Anda di halaman 1dari 2

Novel : Peristiwa Penting dalam Leftenan Adnan Wira Bangsa

1. Peristiwa di Bukit Candu di Singapura. (Pusat Ketenteraan dan pentadbiran


British)
Semasa menghadapi serangan sengit daripada tentera Jepun yang dipimpin oleh
Leftenan Renya Mutuguchi di Bukit Candu pada 14 Februari 1942, Leftenan
Adnan dan askar-askar Melayu menghadapi masalah kerana mereka kekurangan
senjata, peluru serta kekurangan anggota tentera. Walaupun dalam keadaan
yang susah, Leftenan Adnan telah menunjukkan keberaniannya dan
ketabahannya kerana enggan menyerah kalah apabila disuruh berbuat demikian,
malah mengatakan bahawa askar-askar Melayu akan berjuang hingga titisan
darah yang terakhir.Kesanggupan Leftenan Adnan berkorban telah berjaya
meniupkan semangat askar-askar Melayu yang lain.
2. Peristiwa Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris
Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat di
sekolah rendah sahaja. Sekiranya bersekolah aliran Inggeris, anak- anaknya
berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi.
Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi. Bagi Pak Saidi, anak-anak
perlu dilengkapi ilmu pengetahuan kerana mereka bakal mentadbir negara ini
pada masa yang akan datang.
3. Saman menipu penduduk kampung
Samad yang tidak mahu berpindah, sebaliknya mengatakan bahawa kedatangan
Jepun adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, dan bukan untuk menjajah.
Semasa penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing, Samad
mengambil kesempatan mencuri barang-barang. Akhirnya, dia dapat ditangkap
oleh penduduk kampung.
4. Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang askar Melayu kerana ingin
mempertahankan tanah airnya daripada pihak musuh. Walapun ibu Adnan mahu
Adnan untuk menjadi seorang guru, Adnan tetap mengingkari perintah ibunya
dan minatnya dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam. Beliau menjalani
temu duga di Port Dickson (Kem Latihan Ketenteraan Haig Lines) dan akhirnya
diterima sebagai seorang askar.
5. Walaupun Adnan tidak fasih dalam bercakap Bahasa Inggeris, dia tetap berani
menyahut cabaran Cikgu Nazri dengan menyertai pertandingan syarahan dalam
Bahasa Inggeris. Adnan tidak mempedulikan ejekan dan gelagat kawan-kawannya
yang memandang rendah kepadanya. Akhirnya, Adnan timbul sebagai juara bagi
pertandingan syarahan itu setelah bertungkus lumus berlatih selama sebulan.
6. Leftenan Adnan mewakili masyarakat yang bijak dalam bertindak dan merancang
strateg apabila dapat menghidu tipu helah pihak tentera Jepun yang menyamar
sebagai tentera Sikh dengan memakai turban. Leftenan Adnan juga berjaya
mengesan bahawa Samad ialah pengintip Jepun apabila beliau curiga dengan
tindakan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Kebijaksanaan Leftenan
Adnan ini berjaya membunuh Samad dan tiga orang pengintip Jepun menyebabkan
Jeneral Yamashita menjadi berang.
7. Semasa Adnan memohon untuk menjadi askar dan diluluskan, dia telah
menghadapi bantahan daripada ibunya, Mak Milah kerana tidak mahu anaknya
melakukan kerja yang bahaya. Dalam peristiwa ini juga, teknik konflik dalaman
8. Adnan merupakan seorang yang penyayang. Adnan membawa isteri dan anak-
anakya berpindah mengikutnya ke Singapura. Beliau terpaksa menghantar isteri
dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila
terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
9. penentangan daripada Budin. Penentangan ini bermula pada perlawanan bola
sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin
daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di
tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju
拳 击 antara kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan. Akhirnya,
Budin dan Adnan bersepakat 协议 untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu
dan mereka menjadi sahabat.
10.Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin
memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh
sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut
kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau
bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan- rakannya dengan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

Anda mungkin juga menyukai