Anda di halaman 1dari 20

BAHASA MELAYU

ANALISA BUKU

NAMA : YONG MUN HONG


KELAS : 4 SCIENCE 1
GURU : PUAN KHAIRANI
Sinopsis
Bab 1.
Aziz termenung di tepi laut. Dia terkenangkan ayahnya yang telah meninggal dunia dua
bulan yang lalu dan ibu yang telah meninggalkannya. Dia juga tidak pernah melihat
adiknya. 
Aziz tinggal dengan Mak Ciknya, Joyah. Aziz melihat pulau. Hatinya ingin pergi ke
pulau tersebut. Tuk Marzuki telah berjanji untuk membawanya ke pulau tersebut tetapi
janjinya masih belum ditunaikan.. Aziz menangis apabila terkenangkan ayahnya sambil
berlari di pantai. Afidah membuat air kopi untuk datuknya, Tuk Marzuki. Tuk Marzuki
sedih melihat cucunya menderita kerana penceraian kedua ibu bapanya.

Bab 2.
Ketika menunggu kedatangan rakan, Raihan memerhatikan kem tentera Australia. Raihan
teringatkan rakannya Ridwan telah ke San Francisco dan Rahim pula telah keTokyo.
Lamunan Raihan terganggu dengan kedatangan rakannya Zubir. Zubir menyatakan
perang telah meletus tetapi belum melanda tanah air mereka. Mereka berbincang menjadi
nelayan tetapi mereka tidak dibenarkan ke laut kerana takut terkena bom. Tambahan pula
perang sudah bermula. Syed Fikri singgah di kedai sambil memerhatikan Aziz, Lazim
dan Razip yang sedang bermain. Aziz dan rakan-rakan bersalaman dan mencium tangan
Syed Fikri apabila mereka dihampiri Syed Fikri. Syed Fikri berasa sedih kerana Aziz
dalam usia muda sudah yatim piatu. Syed Fikri menasihati Aziz dan rakan-rakan supaya
jangan tinggal sembahyang. Masimah dan Basir datang membawa berita peperangan
telah meletus.
Bab 3.
Penduduk kampung dilarang memasang lampu pada waktu malam. Setelah lima malam
barulah Joyah dapat menyesuaikan diri dengan suasana gelap. Pada malam keenam,
Bidin suami Joyah balik ke rumah dengan keadaan mabuk. Kesulitan mendapat makanan
mula dirasai penduduk kampung. Ramai yang membeli dan mula menyimpan makanan.
Aziz teringat pesanan gurunya supaya berjimat cermat, jangan memasang lampu dan
masuk ke shelter apabila seren dibunyikan. Tentera mengadakan sekatan di jambatan di
kampung Aziz. Beras naik harga dan sukar diperoleh. Siren kecemasan sering dibunyikan
bagi melatih penduduk menyelamatkan diri. Tuk Marzuki dan Dorani pergi ke Merlimau
untuk mendapatkan beras dan gula. Raihan dan Zubir pula mencari kerja di kem tentara.
Aziz dan Afidah berbual-bual tentang perang. Aziz susah hati kerana Mak Cik Joyah
sudah kehilangan pekerjaan.

Bab 4.
Peperangan semakin hampir. Kebimbangan mula meresapi jiwa penduduk.Syed Fikri
teringat sepupunya Syed Zuhri yang suka menipu orang ketika berniaga dan berkahwin
banyak tetapi tidak bertanggungjawab. Syed Fikri berazam terus beramal dan
membimbing masyarakat ke jalan Allah. Dia ingin memberi pendidikan rohani kepada
anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka. Dia merancang ingin bercucuk tanam
kerana perniagaan minyak atar dan batu akik tidak dapat sambutan dalam waktu
peperangan. Pak Cik Budin Balik dalam keadaan mabuk lauu memukul Joyah, isterinya.
Aziz sedih dengan sikap Pak Ciknya. Aziz teringat ayahnya yang penyayang dan
berpesan supaya dirinya berusaha untuk hidup. Aziz ke rumah Syed Fikri pada awal pagi.
Syed Fikri sedang mencangkul tanah untuk bercucuk tanam.
Bab 5.
Pihak tentera sibuk memperkemas kubu pertahanan. Kem tentera dilingkarkan dengan
kawat duri dan ditimbunkan dengan kampit pasir sebagai tempat berlindung. Aziz dan
Afidah menunggu Tuk Marzuki pulang dari Merlimau. Afidah tinggal sementara dengan
Mak Ketong. Aziz duduk di bangku hadapan gerai yang sudah ditutup. Aziz merasakan
bahawa dia perlu bekerja untuk menolong Mak Ciknya yang tidak bekerja. Raihan dan
Zubir pula bimbang kerana masih tidak mempunyai pekerjaan. Afidah bimbangkan
datuknya yang masih belum pulang lagi. Penduduk kampung mula bersesak di
dalam shelter kerana mencari perlindungan.

