Anda di halaman 1dari 5

Panduan Menulis Pendahuluan Karangan (Contoh)

MENULIS PENDAHULUAN
Tulis perenggan pendahuluan jenis definisi berdasarkan yang berikut dengan berpandukan kerangan
yang diberikan.
Penglibatan kerajaan yang begitu serius dalam bidang industry bertujuan untuk memantapkan
ekonomi negara. Dalam waktu yang sama, sector pertanian tidak diabaikan. Berdasarkan pernyataan
berikut, berikan pendapat anda.

Pendahuluan Jenis Definisi


                Perindustrian bolehlah disimpulkan sebagai perihal pekerjaan yang dilakukan secara besar-
besaran untuk menghasilkan sesuatu barangna. Manakala pertanian pula membawa maksud perihal
pekerjaan bercucuk tanam untuk menghasilkan sesuatu hasil pertanian. Dalam usaha kerajaan
memantapkan ekonomi negara, sejak 1970-an lagi, kerajaan begitu serius dalam memberikan
tumpuan terhadap sector perindustrian. Apatah lagi dalam era Dunia Tanpa Sempadan, kepentingan
perindustrian tidak dipertikaikan lagi, kerana tanpa menumpukan kepada sector ini, negara akan
ketinggalan dalam serba-serbi, ekonomi pula boleh merudum. Walaupun begitu, sector pertanian
tidak sesekali kerajaan abaikan. Kita tidak wajar bergantung sumber makanan kepada negara luar,
sedangkan tanah di bumi bertuah ini amat subur.
 ________________________________________________________________________________
_

Tulis perenggan pendahuluan jenis pendapat berdasarkan soalan yang diberikan.


Dasar Pandang ke Timur telah Berjaya melahirkan pelajar berkemahiran, berbudaya, dan
berketerampilan. Saban tahun ratusan pelajar telah dihantar belajar dan mengikuti kursus di Jepun.
Pada pandangan anda, apakah sebab-sebabnya kerajaan meneruskan usaha tersebut?

Pendahuluan Jenis Pendapat


                Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membelanjakan sekitar RM100 ribu bagi setiap
penuntut yang melanjutkan pelajaran ke university-universiti negara Jepun di bawah program
Rancangan Persediaan Khas Jepun, Universiti Malaya. Menurut Khairuddin Md Yunus, Ketua
Penolong Pengarah, Unit Pandang ke Timur JPA, bantuan kewangan itu disalurkan dalam bentuk
biasiswa selama empat tahuan pengajian di Negara Matahari Terbit itu. Bagi sesi pengambilan
2001/2001, seramai 160 pelajar lepasan SPM telah terpilih mengikuti program ini dan mereka
merupakan kumpulan ke-20. Menurutnya, penuntut diberikan wang saku sebanyak RM70.00 sebulan,
kemudahan asrama, dan makanan. Bagi tempoh 2000 hingga 2008, kerajaan telah memperuntukkan
wang sebanyak RM450 juta. Walaupun pelaajr ditaja oleh JPA, tetapi apabila pulang kelak, boleh
bekerja di sector swasta.

  ________________________________________________________________________________

Tulis perenggan pendahuluan jenis suasana berdasarkan soalan yang diberikan.


Masalah disiplin di kalangan pelajar begitu membimbangkan. Pelbagai kes salah saku yang berlaku
sejak akhir-akhir ini telah membimbangkan masyarakat. Sebagai rakyat yang prihatin, tulis sebuah
rencana tentang masalah salah laku pelajar dan terangkan cara-cara membendung maslaah tersebut.

Pendahuluan Jenis Suasana


                Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang
dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah
di Shah Alam dan Rawang yang dibakar. Dalam kejadian lain di Kota Tinggi, rumah sewa bekas guru
disiplin hamper-hampir dibakar oleh pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakan guru tersebut.
Remaja yang masih bersekolah juga dilaporkan terbabit dalam pengedaran VCD lucah, memeras
ugut, dan pengedaran pil Ecstasy. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat
begitu terkejut, gempar, dan mahu pihak kerajaan menangani masalah itu. Tetapi sebulan dua,
suasana menjadi dingin semula, seperti maslaah tersebut tidak pernah berlaku. Sikap menuding jari,
tanpa menyedari satu jari lagi enuding ke tubuh sendiri haruslah dibuang. Semua pihak; pemimpin,
masyarakat, keluarga, guru dan pelajar sendiri harus bertanggungjawab terhadap masalah ini.
________________________________________________________________________________ 

Tulis perenggan pendahuluan jenis persoalan berdasarkan soalan yang diberikan.


Remaja hari ini begitu megah menggunakan kad kredit. Walaupun mempunyai wang tunai, mereka
lebih gemar menggunakan kad plastic itu. Tuliskan ulasan terhadap fenomena ini.

