu akan hilang tempat tinggal mereka, dan mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang lain. Kehidupan mereka akan terus dibelengu oleh masalah kemiskinan. Selain itu teknik konflik ini juga dapat dilihat melalui keluh kesan golongan miskin seperti Datuk Tua yang tidak mendapat pertolongan daripada pihak kerajaan. Kehidupan golongan miskin ini sentiasa terbelengu oleh masalah kemiskinan dan juga tebelenggu dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang tidak berhati perut yang bertindak kejam menghalau golongan miskin daripada tempat tinggal mereka tanpa sebarang bantuan.

Melalui teknik suspen pula. Penggunaan teknik ini dapat dikenalpasti apabila pembaca membaca membaca cerpen ini. Pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan

36

berlaku selepas keadatangan pegawai kerajaan yang datang ke gubuk usang. Kedatangan pegawai kerajaan yang berbaju kemeja dan bertali leher ke gubuk usang itu di anggap asing bagi penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Pembaca akan teryanya-tanya tujuan pegawai kerajaan datang ke tempat gubuk usang tersebut dan apa yang akan mereka lakukan. Selain itu, pembaca juga akan berasa suspen dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Sumi dan tempat tinggal mereka di gubuk usang itu setelah Datuk Tua mendengar bunyi enjin Bildozer yang datang dari arah gubuk usang itu semasa Datuk Tua dalam perjalanan balik ke gubuk usang tersebut. Selain itu pembaca juga tertanya-tanya apakah yang akan berlaku terhadap Datuk Tua dan Sumi selepas Gubuk-gubuk usang itu dirobohkan dan dimanakah mereka akan tinggal.

TEKNIK PENCERITAAN Antara teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah teknik imbas kembali, teknik pemeriaan, teknik dialog dan teknik menolog dalaman. Teknik imbas kembali Teknik imbas kembali ini dapat dilihat melalui watak Pak Tua yang mengimbas kembali bagaimana deretan gubuk-gubuk usang ditebing sungai itu didatangi oleh sekumpulan manusia yang memakai baju kemeja dan bertali leher yang memaksa penghuni gubuk usang berpindah daripada tempat tersebut kerana bangunan 80 tingkat akan didirikan dikawasan tersebut.

Teknik pemeriaan.

37

Teknik pemerian ini dapat dilihat melalui penceritaan secara langsung keadaan Datuk Tua yang sedang meminta sedekah di kaki lima oleh pengarang. Pengarang menceritakan keadaan warga Kuala Lumpur yang sibuk yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua sambil menderma kepada Datuk Tua. Teknik dialog. Teknik dialog ini dapat dilihat melalui perbualan diantara pegawai kerajaan yang datang ke gubuk usang dengan penghuni yang mendiami gubuk usang tersebut. Pegawai kerajaan yang memakai baju kemaja dan bertali leher yang memaksa penghuni yang mendiami kawasan tersebut supaya berpindah dengan secepat mungkin.

Teknik menolog dalaman Teknik menolog dalaman ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua yang bermonolog dalaman selepas Datuk Tua teringat akan pesanan cucunya Sumi untuk segera balik. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Datuk Tua iaitu tunggu ya cu, tuk pulang ni

WATAK DAN PERWATAKAN. DATUK TUA Watak. Seorang yang berbadan kurus, bongkok, lemah dan umurnya hampir menjangkau satu abad. Mempunyai seorang cucu iaitu Sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah.

38

Mengemis di kaki lima bagi mendapatkan wang untuk menyera kehidupannya.

PERWATAKAN PENYAYANG Datuk tua digambarkan sebagai seorang yang penyayang walaupun hidup dalam kemiskinan. Sikap Datuk Tua yang penyayang ini dapat dilihat yang mana dia menjaga dan membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang. Datuk Tua membesarkan Sumi dengan wang yang didermakan oleh orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua yang sanggup membelikan buah limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh Datuk Tua daripada mengemis tidak banyak.

Berperikemanusiaan Datuk Tua juga juga digambarkan sebagai seorang yang berperikemanusiaan. Keadaan ini dapat digambarkan melalui sikap Datuk Tua yang mengambil dan menjaga sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah. Datuk Tua tidak sampai hati melihat sumi yang masih berbalut dengan lampin yang dibuang didalam tong sampah.

Gigih Datuk tua juga merupakan seorang yang gigih. Walaupun Datuk Tua sudah tua ,lemah dan tidak berdaya, Datuk Tua berusaha untuk berjalan jauh dan berjemur di tengah

39

pancaran matahari yang panas terik untuk meminta derma bagi menyara kehidupannya dan cucunya sumi.

Rehda Datuk tua digambarkan sebagai seorang yang rehda. Datuk Tua rehda dan bersabar dengan takdir yang menimpa dirinya. Datuk Tua menganggap semua cubaan dan rintangan itu adalah cubaan daripada tuhan. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gurbuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka, Datuk Tua hanya Rehda dan bersabar melihat tempat mereka berteduh dirobohkan. Datuk Tua dan Sumi kemudiannya beredar kari kawasan tersebut dan mencari kehidupan baharu.

Perihatin Datuk tua juga merupakan seorang yang perihatin. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui sikap Datuk Tua yang mengambil berat akan cucunya sumi. Selepas Datuk Tua teringat akan pesanan cucunya sumi yang menyuruhnya balik cepat, Datuk Tua segera balik tanpa berpaling belakang menuju ke gubuk usang yang menjadi tempatnya berteduh kerana risau akan cucunya Sumi yang keseorangan di rumah. Datuk tua juga sempat singgah di sebuah kedai buah-buahan untuk membeli buah limau untuk sumi dalam perjalanannya balik ke rumah kerana teringatkan akan janjinya yang akan membelikan buah limau untuk cucunya itu.

40

SUMI Watak Cucu kepada Datuk Tua Dijumpai oleh Datuk Tua di dalam Tong sampah Mangsa kerdurjanaan dan kemiskinan hidup.

Perwatakan. Periang Sumi digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang periang. Sumi juga dikatakan selalu bermain dengan kawan-kawannya yang bernama nana dan utih. Nana dan Utih berasa kesunyian apabila Sumi tidak dapat bermain dengan mereka kerana Sumi tidak sihat.

Penyayang Sumi juga digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang penyayang. Sumi sayang akan Datuk Tua, kerana Datuk Tua yang menjaga dan membesarkannya walaupun kehidupan mereka serba kekurangan. Sewaktu Datuk Tua jatuh tersungkur apabila

41

melihat gubuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka dirobohkan, Sumi segera berlari mendapatkan Datuk Tua dan dia tidak membiarkan Datuk tua terkial-kial. Sumi cuba membantu Datuk Tua untuk berdiri walaupun tenaganya hilang kerana kelesuan yang berpanjangan.

Mempunyai sikap yang ingin tahu Walaupun sumi masih lagi kanak-kanak, tetapi sikap ingin tahu sudah ada dalam dirinya. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila sumi sudah pandai bertanya tentang ibu dan ayahnya kepada Datuk Tua. Datuk Tua hanya membisu apabila Sumi mengajukan soalan itu kepadanya.

LATAR LATAR MASA. Jam 12 tengah hari Datuk Tua merasa bahang matahari yang terik ketika Datuk tua duduk mengemis di kaki lima. Datuk Tua kelihatan mengesat peluh yang membasahi mukanya.

5 tahun dahulu Datuk tua menjumpai Sumi yang berbalut dengan lampin di dalam tong sampah.

20 tahun dahulu Datuk Tua mula mendiami kawasan gubuk-gubuk usang di tepi sungai.

42

Latar tempat. Kuala Lumpur Tempat dimana cerpen ini berkisar.

Kaki lima Tempat Datuk tua meminta sedekah.

Gubuk usang Tempat tinggal Datuk Tua dengan cucunya Sumi. Di tapak berdirinya Gubuk-gubuk usang ini akan didirikan bangunan 80 tingkat.

Tempat menjual buah Tempat Datuk Tua singgah untuk membeli buah limau untuk Sumi.

Latar masyarkat Masyarkat yang perihatin Masyarkat yang perihatin ini diwakili oleh sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur. Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.

Masyarkat yang tidak berperikemanusiaan.

43

Masyarkat yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dilihat melalui peristiwa yang berlaku keatas Sumi yang mana dibuang oleh ibubapanya kedalam tong sampah. Sikap ibubapa sumi melambangkan sikap masyarkat yang tidak berperikemanusiaan. Selain daripada itu sikap sekumpulan pegawai kerajaan yang berkemeja dan bertali leher yang memaksa penghuni yang mendiami gubuk-gubuk supaya pindah dengan segera daripada kawasan tersebut tanpa memikirkan nasib yang akan dialami oleh mereka juga melambangkan sikap masyarakat yang tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri sendiri.

Masyarkat yang tidak menegakan keadilaan Masyarkat yang digambarkan yang tidak menegakan keadilaan ini dapat dilihat melalui sikap pihak kerajaan yang tidak memberikan bantuan dan pertolongan terhadap golongan miskin seperti Datuk Tua. Golongan miskin seperti Datuk Tua terpaksa hidup dalam kemisikinan dan serba kekurangan. Malahan golongan miskin ini masih juga ditindas oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri.

Masyarkat yang rehda Masyarkat yang rehda ini diwakili oleh golongan misiki seperti Datuk Tua, Datuk Tua hanya rehda dengan nasib yang menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu adalah cubaan dan dugaan daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya rehda dan bersabar dengan kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari

44

kawasan tersebut dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan sumi memulakan langkah yang baharu untuk mencari kehidupan yang baharu.

Masyarkat yang hidup menderita Masyarkat yang hidup menderita ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua dan cucunya sumi. Datuk Tua dan Sumi hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Datuk Tua berusaha untuk meneruska kehidupannya walaupun terpaksa meminta sedekah di kaki lima. Penderitan yang dialami oleh Datuk tua ini juga dapat dilihat apabila Datuk Tua dan Sumi terpaksa mendiami gubuk-gubuk usang yang berhampiran dengan sungai yang didirikan diatas tanah kerajaan. Tetapi Datuk Tua dan sumi terpaksa mencari tempat perlindungan yang lain apabila gubuk-gubuk usang tersebut dirobohkan.

Masyarkat yang penyayang Masyarkat yang penyayang ini dapat digambarkan melalui watak Datuk Tua walaupun datuk Tua hidup dalam kemisikinan dan serba kekurangan. Sikap Datuk Tua yang penyayang ini dapat dilihat yang mana dia menjaga dan membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang. Datuk Tua membesarkan Sumi dengan wang yang didermakan oleh orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua yang sanggup membelikan buah limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh Datuk Tua daripada mengemis tidak banyak. Selain itu melalui watak sumi pula, Sumi juga digambarkan sebagai

45

seorang kanak-kanak yang penyayang. Sumi sayang akan Datuk Tua, kerana Datuk Tua yang menjaga dan membesarkannya walaupun kehidupan mereka serba kekurangan. Sewaktu Datuk Tua jatuh tersungkur apabila melihat gubuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka dirobohkan, Sumi segera berlari mendapatkan Datuk Tua dan dia tidak membiarkan Datuk tua terkial-kial. Sumi cuba membantu Datuk Tua untuk berdiri walaupun tenaganya hilang kerana kelesuan yang berpanjangan.

Masyarkat yang mementingkan diri sendiri Sikap masyarkat yang mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat melalui sikap pihak kerajaan yang menghalau golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang. Tujuan pihak kerajaan menghalau penghuni gubuk-gubuk usang daripada tempat tersebut adalah semata-mata mereka ingin melaksanakan projek pembangunan bangunan 80 tingkat di kawasan tersebut. Sikap pihak kerajaan seperti ini mengambarkan mereka lebih mementingkan keuntungan kepada diri sendiri dan tidak mempedulikan akan nasib yang akan dialami oleh golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang tersebut pada masa yang akan datang selepas tempat kediaman mereka dimusnahkan.