Bab 6.
Sudah hampir tiga jam penduduk berlindung di dalam shelter tetapi masih belum
terdengar bunyi siren untuk membenarkan mereka keluar. Peperangan belum meletus
tetapi hidup semakin susah. Syed Fikri merasakan peperangan menyebabkan
perniagaannya terjejas dan kegiatan berdakwah juga terjejas. Tiba-tiba orang di shelter
dikejutkan dengan bunyi bom yang kuat. Aziz dan rakan-rakannya memerhatikan orang
ramai yang berjalan dari arah bandar.
Afidah datang memberitahu datuknya sudah pulang. Syed Fikri menyatakan penduduk
bandar sudah mula berpindah. Dia menasihati kanak-kanak supaya sentiasa bersama
keluarga. Syed Fikri berbincang dengan Dorani untuk membuka kelas agama di madrasah
yang sudah terbiar. Taksiah pula mengajak Joyah bekerja di kem askar kerana seorang
askar bernama Rahmat sudah mendapatkan pekerjaan untuk Joyah.
Bab 7.
Siren amaran semakin kerap berbunyi. Penduduk banyak menghabiskan masa di dalam
shelter. Mak Ketong tidak mahu tinggal di dalam shelter kerana beliau berpendapat di
mana-mana pun manusia akan mati. Beras yang dibawa dari Merlimau telah habis. Dia
ingin mencari beras bersama-sama Dorani di kem askar. Tuk Marzuki terkenang semula
akan kepulangannya ke Merlimau bukan sahaja untuk mencari beras tetapi mahu
menyerahkan Afidah kepada Mustaffa. Malangnya Mustaffa telah berpindah dan
meninggalkan Rukiah adiknya dalam keadaan nyanyuk. Kenengannya terhadap kampung
asalnya Merlimau terhenti apabila Afidah membawakan air kopi untuknya. Seterusnya,
shelter Tuk Marzuki kena bom. Afidah berlari sambil menangis dikuti Aziz dan orang-
orang kampung. Dalam keadaan cedera parah Tuk Marzuki berpesan kepada Afidah
supaya mencari Pak Cik Mustaffa dan Mak Cik Rukiah. Selepas itu Tuk Marzuki
meninggal dunia. Afidah menziarah kubur datuknya pada awal pagi.Dia menangis dan
Aziz yang berada bersama-sama dengannya turut menangis. Lazim turut berada di kubur
dan mempelawa Afidah tinggal bersama-sama dengan kakaknya Wan Rohani atau tinggal
di rumah Mak Ketong dan Mak Cik Joyah.

