Anda di halaman 1dari 16

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Di samping berekspersi dalam cereka, pengarang juga perlu mengimbangi aspek-aspek lain dalam novel supaya menjadi satu kesatuan yang menarik dan berkesan kepada pembaca. Ulaskan pernyataan tersebut dengan memetik peristiwa-peristiwa yang sesuai dalam satu novel yang menjadi teks wajib dalam kursus ini.

Pendahuluan Novel Di Hadapan Pulau yang merupakan antara karya A. Samad Said

menceritakan berkenaan seorang budak berumur 12 tahun, Aziz yang merupakan anak yatim piatu yang berkeinginan untuk ke pulau di hadapan pantai kampungnya. Arwah ayahnya dan Tuk Marzuki selalu berjanji untuk membawanya ke sana namun janji hanya tinggal janji. Hasrat untuk ke sana dilupakan ekoran perang yang meletus dan kesengsaraannya mengharungi hidup semasa peperangan. Kekalutan itu telah membuatkan dia bertekad untuk berikhtiar merubah kehidupan bagi dirinya dan membantu Makcik Joyah serta Afidah. Ramai penduduk kampung di tangkap, termasuk Tuk Marzuki datuk Afidah. Aziz, Afidah dan penduduk kampung di ancam kebuluran. Ekoran daripada peperangan juga menyebabkan penyakit berleluasa, makanan terus berkurangan dan penduduk kampung sanggup melakukan apa sahaja seperti merompak, membunuh, melacur diri dan mencuri haiwan belaan orang lain untuk mendapatkan makanan. TEMA DAN PERSOALAN DI HADAPAN PULAU Novel Di Hadapan Pulau telah mengemukakan tema mengenai penderitaan dan kesengsaraan hidup akibat dari peperangan ketika pendudukan Jepun di Tanah

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Melayu. Peperangan ini menyebabkan rakyat hidup menderita, tidak tenteram dan sering berada dalam ketakutan. Slogan Asia untuk Asia dan janji yang di bawa oleh Jepun untuk membebaskan Tanah Melayu telah membuatkan penduduk percaya akan kata-kata mereka. Malangnya, setelah askar-askar Inggeris berjaya di usir, askar-askar Jepun mula bertindak ganas dan zalim ke atas penduduk kampung. Akhirnya penduduk kampung terpaksa menghadapi penderitaan hidup kesan dari pendudukan Jepun itu. Perkara ini dalam halaman 113 telah dinyatakan oleh pengarang

... Keadaan sudah sedemikian peritnya sekarang. Janji Jepun bahawa negara yang dijajahnya akan menjadi negara yang serba cukup dan menjadi negara terkuat untuk merdeka ternyata tidak akan terisi lagi....

Peperangan menyebabkan hidup rakyat menderita. Waktu malam mereka terpaksa bergelap. Penduduk kampung takut bom akan dibalingkan ke rumah kerana di sangka pihak musuh. ... Hampir seminggu demikian keadaannya. Pada malam pertama segalagalanya diperintahkan gelap. Joyah merasakan sama sekali tidak boleh bergerak. Bagaimana hendak memasak jika sekelip api pun tidak dibenarkan. Bagaimana pula hendak bergerak jika tidak ada sekelip api pun yang boleh menyuluhnya. ....(Di Hadapan Pulau, hlm 18)

Gambaran ini telah menyebabkan perkara yang dirancang juga telah tertunda. Peperangan mengakibatkan penduduk kehilangan mata pencarian. Nelayan tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Contohnya seperti Raihan dan Zubir. Ini berikutan daripada ketakutan penduduk kampung yang terpaksa menyelamatkan diri di dalam shelter setiap kali siren berombak berbunyi. Ini dapat dibayangkan daripada tulisan pengarang seperti berikut.