GAYA BAHASA Hiperbola Gaya bahasa hiperbola merupakan Gaya bahasa yang diungkapkan dengan cara berlebihlebihan bagi menonjolkan sesuatu keadaan kepada pembaca. Gaya bahasa ini dapat dilihat melalui perkataan memanah mata tua yang terdapat pada muka surat 94. Gaya bahasa ini digunakan oleh pengarang untuk menunjukan pancaran matahari yang terik

46

yang menyilaukan mata datuk tua yang sedang meminta derma di kaki lima. Gaya bahasa jenis ini juga terdapat pada muka surat 93 iaitu melalui perkataan merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan yang mana menunjukan Datuk Tua merenung akan nasib dirinya.

Simile Gaya bahasa jenis simile pula merupakan gaya bahasa yang menunjukan persamaan. Gaya bahasa jenis ini terdapat helaian 93 melalui perkataan Hitam seperti malam. Gaya bahasa ini digunakan oleh pengarang untuk menunjukan kehidupan Datuk Tua yang getir dan penuh dengan penderitaan yang mana disamakan dengan kehidupan yang tiada harapan untuk cerah pada masa hadapan.

Sinkof Gaya bahasa jenis sinkof pula merupakan gaya bahasa yang menyingkatkan sesuatu kata. Gaya bahasa jenis ini terdapat pada muka surat 100 melalui perkataan anak-anakku yang berasal dari perkataan anak-anak aku dan perkataan tuk yang mana berasal daripada perkataan Datuk

Perulangan Gaya bahasa perulangan ini merujuk kepada perulangan sesuatu perkatan. Melalui cerpen ini, pengarang mengulang perkataan itukah yang terdapat pada muka surat 94. Contohnya : kepedihan itukan?, kesedihan itukah?

47

Inversi Inversi merupakan gaya bahasa yang menunjukan pembalikan sesuatu perkata. Penggunaan gaya bahasa jenis ini terdapat pada muka surat 94 melalui perkataan berfikir kini yang sepatutanya ditulis kini berfikir

Bahasa asing Melalui cerpen ini terdapat penggunaan bahasa asing yang digunakan oleh pengarang untuk merujuk sesuatu keadaan iaitu penggunaan bahasa Indonesia. Penggunaan bahasa Indonesia ini boleh dikenalpasti melalui penggunaan sore yang mana sama makna dengan perkataan petang yang terdapat pada muka surat 97

NILAI DAN PENGAJARAN NILAI Kasih sayang Nilai penyayang dapat dilihat melalui watak Datuk tua digambarkan sebagai seorang yang penyayang walaupun hidup dalam kemiskinan. Sikap Datuk Tua yang penyayang ini dapat dilihat di mana dia menjaga dan membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang walaupun sumi bukanlah cucunya yang sebanar . Datuk Tua membesarkan Sumi dengan wang yang didermakan oleh orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua yang sanggup membelikan buah limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh Datuk Tua daripada mengemis tidak banyak.

48

Keperihatinan Nilai keperihatinan ini dapat dilihat melalui sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur. Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.

Ketabahan Nilai ketabahan ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua yang mana tabah dengan nasib yang menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu adalah cubaan dan dugaan daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya dapat bersabar dan akur dengan kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari kawasan tersebut dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan sumi memulakan langkah yang baharu untuk mencari kehidupan yang baharu.

Keyakinan Nilai keyakinan juga diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua yang yakin dengan kententuan yang telah ditentukan oleh Allah kepada hambanya. Sewaktu deretan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dirobohkan, datuk tua hanya redha dan beserah kepada Allah. Datuk tua yakin bumi Allah ini luas dan dia boleh mencari rezeki dimana-mana sahaja asalkan mempunyai usaha untuk melakukannya.

49

Kesyukuran Nilai kesyukuran ini juga dapat dilihat melalui watak Datuk Tua. hal ini dapat digambarkan melalui Datuk Tua yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya daripada mengemis di kaki lima walaupun jumlah pendapatannya tidak mencecah 5 ringgit. Walaupun jumlah itu tidak menjadikan kehidupan datuk tua mewah, tetapi datuk Tua tetap bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya. PENGAJARAAN Kita hendaklah menanamkan sifat perihatin dalam diri kita. Sifat yang perihatin ini dapat dilihat melalui sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur. Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.

Kita hendaklah bersabar dan tabah mengharungi dugaan hidup. Melalui watak Datuk Tua, digambarkan sebagai seorang yang tabah dengan nasib yang menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya dapat bersabar dan akur dengan kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari kawasan tersebut dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan sumi melangkah meninggalkan kawasan tersebut dan mencari kehidupan yang baharu ditempat lain.

Kita hendaklah mempunyai sifat berperikemanusiaan dalam diri kita

50

Datuk Tua juga juga digambarkan sebagai seorang yang berperikemanusiaan. Keadaan ini dapat digambarkan melalui sikap Datuk Tua yang mengambil dan menjaga sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah. Datuk Tua tidak sampai hati melihat sumi yang masih berbalut dengan lampin yang dibuang didalam tong sampah.

Kita janganlah bertindak zalim keatas orang yang miskin Peranan pihak kerajaan yang mana tidak memperdulikan nasib golongan miskin seperti Datuk Tua dilihat sebagai tindakan yang zalim. Golongan miskin seperti Datuk Tua yang hidup serba kekurangan tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan bagi memperbaiki kehidupan mereka. Mereka hanya mampu mengemis dikaki lima dan hidup di kawasan setinggan bagi meneruskan kehidupan mereka.

Kita janganlah mementingkan diri dan tamak akan harta semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri sendiri sehingga mendatangkan keburukan kepada orang lain. Sikap yang mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat melalui sikap pihak kerajaan yang menghalau golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang. Tujuan pihak kerajaan menghalau penghuni gubuk-gubuk usang daripada tempat tersebut adalah semata-mata mereka ingin melaksanakan projek pembangunan bangunan 80 tingkat di kawasan tersebut. Sikap pihak kerajaan seperti ini mengambarkan mereka lebih mementingkan keuntungan kepada diri sendiri dan tidak mempedulikan akan nasib yang akan dialami

51

oleh golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang tersebut pada masa yang akan datang.

CERPEN TAGUNG SINOPSIS Mengisahkan seorang atuk yang berusaha mempertahankan warisan tradisi

masyarakatnya (kadazandusun) iaitu Tutuntung Tagung. Anak cucunya tidak berminat untuk mengekalkan tradisi penggunaan tagung. Atuk berasa kecewa, cucunya juga tidak menghormatinya ketika ditanya soal tagung. Semasa dalam mesyuarat untuk Pesta Kaamatan, atuk telah mencadangkan supaya tagung dijadikan satu kewajiban untuk hantaran perkahwinan masyarakatnya. Cadangannya ditolak mentah-mentah kerana dianggap tidak praktikal dan sukar dilaksanakan. Atuk berasa kecewa kerana ada yang mengganggap cadangannya ada udang di sebalik batu. Namun kepulangan cucunya Ito dari luar negara membawa rahmat kerana Ito berminat membuat kajian tentang warisan budaya masyarakat Borneo iaitu tagung. Atuk berasa gembira kerana sekurangkurangnya masih ada cucunya yang mahu mengangkat martabat memperjuangkan tagung.

TEMA

52

Kegigihan seorang atuk memperjuangkan warisan tradisional bangsanya iaitu tagung. Watak atuk dalam cerpen itu bermati-matian mempertahankan tagung untuk bangsanya. Pelbagai rintangan dihadapinya, akhirnya perjuangannya itu disambung oleh cucunya Ito yang berhajat membuat kajian tentang tagung dalam masyarakat borneo bagi tugasan universitinya.

PERSOALAN 1. Sains dan teknologi yang melalaikan manusia. Cucu kepada watak atuk iaitu Atom dan Atin hanyut dalam dunia permainan komputer yang melalaikan manusia.

2. Tidak menghormati golongan yang lebih tua. Watak Ursula digambarkan tidak menghormati orang yang lebih tua dimana dia telah memarahi ayahnya sendiri selepas mesyuarat untuk pesta Kaamatan.

3. Cintakan tradisi bangsa. Watak atuk digambarkan mencintai tradisi bangsanya iaitu tagung. Beliau sanggup berjuang dan berusaha mengetengahkan tradisi tagung kepada generasi muda.

WATAK DAN PERWATAKAN

53

Atuk Berusia lingkungan 80-an. Beliau pencinta tradisi bangsa iaitu tagung. Berkemahiran membuat tagung sendiri. Beliau seorang berjiwa cekal, berani menghadapi ujian dan sanggup menerima kritikan. Buktinya ketika mesyuarat pesta Kaamata beliau mengusulkan supaya tagung wajib dijadikan sebagai hantaran bagi pihak lelaki untuk menikahi perempuan.

Ursila Anak kepada atuk. Berkahwin bersama David. Mempunyai tiga orang anak iaitu Atom, Atin dan Ito. Seorang yang berjiwa moden dan tidak mahu mengekalkan tradisi bangsa. Dia juga tidak menghormati orang yang lebih tua di mana beliau telah memarahi ayahnya sendiri kerana cadangan mahu memartabatkan tagung.

Ito. Merupakan anak sulung Ursila dan David. Abag kepada Atom dan Atin dan merupakan cucu atuk. Seorang yang pintar sehingga melanjutkan pelajaran di university luar negara. Seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya. Beliau seorang yang mencintai tradisi ialah tagung. Beliau berhajat membuat kajian tentang tagung bagi tugasan universitinya selain bagi memartabatkan semula tradisi yang semakin dilupakan itu.

LATAR LATAR MASA

54

1. Suasana dari pagi hingga petang dalam rumah Ursula. Pada waktu pagi ketika Atom dan Atin leka bermain permainan computer sehingga tidak menghiraukan pertanyaan atuknya. Waktu petang dinyatakan sewaktu Ito sampai kerumahnya dan disambut meriah adik-adiknya. 2. Kembali ke masa lalu, iaitu seminggu lepas. Atuk terkenangkan mesyuarat dibalai raya untuk pesta Kaamatan dimana cadangannya mewajibkan tagung sebagai hantaran ditolak, malah dituduh cadangannya ada udang disebalik batu. LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang cintakan warisan bangsa. Masyarakat ini diwakili oleh atuk yang berjuang mati-matian demi mempertahankan warisan tradisi bangsanya. 2. Masyarakat yang tidak menghargai kesenian warisan bangsa. Masyarakat ini diwakili oleh Ursula dan anak-anaknya, dan semua penduduk kampungnya yang cinta kemodenan. 3. Masyarakat yang mengikuti perkembangan sains dan teknologi. Masyarakat ini diwakili oleh Atin dan Atom iaitu cucu atuk. Mereka mengikuti perkembangan sains dan teknologi melalui permainan komputer yang mereka mainkan. 4. Masyarakat yang bermuafakat. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk kampong yang bermesyuarat sebelum mengambil sesuatu keputusan. Contohnya mereka bermesyuarat sebelum pesta Kaamatan tiba. 55

LATAR TEMPAT 1. Rumah Ursila. Sewaktu atuk bertanyakan Atin dan Atom di mana Tagung dan ketika Ito pulang dari luar negara. 2. Balai raya. Ketika mesyuarat pesta Kaamatan diadakan.

NILAI 1. Mecintai tradisi bangsa Atuk sangat mencintai tradisi tagung dan berusaha mempertahankannya. Beliau sanggup dicerca dan dianggap ketinggalan zaman kerana minatnya itu. Akhirnya minatnya diteruskan oleh cucunya yang baru pulang dari luar negara iaitu Ito. 2. Permuafakatan Nilai bermuafakat dapat ditunjuk oleh semua penduduk kampong yang berbincang sebelum mengadakan pesta keamatan. Semua penduduk berbincang dan mengambil kata putus bersama. 3. Menghormati golongan yang lebih tua.

56

Digambarkan pada watak Ito iaitu cucu kepada atuk. Beliau menghormati usaha atuknya mempertahankan tagung. Dia juga ingin membuat kajian terperinci bagi memartabatkan semula tagung dalam masyarakat Kadazandusun.

