Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS BAB 13:DARAH MUDA

Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang.


Dua orang adiknya, ahmad dan Amarullah masih di sekolah Inggeris. Di samping ke
sawah, Adnan juga mengajar anak kampung membaca dan menulis dalam bahasa
Inggeris. Tiba-tiba Pak Karim datang membawa surat tawaran sebagai guru pelatih
untuk Adnan. Pak Saidi gembira, tetapi Adnan termenung di beranda kerana bidang
keguruan bukan minatnya.

Ahmad mencadangkan abangnya menolak tawaran itu, tetapi Adnan serba salah
terhadap penerimaan Mak Milah. Sebagai jalan tengah, Adnan bersetuju dengan
cadangan menjadi guru pelatih buat sementara waktu. Keesokan pagi Adnan berbasikal
ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan bertugas di situ selama setahun setengah
apabila perbincangan tentang pasukan pertahanan orang Melayu rancang
dibincangkan, terutama oleh Cikgu Osman dan Cikgu Salleh.

Sinopsis Bab 17 :Kehidupan Baharu

Adnan menikmati cuti di kampung. Tiba di kem, Kapten Anderson memaklumkan Adnan
dinaikkan pangkat sebagai sarjan. Beberapa bulan kemudian Kapten Anderson
menyatakan Adnan terpilih ke London, mewakili askar Melayu dalam pertabalan King
George IV. Ketika bercuti seminggu sebelum ke London, Mak Milah merancang untuk
menjodohkan Adnan dengan Sophia, anak Pak Pakih Muda.

Sedang Adnan termenung mengingatkan zaman kanak-kanak, serta perihal kedua-dua


orang adiknya, Nordin dan rakan telah menyertai tentera. Mak Milah bijak memilih
waktu itu untuk memastikan bahawa Adnan masih tiada calon isteri. Semasa Adnan di
London, Pak Saidi dan Mak Milah menjalankan rancangan pertunangan Adnan dengan
Sophia, guru di Sekolah Sungai Ramal.

Adnan dikurniakan uniform tentera British daripada King George, lalu menunjukkan
kepada Kapten anderson sebagaimana yang diminta. Selanjutnya Adnan menjalani
latihan pegawai dan naik pangkat sebagai leftenan muda mengetuai Platun ke-7
Kompeni C. Ketika pulang ke kampung sekali lagi, adnan menerima kejutan akan
dikahwinkan dalam tempoh seminggu. Adnan serba salah, tetapi mengenangkan
pengorbanan Pak Saidi dan Mak milah, dia akur. Namun, ketika mengunjungi rumah
Sophia, Adnan terus terpikat dengan kelembutan dan keayuan bakal isterinya itu. Majlis
kahwin di rumah Sophia dan kenduri doaselamat di rumah Adnan diraikan penduduk
kampong.
Sinopsis Bab 34:Darah Mengalir di Sungai ramal

Sophia reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi dia sedih mengenangkan cara kematian
suaminya Adnan. Selendang merah pemberian terakhirsuaminya dicium berkali-kali.
Mak Tijah dan Pakih Muda silih berganti memujuk anak mereka itu. Kemudian mereka
menyebut pula nasib Pak Saidi yang tinggal berseorangan.

Jeneral Yamashita berasa gembira atas kejayaan Jepun, kagum akan kehebatan askar
Melayu dan geram kerana adiknya mati dek tikaman bayonet Leftenan Adnan.
Yamashta mahu membalas dendam dengan memerintahkan Mutuguchi mencari
keluarga Leftenan Adnan. Berpandukan risikan, Mutuguchi ke Sungai Ramal. Ketua
kampung segera ke rumah Pak Saidi yang ketika itusedang bermain dengan cucu-
cucunya. Pak Saidi enggan akur dengan cadangan bersembunyi. Dia mahu melawan,
tetapi meminta tiga orang cucunya dilindungi.

Pak Saidi bersedia dengan keris pusaka moyangnya, manakala Sophia dan anak
dihantar ke rumah keluarganya menerusi jalan belakang oleh Nordin. Mutuguchi tiba,
tetapi Pak Saidi tidak berganjak sambil berbangga dengan anaknya sebagai pahlawan
Melayu. Mutuguchi menyuruh dua orang askarnya mengiringi Pak Saidi menuju trak
mereka, tetapi tiba-tiba Pak Saidi dengan pantas menikam dua askar berkenaan serta
mencederakan lengan lengan Mutuguchi yang hendak menembaknya.

Askar Jepun tidak menembak Pak Saidi kerana perintah asalnya tangkap hidup-hidup.
Akhirnya, Mutuguchi menjeritkan perintah bunuh, lalu peluru bersarang di dada Pak
Saidi. Kemudian Mutuguci sendiri melepaskan tembakan ke atas tubuh Pak Saidi yang
sudah terbujur kaku. Laungan takbir imam dan penduduk kampung menggentarkan
Mutuguchi, lalu dia beredar. Petang itu, Pak Saidi dikebumikan sebagai wira yang telah
berjaya mengorbankan lima orang askar Jepun dan mencederakan 15 orang yang lain.

Anda mungkin juga menyukai