Pendahuluan Jenis Persoalan


                Mengapa menggunakan kad kredit? Tanpa kad kredit, apakah diri akan dituduh ketinggalan
zaman? Jika orang dewasa menggunakan kad kredit, bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi bagi remaja
yang baru bekerja atua masih menuntut menggunakan kad kredit, memang membimbangkan kita.
Mungkin mereka menganggap kad kredit lambing prestij, selain mudah kerana tidak perlu membawa
wang tunai yang banyak. Tetapi persoalannya, benarkah kad kredit lambing manusia berprestij atau
sebenarnya mereka ingin menunjukkan kemegahan sebagai manusia “berwang” walaupun
sebenarnya akaun simpanan kosong? Sebenarnya kita bangga jika remaja kita menjadi manusia
yang berkerjaya, berwang, mahu bersaing dengan orang lain, dan tidak mahu diri diperkecil oleh
orang lain. Sikap tersebut memang baik jika ada dalam diri, tetapi apakah kad kredit harus diberi
keutamaan atau menjadi agenda utama hidup remaja?

  ________________________________________________________________________________

Tulis perenggan pendahuluan jenis sejarah berdasarkan soalan yang diberikan.


Perpaduan di kalangan kaum di Malaysia boleh dipupuk jika masyarakat menyedari tanggungjawba
masing-masing. Pelbagai usaha perlu dilakukan agar perpaduan kaum di negara kita dapat
diperteguh. Berikan pendapat anda mengenai pernyataan tersebut.

Pendahuluan Jenis Sejarah


                Teriakan “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang
besar kepada kita. Untuk memaknakakn kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina, India dan
kaum-kaum lain diminta memeprteguh ikatan perpaduan agar makna kemerdekaan boleh diisi.
Semua kaum sedar akan hak masing-masing dan berlumba-lumba memajukan diri dalam bidang
Pendidikan, ekonomi, dan social. Terdapat akibat jurang ekonomi yang begitu ketara antara kaum
Cina dan kaum-kaum bumiputera, khususnya Melayu, telah berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Sejarah tidak berbohong dan sejarahlah yang menyedarkan kita dalam segala tindakan. Awal
2001, kita dikejutkan lagi dengan tragedy berdarah di Kampung Medan, Petaling Jaya. Luka-luka
yang parutnya hamper hilang, kini berdarah lagi. Bagi memastikan perpaduan kaum dapat
diperteguh, pelabagai usaha perlu dilakukan seberapa segera yang boleh.

 ________________________________________________________________________________
_

Tulis perenggan pendahuluan jenis peribahasa berdasarkan soalan yang diberikan.


Sikap menabung patut diamalkan sejak seseorang itu kecil lagi. Bincangkan pernyataan tersebut.

Pendahuluan Jenis Peribahasa


                Sejak kecil lagi kita diingatkan dengan peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama menajdi bukit”.
Masa depan ketentuan Allah, dan kita tidak tahu, sebab itu kita perlu menabung lebih wang yang kita
miliki. Satu lagi peribahasa ada menyebut “kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam
berkokok hari pun siang”. Peribahasa ini membawa maksud kesusahan atau kesukaan orang lain dan
beringat akan masa depan, sepatutnya menjadi iktibar kepada kita. Hari ini kita gembira dan tertawa,
hari esok kita tidak pasti. Jangan sampai, seperti kata peribahasa, “nasi sudah menjadi bubur” baru
kita sedar akan kesilapan kita.
 ________________________________________________________________________________

Tulis perenggan pendahuluan jenis puisi berdasarkan soalan yang diberikan.


Dalam usaha mengejar kemajuan, tanpa disedari telah berlakuk pencemaran alam. Sebagai seorang
rakyat yang prihatin, anda bercadang untuk menulis rencana tentang masalah tersebut. Tuliskan
rencana dengan menekankan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam.

Jenis pendahuluan Puisi


Alam Tidak Seindah Dulu,
                Anak-anak kita tiada tempat bermain,
Di halaman tidak mampu memercup kegembiraan
                Hanya duduk seharian di rumah sempit.

Ingin rasanya berlarian di bendang,


                Sejenak menangkap ikan pelage di kali
Ah, air berkeladak pekat!

Duduk di rimbunan pokok


                Daun berguguran memberi isyarat,
Mulalalh hujan menggila menyergah,
                Dalam langit cerah, tanpa awan.

Wahai anakku, alam kita tidak seindah dulu,


Dosa manusia akhirnya kita menelan lagu pahit.