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

....Pagi itu saja sudah dua kali mereka mendengar siren berombak berbunyi sebanyak dua kali. Masih menguji saja sebenarnya, tapi bunyi siren mendatangkan semacam ketakutan......(Di Hadapan Pulau, hlm 24)

Peperangan ini

juga telah membawa kepada keruntuhan moral seperti yang

digambarkan di dalam novel, manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup termasuklah melanggar hukum agama seperti mana Rosiah yang telah menggadaikan maruahnya demi mendapatkan makanan. Tidak kurang juga ada yang sanggup menamatkan hidup mereka kerana terlalu kecewa seperti yang dinyatakan pengarang dalam novel ini.

....Sudah selalu sering kedengaran orang-orang mati dan terbiar. Semakin ramai pula yang menamatkan hidupnya sendiri, baik dengan melontarkan dirinya ke dalam laut mahupun menggantung dirinya di pokok. Penderitaan tidak digambarkan lagi... (Di Hadapan Pulau, hlm. 113)

Peperangan itu telah memperlihatkan betapa sengsaranya mereka sehingga ada yang terpaksa mengorbankan nyawa untuk mendapatkan rezeki. Betapa pilunya hati mereka apabila terpaksa berjauhan dengan orang-orang tersayang. Masalah kekurangan makanan menjadi cabaran utama dan menghantui semua orang termasuklah kanak-kanak. Aziz dan Afidah terpaksa menahan lapar seperti yang di ceritakan oleh pengarang. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup pergi ke kubu lama pada waktu malam demi mencari makanan.

....Afidah menggelongsor di tiang gerai, terduduk, cepat menutup mukanya, menangis. Fidah, kata Aziz, cuba menenangkannya. Fidah, kenapa? Saya lapar, katanya, menangis lebih teresak-esak....( Di Hadapan Pulau, hlm 115)

Keadaan menjadi lebih sukar apabila peperangan telah menyebabkan harga barang naik dan merebaknya pelbagai penyakit seperti yang di alami oleh Kapten Hebat. Mokmeng turut merasai tempias peperangan itu dan akhirnya menjadi mangsa makanan kepada Kapten Hebat.
3

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Begitulah

tema

yang

ditonjolkan

dalam

Novel

Di

Hadapan

Pulau.

Kesemuanya berkaitan dengan penderitaan dan kesengsaraan akibat peperangan. Kini, saya tampilkan pula persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang mengikut pandangan saya. pengarang ialah: 1. Pengorbanan dalam hidup Ini jelas digambarkan oleh beberapa watak di dalam novel seperti Joyah yang sanggup berhadapan dengan suaminya yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab. Barang kemas Joyah habis di gadai kecuali barangan peninggalan arwah ibunya. Gadaian itu untuk Budin yang suka meminum arak dan berjudi. Kepulangan Budin yang sering mabuk seringkali menjadikan Joyah mangsa pukulnya. Namun Joyah masih tetap bersabar kerana masih mengharapkan perubahan daripada Budin. Aziz pernah mengatakan sesuatu namun Joyah masih menyebelahi suaminya seperti yang digambarkan oleh pengarang dalam tulisannya. Antara persoalan yang ingin di ketengahkan oleh

...Joyah menarik nafas., dan menyedari Aziz masih tetap ada tersandar pada dinding di kirinya. Dia tahu bagaiman perasaan Aziz, tapi apakah yang dapat dilakukan selain daripada menerima saja tindakan Budin? Dia terlalu, mak cik, Aziz berkata. Tapi dia suami aku,Joyah menjawab...(Di Hadapan Pulau, hlm. 19) Seterusnya, Aziz sanggup mengorbankan keindahan zaman kanak-kanaknya demi membantu mak ciknya dan untuk meneruskan hidup. Aziz juga cuba