Bab 8.
Kem askar dibom dan penduduk mula berlindung di kawasan bukit. Tentera Jepun
semakin hampir. Selepas menolong Syed Fikri berkebun Aziz menemani Afidah ke kubur
datuknya. Afidah terkenangkan datuk Marzuki yang susah payah memeliharanya serta
teringatkan ayah meninggalkan rumah setelah bergaduh dengan ibunya. Afidah
teringatkan dia dipelihara oleh Pak Cik Mustaffa dan Mak Cik Rukiah selama dua tahun.
Selepas itu baru dia dibawa oleh Tuk Marzuki ke Singapura. 
Aziz dan Afidah berlari ke shelter apabila siren dibunyikan. Kapal terbang Jepun
menggugurkan kertas supaya penduduk kampung bekerjasama dengan Jepun untuk
membebaskan Asia daripada penjajahan. Selepas itu bom digugurkan bertalu-talu.
Bab 9.
Askar Jepun berjaya menumpaskan askar British dan mereka mengambil alih kem tentera
British. Askar Jepun mengarahkan semua penduduk berkumpul di kem tentera. Orang
lelaki diminta membersihkan kem dan menanam mayat dalam lubang besar. Orang
dewasa dipaksa menjadi buruh. Mereka yang melawan mati ditembak. Wanita dan kanak-
kanak hanya mampu untuk menangis sahaja. Fikiran Joyah bertambah kusut apabila
suaminya tidak pulang-pulang. Aziz ke rumah Syed Fikri juga tidak pulang. Mereka yang
lain ditahan oleh tentera Jepun. 
Aziz memicit badan Syed Fikri yang sakit-sakit setekah membersihkan kem Jepun. Aziz
pulang ke rumah meninggalkan Syed Fikri.
Soejono masih ditahan oleh tentera Jepun. Pagi esoknya, Aziz pergi ke rumah Syed Fikri.
Syed Fikri masih tidur. Afidah menjual jam pusaka Tuk Marzuki. Syed Fikri menyuruh
Aziz dan Afidah pulang kerana askar-askar Jepun sedang meronda.

Bab 10.
Taksiah masih ditahan tentera Jepun manakala Wan Rohani dan Rosiah dibebaskan.
Ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku kepada Rosssiah dan Wan Rohani tetapi
kedua-duanya enggan menceritakan pengalaman yang amat menakutkan. Pada malam itu
Dorani pulang setelah ditahan tentera Jepun selama lima hari. Dorani teringat anaknya
Mohideen yang setiap bulan mengirim wang kepadanya tetapi Mohideen takutkan
isterinya, Kunimah. Dorani teringat masa mudanya ketika menjadi nelayan selama dua
tahun serta menjadi kelasi kapal dan merantau ke seluruh dunia. Sakit jantung yang
dihadapinya menyebabkan dia pulang ke kampung.
Bab 11.
Kehidupan zaman Jepun semakin perit. Ramai yang mati kelaparan. Orang lelaki
terpaksa bekerja untuk Jepun. Mak Ketong tidak mampu lagi memberi makan kepada
Aziz dan Afidah. Mak Ketong menyuruh mereka mencari makanan sendiri. Aziz
mengajak Afidah mencari makanan di kem askar tetapi Afidah tidak mahu. Kemudian
Aziz mengajak Afidah mencari makanan di kuburan lama. Di kuburan iaitu di belakang
sebuah bukit Aziz terserempak dengan Rosiah bersama dengan seorang lelaki. Rosiah
memberi Aziz makanan dan berpesan supaya Aziz tidak menceritakan halnya kepada
sesiapa. 
Afidah gembira melihat Aziz membawa makanan. Afidah mengajak Aziz mengambil lagi
makanan tetapi Aziz enggan. Aziz merasa hairan dengan kelakuan Rosiah sedangkan
Rosiah terkenal sebagai gadis yang bersopan dan alim. Aziz dan Afidah pergi ke kedai
todi mengambil upah membelikan todi untuk mereka yang mengupahnya. 

Bab 12.
Aziz dan Afidah pergi ke barat pantai kerana khabarnya makanan tertanam di
situ.Mereka tidak menemui makanan tetapi menemui Kapten Hebat (Mahmud) yang
sedang menangis. Lutut Kapten Hebat tokak dan berdarah. Kapten Hebat menunjukkan
bangkai Mokmeng setelah sebelah tangan dan kakinya dimakan olehnya. Malam itu Mak
Ketong duduk bersama Aziz dan Afidah. Keadaan hidup semakin susah. Penyakit
semakin berleluasa kerana penduduk kekurangan zat makanan. Ramai orang yang mati
kebuluran. Afidah mengajak Aziz bercucuk tanam dan Mak Ketong pula mengajak
mereka berpindah. Orang ramai menjadi kelam kabut. Bunyi kapal terbang semakin dekat
dan diikuti pula bunyi tembakan meriam. Mak Ketong, Aziz dan Afidah duduk diam dan
bahaya sentiasa menanti mereka.
TEMA
Novel ini mengemukakan tema kesan peperangan dan kesengsaraan hidup semasa peperangan.

HURAIAN TEMA

- Peperangan menyebabkan hidup rakyat menderita. Waktu malam mereka terpaksa bergelap.

