Anda di halaman 1dari 3

TEMA Tema yang ingin disampaikan oleh pengarang di dalam novel DI HADAPAN PULAU adalah mengenai kesengsaraan yang

dialami oleh penduduk kampong semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kesengsaraan ini dapat dilihat dengan jelas melalui dua sudut utama, iaitu sudut social dan sudut ekonomi.Melalui sudut social, peperangan yang tercetus mengakibatkan berlakunya serangan penyakit dan kekrangan makanan. Kekurangan makanan menjadi masalah utama kepada penduduk kampong, kekurangan makan juga membuatkan manusia hilang pertimbangan hidup sehingga melupakan pegangan agama. Kekurangan makanan jelas dilhat melalui dialog antara Aziz dan Afidah. Saya lapar,katanya sambil menangis lebih teresak-esak.Saya lapar, saya lapar,Afidah bersuara, menangis sekuat-kuat hatinya. Manakala dari sudut ekonomi pula, ia menceritakan tentang penduduk kampong yang telah pekerjaan. Bagi mereka yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan peniaga, perang telah menghilangkan punca rezeki mereka. Bagi golongan nelayan mereka. Semasa peperangan juga taraf ekonomi penduduk kampong adalah sangat rendah.

PERSOALAN Antara persoalan yang terkandung di dalam novel DI HADAPAN PULAU karya A.Samad Said ialah mengenai keburukan yang diperoleh akibat tercetusnya perang.Kedatangan Jepun memberikan kesan yang negatif dalam jiwa penduduk kampong.Malah kekejaman dan kebengisan askar Jepun terhada penduduk kampong, menguatkan lagi kepercayaan penduduk kampung bahawa motif Jepun adalah untuk menduduki Tanah Melayu dan bukannya untuk membebaskannya dari tangan penjajah. Ini jelas melauli petikan yang menyatakan bahawa: Jepun bagi pertam kalinya menggunakan belakang senapang menghantuk seorang di tengkuk dan seorang lagi di bahu. Keadaan menjadi huru-hara sehingga seorang sojar Jepun lainnya menembak tiga das kea rah beberapa orang yang hendak melarikan diri. Selain itu persoalan lan yang turut diselitkan dalam novel ini ialah mengenai maruah diri. Manusia sanggup melakukan apa saja demi meneruskan hidup walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri. Contohnya watak Rosiah yang sanggup menggadaikan maruah untuk mendapatkan makanan yang begitu berharga pada waktu itu.Rosiah sanggup membelakangkan larangan agama semata-mata untuk meneruskan hidupnya. Perbuatan keji Rosiah ini dilihat oleh Aziz ketika dia merayaurayau di kawasan kubur untuk mencari makanan.

Dia ingin melihat apa sebenarnya yang ada di sebalik busut tersebut. Tiba-tiba sahaja dia terkejut mendengar suara perempuan hampir tersentak khuatir dan kemudiannya tercgat seorang lelaki besar, berdiri cepat mengajukan senapan.Jangan, kata perempuan itu, menahan lelaki tersebut dari menembaknya. Persoalan seterusnya ialah mengenai sikap perikemanusiaan. Peperangan yang berlaku telah mengubah sikap perikemanusiaan seseorang. Kekurangan makanan semasa zaman perang menyebabkan manusia sanggup membunuh dan mencuri. Ini dapat dilihat melalui watak Mahmud atau lebih dikenali sebagai Kapten Hebat yang sanggup mencuri dan membunuh monyet kesayangannya, Mak Ketong untuk dijadikan sumber makanan. Mokmeng! Afidah menjerit, kemudian menangis. Mokmennng!Aziz tergamam tidak dapat bersuara apa-apa, dan serta-merta itu juga dia terbayang bagaimana Kapten Hebat memakan tangan dan kaki Mokmeng. Tidak,tidak katanya mula perlahan kemudian kuat dan akhirnya menangis,tidak,tidak! Seterusnya novel ini turut mengungkapkan mengenai persoalan keagamaan.Sebelum tercetusnya perang, masalah agama dipandang ringan oleh masyarakat, namun setelah berlakunya peperangan barulah masyarakat menyedari betapa perlunya memohon kepada Ilahi agar melendungi mereka dari mara bahaya. Hal ini dibuktikan melalui petikan yang berikut: Pada masa-masa genting seperti sekarang baru dilihat, masing-masing terutamanya yang tua-tua mula meraskan betapa perlunya mereka kembali kepada agama, mencari petunjuk, pembimbing, pelindung dan kekuatan rohaniah. Persoalan mengenai tanggungjawab turut dirangkaikan di dalam novel ini. Tanggungjawab yang cuba diketengahkan ini mengenai tanggungjawan Budin terhadap keluarganya. Budin tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, sebaliknya mengharapkan isterinya iaitu Joyah untuk menyara hidup mereka sekeluarga. URUTAN PERISTIWA(PLOT) Pada bahagian awal novel DI HADAPAN PULAU karya A.Samad Said, pengarang telah memperkenalkan watak utamanya, iaitu Aziz yang telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi. Aziz juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai impian tinggi, iaitu untuk pergi ke sebuah pulau yang dikatakan mempunyai pelbagai cerita itu terpaksa ganjil di sebaliknya. Namun impiannya terpaksa dipendamkan begitu saja memandangkan keadaan kucar-kacir yang berlaku di kampungnya. Plot terus berkembang dengan memberikan gambaran suasana kampung yang telah berubah akibat desas-desus yang menyatakan akan berlakunya perang di kampung tersebut. Keadaan menjadi bertambah getir apabila orang ramai berpusu-pusu untuk