menyembunyikan perasaan sedihnya atas kematian Tuk Marzuki dengan tersenyum dan cuba menenangkan Afidah ketika menerima tamparan hebat itu. Aziz sendiri merasa kehilangan Tuk Marzuki, namun di gagahi juga untuk menemani Afidah menanti kepulangan datuknya. Keprihatinan Aziz kepada sahabat digambarkan dalam novel ini. Jangan menangis Fidah, kata Aziz, menyangka Afidah yang muram itu sedang menangis. Hari ini tak ada, besok tentu ada, tambahnya. Lagi pula mengapa pula mesti menunggu Tuk Marzuki di tepi titian berhampiran dengan tempat perhentian beca tarik itu? Tuk Marzuki bukan tidak tahu pulang
4

baiknya

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

sendiri. Tapi hendak diapakan; dia perlu menemani Afidah, dan dia perlu menolongnya sama....(Di Hadapan Pulau, hlm. 42) 2. Kemunduran hidup akibat peperangan

Rakyat sukar mendapatkan makanan, tambahan pula harga makanan melambung tinggi sehingga menyebabkan tiada bekalan makanan di pasaran

....Duduk di atas bangku di hadapan gerai yang kosong itu melahirkan satu rasa kekosongan pada Aziz. Tidak ada orang lain di situ, tidak seperti dulu. Penjual kopi dan serbat itu telah meninggalkan gerainya, dan tidak seorang pun yang tahu ia pergi ke mana. Tidak juga mustahil kerana pelanggannya sudah kesukaran wang ( dan ada pula yang telah terpaksa mengembara ke tempat lain).....(Di Hadapan Pulau, hlm 45) Kelumpuhan ekonomi turut digambarkan menyebabkan semua kedai-kedai tutup kerana kesukaran mencari wang ringgit juga rata-rata penduduk telah berpindah ke tempat lain bagi memulakan penghidupan yang baru. Semasa pendudukan Inggeris, penduduk tidak mengalami kekurangan makanan tetapi apabila Jepun datang, bekalan makanan menjadi semakin sukar. Penduduk terpaksa hidup dalam kelaparan. Mereka juga berusaha dengan pelbagai cara, termasuklah mencuri untuk mendapatkan bekalan makanan. Keadaan ini digambarkan oleh saudara A. Samad said seperti yang berikut : ...Tuk Marzuki memberanikan hati untuk keluar mencari Dorani yang berjanji akan sama ke kem sojar, cuba-cuba untuk mendapatkan sedikit makanan, sama ada meminta, membeli atau bekerja sedikit untuknya. Beras yang dibawa dari Merlimau sudah lama habis. Wang simpanan semakin surut, sedang barang-barang makanan yang hendak beli bukannya selalu ada. Tidak lagi kelihatan ayam atau itik yang berkeliaran. Empunya ternakan tersebut, lebih berjaga-jaga, menguncinya di dalam kandang, atau ada yang menguncinya di dalam rumah sekali. Tidak boleh seekor ayam atau itik pun dibiarkan bebas. Ada saja tangan yang akan mencurinya....(Di Hadapan Pulau, hlm 83)

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Ada juga di antara mereka berusaha mencari makanan hingga ke kubu lama kerana di situ di khabarkan tempat menyimpan makanan dan kerana itu Aziz dan Afidah juga sanggup ke sana tanpa berfikir mengenai keselamatan diri lagi untuk mencari makanan. Kecurian juga sering berlaku untuk makanan. Hal ini jelas di tunjukkan apabila digambarkan monyet belaan Mak Ketong juga telah diambil orang dan dibuat makanan. Cerita ini dinukilkan oleh penulis. ....Tiba-tiba dia mendengar Afidah menjerit sekuat-kuatnnya. Aziz melepaskan Mahmud dan berkejar ke tempat Afidah, dan alangkah terperanjatnya dia melihat di hadapannya tersungkur mati seekor monyet , hilang sebelah tangan dan kakinya. Mok-meng! Afidah menjerit, kemudian menangis. Mok-mennnnnnnnngggg! Aziz tergaman, tidak bersuara apa-apa, dan serta-merta itu juga dia terbayang bagaimana Kapten Hebat memakan tangan dan kaki Mokmeng.... (Di Hadapan Pulau, hlm 131)