- Penduduk sentiasa dalam ketakutan dan cemas. Mereka terpaksa menyelamatkan diri dalam
shelter.

- Penduduk juga menghadapi kekurangan makanan. Aziz dan Afidah terpaksa menahan lapar.
Mereka terpaksa mencari makanan Peperangan juga mengakibatkan penduduk kehilangan mata
pencarian. Nelayan tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Raihan dan Zubir tidak dapat ke
laut.

- Desakan hidup akibat peperangan juga menyebabkan manusia hilang pertimbangan clan
sanggup menggadaikan maruah. Rosiah sanggup menggadai maruahnya kepada tentera Jepun.

- Perang juga menyebabkan harga barang naik kerana kekurangan bekalan di samping
merebaknya pelbagai penyakit seperti penyakit tokak yang dialami oleh Kapten Hebat.
PERSOALAN
1.
Pergolakan keluarga
Afidah terpaksa tinggaJ bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai.
Budin, seorang pemabuk clan kaki judi sering memukul iserinya Joyah.

2.
Kezaliman tentera Jepun
Kaum lelaki dipaksa menjadi buruh clan anak-anak terpisah daripada ibu bapa.

3.
Semangat kerjasama / tolong menolong
Penduduk kampung membina shelter berdekatan rumah Mak Ketong.
Aziz membantu Syed Fikri
bercucuk tanam.

4.
Kesesakan / tekanan hidup akibat perang
Kapten Hebat terpaksa memakan Mokmeng akibat kekurangan makanan semasa
perang.
Tanaman Syed Fikri dicuri.
Rosiah menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.

5.
Pegangan agama sebagai pedoman hidup
Syed Fikri menyuruh Aziz clan rakan-rakannya bersembahyang clan mengaj i Qur'
an.
Penduduk kampung mengaji Qur'an semasa di dalam shelter.

6.
Kasih sayang sesama insan
Tuk Marzuki menyayangi Afidah clan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.
Afidah menyayangi Tuk Marzuki clan meratapi kematiannya.
Aziz menyayangi ayahnya clan selalu merinduinya.

7.
Sikap prihatin terhadap insan yang malang
Aziz selalu memujuk clan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki
meninggal dunia.
Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.
8.
Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat
Syed
Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah untuk mendapatkan
keuntungan.

9.
Ketabahan menghadapi cabaran hidup
Penduduk kampung tabah menghadapi kesengsaraan hidup semasa perang.

10.
Masalah kebuluran semasa perang
Penduduk sukar mendapat makanan, harga makanan pula mahal.

11.
Masalah penyakit semasa perang
Penyakit beri-beri, tokak, malaria, kudis melanda penduduk.

12.
Pengangguran berleluasa pada zaman perang
Peniaga tidak dapat bemiaga.
Joyah dan Taksiah hilang pekerjaan di kem tentera.

13.
Pendidikan terjejas akibat perang
Kanak-kanak tidak bersekolah kerana sekolah ditutup.

14.
Keberanian menghadapi cabaran
Aziz dan Afidah
PENGAJARAN 
1. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme.
Contoh : Ratu Bongsu tidak sanggup menerima tawaran Tuan William RM5000 sebulan dan sebuah
istana demi menjaga atau tidak mahu menyerahkan puncak gunung tahan kepada Inggeris.

2. Kita hendaklah menghormati ketua dalam melaksanakan segala perintah yang diberikan.
Contoh : Orang-orang sakai begitu menghormati Tuk Batin dan menghormati perempuan tua kerana
dianggap sebagai ketua mereka.

3. Kita hendaklah menghormati tetamu.


Contoh : Orang-orang Sakai menghormati tetamu yang datang ke perkampungannya dengan melantik
Tuan Robert sebagai Batin Putih.

4. Kita hendaklah bersimpati dan menolong orang yg susah.


Contoh : Orang-orang Sakai menolong dan membantu Tuan William yang kesusahan dan memberikan
layanan yang baik kerana kawannya Tuan Robert mati kerana terjatuh pokok.

5. Kita janganlah memperlekehkan agama dan adat orang atau bangsa.


Contoh : Tuan William cuba memperlekehkan agama Islam dan tidak mempercayai ilmu dunia
(cenuai) dan menganggap agama kristian yang dianutinya lebih baik menyebabkan perempuan tua
memarahinya.