membeli bahan makanan. Persediaan untuk menghadapi perang seperti membina shelter, menyusun kampit-kampit pasir dan membina pagar-pagar dawai juga turut giat dijalankan. Di sinilah pengarang telah memperkembang watak-watak yang terdapat di dalam novel ini seperti, Syed Fikri, Afidah, Joyah, Taksiah, Zubir, Raihan dan banyak lagi. Seterusnya plot digerakkan lagi dengn mewujudkan konflik-konflik pada watak-watak. Watak utama, iaitu Aziz, berkonflik di dalam dirinya apabila dia sering teringat akan arwah ayahnya. Konflik Aziz terus dibebani dengan masalah bapa saudaranya yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga malaha sering memukul dan meminta wang daripada ibu saudaranya. Konflik turut dialami oleh watak pembantunya, iaitu bAfidah yang terpaksa menerima hakikat bahawa datuk kesayanganya, iaitu Tok Marzuki, telah menjadi korban dalam suatu letupan bom di kampungnya. Syed Fikri juga turut mengalami konflik apabila timbulnya rasa tidak puas hati di antara dia dengan sepupunya, iaitu Syed Zuhri mengenai hal-hal agama perniagaan dan hal-hal semasa. Konflik menjadi bertambah hebat apabila Jepun Berjaya menduduki kampung tersebut. Sungguhpun sebelum ini, Jepun telah berjanji untuk membebaskan Tanah Melayu daripada tangan penjajah, namun janji itu seperti dilupakan oleh Jepun. Jepun telah bertindak kejam dengan menghukum penduduk kampung tanpa rasa belas kasihan. Semasa pendudukan Jepun juga berlakunya masalah kekurangan makanan dan timbulnya masalah penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri. Konflik novel ini menuju ke klimaks apabila penduduk kampung telah dibawa ke kem-kem tahanan dan telah dijadikan buruh paksa. Walaupun terdapat beberapa orang penduduk kampung yang dibenarkan pulang seperti Rosiah, Wan Rohani dan Dorani, namun timbul Tanya di kalangan penduduk kampung apabila masih banyak yang hilang dan sebahagiannya tidak dapat dikesan seperti, Soejono, Potimah, Taksiah dan banyak lagi. Klimaks ini menuju kea rah peleraian apabila keadaan kampung menjadi semakin teruk. Banyak penduduk kampung yang berpindah-randah kerana tidak tahan menanggung seksa kekurangan makanan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh askar Jepun. Kedengaran letupan bom dan senapang di merata-rata tempat. Hal ini menambahkan lagi rasa takut mereka terhadap tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak Jepun. Rancangau untuk berpindah ini turut disuarakan oleh Aziz, Afidah dan Mak Ketong seperti yang lain mereka tidak mahu peperangan yang tercetus akan mengorbankan mereka kelak.

Anda mungkin juga menyukai