Tuk Marzuki pula dikatakan pulang ke kampung untuk mencari beras dan gula melaka . Zubir dan Raihan hilang mata pencarian kerana tidak berani ke laut garagara takut akan serangan bom. Manakala Joyah, Rosiah dan Taksiah pula tidak mempunyai peluang bekerja di kem tentera membuatkan mereka tidak mempunyai mata pencarian untuk menyara diri dan keluarga. Kekurangan makanan yang semakin serius menghantui kehidupan penduduk sehingga ada yang mati kebuluran atau mencabut nyawa sendiri kerana tidak tahan menanggung kelaparan. Kesannya kanak-kanak juga terpaksa mencari makanan sendiri. Misalnya Aziz dan Afidah

mengambil upah berbaris membelikan todi untuk penagih-penagih todi yang malas beratur . Dengan sedikit upah yang diperolehi itulah mereka membeli makanan. Selain itu, kemunduran akhlak yang dipaparkan oleh Rosiah turut di ceritakan dalam novel ini. Demi kesenangan hidup pada zaman itu, dia sanggup menggadaikan maruah hidupnya. Peperangan
6

telah

menyebabkan

banyak

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

kemudahan rosak dan sekolah pula terpaksa ditutup. Ini telah memperlihatkan wujudnya kemunduran dalam pelbagai bidang seperti yang dinyatakan di atas.

3. Pergolakan rumah tangga

Pengarang juga telah memasukan beberapa isu berkaitan dengan pergolakan rumah tangga seperti isu penceraian di dalam novel ini. Afidah kehilangan kasih sayang dan kestabilan hidup akibat dari penceraian ibu bapanya. Dia kemudiannya dipelihara oleh datuknya. Datuknya Tuk Marzuki juga berasa amat simpati kepadanya kerana tiada tempat untuk bergantung. Sering juga dia terfikir di dalam hati siapakah yang akan menjaga Afidah sekiranya dia tiada nanti. Kepiluan hati Tuk Marzuki ditulis di dalam novel. ....Orang tua itu terperanjat. Dia melihat kopi, kemudian melihat wajah cucunya. Kepiluan sentiasa cuba disembunyikannya. Terkadang-kadang dia merasa cucunya itu yang lebih menjaganya, dan bukan sebaliknya. Terkadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya mengapa anaknya itu mesti bercerai, dan mengapa pula kanak-kanak semuda itu mesti melalui penderitaan batin sedemikian....(Di Hadapan Pulau, hlm 6)

Selain itu, dipaparkan juga kisah Budin seorang kaki judi, pemabuk, memukul isteri, tidak memberi nafkah malah mengambil barang kemas isterinya untuk di jual semata-mata bagi membiayai aktivitinya, membuatkan rumah tangga mereka tidak bahagia. Sungguhpun begitu, Joyah tetap setia dan hormat kepada Budin. Kerana kasihankan mak ciknya, Aziz sanggup berkorban untuk membantu keluarga itu, tambahan pula dia merasakan tanggungjawab setelah dia hidup menumpang di situ. Berlainan dengan Taksiah yang telah berkali-kali gagal mempertahankan dan menyelamatkan perkahwinannya. Setelah berlaku peperangan tanpa segan silu

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

akhirnya dia mempergunakan daya tarikan sebagai wanita untuk mendapatkan pekerjaan dan manfaat lain. Manakala kisah Syed Zuhri pula yang dikatakan menipu pelanggan dengan menjual atar yang lebih merupakan minyak hikmat yang boleh menambat hati wanita atau lelaki. Penjualan itu telah membuatkan dia berkahwin sehingga empat dan digambarkan tidak setia dalam percintaan dan tidak

