Anda di halaman 1dari 10

Leftenan Adnan

Wira Bangsa
Bab 34, 35
Chua Wei
Tan Qing Lin
Isabel Goh
Sinopsis Bab 34- Darah Mengalir di Sungai ramal

Sophia reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi dia sedih mengenangkan


cara kematian suaminya Adnan. Selendang merah pemberian
terakhirsuaminya dicium berkali-kali. Mak Tijah dan Pakih Muda silih
berganti memujuk anak mereka itu. Kemudian mereka menyebut pula
nasib Pak Saidi yang tinggal berseorangan.

Jeneral Yamashita berasa gembira atas kejayaan Jepun, kagum akan


kehebatan askar Melayu dan geram kerana adiknya mati dek tikaman
bayonet Leftenan Adnan. Yamashta mahu membalas dendam dengan
memerintahkan Mutuguchi mencari keluarga Leftenan Adnan.
Berpandukan risikan, Mutuguchi ke Sungai Ramal. Ketua kampung
segera ke rumah Pak Saidi yang ketika itusedang bermain dengan cucu-
cucunya. Pak Saidi enggan akur dengan cadangan bersembunyi. Dia
mahu melawan, tetapi meminta tiga orang cucunya dilindungi.
Sinopsis Bab 34- Darah Mengalir di Sungai ramal


Pak Saidi bersedia dengan keris pusaka moyangnya, manakala Sophia
dan anak dihantar ke rumah keluarganya menerusi jalan belakang oleh
Nordin. Mutuguchi tiba, tetapi Pak Saidi tidak berganjak sambil
berbangga dengan anaknya sebagai pahlawan Melayu. Mutuguchi
menyuruh dua orang askarnya mengiringi Pak Saidi menuju trak mereka,
tetapi tiba-tiba Pak Saidi dengan pantas menikam dua askar berkenaan
serta mencederakan lengan lengan Mutuguchi yang hendak
menembaknya.
Askar Jepun tidak menembak Pak Saidi kerana perintah asalnya tangkap
hidup-hidup. Akhirnya, Mutuguchi menjeritkan perintah bunuh, lalu
peluru bersarang di dada Pak Saidi. Kemudian Mutuguci sendiri
melepaskan tembakan ke atas tubuh Pak Saidi yang sudah terbujur
kaku. Laungan takbir imam dan penduduk kampung menggentarkan
Mutuguchi, lalu dia beredar. Petang itu, Pak Saidi dikebumikan sebagai
wira yang telah berjaya mengorbankan lima orang askar Jepun dan
mencederakan 15 orang yang lain.
Perwatakan dan Nilai Murni
• Sophia
• isteri Leftenan Adnan
• menghadapi kehilangan suami dan anak bongsunya dengan reda
walaupun sebagai insan biasa, dia tetap bersedih

oSeorang yang tabah (ms 345)


oNilai Ketabahan
oMasyarakat yang tabah
oKita haruslah bersikap tabah apabila
menghadapi apa-apa dugaan dalam kehidupan
oPersoalan tentang ketabahan menghadapi
dugaan dalam kehidupan
Perwatakan dan Nilai Murni
• Pak Saidi
• tidak gentar berhadapan dengan askar Jepun yang bersenjata api,
sedangkan dia hanya berbekalkan keris pusaka. Pak Saidi juga
Berjaya membunuh beberapa orang askar Jepun.
• Ayah Leftenan Adnan
o Seorang yang berani (ms 350)
o Nilai Keberanian
o Masyarakat yang berani
o Kita patutlah bersikap berani ketika berhadapan dengan
musuh.
o Persoalan tentang sikap berani ketika berhadapan
dengan musuh.
Sinopsis Bab 35
• Pakih Muda menegah Sophia keluar bekerja, sebaliknya makan
apa-apa yang ada sahaja. Tiada penduduk yang berani keluar
bekerja dan berniaga kerana keganasan tentera Jepun. Pakih
Muda sempat menuai padi sebelum perang meletus, tetapi
Sophia mencampurkannya dengan pisang masak sebagai lauk dan
ubi rebus untuk penjimatan.
Petang itu Mak Tijah memberitahu tubuh Fatimah, anak Sophia
yang baru tujuh bulan itu panas. Pakih Muda memerah daun
bunga raya untuk disapu ke tubuh Fatimah. Pada mulanya suhu
badan Fatimah turun, tetapi menjelang tengah malam kembali
panas. Hujan ribut berlaku dan keluarga Sophia bergelap kerana
pelita terpadam. Tiba-tiba tubu Fatimah terasa kaku, sejuk dan
tiada lagi denyutan jantungnya. Sebelum Zuhur keesokan harinya
Fatimah disemadikan.
Sinopsis Bab 35
• Pakih Muda menegah Sophia keluar bekerja, sebaliknya makan
apa-apa yang ada sahaja. Tiada penduduk yang berani keluar
bekerja dan berniaga kerana keganasan tentera Jepun. Pakih
Muda sempat menuai padi sebelum perang meletus, tetapi
Sophia mencampurkannya dengan pisang masak sebagai lauk dan
ubi rebus untuk penjimatan.
Petang itu Mak Tijah memberitahu tubuh Fatimah, anak Sophia
yang baru tujuh bulan itu panas. Pakih Muda memerah daun
bunga raya untuk disapu ke tubuh Fatimah. Pada mulanya suhu
badan Fatimah turun, tetapi menjelang tengah malam kembali
panas. Hujan ribut berlaku dan keluarga Sophia bergelap kerana
pelita terpadam. Tiba-tiba tubu Fatimah terasa kaku, sejuk dan
tiada lagi denyutan jantungnya. Sebelum Zuhur keesokan harinya
Fatimah disemadikan.
Sinopsis Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
• 15 Ogos 1945
Jepun menyerah kalah kalah akibat bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki. British kembali memerintah. Sekolah
Kebangsaan Sungai ramal dibuka semula dan Sophia
ditawarkan mengajar semula di situ. Pada hari pertama
kebali bertugas, Sophia berkenalan dengan duda anak satu,
Ustaz Ridwan dari Melaka. Perkenaan itu berakhir dengan
ikatan perkahwinan kedua masing-masing.
Sophia dan dua orang anak lelakinya Mokhtar dan Zainuddin
berpindah ke Melaka. Setelah empat tahun mengecapi
kebahagiaan, Sophia disahkan menghidap leukimia (barah
darah). Sophia kritikal empat tahun sesudah itu sebelum
menghembuskan nafas terakhir.
Perwatakan dan Nilai Murni
• Ustaz Ridwan
• suami kedua Sophia
• mengahwini Sophia kerana mahu melindungi wanita yang
dirundung malang
oSeorang yang ikhlas (ms 356)
oNilai Keikhlasan
oKita hendaklah ikhlas ketika menolong orang
lain
oPersoalan tentang keikhlasan dalam
meringankan beban penderitaan orang lain
Latar Tempat dan Latar Masa
• Latar Tempat Bab 34 dan 35
• Kampung Sungai Ramal
Rumah Pak Saidi
Rumah keluarga Sophia

• Latar Masa Bab 35


• Malam kejadian hujan rebut (malam Fatimah meninggal
dunia)
Sebelum waktu Zuhur ( jenazah Fatimah dikebumikan)
15 Ogos 1945 (Amerika Syarikat menggugurkan bom
atom di Hiroshima dan Nagasaki)

Anda mungkin juga menyukai