PENGAJARAN 1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Dalam cerpen ini digambarkan watak Ursula dan anak-anaknya yang tidak menghormati ayahnya iaitu watak atuk. Mereka tidak menghormati pandangan atuk yang ingin memartabatkan tradisi tagung. 2. Kita haruslah berbincang sebelum sesuatu kata putus diambil. Dalam cerpen digambarkan masyarakat Kadazandusun yang berbincang sebelum mengambil sesuatu kata putus. Contohnya cadangan atuk untuk menjadikan tagung sebagai hantaran wajib bagi lelaki yang mahu masuk meminang ditolak setelah mengambil kira pandangan majoriti. 3. Kita haruslah mempertahankan tradisi bangsa. Dalam cerpen ini digambarkan watak atuk yang berusaha mempertahankan tradisi bangsanya iaitu tagung. Walaupun pelbagai tohmahan diterima, dia tetap tabah. Akhirnya cucunya Ito menunjukkan minat untuk meneruskan perjuangannya.

GAYA BAHASA 1. Sinkof. Contohnya : Tak seorang pun tahu? (halaman 102)

57

2. Personifikasi. Contohnya : jejarum tawa ( halaman 102) 3. Simile. Contohnya ; seperti badut (halaman 102) 4. Inversi. Contohnya : Hati : Retak apa yang tercalar ini ? (halaman 104) 5. Bahasa Inggeris. Contohnya : games (halaman 111) 6. Bahasa Dusun. Contohnya : Tagung, Tawag, Chanang, laid dan wagu. (halaman 107)

CERPEN SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM KARYA HASAN ALI SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan Dukun Pak Bidin yang berupaya mengemukakan idea bernas untuk mengubat pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia pada hari ini. Idea berkenaan dikemukakan oleh Pak Bidin dalam seminar antarabangsa Kelab Dukun Dunia (KDD). Walaupun mendapat pujian masyarakat anatarabangsa, idea Dukun Pak Bidin ditolak dikampung halamannya sendiri. Hal ini kerana tuk sidang lebih tertarik dengan idea anaknya, Abdul Khalis seorang jurutera yang mendapat pendidikan di Barat. Pada akhirnya Pak Bidin bertekad untuk menghapuskan pelbagai sindrom 58

negatif dalam masyarakatnya dengan caranya sendiri sesudah tidak mendapat sokongan tuk siding. Dukun Pak Bidin tetap mempertahankan kata-kata Laksamana Hang Tuah bahawa Takkan Melayu Hilang di Dunia!

Tema Cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom membawa tema kesungguhan dalam usaha. Kesungguhan untuk melakukan sesuatu perkara amat penting dalam memastikan matlamat atau tujuan yang dilakukan berhasil dengan jayanya. Bagi memastikan sesebuah harapan itu berjaya, komitmen yang tinggi amat diperlukan serta bersungguh dalam melakukan sebuah kerja. Tanpa kesungguhan dalam melakukan sesebuah perkara susah untuk melihat perkara tersebut berakhir dengan jayanya. Kesungguhan dalam usaha ini dapat kita lihat melalui perwatakan Dukun Pak Badin yang bersungguh untuk mengetengahkan ideanya sehingga ke peringkat antarabangsa. Walaupun mendapat tentangan dari tok sidang, Dukun Pak Badin tetap meneruskan usahanya bagi menyelesaikan sindrom yang terjadi di kampung halamannya sendiri.

PERSOALAN Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kebijaksanaan amat diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian. Seseuatu masalah tidak akan terlerai begitu sahaja tanpa tindakan yang bijaksana. Dalam cerpen ini, kebijaksanaan dapat kita lihat dalam perwatakan Dukun Pak Badin, yang bijaksana dalam menyelesaikan beberapa sindrom yang dihadapi oleh setiap Negara di dunia. Buktinya dapat dilihat dalam halaman120 (madu ilmu).

59

Persoalan yang seterusnya yang cuba digarap oleh pengarang ialah persoalan tentang hasad dengki dalam masyarakat. Perasaan hasad dengki biasanya terdapat pada seseorang yang cemburu dengan usaha orang lain yang menonjol. Orang yang mempunyai perasaan ini tidak senang dengan kejayaan yang orang lain miliki, malah orang yang mempunyai perasaan hasad dengki cenderung untuk melihat orang tersebut jatuh. Dalam cerpen ini, tuk sidang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap hasad dengki. Hal in ini terbukti apabila dia tidak mahu menerima idea Dukun Pak Badin untuk merawat sindrom yang terdapat dikampung halamannya sendiri. Sebaliknya tuk sidang lebih percaya kepada anaknya sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Persoalan tentang permasalahan dunia. Hari-hari ini dunia banyak mengalami satu permasalahan yang mengundang kerisauan penduduk dunia. Hal ini mengundang orang ramai khususnya masyarakat dunia untuk mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan diskusi bagi mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh dalam masyarakat dunia telah mengadakan seminar Kelab Dukun Dunia (KDD) bagi mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi oleh setiap Negara yang mengikuti seminar tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN 1) Dukun Pak Badin Seorang yang bijak

60

Dapat dibuktikan apabila dia berjaya menyelesaikan sindrom yang dihadapi oleh Negara lain. Pak Badin mampu mengemukakan idea yang bernas setiap kali sindrom yang dihadapi oleh Negara lain diusulkan untuk mencari jalan penyelesaian. Dengan mempunyai pemikiran yang bijaksana, maka setiap sindrom yang dihadapi oleh setiap Negara dapat diselesaikan. Seorang yang bersungguh-sungguh. Hal ini dapat dilihat apabila Dukun Pak Badin mempunyai satu perasaan yang kuat untuk membantu masyarakat kampungnya menyelesaikan sindrom yang ada dalam kalangan masyarakat kampungnya. Walaupun mendapat tentangan daripada tuk sidang berkaitan dengan hasratnya membantu penduduk kampung, Pak Badin masih mempunyai sikap yang sungguh-sungguh melihat usahanya berjaya. Seorang yang berjiwa patriotisme Perkara ini dapat dibuktikan apabila Pak Badin menggunakan bahasa Melayu kita seminar KDD diadakan. Beliau juga tidak segan silu untuk mempromosikan belacan kepada perwakilan Negara lain. 2) Abdul Khalis Anak Tuk sidang Seorang jurutera kelulusan luar Negara

Seorang yang mengagungkan Barat.

61

Hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih mengagungkan bahasa Barat berbanding dengan bahasa Melayu. Malah kepulangannya ke kampung halaman

menyebabkan seluruh penduduk kampung mengalami sindrom cinta akan barat yang dibawa oleh Abdul Khalis.

LATAR LATAR TEMPAT Dewan Seminar Tempat berlangsungnya seminar Kelab Dukun Dunia. Disinilah Pak Badin mengemukan ideanya mengatasi dindrom yang dihadapi oleh setiap negara.

Kampung halaman 62

Tempat asal Pak Badin. Di kampung ini juga terjadinya sindrom yang menghantui penduduk kampung iaitu sindrom-sindrom subsidi dan sindrom cinta akan barat.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang hidup dalam segala permasalahan Perkara ini dapat dibuktikan apabila seminar KDD diadakan,masing-masing setiap perwakilan dari seluruh negara ada menyatakan permasalahan(sindrom) yang mereka hadapi.

Masyarakat yang bijaksana Dapat dibuktikan apabila dia berjaya menyelesaikan sindrom yang dihadapi oleh Negara lain. Pak Badin mampu mengemukakan idea yang bernas setiap kali sindrom yang dihadapi oleh Negara lain disusulkan untuk mencari jalan penyelesaikan. Dengan ,mempunyai pemikiran yang bijaksana,maka setiap sindrom yang dihadapi oleh setiap negara dapat diselesaikan. Masyarakat yang mempunyai Hasad Dengki Dalam cerpen ini,tuk sidang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap hasad dengki. Hal ini terbukti apbila dia tidak mahu menerima idea Dukun Pak Badin untuk merawat sindrom yang terdapat di kampung halamannya sendiri. Sebaliknya Tuk Sidang lebih percaya kepada anaknya sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut.

63

RINDU TANAH MELAYU HASYIM LATIFF SINOPSIS Cerpen Rindu Tanah Melayu mengisahkan tentang seorang parajurit yang merupakan bekas tentera Tanah Melayu yang berasal daripada Fijin yang begitu rindu dan cintakan akan tanah Melayu. Sarjan Saremaia Vakarusa adalah merupakan seorang tentera Kamonwel yang berasal daripada Fiji dan berhidmat mempertahankan Tanah Melayu semasa tahun 1952 hingga 1956. Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, beliau telah meninggalkan Tanah Melayu dan pulang ke tempat asalnya Fiji. Oleh kerana 64

semangat cintakan akan Tanah Melayu dan mencintai seorang wanita berketurunan Melayu iaitu watak Salmah yang pernah berjasa merawat luka ketika kecederaan semasa peperangan. Beliau sanggup pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Salmah dan Melawat rakan seperjuangannya iaitu Sarjan Seman. Sarjan Seman adalah merupakan rakan seperjuangannya semasa bertugas sebagai tentera. Selain itu juga, Kedatangan Vakarusa ke Malaysia bukanlah semata mata untuk berjumpa dengan Kawannya Sarjan Seman tetapi ingin melamar Salmah menjadi isterinya. Namun begitu, lamarannya telah ditolak oleh Salmah kerana merasakan usianya yang sudah tua dan keuzuran yang dialami . Salmah juga, tidak mahu membebankan Vakarusa dengan keuzurannya. Oleh kerana semangat cintakan Tanah Melayu yang mendalam dalam dirinya ,Vakarusa tidak mahu pulang ke Fiji dan berniat untuk terus menetap di Malaysia walaupun lamarannya telah ditolak oleh Salmah.

TEMA Cerpen Rindu Tanah Melayu adalah merupakan sebuah cerpen yang bertemakan tentang semangat cinta akan Tanah Melayu. Semangat cinta akan tanah Melayu ini telah tonjolkan oleh seorang bekas tentera Fiji yang berhidmat di tanah Melayu sekitar tahun 1952-1956. Saremaia Vakarusa adalah seorang tentera berani dan ikhlas berjuang untuk mempertahankan tanah Melayu walaupun Tanah Melayu adalah bukan tanah airnya.

Bagi Vakarusa, Tanah Melayu adalah bumi yang bertuah yang kaya dengan keindahan alam dan budi bahasa bahasa masyarakatnya.

PERSOALAN Kerinduan Kerinduan ini telah ditonjolkan oleh watak Saremaian Vakarusa yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita Tanah Melayu yang bernama Salmah. Kebaikan dan kelembutan 65

budi bahasa Salmah telah menyebabkan Vakarusa terpikat dan sanggup datang kembali ke Tanah Melayu untuk mencari Salmah walaupun telah lama meninggalkan Tanah Melayu.

Persahabatan Persahabatan akrab ini telah wujud antara Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman yang sama-sama bertugas menperjuangkan Tanah Melayu daripada ancaman musuh. Sewaktu bersama-sama bertugas mempertahankan tanah air Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman sangat akrab dan sentiasa berkongsi suka duka pengalaman yang dilalui. Perasaan cinta Perasaan cinta ini lahir daripada Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah jatuh hati dengan kebaikan dan kelembutan budi bahasa Salmah yang telah banyak membantu merawat luka ketika cedera ketika bertempur. Kesetiaan kepada Tanah air Kesetiaan kepada Tanah air telah ditonjolkan melalui watak Sarjan Seman yang sanggup berkorban mempertahan Tanah Melayu. Kesetiaannya kepada Tanah Melayu telah ditonjol melalui semangatnya yang tinggi. Ini dapat dilihat ketika usianya telah tua, beliau sering menyanyikan lagu Bulan Malaya sebagai tanda semangat perjuangan mempertahankan Tanah Melayu dan mengingati nostalgia ketika berhidma menjadi tentera. Bertanggungjawab Persoalan tanggungjawab ini telah ditonjolkan melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman yang gigih dan kental dalam memperjuangkan Tanah Melayu daripada

66

ancaman musuh.Mereka tidak pernah merasa kesal mempertaruhkan nyawa mereka tetapi merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Bumi Tanah Melayu yang bertuah.