mementingkan keluarga seperti yang dinyatakan oleh penulis. .... Syed Zuhri memalukan keturunan dan keluarganya saja. Selain telah kahwin tiga kali tanpa tanggungjawab, sudah berapa orang pula ditipunya....(Di Hadapan Pulau, hlm 32) 4. Perubahan sikap manusia dalam keadaan terdesak Apabila keadaan makin terdesak, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Ada yang sanggup mencuri dan membunuh demi kepentingan diri sebagai contoh Kapten Hebat sanggup mencuri dan membunuh Mokmeng monyet peliharaan Mak Ketong untuk di makan akibat terlalu lapar. Begitu juga dengan Aziz, biarpun masih kecil, masih belum pandai menjerang air, namun di gagahnya untuk bekerja dengan Syed Fikri bagi membantu Mak cik Joyahnya. Keputusan itu dibuat setelah dia yakin bahawa Pak cik Budin tidak akan berubah manakala mak ciknya gagal mendapatkan kerja di kem tentera. Begitulah sikap manusia, selama ini tanah hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa diusahakan. Benarlah kata orang tua-tua dahulu jika kita berbudi pada tanah banyak manfaatnya pada kita. Hal ini dijelaskan oleh pengarang. ...Dia memberitahu Afidah bahawa dia turut membantu Syed Fikri untuk bercucuk tanam sekarang. Tiba-tiba dia juga Syed Fikri- mulai sedar bahawa selama ini mereka tidak pernah melihat ke tanah. Mereka membiarkan saja lalang atau tumbuh-tumbuhan liar lainnya tumbuh sesia di sekeliling kawasan
8

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

rumah mereka. Keadaan sudah berubah, tanah perlu dihargai sebaikbaiknya.....(Di Hadapan Pulau, hlm 48)

5. Penyakit berleluasa Kesan daripada peperangan telah mengakibatkan banyak penyakit berleluasa seperti tokak, beri-beri, malaria dan juga kudis. Hal ini berlaku daripada kekurangan makanan atau meraka terpaksa makan makanan yang kotor atau tidak berzat. Pengarang menggambarkan keadaan diatas seperti berikut : ...Keadaan lebih menekan. Penyakit malaria dan beri-beri sesuatu yang lumrah. Tokak dan kudis menjadi pakaian sehari-hari, dan orang mulai tiada berharga, mati pada bila-bila masa, dan di mana-mana saja......(Di Hadapan Pulau, hlm. 170) Antara yang digambarkan menderita akibat penyakit tersebut ialah Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Kapten Hebat. Pengarang menggambarkan keadaannya seperti berikut : ....Tiba di hadapan satu rimbun semak, mereka terhenti, menampak gerak manusia dan tangisan, atau seperti tangisan. Berhati-hati mereka berjalan dan tiba-tiba kedua-duanya terperanjat melihat Mahmud Kapten Hebat sedang menangis-nangis kesakitan sambil mengurut-urut paha dan lutunya. Di tengah lututnya kelihatan tokak membesar penuh nanah dan bekas darah. Tiba-tiba barulah Aziz dan Afidah tersedar apakah yang berbau busuk yang sengaja cuba ditahannya selama ini.....(Di Hadapan Pulau, hlm. 168-169)

6. Hilangnya maruah dan pegangan agama Tanpa pegangan agama maka goyahlah kehidupan manusia. Agama juga memainkan peranan dalam membentuk latar budaya masyarakat. Dalam novel ini, Syed Fikri bertekad membimbing penduduk kampung untuk beramal dan mendekati Allah. Dia juga menyuruh Aziz dan rakannya yang lain untuk bersembahyang. Perkara ini dapat dilihat di dalam novel ini :

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Hmmm, jadi awak semua boleh belajar sembahyang dari dia, kata orang tua Arab itu. Manusia mesti kenal Allah. Allah beri segala-galanya, kita mesti sembahyang. (Di Hadapan Pulau, hlm. 15) Dari sini, kita dapat tahu bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tidak mengambil berat berkenaan dengan soal solat. Kebanyakkanya hanya mementingkan ilmu duniawi sahaja.