NILAI MURNI

1. Kasih sayang.
Contoh :Tuan Robert yang ditangkap oleh orang Sakai sentiasa teringat akan kawannya dan begitu
juga Tuan William selalu mengintai Tuan Robert dan sanggup mencari Tuan Robert yang hilang.

2. Kegigihan
Contoh : Tuan Robert dan Tuan William merupakan orang Inggeris yang gigih dan sanggup meredah
hutan untuk ke puncak gunung tahan untuk mencari tempat peranginan yang diarahkan oleh Kerajaan
British.

3. Keberanian.
Contoh : Terdapat sebilangan orang melayu yg berani menentang pihak Inggeris di Pahang untuk
mempertahankan negeri daripada dijajah walaupun dengan kelengkapan perang yang tidak setanding
dan akhirnya tewas.

4. Bekerjasama.
Contohnya : Orang-orang Melayu bekerjasama menentang orang Inggeris demi mempertahankan
tanah air daripada dijajah.
WATAK DAN PERWATAKAN

Ratu bongsu (watak utama)

-Raja di puncak Gunung Tahan (Raja orang bunyian)

-Anak kepada perempuan tua yang tinggal di perkampungan orang Sakai.

-Dilahirkan di dalam hutan ketika bondanya lari daripada orang Inggeris.

-Cinta akan tanah air


Contoh : Baginda tidak sanggup menerima tawaran RM5000 sebulan dan sebuah istana yang cantik
demi menjaga puncak gunung tahan supaya tidak jatuh ke tangan Inggeris.

-Baik hati
Contoh: Baginda sanggup menolong Tuan William dengan memberikan khidmat teropong halus,
beringin bercakap dan burung pesuruh-jaya untuk Tuan William mengetahui tentang isterinya yang
berada di London.

-Taat dan patuh kpd nasihat


contoh: Ratu Bongsu sentiasa patuh dan taat terhadap nasihat perempuan tua dan sentiasa berhati-hati
dengan sikap Tuan William

-Seorang yg bijak
Contoh: Baginda memerangkap Tuan William dengan menyuruh Tuan William masuk ke dalam
istananya ketika kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan dan menyebabkan Tuan
William terperangkap ketika istana di bom dan Tuan William mati.

-Seorang raja yg baik dan pandai memerintah.


Contoh: Baginda pandai memerintah dan ini membuatkan orang-orang bunyian patuh akan segala
arahan dan titah perintah daripada baginda.
Perempuan tua

-Keturunan raja di negeri Pahang

-Ibu kepada Ratu Bongsu

-Melarikan diri bersama-sama rakyat ke hutan dalam keadaan beliau sedang sarat mengandung apabila
rakyat Pahang ditewaskan oleh orang Inggeris.

-Bersalin di dalam hutan dengan bantuan orang-orang Sakai

-Tinggal bersama-sama orang Sakai di dalam hutan atau di Kampung Harimau Putih

-Mengajar Islam kepada orang-orang Sakai

-Mengenakan cenuai kpd Tuan Robert kerana Tuan Robert bersikap angkuh

-Berpendirian teguh
Contoh: Beliau tidak mudah terpengaruh dengan pujukan Tuan Robert untuk membeli kulit harimau
putih, dan dia tidak mahu menjualnya walaupun ditawar dgn harga yang mahal.

-Tidak suka dihina dan mempertahankan maruah dan martabat diri beliau.
Contoh: Apabila di hina oleh Tuan Robert tentang agama Islam beliau telah mempertahankan agama
Islam dengan hujahnya yang jitu dan kemudiannya mengenakan cenuai kepada Tuan Robert untuk
membuktikan bahawa ilmu dunia tidak karut.

-Seorang yang penyayang


Contoh: Beliau sentiasa menasihati anaknya ratu bongsu supaya berwaspada dengan Tuan William
supaya tidak terpengaruh dengan tipu muslihat Tuan William

-Seorang yang cerdik


Contoh: Beliau dapat mematahkan hujah Tuan Robert ketika Tuan Robert cuba mempersendakan ilmu
dunia dan agama islam dan cuba mengagungkan agama kristian.