Keikhlasan Keikhlasan ini telah ditonjolkan melalui watak Sarjan saremaian vakarusa yang ikhlas mempertahan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah air. Bagi Sarjan Saremaian Vakarusa Tanah Melayu adalah merupakan bumi yang bertuah yang kaya keindahan alam dan kelembutan budi bahasa masyarakat. Beliau merasakan Tanah Melayu sebagai Tanah Melayu Tanah a

PLOT Cerpen Rindu Tanah Melayu karya Hasyim Latiff ini mempunyai plot yang bersifat kronologi. Hal ini kerana semua jalan cerita mengikut urutan waktu. Cerita ini bermula daripada pengenalan watak iaitu Saremaia Vakarusa yang melihat gambar-gambar kenangan ketika menyertai pasukan tentera.

Pada tahap perkembangan pula pengarang mengetengahkan watak Sarjan Seman dan Halimah melalui imbas kembali peristiwa beliau bertugas di Tanah Melayu bersamasama dengan Sarjan Seman yang merupakan rakan seperjuagannya membela Tanah Melayu. Manakala Halimah pula, wanita yang merawat lukanya ketika mengalami kecederan semasa berperang dengan pihak musuh. Pada masa inilah Sarjan Saremaian Vakarusa telah jatuh hati dengan sifat lemah lembut dan sopan santun Halimah sebagai gadis Melayu.

67

Pada tahap perumitan pula, Saremaian Vakarusa telah datang ke Tanah Melayu untuk melawat sahabat Sarjan seman dan berjumpa dengan Halimah untuk dilamar menjadi isterinya.

Tahap puncak pula, Halimah telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa kerana umurnya sudah tua dan mengalami keuzuran. Dengan keuzurannya itu, Halimah tidak mahu menyusahkan Saremaian Vakarusa dengan keuzurannya itu.

Tahap peleraian pula, Halimah telah menyuruh Saremaian Vakarusa pulang ke tanah air keran dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menerima lamaran Saremaian Vakarusa. Walaubagaimanapun, Saremaian Vakarusa tetap tidak mahu pulang ke Tanah Airnya dan mahu terus tinggal di Tanah Melayu kerana merasakan dirinya telah sebati dengan Tanah Melayu dan perasaan cinta akan bumi yang pernah diperjuang tetap dihati.

TEKNIK PLOT Melalui cerpan Cersang ini, terdapat dua teknik plot yang digunakan oleh Hasyim Latiff antara teknik plot yang digunakan ialah teknik konflik dan suspen. Melalui teknik konflik, penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui konflik yang terjadi diantara Halimah dan Saremaian Vakarusa yang telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa yang ingin menjadikanya isteri. Halimah telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa kerana tidak mahu menyusahkan Saremaian Vakarusa kerana keuzurannya dan usianya yang

68

telah tua. Halimah mengangap dirinya hanyalah menjadikan beban kepada Saremaian Vakrusa dan tidak mampu membahagiakannya.

Melalui teknik suspen pula. Penggunaan teknik ini dapat dikenalpasti apabila pembaca membaca cerpen ini. Pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas Halimah menolak lamaran Saremaian Vakarusa adakah Saremaian Vakarusa akan terus memujuk Halimah untuk berkahwin dengannya atau pulang sahaja ke tempat asalnya.

TEKNIK PENCERITAAN Antara teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah teknik imbas kembali, teknik pemeriaan, teknik dialog dan teknik menolog dalaman. Teknik imbas kembali Teknik imbas kembali ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Seman yang mengimbul kembali kenangannya ketika bersama-sama berjuang menunut kemerdekaan. Kemudian Sarjan Seman melihat kembali Gambus yang pernah dipetik disimpan di tepi dinding ketika bersama-sama dengan pasukan tentera Kamonwel, kemudian dia segera mengeratkan mulutnya menyanyikan lagu semangat Bulan Malaya yang cukup member seribu kenangan kepadanya. Sebagai contoh pada muka surat 133

Teknik pemeriaan.

69

Teknik pemerian ini dapat dilihat melalui penceritaan secara langsung apabila pengarang menprkenalkan watak utama Saremaian Vakarusa yang merupakan bekas tentera yang pernah berhidmat di Tanah Melayu. Pemerian ini dilakukan dengan memberikan penceritaan kepada watak utama yang sedang mengingati kenangannya sewaktu berhidmat sebagai tentera.. Sebagai contohnya pada muka surat 129. Teknik dialog. Teknik dialog ini dapat dilihat melalui perbualan diantara Saremaian Vakarusa dan Halimah sewaktu Halimah merawat luka Saremaian Vakarusa yang tercedera sewaktu bertempur dengan pihak musuh. Halimah telah merawat Saremaian Vakarusa dengan ubat herba asli daripada daun kayu. Sebagai contohnya pada muka surat 130 dan 131

LATAR LATAR TEMPAT Tanah Melayu Tanah air sarjan Seman dan Salmah Padang Syria Park Nausori Fiji Tempat tinggal Sarjan Saremaian Vakarusa di Tanah airnya Fiji. Cawangan Tabara, daerah Nausori, Naitasiri dan Rewa Tempat-tempat asal Teman-Temannya sewaktu bertugas menjadi tentera Fiji Singapura Tempat Saremaian Vakarusa Chakobau menjalani latihan perang dipimpin oleh Ratu Edward

70

Labis Tempat terciptanya lagu Bula Malaya yang dikarang oleh Josua Rabakuwaqa, Komandaan Platun Mortar Kompeni A. Latar Masa -1954 Peristiwa Salmah merawat luka Vakarusa yang tercedera dibahu ketika bertempur dengan musuh. -1955 Peristiwa Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman bersembang sambil Sarjan Seman memetik Tali Karbus. Sarjan Saremaian Vakarusa telah memuji kecekalan dan kehandalan Sarjan seman dalam memperjuangkan Tanah airnya. Sarjan Saremaian Vakarusa juga telah meluahkan isi hatinya kepada Sarjan seman yang tertawan dan jatuh hati dengan sifar peribadi Salmah.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat Parajurit Masyarakat ini adalah terdiri daripada golongan tentera yang memperjuangkan Tanah Melayu.

Masyarakat Asing Golongan yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera untuk membantu mempertahankan Tanah Melayu.

71

Masyarakat Melayu Masyarakat yang berasal daripada Tanah Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN SAREMAIA VAKARUSA Watak utama dalam cerita Seorang tentera yang berasal daripada negara Fiji Berketerunan Inggeris Mempunyai tubuh badan yang sasa

Seorang yang bertanggungjawab Beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk Melayu walaupun Tanah Melayu bukan tanah airnya. mempertahankan Tanah

Seorang yang sangat mencintai Tanah Melayu Beliau Ikhlas dalam memperjuangkan Tanah Melayu dan sanggup

mempertaruhkan nyawanya demi menjaga kedaulatan Tanah Melayu daripda dicerobohi musuh. Beliau juga telah jatuh cinta dengan keindahan alam.

72

Seorang yang setia dalam persahabatan Beliau sangat setia dengan persahabatannya dengan Sarjan seman dan sanggup datang ke Tanah Melayu untuk berjumpa dengan Sarjan Seman yang telah lama berpisah sewaktu pulang ke Fiji setelah Tanah Melayu merdeka.

Mencintai seorang wanita Beliau telah mencintai seorang wanita Tanah Melayu bernama Salmah. Sifat kebaikan dan kesantunan budi bahasa yang begitu menawan hati Vakarusa sewaktu merawatnya ketika luka sewaktu berperang.

Seorang yang ikhlas Beliau adalah seorang yang ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai tentera dan mengangap Tanah Melayu sebagai tanah air keduanya.

SALMAH Watak pembantu yang penting Berketerunan Melayu Berkulit hitam Seorang yang baik hati

73

Beliau telah merawat Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah tercedera daripada peperangan. Sifat baik hatinya iti, tergambar dengan kelembutan budi bahasa dan kesantunan budi ketika merawat Sarjan Saremaian Vakarusa walaupun berlainan keterunan

Mudah memberi senyuman Beliau ialah seorang yang mempunyai sifat yang lembut dan mudah memberikan senyuman buktinya ketika merawat Saremaian Vakarusa beliau sering kali tersenyum apabila Vakarusa cuba untuk mengusiknya dengan kata-kata gurauan.

RAMAH Beliau mempunyai sifat ramah dan mudah mesra dengan temannya. Buktinya ketika beliau merawat Sarjan Saremaian Vakarusa, beliaub telah menerangkan kepada Saremaian Vakarusa kemujaratan ubat yang digunakan untuk merawat Vakarusa dan mengucapkan terima kasih kepada Vakarusa yang sanggup berjuang mempertahankan Tanah Melayu.

Seorang yang tetap pendirian Beliau adalah seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah dipujuk rayu. Buktinya beliau telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa yang melamarnya menjadi isterinya kerana keuzuran tubuh badannya dan umurnya yang sudah tua.

SARJAN SEMAN

74

Askar Tanah Melayu Berketurunan Melayu Pandai memetik alat muzik kabus. Buktinya beliau digelar Sarjan Qabus kerana kecekapannya bermain Qabus dan kelunakan bunyi yang dimainkan.

Mempunyai semangat cinta akan Tanah Melayu Beliau adalah seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Buktinya walaupun telah lama bersara daripada tugasnya sebagai tentera dan usia telah tua beliau masih menyanyikan lagu Bula Malaya sebagai tanda semangat cinta akan tanda air dan mengingati nostalgia ketika berjuang mempertahankan Tanah Melayu

Bertanggungjawab Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab, buktinya beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Tanah Melayu yang dicintai.

Setia kepada sahabat

Kesetiaannya kepada sahabat dapat dilihat sewaktu beliau berjumpa dengan Saremaian Vakarusa beliau berpeluk pelukan dan menanyakan khabar.

NILAI

75

-PATRIOTIK Nilai patriotik ini dapat dilihat melalui Watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Saarjan Seman yang sangat mencintai Tanah Melayu dan sanggup berjuang bermati matian untuk mempertahankan Tanah Melayu

-Cinta Nilai cinta ini wujud dalam watak Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah jatuh cinta dengan watak Salmah yang telah membantunya ketika tercedera semasa dalam peperangan.

-Persahabatan Nilai persahabatan ini wujud antara watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman yang sangat setia dalam persahabatan sehingga Sarjan Saremaian Vakarusa sanggup datang kembali ke Tanah Melayu untuk melawat walaupun sudah lama meninggalkan Tanah Melayu dan usia sudah tua.

-Bertanggungjawab Nilai Tanggungjawab ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi tanggungjawabnya mempertahankan Tanah Melayu.

-Keikhlasan

76

Nilai Keihlasan ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa yang ikhlas dalam berjuang mempertahankan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah airnya.

PENGAJARAN Kita seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Semangat Patriotik ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Saarjan Seman yang sangat mencintai Tanah Melayu dan sanggup berjuang bermati matian untuk mempertahankan Tanah Melayu.

Kita haruslah mementingkan hubungan persahabatan dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hubungan persahabatan ini dapat di lihat melalui watak Sarjan Saremaian

Vakarusa dan Sarjan Seman yang sangat setia dalam persahabatan sehingga Sarjan Saremaian Vakarusa sanggup datang kembali ke Tanah Melayu untuk melawat walaupun sudah lama meninggalkan Tanah Melayu dan usia sudah tua.

Kita sebagai pejuang tanah air seharusnya menyemai sikap bertanggungjab sebagai pembela tanah air agar tidak dikotori oleh musuh Negara. Sikap bertanggungjawab ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa

77

dan

Sarjan

Seman

yang

sanggup

mempertaruhkan

nyawanya

demi

tanggungjawabnya mempertahankan Tanah Melayu.

Kita hendaklah mementingkan keikhlas didalam melakukan sesuatu

dan bukanlah hanya sekadar terpaksa.Keihlasan ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa yang ikhlas dalam berjuang mempertahankan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah airnya.

PENGENALAN Dalam setiap analisa teks , pelbagai aspek yang perlu dititik beratkan. Hal ini adalah untuk pemahaman pelajar agar ianya lebih jelas dan padat. Dalam mengkaji atau menganalisa antologi teks kesusasteraan melayu moden KBSM tingkatan 4 dan 5, teori structural digunakan untuk mengkaji keseluruhan teks ini. Dalam teori structural ini, pelbagai aspek yang dilihat untuk mengkaji keseluruhan teks ini. Sebagai contohnya, aspek tema dan persoalan, gaya bahasa, latar dan sebagainya.