Selain itu, terdapat juga beberapa wanita yang sanggup mengadaikan maruah untuk mendapatkan makanan seperti Taksiah dan Rosiah. Tetapi Rosiah telah memperlihatkan sikap yang sangat ketara. Sebelum Jepun menjajah, dia diceritakan sebagai seorang gadis yang pemalu namun akibat penderitaan hidup dia sanggup menjual kehormatan diri. Perbuatan terkutuknya itu, terbongkar apabila Aziz melihat sendiri perkara tersebut ketika dia sedang mencari makanan. ...Dia ingin melihat apa sebenarnya yang ada di sebalik busut tersebut. Semakin mendekat, semakin dia yakin ada baju wanita di situ. tiba-tiba saja dia terkejut, mendengar suara perempuan hampir tersentak khuatir, dan kemudiannya tercegat seorang lelaki besar, berdiri cepat mengajukan senapang. Jangan, kata perempuan itu,menahan lelaki tersebut daripada menembaknya. Walaupun lelaki tersebut berpakaian sojar, tapi Aziz tahu lelaki tersebut bukannya seorang sojar Jepun. Dan wanita yang terperanjat di hadapannya itu segera dikenalinya Rosiah, sesuatu yang tidak diduganya sama sekali....(Di Hadapan Pulau, hlm 121)

7. Ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup. Penduduk kampung tabah menghadapi kesengsaraan hidup semasa peperangan. Walaupun mereka dihantui perasaan takut dan sering dilanda kesusahan serta dijangkiti penyakit beri-beri, tokak, malaria dan kudis tetapi mereka masih berusaha untuk hidup. Keberanian ini difokuskan melalui watak Aziz yang berani mencari makanan di kubu lama pada waktu malam dan di tempat-tempat yang sangat jarang dilalui oleh orang lain. Aziz juga tabah meneruskan kehidupannya dengan menumpang di rumah mak cik Joyah selepas ibu bapanya meninggal dunia. Dia tabah
10

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup dengan mencari makanan sendiri dan cekal menghadapi nasib malangnya yang kehilangan ibu bapa. Ketabahan juga dibuktikan dalam watak Afidah yang menerima kematian datuknya akibat terkena bom dan kecekalannya meneruskan kehidupan. Namun dua sahabat ini adakalanya terasa sunyi juga kerana tidak lagi mempunyai tempat bergantung. Yang pastinya mereka redha dengan ketentuan Ilahi. Ini jelas digambarkan oleh pengarang: ...Kenapalah kita berdua ni, Fidah, Aziz berkata kemudian, cuba menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian menghembuskan keluar cepat-cepat , merasa lega dan bebas. Sapa tahu, ada lebih ramai kanak-kanak lagi yang macam kita ni, kata Afidah, terasa juga air mata tergenang di kelopak matanya, melihat kawannya yang hiba dalam kenangannya. Aku percaya, kata Aziz. Untunglah orang yang masih ada ayah seperti Razip dan Masinah. Sekurang-kurangnya mereka ada lagi tempat bermanja. Masinah boleh ikut ayahnya ke bandar. Razip ada pula tempat untuk mendengar cerita......(Di Hadapan Pulau, hlm 88)

Perkara ini jelas menunjukkan ketabahan kanak-kanak ini melalui kehidupan. Kesabaran dan sokongan kawan menjadikan mereka mempunyai sifat yang cukup berani, berdikari dan sentiasa berusaha untuk menyelamatkan diri.