-Berpandangan jauh
Contoh: Beliau selalu menasihati Ratu Bongsu supaya berwaspada dengan tindak tanduk Tuan
William kerana perempuan tua tahu bahawa Tuan William merupakan seorang yang tidak jujur.
Kusina

-Orang bunyian yang tinggal di puncak Gunung Tahan

-Berjumpa dengan Tuan William dan membawa Tuan William berjumpa dengan Ratu Bongsu

-Seorang yg baik hati - contoh: Memberikan makanan kepada Tuan William dan menunjukkan jalan
kepada Tuan William sehingga sampai ka puncak Gunung Tahan.

-Cinta akan tanah air - contoh: Apabila kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan,
Kusina menutup pintu bilik khazanah di istana Ratu Bongsu dan menyebabkan Tuan William
terperangkap di dalam bilik dan mati.

-Dapat menghilangkan diri (ghaib) - contoh: Kusina dapat menghilangkan diri dan memberitahu Ratu
Bongsu tentang kedatangan Tuan William ke puncak Gunung Tahan.

Tuan Robert

-Sahabat Tuan William

-Bertanggungjawab mencari tempat peranginan kepada pihak kerajaan British dengan ganjaran wang
sebanyak 50000 Paun.

-Tersesat di dalam hutan ketika cuba mengambil gambar pemandangan di hutan dan kemudiannya
ditawan oleh orang Sakai.

-Dilantik sebagai batin putih oleh perempuan tua

-Bersikap angkuh dan sombong


Contoh: Dia tidak mempercayai ilmu dunia dan menganggap agama Islam tidak bagus dan cuba
mengagungkan agama kristian

-Tergila-gila akan perempuan Sakai


Contoh: Apabila Tuan Robert terkena cenuai, dia tergila-gila akan gadis sakai dan sanggup lakukan
apa saja asalkan dapat berkahwin dengan gadis itu seperti mengelilingi busut sebanyak 7 kali serta
memanjat pokok dan akhirnya terjatuh dari pokok.
Tuan William

-Rakan Tuan Robert

-Bertanggungjawab mencari tempat peranginan kepada kerajaan British di Tanah Melayu dengan
tawaran upah 50000 paun.

-Orang yang berjumpa dengan Ratu Bongsu dipuncak Gunung Tahan

-Mempunyai isteri yang berada di London iaitu Mem William

-Melihat dan mendengar isterinya bermesra dengan lelaki lain ketika dia berada di Tanah Melayu
melalui teropong halus.

-Orang yang bertanggungjawab menulis surat kepada kerajaan British supaya menyerang Gunung
Tahan

-Mati terkena bom Inggeris yang menyerang puncak Gunung Tahan kerana tersedut gas beracun.

-Berhati jahat. Contohnya surat yang di tulis bukan kepada isterinya, sebaliknya menyuruh Kerajaan
British menyerang Gunung Tahan.

-Bersifat penyayang. Contohnya dia sanggup mencari kawannya Tuan Robert yang hilang dan sentiasa
mengingati Tuan Robert yang hilang

-Seorang yang gigih. Contohnya dia sanggup meredah hutan dan mendaki gunung untuk mencari
kawasan peranginan seperti yang diarahkan oleh kerajaan British

-Orang yang memberikan tawaran kepada Ratu Bongsu sebanyak RM5000 sebulan dan sebuah istana
jika Ratu Bongsu sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada British.

-Mementingkan kebendaan. Contohnya dia sanggup meninggalkan keluarga dan negaranya untuk
mencari kawasan peranginan di Tanah Melayu dgn upah 50000 Paun.
Latar masyarakat