78

Pelbagai jenis genre yang terdapat dalam antologi ini. Kajian dikhususkan kepada genre cerpen yang bertajuk di bawah langit takut-takut karya Amalia Fauza Bohari. Cerpen ini digunakan dalam kajian ini dan ianya akan berpandukan teori structural dimana kajian ke atas cerpen ini dapat dilakukan dengan jelas dan padat. Ketepatan tema dan persoalan, penjelasan bagi latar masa, tempat, dan masyarakat, gaya bahasa, bentuk cerpen, watak dan perwatakan serta pelbagai lagi aspek penting dapat diungkai satu persatu dalam kajian teks ini. Kesemuanya dapat dijelaskan dengan mengikut kretiria masing-masing bagi menambahkan pemahaman pelajar khususnya bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek kesusasteraan melayu.

Diharap dengan adanya kajian ini, ianya dapat membantu dalam memahami cerpen ini dengan baik dan membantu guru dalam pengajarannya kelak memandangkan teks ini merupakan salah satu teks baru yang digunapakai mulai tahun ini. Diharap juga dengan adanya kajian ini, para pelajar mendapat sedikit sebanyak manfaat dan ilmu yang berguna dalam mempelajari ilmu kesusasteraan melayu. CERPEN DIBAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT SINOPSIS Cerpen ini menceritakan seorang wanita bernama Ardani yang mempunyai sifat murni dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan biarpun ianya bukan masyarakatnya sendiri. Ardani merupakan salah seorang sukarelawan Yayasan Sarang Bangun yang membantu mangagihkan pelbagai jenis bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang Moro iaitu peperangan antara tentera kerajaan Filiphina (AFP)dengan pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Mindanao.

79

Ardani menyertai rombongan ini selama beberapa hari dan diberikan tugas untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa. Semasa berada di sana, Ardani mendapati pelbagai titik hitam yang melanda kaum serumpunnya itu contohnya kehilangan nyawa, kemiskinan, kebuluran, ibu tunggal dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan Ardani berasa begitu sedih. Ardani juga berkesempatan mengenali beberapa orang tempatan di situ yang menceritakan kisah dan pengalaman mereka sewaktu dalam peperangan itu. Antaranya Rini seorang gadis yang kematian ayah akibat peperangan itu. Mereka hidup dalam kemiskinan dimana rumahnya begitu daif sehingga layak dipanggil gubuk kerana ianya hanya seluas 10 meter persegi. Rini terpaksa menjaga adik-adiknya yang masih kecil memandangkan ibunya kelaur untuk mencari nafkah. Ardani begitu sedih melihat penderitaan yang dialami oleh Rini dan cuba membandingkan kehidupan Rini dengan orang di Malaysia yang mana jauh bagai langit dengan bumi. Begitu juga dengan Ibu Bariah iaitu seorang wanita yang kematian suami akibat peperangan itu. Ibu Bariah menceritakan keperitan hidupnya setelah suaminya gugur dimedan perang. Jumlah balu yang mendaftar di Filiphina adalah sebanyak 17000 orang dan 20 % daripadanya adalah mangsa peperangan Moro. Ardani begitu sayu mendengar cerita Ibu Bariah dan ianya menjadikan Ardani lebih takut dengan keadaan di situ. Bagaimanapun, Ardani juga mendapat pelbagai pengalaman yang mencabar antaranya seperti menaiki pumpboat dari kampong menuju ke Bandar Isabela. Pemnadu bot itu adalah seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 10 tahun. Bot yang dinaikinya itu terumbang ambing tatkala meluncur laju. Ardani hanya memapu bertawakal agar sampai ke destinasi dengan selamat.

80

Di akhir hari Ardani dan rakan-rakanya di Filiphina, Ardani dikejutkan dengan kematian budak yang menjadi pemandu bot yang dinaikinya untuk ke Bandar Isabela. Ardani tersentak dengan berita itu namun tetap tabahkan hati. Ardani juga meperingati semula keperitan hidup yang dilalui oleh Rini dan Ibu Bariah yang membawa seribu pengajaran kepadanya agar bersyukur dengan apa yang ada dinegara sendiri. Tidak cukup dengan itu, Ardani ditanya oleh Nizam salah seorang rakannya dengan soalan, adakah dia sanggup datang semula ke sini jika diberi peluang lagi?.Ardani tersentak dengan soalan itu, namun menjawabnya dengan tenang. Jika diberi peluang sememangnya Ardani ingin turut serta tetapi kalau boleh Ardani tidak mahu hidup di bawah langit takut-takut sebagaimana masyarakat di sana.

TEMA DAN PERSOALAN Tema bagi cerpen Dibawah langit takut-takut ini adalah keprihatinan seorang gadis bernama Ardani dalam berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan kemanusiaan. Ardani, seorang gadis dari Malaysia yang menyertai rombongan kemanusiaan Yayasan Sarang Bangun ke Mindanao, Filiphina. Kesan peperangan Moro teelah menyebabkan ramai masyarakat tempatan di situ emnjadi mangsa. Sebagai seorang yang mempunyai sifat murni, Ardani sanggup menyertai rombongan tersebut untuk menabur bankti kepada bangsa serumpunya itu. Beliau begitu perihatin dengan keadaan

81

mangsa sehingga ingin turut serta dalam rombongan itu dan melihat sendiri keperitan dan penderitaan mangsa yang terlibat dalam peperangan Moro itu.

Persoalan Terdapat pelbagai persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Antaranya adalah Penderitaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa perang Moro. Hal ini dapat dilihat dalam contoh berikut : Barangay Takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu ibu negeri wilayah Sulu di Filiphina merupakan gelanggang hidup kaum Moro yang sengsara dan menderita. Inilah akibat peperangan selama hamper 30 tahun antara tentera kerajaan Filipina dengan para pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro di Mindanao. ( m/s 140)

Dengan petikan ini, dapat dilihat penderitaan yang terdapat dalam cerpen ini dimana kesengsaraan penduduk di Jolo yang sengsara dan menderita seperti yang digambarkan oleh Ardani watak utama dalam cerpen ini. Selain itu, persoalan Imansipasi wanita juga dapat dilihat dalam cerpen ini. Ianya adalah berpendukan kepada watak Ibu Bariah yang memperjuangkan nasib ibu tunggal yang menjadi mangsa selepas kematian suami akibat perang Moro itu. Hak hak ibu tunggal seperti dinafikan dan hidup terumbang ambing selepas kematian suami yang selama ini menjadi tunggak dalam keluarga. Sebagai contoh dapat dilihat dalam petikan berikut :

82

Ketika perang dulu, kebanyakan kami memang lebih menumpukan soal rumah tangga. Akibatnya, apabila nyawa suami terkorban, kehidupan kaum wanita di sini menjadi kucar kacir. (m/s 147) Kebanyakan mereka memang tidak berpeluang mendapat peluang untuk mengikuti pendidikan formal. Kami bercadang mengadakan kelas-kelas pengurusan, perniagaan, atau paling tidak pun latihan kemahiran kraf tangan seperti menjahit, memasak, bertani, dan sebagainya. Cuma masalahnya, kami memerlukan dana yang banyak bagi memulakan latihan tersebut kepada bakal jurulatih. (m/s 148)

Petikan di atas menunjukan perjuangan dalam menuntut hak ibu tunggal yang ingin meneruskan kehidupan dengan usaha mereka sendiri memandangkan mereka tidak lagi mempunyai suami. Perjuangan dalam imansipasi wanita ini juga membuatkan jalan cerita cerpen ini lebih menarik.

Persoalan yang seterusnya adalah Kegigihan dalam meneruskan kehidupan. Ianya dapat dilihat pada watak Rini seorang gadis yang kematian ayah dan terpaksa menjaga adik-adik yang masih kecil. Rini hidup dalam serba kekurangan namun ianya tidak mematahkan semangatnya untuk membantu ibunya. Sebagai contoh dalam petikan berikut : Rini pendiam orangnya. Namun, dia petah berbicara apabila diajukan soalan. Sesekali nada suaranya ditekan keras bagi menyatakan keperitan hidup dan tekanan yang dihadapinya. Lebih-lebih lagi tugasnya sebagai anak sulung kepada

83

enam adik beradik yang masih kecil. Tanggungjawab ini diambil alih setelah kematian ayahnya dan kesibukan ibunya mencari nafkah setiap hari. (m/s 142) Kami dikejutkan oleh tangisan adiknya yang berusia 5 tahun. Dia pulang ke rumah setelah puas bermain. Anak kecil itu meluru masuk ke rumah lalu merengek di bahu kakaknya. Dia meminta perutnya diisi. Buat kesekian kalinya hatiku dilanda kepiluan yang teramat sangat (m/s 142 dan 143)

LATAR Terdapat 3 jenis latar yang wajib dilihat dalam sesebuah karya iaitu latar masa, tempat dan juga masyarakat. Dalam cerpen Dibawah langit takut-takut ini, dapat dikaji beberapa aspek latar yang diingini.

Masa Latar masa dalam cerpen ini adalah seperti waktu tengahari, petang dan juga beberapa hari di Filipina. Sebagai contoh : Petang itu sengaja aku luangkan waktu dengan keluar berjalan-jalan sekadar mengmbil angin. Dari atas titi, dapat kutelahbahawa asalnya perkampungan ini merupakan persisiran sungai. Namun. (m/s 148 dan 149)

84

Engkau tahu, Ardani, kanak-kanak yang memandu kita ke Bandar Isabela tempoh hari ditemui mati lemas dibawa deras, jelas Nazim sewaktu kami sedang menikmati makan tengah hari sebagai santapan terakhir sebelum berangkat ke lapangan terbang. (m/s 150)

Tempat Latar tempat dalam cerpen ini kebanyakannya di luar Negara iaitu di sekitar Filipina. Antaranya adalah di Mindanao, Kampung Barangay Takut-takut, Jolo, Bandar Cotabato, Bandar Isabela dan Lapangan Terbang. Sebagai contoh : Barangay Takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu ibu negeri wilayah Sulu di Filipina merupakan gelanggang hidup kaum Moro( m/s 140) Kami berkesempatan meninjau secara dekat kedai-kedai di Bandar itu. Kedaikedai yang terletak di Bandar Cotabato, Wilayah Mindanao itu sebenarnya banyak membantu penduduk di situ meneruskan kehidupan mereka( m/s 145) Masyarakat Masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini adalah seperti masyarakat kampong air iaitu kaum Moro yang tinggal di persisir sungai, ibu tunggal iaitu wanita yang kematian suami, dan juga masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Sebagai contoh :

85

Barangay takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu ibu negeri wilayah Sulu di Filipina merupakan gelanggang hidup kaum Moro yang sengsara dan menderita. (m/s 140)

Terkedu aku mendengarkannya. Betapa sukarnya kehidupan. Daripada maklumat yang diterima, sehingga kini, terdapat kira-kira 17000 ahli wanita yang mendaftar dengan yayasan terbabit di sluruh Mindanao, 20 peratusnya adalah balu bekas pejuang Moro.(m/s 147)

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Dalam cerpen ini, terdapat watak utama dan watak sampingan yang mewarnai cerita ini. Setiap watak mempunyai perwatakannya yang tersendiri dan digarap baik oleh penulis. Di sini, disenaraikan watak utama dan watak sampingan : -

Watak dan Perwatakan Ardani

86

Perwatakan dalam cerpen ini berdasarkan kepada watak dalam cerita. Cerpen ini menonjolkan watak seorang gadis iaitu Ardani. Beliau seorang gadis yang berumur lingkungan 20-an, seorang yang begitu tabah, berani, suka membantu golongan yang memerlukan dan gigih dalam menolong mangsa-mangsa peperangan di Filipina. Beliau merupakan salah seorang ahli sukarelawan yayasan Sarang Bangun. Beliau juga seorang yang berjurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Rini Rini merupakan seorang gadis yang berumur 20-an, seorang yang pendiam, tabah menjaga adik-adik yang masih kecil, gigih, kelihatan matang dan mempunyai sifat gadis yang sempurna biarpun terdapat sedikit kekasaran pada nada percakapannya. Biar pun berada dalam serba kedaifan namun Rini tetap berjuang untuk meneruskan kehidupannya bersama ibu, dan adik-adiknya.