8. Kasih sayang dan prihatin sesama insan Ini dapat di lihat melalui hubungan rapat Afidah dan datuknya, Tuk Marzuki. Tuk Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai. Afidah sangat menyayangi datuknya. Apabila datuknya mati akibat terkena bom, dia menangis teresak-esak dan air matanya tidak berhenti mengalir di tanah perkuburan datuknya. Setelah itu, Mak Ketong menjaga Afidah manakala Aziz selalu memujuk dan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki

11

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

meninggal dunia. Aziz pula digambarkan sangat menyayangi ayahnya dan selalu merinduinya. Hal ini boleh di lihat dalam petikan di bawah:

.....Ayahnya segera mencarinya pada setiap kali dia pulang, Sebaik -baik meletakkan fail lan buku, dia akan mendukung Aziz,mengusik hidung kanak-kanak itu sambil ber kata Ini khazanah bapak, ini khazanah bapak.!, dan akhirnya menggenyeh-genyeh hidungnya sendiri dengan hidung anaknya itu. Dia melepaskan Aziz kemudiannya menyuruhnya lari. Sebaik -baik Aziz menggelungsur dari busut, dia,akan segera mengejar dan menangkapnya, sambil menjerit-jerit juga "Ini khazanah bapak ,ini khazanah bapak!"... (Di Hadapan Pulau, hlm. 36) Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Syed Fikri juga melambangkan kesetiaan seorang suami pada isterinya yang telah meninggal dunia. Selepas kematian isterinya, dia tidak pernah lagi berkahwin bukan seperti saudaranya Syed Zuhri. Perkara ini dijelaskan seperti berikut : ... Soal kahwin tak penting lagi buat aku. Semenjak kematian Shariffah Zahariah...... .....(Di Hadapan Pulau, hlm 33)

9. Masyarakat yang menghormati orang lain Nilai kemelayuan turut diselitkan oleh pengarang di dalam novel. Aziz ditulis sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Seperti petikan di bawah: .....Aziz yang tiba-tiba terlihat orang Arab itu dan dia lah yang pertama meluru naik mendapatkan orang tua itu mencium tangannya. Razip dan Basir mengekori dari belakang, kemudian mencium tangan orang tua itu juga. Berkat, berkat, kata orang tua Arab itu sambil menggosok kepala Aziz....(Di Hadapan Pulau, hlm. 13-14)

Selain itu, sikap Joyah yang terlalu menghormati suaminya juga turut diceritakan walaupun suaminya itu seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Penantian Joyah tidak pernah surut untuk melihat suaminya berubah menjadi baik dan bertanggungjawab. Pengarang melatakkan gambaran yang perlu dicontohi oleh

12

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

masyarakat dimana dinyatakan dalam Al-Quran bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami.

10. Manusia hilang rasa perikemanusiaan Askar-askar Jepun memperlakukan penduduk tempatan seolah-olah seperti binatang. Berbeza dengan sikapnya sebelum berjaya menakluk Tanah Melayu, mereka menyebarkan dakyah kononnya mereka akan berjuang untuk membebaskan rakyat Asia daripada penjajah Barat. Namun setelah berjaya menewaskan orangorang Inggeris, askar-askar Jepun datang dengan imej manusia yang ganas dan zalim. Askar Jepun telah menyeksa penduduk tempatan. Mereka memaksa orang lelaki melakukan kerja berat tanpa di beri makanan. Mereka dijadikan buruh paksa. Keadaan ini dialami oleh Syed Fikri sehingga dia sakit-sakit. Soejona dan Dorani juga menerima keadaan yang sama. Kaum wanita terutama yang muda, telah dibawa ke kem-kem askaruntuk melakukan pelbagai pekerjaan. Rosiah, Wan Rohani dan Taksiah telah ditahan oleh askar Jepun berhari-hari lamanya. Ketakutan diceritakan pengarang seperti berikut : ...Apa Jepun buat, Rohani? tanya Latifah. Empat hari dalam ketakutan, satu pengalaman yang belum pernah dialaminya sebelum ini, lebih takut dari menghadapi siren berombak. Wan Rohani terbayang bagaimana seorang sojar Jepun cuba menarik rambut panjangnya yang sentiasa dipusingkan ke leher kiri. Sempat dia menepis, dan sempat seorang sojar Jepun lain yang lebih tua datang memarahkan sojar yang muda. Mempercayai sojar yang tua lebih memahami kesulitannya, Wan Rohani merasa tenang selepas dia menjemur pakaian sojar yang dikerah untuk membasuhnya. Setiap kali dia menjemur pada hari kedua dan ketiga sojar yang tua itu seperti mengiringinya, memberinya semacam kepercayaan bahawa dirinya terselamat. Pada pagi hari keempat, sebelum mereka dilepaskan, sojar Jepun yang tua itu pula secara tidak disangkanya cuba memegang lehernya. Wan Rohani cepat-cepat menjerit. Tidak ada seorang pun yang boleh dipercayainya, fikirnya, terketar seluruh anggotanya.... (Di Hadapan Pulau, hlm 106-107)