Latar masyarakat dalam novel Putera Gunung Tahan ialah masyarakat yang mengamalkan
adat kebudayaaan tradisional. Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, wujud latar masyarakat yang
mempercayai perkara karut .Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan Robert terpaksa
mengikut adat perkahwinan orang Sakai dengan memanjat pokok semasa adat perkahwinan manakala
dalam novel Di Hadapan Pulau, latar masyarakat yang mempercayai perkara karut. Contohnya, Aziz
dan penduduk di perkampungan mempercayai pulau di hadapan berpuaka atau berpenunggu.
Latar masyarakat yang berbilang agama dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam
novel Di Hadapan Pulau sebahagian besar watak-wataknya beragama Islam contohnya, watak
Perempuan Tua beragama Islam manakala Tuan Wiliam dan Tuan Robert beragama Kristian tetapi
Aziz, Afidah dan Tuk Marzuki dalam novel Di Hadapan Pulau beragama Islam.
Kedudukkan latar geografinya yang berbeza iaitu latar masyarakat novel Putera Gunung
Tahan berlatarkan masyarakat yang tinggal di kawasan hutan dan pergunungan.Misalnya, Ratu
Bongsu menguasai dan tinggal di puncak Gunung Tahan. Manakala latar masyarakat novel Di
Hadapan Pulau berlatarkan masyarakat yang tinggal di perkampungan Melayu tepi pantai seperti
Raihan dan Zubir tinggal di situ dan bekerja sebagai nelayan.
Perbezaan dari segi pekerjaan masyarakat, novel Di Hadapan Pulau menggambarkan sebahagian besar
masyarakatnya bekerja sebagai nelayan tetapi novel Putera Gunung masyarakatnya terdiri daripada
pemerintah, penyiasat, pejuang tanah air, Tuk Batin dan juga pegawa.Contohnya Ratu Bongsu sebagai
pemerintah dan Tuan Robert sebagai penyiasat dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, Raihan
dan Zubir bekerja sebagai nelayan. 
Latar masa

Latar masa dalam novel Putera Gunung Tahan pada zaman penjajahan British manakala novel Di
Hadapan Pulau ialah zaman peralihan kuasa penjajah British kepada Jepun dan zaman pendudukan
tentera Jepun di Tanah Melayu. Contohnya sebelum Jepun, kawasan ini dijajah oleh tentera British.
Tetapi dalam novel Putera Gunung Tahan ialah pada zaman penjajahan British contohnya, nama-nama
pejuang seperti Bahaman.Mat Kilau dan Mat Gajah.
Dari segi tahun dalam novel Putera Gunung Tahan, berlaku sekitar tahun dua puluhan, misalnya tahun
1926 berlaku banjir besar di Kuala Lumpur.Ketika hujan lebat Tuan Robert dan Tuan William
berteduh di dalam gua. Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, peristiwa berlaku sekitar tahun
empat puluhancontohnya, tentera Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945 iaitu peristiwa
penduduk Kampung Aziz diserang Jepun.
Latar masa pada waktu malam dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi waktu pagi dalam novel Di
Hadapan Pulau.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau pada waktu pagi Raihan dan Zubir
berusaha untuk pergi ke laut untuk menangkap ikan.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan
Tuan William berasa risau akan keadaan yang berlaku kepada Tuan Robert.
LATAR TEMPAT

1-Negeri Pahang: Digambarkan melalui peristiwa tentera Inggeris menyerang Pahang dan ditentang
oleh pahlawan Pahang seperti Tuk Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman. Walaupun akhirnya rakyat
tempatan terpaksa menerima kekalahan dan melarikan diri ke dalam hutan.

2-Gua: Digambarkan melalui peristiwa Tuan Robert dan Tuan William terpaksa berteduh daripada
hujan lebat sementara meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan

3-Perkampungan orang Sakai: peristiwa Tuan Robert ditawan oleh orang Sakai semasa sesat dan
dibawa oleh orang sakai ke perkampungan mereka iaitu Kampung Harimau Putih.

4-Pondok perempuan tua: Peristiwa perempuan tua tinggal di pondok di perkampungan orang Sakai
dan mengajar agama Islam kepada orang Sakai.

5-Puncak Gunung Tahan: Peristiwa Tuan William berjaya ke puncak gunung tahan yang terdapat
pelbagai perkara yang aneh seperti teropong halus, beringin bercakap dan sebagainya. Di sini juga
tempat pihak inggeris meledakkan bom.
Pengarang buku - A. Samad Said

Biografi A. Samad Said

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik
penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan
tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai
pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk
melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran
sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil
Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam,
Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke
Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus
darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di
Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita
Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A.
Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits
Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak
membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat,
Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan
Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan
mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing
juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya
dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air
dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur
Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T
Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah,
AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari
Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang
terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi
kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi
menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di
Hadapan Pulau

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan
Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya
termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985),
dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran
Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.
(Dewan Sastera Ogos 2003)

Hasil karya:

A Samad Said (Antologi Puisi)


Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan
Bukuerbunuh.

Anda mungkin juga menyukai