Ibu Bariah Seorang balu yang telah kematian suami akibat peperangan. Berumur lingkungan 40-an, seorang yang gigih dalam mencari nafkah untuk menanggung kehidupan bersama-sama anak-anaknya, seorang yang berjiwa kental, memperjuangkan hak wanita khususnya balu dan janda yang sentiasa ditindas. Seorang penyelia koperasi yang telah ditubuhkan oleh Yayasan Wanita Bangsa Moro.

Remy

87

Seorang lelaki yang ditugaskan untuk menjadi juru gambar. Berumur lingkungan 20-an. Tidak sekumpulan dengan Ardani, namun sering bersama Ardani untuk mencari maklumat mengenai peperangan dan keadaan mangsa peperangan di Moro. Seorang yang baik, berani dan rajin dalam bekerja.

Zack Rakan kepada Ardani. Seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an. Baik, berani, dan sanggup menyertai rombongan bersama Ardani untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan di Moro.

Aishah Rakan kepada Ardani. Seorang gadis yang berumur lingkungan 20-an. Seorang gadis yang baik hati, berani dan juga suka memberikan pertolongan.

Nazim Rakan kepada Ardani. Seorang lelaki yang berumur lingkunagn 20-an. Seorang lelaki yang baik, sanggup menyertai rombongan bersama Ardani dan rakan-rakan lain unutk menghulurkan bantuan kemanusiaan,peramah dan juga suka bergurau.

NILAI DAN PENGAJARAN Dalam cerpen ini, terdapat beberapa nilai dan pengajaran yang diterapkan oleh penulis sebagai tatapan kepada pembaca. Sebagaimana yang diketahui, nilai dan pengajaran merupakan salah satu elemen yang penting dalam struktur sesebuah karya. Oleh itu, nilai 88

dan pengajaran dapat di lihat daripada petikan yang terdapat dalam cerpen, dan juga melalui watak dan perwatakan dalam cerpen ini. 1. Keberanian Nilai keberanian boleh dilihat melalui watak Ardani yang mempunyai keberanian dengan menyertai lawatan kemanusiaan untuk membantu mangsa peperangan Moro di Filipina. Dengan suasana yang tegang di sana, Ardani masih juga mengikuti lawatan itu.

2. Kemanusiaan Nilai kemanusiaan adalah berdasarkan kumpulan sukarelawan yang diikuti oleh Ardani untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan Moro. Walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan juga agama, mereka tetap memberikan bantuan kerana sifat kemanusiaan yang tinggi.

3. Kasih sayang Nilai kasih sayang ditunjukkan oleh watak Rini yang menyayangi adik-adiknya dan sanggup menjaga adik-adiknya ketika ketiadaan ibunya yang keluar mencari nafkah. Rini tidak pernah mengeluh dan merungut tentang kesengsaraan keluarga mereka bahkan dia sanggup mencurahkan kasih sayang terhadapa adik-adiknya yang masih kecil.

89

4. Ketabahan Ketabahan boleh dilihat melalui watak Ibu Bariah yang tabah menghadapi liku hidup sejak kematian suaminya akibat peperangan Moro. Ibu Bariah seorang tabah dalam merempuhi cabaran dalam kehidupannya menyara anak-anak biarpun menjadi seorang ibu tunggal.

5. Kegigihan Nilai kegigihan dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah yang gigih meneruskan kehidupan biarpun tanpa suaminya yang telah meninggal dunia. Beliau begitu gigih mencari rezeki dengan membuka sebuah koperasi dan mencari nafkah untuk keluarganya biarpun mendapat halangan yang besar kerana beliau merupakan seorang ibu tunggal/ balu.

6. Kesabaran Nilai kesabaran dapat dilihat melalui watak Rini yang sabar menjaga adik-adiknya yang banyak karenah. Biarpun adik-adiknya merengek meminta makanan namun Rini tetap sabar dan memujuk adiknya dengan lemah lembut. Sifat kesabaran yang tinggi membuatkan Rini menjadi seorang yang amat dikagumi oleh Ardani yang ketika itu datang melawatnya di rumah.

7. Tanggungjawab

90

Nilai tanggungjawab dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah dan juga Rini. Mereka masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka memapu melaksanakannya dengan baik. Biarpun pelbagai cabaran dan rintangan yang melanda, namun mereka tetap meneruskan tanggungjawab mereka.

8. Kecekalan Kecekalan dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah yang cekal mencari nafkah dan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan biarpun telah kematian suami. Kecekalan Ibu Bariah tidak dapat disangkal lagi kerana, beliau sendiri telah berusaha untuk mencari rezeki bagi menanggung kehidupannya sekeluarga dan menegakkan hak wanita yang menjadi balu daripada di tindas pihak yang tidak bertanggungjawab

Antara pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini adalah : -

1. Kita hendaklah sabar dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran dugaan agar kita dapat mencapai kejayaan.

2. Kita hendaklah mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi dalam menjalani kehidupan seharian.

91

3. Kita hendaklah tabah menghadapi liku-liku hidup yang semakin mencabar agar kehidupan yang diingini akan tercapai kelak.

4. Kita hendaklah mempunyai rasa kasih sayang terhadap sesama manusia tidak kira pangkat, darjat mahupun kedudukan sesorang.

5. Kita hendaklah berani menempuhi segala rintangan yang mendatang.

GAYA BAHASA

Dalam cerpen di bawah langit takut-takut ini terdapat beberapa jenis gaya bahsa yang digunakan oleh penulis untuk mengindahkan lagi cerpen ini. Gaya bahasa merujuk kepada penggunaan keindahan dalam ayat mahu perkataan yang digunakan dalam penulisan cerpen. Ianya bertujuan untuk menarik minat pembaca dan juga mengindahkan lagi cerpen ini dari sudut penulisannya. Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini adalah : 1. Hybrid Penyambungan dua perkataan menjadi satu. Perkataan Aku disambungkan dengan perkataan pakai dan kibas. Sebagai contoh, Kupakai kukibas-kibas dengan hujung jari. 2. Metafora

92

Perumpamaan. Satu perumpamaan yang membawa makna lain kepada perkataan yang digunakan. Sebagai contoh , Merupakan gelanggang hidup kaum Moro dan Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gasdis itu.

3. Peribahasa Peribahasa juga digunakan dalam cerpen ini. Sebagai contoh , Aku anggap jawapan Rini itu seperti serkap jarang sahaja. 4. Simile Perumpamaan yang menggunakan perkataan, seperti, bak, umpama dan bagai. Sebagai contoh , seperti serkap jarang sahaja. 5. Sinkof Ringkasan perkataan. Ianya meringkas sesuatu perkataan menjadi pendek iaitu seperti tidak tak, dahulu - dulu. Sebagai contoh, Apatah lagi kebanyakan wanita di sini tak ada asas kemahiran hidup., dan Hidup kami sejak dulu...

93

BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA (JURI DURABI) SINOPSIS Hardi berjalan-jalan ditepi pantai seorang diri lalu teringat kisah pengenalannya dengan seorang gadis manis berdarah Kadazan yang agak peramah dan lemah lembut. Oleh kerana itu Hardi jatuh cinta kepada gadis itu. Permulaan petemuan Hardi dengan Gadis bernama Juliani itu bermula ketika Juliani datang bertandang kerumah Hardi yang mana Juliani berkawan rapat dengan adik Hardi iaitu Aziah. Aziah dan Juliani berkawan sejak dibangku sekolah ketika tinggkatan 1 lagi hingga sekarang satu tempat kerja. Pada mulanya Juliani malu berbual bersama Hardi dan lama kelamaan mereka serasi. Dari pada itu Hardi dan Juliani berkenalan sehingga timbul bibit-bibit percintaan antara mereka berdua yang berlainan agama. Saban hari percintaan mereka menjadi merka tidak dapat di pertikaikan lagi. ahli keluarga mereka sudah tahu mereka berkawan malah

94

mereka berdua berjalan berdua-duaan ke panggung-panggung wayang dan ke tempattempat hibuaran. Mereka berdua sudah merancang dan berjanji membina mahligai yang amat bahagia atas dasar cinta dan kasih sayang mereka. Pada suatu malam seperti biasa mereka bersama-sama duduk di tepi pantai berbincang tentang masa depan mereka. Pada masa itu Hardi telah menyuarakan ketakutannya kalau-kalau keluarga mereka tidak merestui hubungan mereka. Ini kerana mereka berlainan agama. Namun Juliani sangup menukar agamanya dengan memeluk agama islam iaitu agama di anuti oleh Hardi. Cinta Juliani pada Hardi tidak dapat dibelah lagi. Hardi telah menyuarakan hasratnya inggin membawa Juliani lari dari keluarganya tetapi Juliani sangat menyayangi keluarganya oleh sebab itu Juliani menolak permintaan Hardi. Hardi akur dengan jawapan Juliani dan mereka tetap bersama. Tidak lama kemudian Hardi berasa hairan kerana Juliani tidak ditemui lagi sejak 3 bulan, Hardi berasa resah dan sangat merindui Juliani. Hardi mencari Juliani namun pencarian Hardi menemui kegagalan. Tidak lama kemudian Hardi menerima sepucuk surat daripada Juliani yang mana isinya menyatakan Juliani mengikut keluarganya berpindah malah tempat kerjanya juga diminta tukar ini kerana keluarga Juliani tidak mahu dia menukar agama dan melarang Juliani berjumpa dengan Hardi lagi. Hardi berasa sangat sedih akan jawapan Juliani dan tindakan keluarga Juliani memisahkan mereka berdua. Namun Hardi akur akan tindakan Juliani kerana Hardi tahu Juliani sangat menyayani kedua ibubapanya. Percintaan merea berdua berakhir disitu. Tema Percintaan berlainan agama. Persoalan

95

- Tanggungjawab kepada ibubapa dan agama - Kasih sayang sesama makhluk - Persahabatan yang ikhlas - Kepercayaan kepada agama

Watak dan Perwatakan Hardi Juliani mencintai Hardi kaum kadazan beragama kristen kulit kuning langsat, berlengsung pipit mencintai agamanya Kaum Melayu seorang abg kepada aziah beragama islam cinta akan agamanya mencintai juliani

96

patuh kata kedua ibubapa pemalu dan lemah lembut seorang yang tabah

aziah Latar Latar Tempat - kediaman rumah Hardi - Di tepi pantai hardi dan juliani berbincang dan bebual Latar Masa - senja hardi berjalan seorang diri di tepi pantai - petang di kediaman Hardi pertemuan pertama hardi dan juliani adik kepada Hardi bersahabat baik Juliani Beragama islam Periang Peramah lucu

97

- malam hardi dan juliani berbincang tentang hubungan mereka di tepi pantai

Latar Masyarakat - masyarakat sayang menyayangi - Masyarakat yang berbilang agama - Masyarakat yang berbilang kaum - masyarakat patuh kepada kedua ibubapa Nilai - Kasih sayang hardi mencintai juliani dengan kasih dan tanggungjawab - patuh kata kedua ibu bapa juliani patuh kepada kedua ibubapanya walaupun cintanya di halang kedua ibubapanya - Menjaga nama baik keluarga juliani tidak mahu mengikut Hardi yang mana hardi mahu membawa juliani untuk kahwin lari - keikhlasan juliani ikhlas mencintai Hardi hinga inggin menukar agamanya

Pengajaran

98

- Kita mestilah patuh kepada kedua ibu bapa - Kita hendaklah tabah mengahadapi dugaan hidup - Kita patutlah ikhlas dalam menjalinkan persahabatan - Kita mestilah kasih sesama makhluk - kita hendaklah menjaga nama baik keluarga

BENDAHARA TEPOK SINOPSIS Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.

Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang menjaganya, Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan

99

hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis yang sangat kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak mahu berundur dan bersemangat untuk terus mara menentang tentera Portugis walaupun telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad supaya berundur kerana angkatan Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa bernegeri di tempat lain.

Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring-pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah

ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu.

100

Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera. Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.

BENDAHARA TEPOK TEMA Drama Bendahara Tepok bertemakan perjuangan menentang penjajah yang hendak menceroboh Kota Melaka. Perjuangan yang ditunjangi pahlawan Melayu melaka berusaha mempertahankan Kota Melaka yang diserang oleh askar Feringgi. Semangat perjuangan yang tinggi dapat dilihat dari watak-watak dalam drama ini terutamanya watak Bendahara Tepok yang sanggup bermatian untuk mempertahankan Kota Melaka. Walaupun Bendahara Tepok sudah tua dan mengalami kecacatan fizikal, semangatnya berjuang menentang Feringgi sangat tinggi .