13

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Sementara kanak-kanak terpaksa berpisah dengan bapa mereka. Pengarang menggambarkan sikap ganas dan zalim askar-askar Jepun itu seperti berikut : .... Kumpulan mereka lebih lima enam puluh orang diperintahkan supaya masuk ke dalam trak. Berlaku sedikit kekecohan mulanya, bila beberapa orang enggan beredar, dan dua orang sojar Jepun bagi kali pertamanya menggunakan belakang senapang menghentak seorang di tengkuk dan seorang lagi di bahu. Kumpulan cepat menjadi huru-hara sehingga sojar Jepun lainnya menembak tiga das ke arah orang yang sedang hendak lari keluar. Dua orang jatuh tersembam, seorang memegang lutut sambil meraung sementara seorang lagi langsung tidak bergerak....(Di Hadapan Pulau, hlm. 120)

11. Sistem Pendidikan atau persekolahan secara formal terganggu akibat peperangan. Ibu bapa dan kanak-kanak tidak lagi memikirkan perihal persekolahan lagi. Masing-masing sibuk menghadapi kemungkinan perang yang akan berlaku. Dalam keadaan sebegitu, nyawa lebih penting daripada pelajaran. ....Sekolah sudah tutup, dan dia tidak tahu sama ada sekolah akan dibuka lagi atau tidak.......(Di Hadapan Pulau, hlm 61) Namun demikian, setelah berlaku peperangan, masing-masing mula

mengingati Allah agar melindungi mereka. Masing-masing mula sedar akan tanggungjawab yang selama ini kurang dipentingkan. Syed Fikri yang berketurunan Arab itu selalu berusaha menekankan pendidikan agama kepada semua orang. Dia sedaya-upaya menyampaikan ajaran agama walaupun dalam keadaan yang serba susah. ....Madrasah tepi sekolah tu dah lama tak terpakai. Sekolah pun dah tutup. Aku fikir baiklah aku dengan Tuk Marzuki kerjakan sesuatu untuk kebajikan di madrasah itu. Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun tentu sedia belajar tentang ajaran-ajaran agama. Hanya Tuhan sahaja yang dapat melindungi kita....dia terhenti, memerhatikan seorang tua sedang berlari menghala mereka. Dorani ke tu?. ..... (Di Hadapan Pulau, hlm. 76)

14

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

Penutup Seperti yang kita sedia maklum, bahawa tema dan persoalan yang dinukilkan oleh penulis memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik. Sasterawan A. Samad Said sememangnya bijak memainkan tema dan persoalan yang diolah dalam bentuk bahasa yang teratur dan mudah di fahami menjadikan buku ini menarik untuk tatapan umum. Tema dan persoalan yang dikemukan juga boleh memberikan kita pengajaran disamping merasai sendiri keperitan hidup semasa peperangan.

15

JMK 221 : FIKSYEN MELAYU MODEN

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Hanafiah, 1988. Kritikan Sastera : Masalah Dan Peningkatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah, 1993. Jambak : Proses Kreatif Pengarang Melayu, Volume 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hamzah Hamdani, 1982. Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Aisah Murad, 2007. A. Samad Said : Dalam Esei Dan Kritikan, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

16

Anda mungkin juga menyukai