PERSOALAN Persoalan Perpaduan Persoalan ini menjadi salah satu sebab Kota Melaka tewas apabila diserang askar Feringgi. Hulubalang Melaka dikatakan tidak bersatu padu sehingga menjadikan itu

101

kelemahan Kota Melaka dan berjaya diceroboh oleh askar Feringgi. Persoalan ini dapat dilihat daripada dialog Seri Nara dalam drama ini.

SERI NARA : Ramai Hulubalang kita terkorban . Askar Feringgi dapat memanjat naik di jambatan. HANG KADIM : Tanganku luka terkena peluru (memegang luka). Sebab itu kita tewas. SERI NARA: Kita tewas kerana kurang perpaduan. Tidak sungguh-sungguh berjuang menentang musuh.

(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 169)

Persoalan Taat setia pada pemerintah Drama ini juga menyelitkan persoalan taat setia rakyat jelata kepada pemerintah iaitu Raja. Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Sultan Mahmud berundur dari Kota Melaka. Baginda bertemu dengan Hang Kadim dan Seri Nara yang juga turut berundur sebelum itu. Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda. Petikan dialog tersebut diucapkan oleh Seri Nara dan Hang Kadim.

SERI NARA: Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua masih hidup, tuanku takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia ,masih terus berbakti

102

kepada raja kita. Raja adil harus dijunjung, itulah raja. Raja itulah rakyat dan rakyat itulah raja..

HANG KADIM: Kita harus lindungi tuanku, taat setia kita masih tetap pada tuanku dan keluarga.

(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 176)

Persoalan Kezaliman Raja Kezaliman raja juga menjadi persoalan dalam drama ini. Persoalan ini digambarkan daripada dialog Seri Nara dengan Hang Kadim. Petikan dialog tersebut dapat

menggambarkan kezaliman raja .

SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang besar terkorban. Siapakah menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya? Dan banyak lagi kekejaman berlaku? (Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 177) Kekejaman Penjajah Dalam drama Bendahara Tepok, Kota Melaka telah diceroboh oleh askar Feringgi yang mahu menjajah Melaka. Berlaku kerosakan harta benda dan juga ramai hulubalang serta

103

rakyat biasa terkorban. Contoh petikan yang jelas dapat menggambarkan persoalan kekejaman Feringgi dapat dilihat dalam dialog dibawah:

BENDAHARA : Aku baru tiba di sini, dibawa lari Selamat pengecut ini. Aku tahu orang-orangku terbunuh di pantai. Sungguh kejam musuh, peluru meriamnya memecah tembok kota, menara istana di tepi sungai rosak binasa.

PANGLIMA ALANG: Bersyukur datuk selamat, kalau tidak, datuk juga terbunuh, terbunuh tak berpusara. Ramai perempuan kita ditawan dan diculik, rumah-rumah ibadat dan madrasah dibakar, kanak-kanal kita juga diseksa.

(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 182)

WATAK DAN PERWATAKAN Dalam drama Bendahara Tepok, terdapat 10 watak secara keseluruhannya. Ianya dibahagikan kepada 2 bahagian watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama adalah peneraju utama dalam drama ini. Manakala watak sampingan adalah pembantu untuk watak utama. Watak-watak ini memainkan peranan yang penting bagi menghidupkan drama ini menjadi sebuah cerita yang menarik. Watak Utama 1. Bendahara Tepok

104

2. Hang Kadim 3. Seri nara

Watak sampingan 1. Raja Sulaiman 2. Sultan Mahmud 3. Sultan Ahmad 4. Tun Fatimah 5. Selamat Gagah 6. Panglima Alang 7. Khoja Ahmad PERWATAKAN 1. Bendahara Tepok Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Tegas dan sangat cinta akan tanah airnya iaitu Melaka. Biarpun umurnya sudah dimamah usia dan menghidap penyakit lumpuh, namun semangat ingin mempertahankan tanah air sungguh kuat.

2. Hang Kadim

105

Seorang hulubalang yang mempunyai semangat mempetahankan tanah air. Biarpun Melaka telah ditawan oleh Portugis, beliau ingin merampas semula Melaka daripada tangan Portugis. Seorang bijak dan tidak mengikut perasaan.

3. Seri Nara Seorang hulubalang sama seperti Hang Kadim. Beliau dan Hang Kadim berjuang untuk mendapatkan semula Melaka. Seorang yang pandai bermain senjata dan bersilat namun berundur ketika diserang oleh Portugis kerana kekurangan senjata api dan jumlah tentera Portugis sangat ramai. 4. Sultan Ahmad Raja Muda iaitu pengganti kepada Sultan Mahmud. Masih muda dan masih lagi mentah dalam hal ehwal pemerintahan.

5. Sultan Mahmud Seorang sultan yang kejam dan zalim. Pentingkan diri sendiri dan tidak memperikemanusiaan terhadap rakyat dan juga pembesar-pembesarnya.

6. Tun Fatimah Pemaisuri Melaka dan isteri kepada Sultan Mahmud. Seorang yang berani dan tegas.

106

7. Selamat Gagah Orang kanan kepada Bendahar Tepok. Berani dan gagah namun dituduh pengecut oleh Bendahar Tepok kerana lari berundur dan memangku bersama Bendahara Tepok yang sudah uzur.

8. Panglima Alang Hulu baling Melaka. Berani dan berjuang untuk mendapatkan semula Melaka dari tangan Portugis.

9. Khoja Ahmad Anak kepada Bendahara Tepok.

GAYA BAHASA

1-Sinkof Sinkof ialah singkatan kata. Dalam drama Bendahara Tepok kita boleh lihat terdapat singkatan tak. Contohnya,Kita juga kalah senjata,kita tak banyak senjata api.

2-Aliterasi

107

Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan. Dalam drama Bendahara Tepok kita boleh lihat terdapat pengulangan huruf konsonan b. Contohnya, Harus mereka berpecahpecah,berbagi-bagi berundur,supaya tak diketahui musuh. 3-

LATAR MASA. Tahun 1511 kota Melaka , kerajaan islam Melayu Melaka ditawan oleh portugis. Waktu Pagi Seri Nara dan hang Kadim sampai di Ulu Muar. Pada tahun 1511, angkatan perang portugis menyerang dan menakluki

LATAR TEMPAT. Di tepi hutan - Tempat Hang Kadin dengan Seri Nara berbual-bual tentang kejatuhan kerajaan Melaka di tangan portugis.

Tebing Sungai Melaka Tempat Khoja Ahmad dan ayahnya Bendahara Tepok dengan Askar ferenggi. bertahan dan berperang

Ulu Muar Tempat Hang Kadim dan seri Nara berundur selapas Melaka diserang dan ditawan oleh Portugis.

108

Bentayan Tempat Sultan Ahmad dan Raja Sulaiman ingin membuat kota dan bertahan daripada serangan portugis.

Pagoh Tempat Sultan Mahmud dan Tuanku Permaisuri berundur dan bertahan selepas istana Melaka di tawan oleh Portugis. Disini juga terletaknya istana dan Almarhum Sultan Alaudin ayahnda Sultan Mahmud. makam

Bertam Ulu Melaka Tempat Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung membawa pihak perempuan berundur daripada serangan angkatan tentera portugis. Disini juga tempat Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung ingin berkumpul dan membuat kubu.

Lubuk Batu Tempat Datuk Bendahara Tepok mencampakan batu yang dibawanya dan dikawasan tersebut jugalah tempat makam Datuk Bendahara Tepok.

LATAR MASYARKAT. Masyarkat daripada golongan diraja.

109

Masyarkat yang berasal daripada golongan istana ini diwakili oleh Sultan Mahmud yang mana memerintah Melaka pada ketika itu. Selain itu golongan diraja yang lain terdiri daripada Raja Sulaiman iaitu Ayahanda Saudara Sultan Mahmud, Sultan Ahmad iaitu Raja Muda dan Tun Fatimah, permaisuri Melaka.

Masyarakat daripada pembesar istana. Masyarkat yang berasal daripad golongan pembesar istana ini diwakili oleh Datuk Bendahara Tepok, Selamat Gagah iaitu orang kanan Bendahara Tepok, Kohja Ahmad anak bendahara Tepok, Hang Kadim dan Seri Nara iaitu Hulubalang Melaka.

Masyarakat yang mengambil berat. Masyarkat yang mengambil berat ini dapat dilihat melalui watak Seri Nara dan Hang Kadim yang mengambil berat akan keadaan Datuk bendahara yang tua dan uzur serta tepok yang berjuang mempertahankan Melaka daripada serangan angkatan tentera portugis. Hang Kadim ingin membawa Seri Nara mencari Datuk Bendahara.

Masyarakat yang taat setia kepada Sultan. Masyarkat yang taat setia kepada sultan ini dapat dilihat melalui kata-kata yang diluahkan oleh Seri Nara yang mana mengatakan Sultan Mahmud tidak akan ditawan dan dibunuh selagi hulubalang dan para pembesar Melaka sepereti Hang Kadim, Seri Nara, Datuk bendahara dan yang lain-lain masih hidup. Mereka ini akan berjuang habis-habisan untuk melindungi Sultan Mahmud daripada serangan angkatan tentera Portugis.

110

Masyarakat yang zalim. Masyarakat yang zalim ini dapat melalui watak Sultan Mahmud yang mana membunuh orang-orang besar seperti Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Seri Nara yang mengimbas kembali peristiwa yang membawa kepada perpecahan diantara golongan pembesar Melaka.

Masyarakat yang berani. Masyarkat Yang berani ini dapat dilihat melalui Watak Datuk Bendahara. Datuk Bendahara yang sudah tua, uzur dan tepok tidak gentar menentang angkatan tentera portugis yang menyerang Melaka kerana mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan bertanggungjawab. Sewaktu orang kanannya iaitu Selamat Gagah membawa Datuk Bendahara berundur Ulu Muar Datuk Bendahara memarahi Selamat Gagah kerana membawanya berundur. Datuk Bendahara tetap mahu berjuang menentang tentera portugis yang menyerang Melaka. Datuk bendahara juga mengarahkan Selamat Gagah untuk menghantarnya kembali ke Melaka untuk menentang pihak portugis, tetapi dihalang oleh Hang Kadim, Seri Nara dan Panglima Alang.

Plot Permulaan Drama ini dimulakan dengan watak seri Nara dan Hang Kadim mengadu tentang kekecewaan diserang penjajah. Perkembangan

111

Perkembangan drama ini dikembangkan dengan watak Raja Sulaiman dengan Seri Nara dan Hang Kadim berbincang mengenai keadaan masing-masih. Mereka berada dalam keadaan cemas dalam menghadapi keadaan genting.

Kemuncak Kemuncak drama ini Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring-pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Peleraian Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.

NILAI BERSYUKUR Dalam drama ini terdapatnya nilai bersyukur. Nilai bersyukur merupakan nilai yang dituntut dalam agama islam.Contohnya, Hang Kadim bersyukur kerana dapat melepaskan diri dalam serangan portugis. Beliau memanjatkan kesyukuran kerana nyawanya dipanjangkan.

Bersemangat Dalam drama ini adanya nilai bersemangat.Contohnya,Sultan Ahmad menunjukkan semangatnya dalam menentang musuh. Beliau tidak gentar menentang musuh sebaliknya menunjukkan darah-darah musuh yang terlekat pada pakaiannya

112

Taat Nilai taat juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya,Seri Nara seorang yang taat kepada Rajanya. Beliau mengatakan bahawa selagi beliau masih hidup dia akan sentiasa taat kepada Sultan Mahmud.Itulah yang menunjukkan taat setia kepada raja.

Nasihat Nilai nasihat amat berguna kepada setiap orang. Contohnya,Hang Kadim menasihati rakannya Seri Nara supaya jangan disebut-sebut mengenai sejarah Melaka yang lepas. Beliau juga mengatakan kejatahan Melaka akan dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Prihatin Nilai prihatin juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya Hang Kadim amat perihatin terhadap Bendahara Tepok. Beliau merisaukan kedaan Bendahara Tepok yang sedang berjuang dan membimbangi usaha Bendahara Tepok hanya sia-sia sahaja kerana Bendahar tepok sudah tua lagi tepok yang mahu menentang musuh.

Pengajaran Kita hendaklah bersemangat dalam melakukan sesuatu. Sifat semangat yang kuat akan menjadikan kita lebih berjaya. Contohnya, Sultan Mahmud begitu bersemangat dalam menentang musuh.

113

Kita hendaklah taat terhadap raja. Contohnya,Seri Nara seorang yang taat kepada Rajanya. Beliau mengatakan bahawa selagi beliau masih hidup dia akan sentiasa taat kepada Sultan Mahmud.Itulah yang menunjukkan taat setia kepada raja.

Kita janganlah terlalu bersikap terlalu angkuh. Cohntohnya, Bendahara tepok yang sudah tepok terlalu angkuh dengan kekuatannya untuk menentang musuh,walaupun kakinya te

DRAMA LIMA PERWIRA SINOPSIS Secara keseluruhannya drama ini mengisahkan lima pahlawan Melaka sewaktu kecil iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang berani menentang lanun di selat Melaka. Mereka dengan beraninya telah menyerang kapal lanun di Selat Melaka Mereka terperangkap dan menjadi tawanan lanun di atas kapal lanun bernama Samudera Buas sebagai tawanan. Semasa dalam tawanan lanun mereka cuba didera dan diseksa oleh Juragan Kilat Bersiung tapi sempat dihalang oleh ketuanya iaitu Nakhoda Antah Berantah .Nakhoda Antah Berantah menetapkan untuk membunuh 5 perwira itu pada keesokan pagi kerana undang-undang laut mereka yang

114

tidak membenarkan mereka membunuh pada waktu malam. Pada akhirnya lima perwira dapat membunuh Lela Tunjang iaitu lanun yang gagah perkasa dan pegawai lanun iaitu Juragan Kilat Bersiung ketika dia leka ingin menyeksa mereka. Juragan Kilat Bersiung telah dibunuh oleh Hang Jebat ketika dia mencabar lawan satu sama satu. Lima perwira juga Berjaya menyedarkan Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menjadi rakyat yang taat kepada Sultan Melaka.

TEMA Drama ini bertemakan perjuangan menentang munsuh untuk menegakkan keamanan. semangat perjuangan itu jelas kita dapat lihat melalui kelima-lima watak utama dalam drama ini iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. mereka berlima berjuang menentang lanun di perairan Melaka suatu ketika dahulu.

PERSOALAN a) Keberanian Persoalan keberanian ini dapat kita lihat dalam lima watak drama ini iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka berlima begitu berani menentang lanun-lanun yang berada di peraian laut Melaka.

b) Semangat kerjasama Kegiatan lanun yang ganas di sekitar laut Melaka ketika itu dapat ditumpaskan oleh lima orang perwira ini hasil semangat kerjasama yang tinggi antara mereka. 115

tanpa kerjasama yang jitu antara mereka, nescaya usaha untuk melumpuhkan kegiatan ganas lanun itu pasti akan gagal.

c) Ilmu kepahlwanan yang tinggi Kelima-lima perwira Melaka itu, mempunyai ilmu berlawan dengan munsuh yang tinggi. hal ini kerana, bukan mudah untuk mengalahkan lanun seperti Juragan Kilat Bersiung dan pengikutnya yang lain. kecuali mereka-mereka yang telah memiliki ilmu yang tinggi sahaja seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan rakan-rakan mereka yang lain.

d) Menurut perintah Hang Tuah dan sahabatnya yang lain digambarkan pahlawan yang menurut perintah sultan Melaka ketika itu. malah, semangat kesetiaan yang tinggi dan tidak berbelah- bahagi kepada Sultan Melaka menyebabkan mereka memikul amanah Sultan untuk memerangi kegiatan Lanun di Laut Melaka.

e) Tidak mudah panik Kita tidak seharusnya mudah panik atau mengelabah apabila menghadapi sesuatu situasi yang tidak diduga. contohnya, Hang Tuah dan sahabatnya tidak mudah mengelabah apabila ditangkap oleh Juragan Kilat dan pengikutnya. sebaliknya lima perwira itu, cekal dan mencari jalan penyelesaian untuk bebas daripada tahan lanun-lanun tersebut.

116

WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. 2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. 3. Perlibatan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang

melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. 4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. 5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. 6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak

memeranjatkan pembaca. 7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. 8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. 9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. 10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.

117

11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi

penentang atau lawan kepada watak protagonis.

WATAK PERWATAKAN LIMA PERWIRA Hang Tuah Watak Hang Tuah adalah seorang remaja yang meningkat dewesa mempunyai lima sahabat baik dan gagah berani ,Hang Tuah juga seorang yang berani malah merupakan seorang pahlawan sultan Melaka. Mempunyai perwatakan yang berani menyerang kapal lanun tanpa merasa takut walaupun jumlah meraka agak ramai. Seorang yang taat kepada sultan. Ini terbukti dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi walaupun pernah ditawarkan untuk menjadi pahlawan lanun oleh Nahkota Antah Berantah dan akan dibunuh jika tidak mengikut segala kehendaknya namun Hang Tuah tetap menolak tawaran itu. Selain itu. Hang Tuah mempunyai perwatakan seorang ketua yang sabar dan bijaksana kerana segala perbuatnya dimulakan dengan tindakan berfikir sebelum bertindak hasilnya dia dapat melepaskan diri dari tahanan lanun .

Hang Jebat Salah seorang sahabat lima bersaudara yang ditawan oleh lanun. Hang Jebat seorang pahlawan kepada sultan Melaka dan pandai dalam ilmu persilatan. Perwatakan Hang

118

Jebat adalah seorang yang berani terutama berdepan dengan Juragan Kilat Bersiang tanpa merasakan takut walaupan Jugara Kilat Bersiang lebih dewasa.

Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu Merupakan lima saudara Hang tuah dan Hang Jebat. Meraka juga mempunyai ilmu persilatan yang tinggi dan merupakan pahlawan kepada sultan Melaka . Meraka merupakan sahabat baik. Watak dan perwatakan meraka adalah pahlawan berani walaupun pernah memjadi tahanan lanun dan diugut bunuh jika tidak berpaling tadah kepada sultan namun meraka tetap menolak segala tawaran yang telah diberikan. Meraka juga seorang yang taat setia kepada sultan Melaka dan tidak merasa gental walaupun akan diberikan jaminkan keselamatan kepada meraka. Meraka juga bijak melepaskan diri dari tahanan serta dapat membunuh lanun yang cuba menangkap meraka.

Nakhoda Antah Berantah Merupakan watak antagonis kepada dalam drama ini, beliau ialah nakhoda kapal yang hebat dan sering membuat kacau bilau di kawasan pedagangan kerana sering merampas harta benda dagangan terutama bangsa lain yang berdagang di Melaka. Dia mempunyai anak anak kapal yang sanggup berkorban kepadanya dan setia ketika menjalankan tugas. Perwatakan adalah seorang yang tegas atas pendiriannya dengan

mempertahanakan perkara yang dilakukan. Dia juga bersifat kejam kerana ingin membunuh lima saudara jika tidak mengikut segala yang yang ditawarkan supaya

119

berbakti kepadanya. Seorang yang mula insaf atas perbuatanya memderhaka kepada sultan.

Juragan Kilat Bersiung Juragan merupakan pembantu kepada Nakhoda Antah Berantah. Dia merupakan watak antagonis dalam drama ini. Dalam drama ini dia telah dibunuh oleh Hang jebat kerana bersikap sombong dan bongkak malah sering memcabar Hang Jebat. dia seorang yang tidak boleh dipercayai malah seorang yang kejam. Dia cuba menyeksa lima sahabat kerana telah membunuh anak kapal. Walaupun tidak sempat melaksanakan dia kerana dihalang oleh Nakhoda dia tetap ingin meneruskan pembuatanya. Selain itu, Juragan juga suka bertindak tanpa memdengar kata arahan ketua. Anak kapal Anak kapal merupakan watak sampingan dalam cerita ini, dan merupakan anak kapal kepada Nakhoda Antah Berantah. Setiap penjalanan cerita ini terdapat peranan anak kapal ditunjukkan.

GAYA BAHASA 1. Sinkof. Contohnya : kemudian, tiap-tiap orang itu akan ku penggal lehernya. ( halaman 189.) 2. Perlambangan. Contohnya : begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan naga. (halaman 190.) 120

3. Simile Contohnya : alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami. (halaman 194.) 4. Inversi Contohnya : Langsung Datuk kena tawan, nampaknya.(halaman 204) 5. Personifikasi Contohnya : bermain nyawa ( halaman 208) LATAR DALAM DRAMA LIMA PERWIRA. Latar masa Masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 Latar tempat Hampir keseluruhan drama ini berlaku diatas kapal lanun bernama Samudera Buas Tempat dimana Hang Tuah dan saudaranya ditawan oleh lanun. Diatas kapal ini juga kita dapat melihatJuragan Kilat Bersiung mati di tikam oleh Hang Jebat, sewaktu terjadinya perkelahian.

Latar masyarakat

Masyarakat yang berani -Masyarakat yang berani ini ditonjolkan oleh watak Hang Tuanh dan saudaranya yang berani menentang lanun iaitu Nakhoda Antah Berantah dan orang-orangnya. 121

Masyarakat yang sanggup berkorban -Golongan masyarakat ini juga ditampilkan oleh watak Hang Tuah dan saudaranya. Mereka rela berkorban untuk raja dan Negara bagi menghapuskan lanun.

Masyarakat yang kejam Dalam drama lima perwira,masyarakat yang kejam ini diwakili ileh watak juragan Kilat Bersiung yang dikatakan kejam dan tidak belas kasihan. Dia sanggup menyeksa tawanan yang ditangkap oleh mereka.

Plot Permulaan bermula dengan lima sahabat ini menyerang kapal lanun dan ditangkap oleh lanun Perkembangan perkembangan cerita berlaku semasa dalam tawanan lanun mereka cuba didera dan diseksa oleh Juragan Kilat Bersiung tapi sempat dihalang oleh ketuanya iaitu Nakhoda Antah Berantah .Nakhoda Antah Berantah menetapkan untuk membunuh 5 perwira itu pada keesokan pagi kerana undang-undang laut mereka yang tidak membenarkan mereka membunuh pada waktu malam

122

Kemuncak lima perwira dapat membunuh Lela Tunjang iaitu lanun yang gagah perkasa dan pegawai lanun iaitu Juragan Kilat Bersiung ketika dia leka ingin menyeksa mereka. Juragan Kilat Bersiung telah dibunuh oleh Hang Jebat ketika dia mencabar lawan satu sama Peleraian berjaya menyedarkan Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menjadi rakyat yang taat kepada Sultan Melaka. NILAI

kesetian Dalam hikayat ini menunjukkan kesetiaan kepada sultan dan tidak sanggup mengorbankan kesetiaan walaupun terpaksa dihukuman mati.

keberanian walaupun masih remaja meraka berani menyerang kapal lanun walaupun jumlah meraka hanya lima orang. kesetiaan ini digambarkan bahawa sikap kepahlawanan yang dimiliki meraka adalah penting dalam menjadi seorang yang berani

berilmu lima sahabat ini mempunyai limu persilatan yang amat tinggi. ia terbukti dengan berjaya membunuh pendekar lanun tanpa mengalami kecederaan

123

PENGAJARAN

kita mestilah setia kepada sultan. sebagai orang Melayu kita seharusnya setia kepada sultan kerana ia merupakan satu adat yang masih digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. kesetiaan merupakan satu asas yang penting bagi menjadikan negara aman dan damai.

kita seharusnya berilmu. sebagai manusia kita perlu berilmu kerana ilmulseseorang itu akan berjayaan dalam hidupnya. seharusnya seseorang itu memdalami segala ilmu tidak kira ilmu agama atau ilmu dunia.

kita seharusnya berani merempuhi cabaran. sikap berani perlu ada dalam diri manusia terutama menjadikan seorang itu tidak takut akan cabaran. seseorang yang berani akan berjaya dalam hidup dan akan dihormati malah disegani.

124

Anda mungkin juga menyukai