                Sajak di atas menggambarkan keadaan alam kita sekarang, kini, segala-segalanya


bagaikan tidak selamat lagi. Untuk bermain di halaman, udara begitu kotor. Akhirnya duduk seharian
di rumah yang sempit. Jika dulu, anak desa bolehlah mengisi masa lapang dengna aktiviti seperti
menangkap ikan atau duduk di bawah rimbunan pokok. Tetapi air parit berkeladak menyebabkan
kehidupan di air mati. Hujan pula tidak menentu kerana keadaan alam keseluruhan sudah tercemar.
Apakah keadaan ini wajar dibiarkan berterusan? Tentu kita tidak mahu, lalu wajar memikirkan dengan
mendalam akan masalah ini.

  ________________________________________________________________________________

Tulis perenggan pendahuluan jenis gabungan berdasarkan soalan yang diberikan.


Dadah membawa padah. Kerajaan pernah mengisytiharkan najis dadah sebagai musuh utama
negara. Huraikan bahaya najis dadah serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan
untuk menangani amsalah penagihan dadah di negara kita.

Jenis Pendahuluan Gabungan


                Masalah penagihan najis dadah tidak sudah-sudah dibicarakan. Pelbagai usaha dilakukan
bagi membendung masalah tersebut, tetapi jumlah penagihan najis dadah terus meningkat. Dalam
hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Sikap menuding jari tidaka akan menguntungkan sesiapa.
Memang banyak usaha membendung masalah ini, tetapi semuanya hangat-hangat tahi ayam. Kini
lebih 200 ribu belia menjalani pemulihan di pusat-pusat serenti. Kajian menunjukkan, mereka yang
keluar dari pusat tersebut akan menagih semula. Apakah pusat latihan tersebut tidak memberi
sebarang kesan atau sebenarnya penagihan najis dadah tidak dapat dipulihkan? Menurut peribahasa,
“ekor anjing berapa pun dilurut tidak akan juga betul” yang membawa maksud orang yang memang
jahat tidaka akan dapat diajar, kerana akan terus berbuat jahat. Benarkah penagih najis dadah
manusia yang tidak dapat siubah tabiatnya?

  ________________________________________________________________________________
  ________________________________________________________________________________

 MENULIS KARANGAN LENGKAP


Pembangunan dan kemajuan yang melanda bandar-bandar besar di negara kita turut menular ke
desa-desa. Sebagai akibatnya, nilai-nilai tradisi desa kian terancam. Terangkan fenomena yang
sedang melanda desa sekarang dan usaha yang patut dialkukan untuk mengatasi masalah ini.

Analisis soalan
Format: Pendaapt
Kata kunci: Pembangunan dan kemajuan – bandar besar – menukar ke desa – nilai-nilai tradisi kian
terancam – fenomena – melanda desa usaha – mengatasi
Tema: Pembangunan mangancam nilai-nilai tradisi des.
Kehendak soalan: Usaha mengatasi masalah yang mengancam nilai tradisi desa akibat
pembangunan di bandar.

Menulis Pendahuluan
Masyarakat desa satu ketika dahulu mengamalkan sikap tolong-menolong.
Sesuatu pekerjaan dilakukan secara ikhlas hubungan bagi adik-beradik.
Majlis perkahwinan dijalankan secara gotong-royong seminggu sebelum majlis bermula.
Pembangunan menyebabkan nilai murni itu merosot.

                “Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur”. Peribahasa tersebut
menggambarkan sikap masyarakat desa satu ketika dulu yang suka tolong-mengolong dalam
melakukan aktiviti harian. Dulu, setiap pekerjaan dilakukan dengan ikhlas kerana hubungan sesame
penduduk begitu akrab, bagai adik-beradik/. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Ini dapat dilihat
dalam majlis kenduri-kendara. Seminggu sebelum majlis diadakan, jiran tetangga akan Bersama-
sama membuat kuih-muih, membina bangsal, dan sesetengahnya pula akan membawa hadiah
berupa beras, hula, dan minyak masak. Tetapi pembangunan dan kemajuan di bandar-bandar
membawa Bersama sikap mementingkan diri sendiri, ke desa-desa. Apakah ini harga kemajuan yang
kita inginkan? Sudah tentu bukan ini yang kita mahukan.

Mengembangkan Isi Pertama


Isi 1: Satu ketika dulu suasana kampung begitu tenang dan hubungan sesmaa penduduk begitu erat.
Contoh: Ke kebun Bersama-sama, petang dihabiskan di warung, dan malam di surau.
Huraian: Keadaan ini berubah apabila pekerjaan pertanian berubah kepada bekerja di sector
perkilangan.
Huraian: Bekerja dari jam 7.00 pagi gingga 5.00 petang dan pulang dalam keadaan letih
menyebabkan kurang bermasyarakat.

                Walaupun pahir untuk dirasai, tetapi manis untuk dkenang, saat indah kehidupan di desa
satu ketika dulu. Dulu, suasana kampung begitu tenang dan aman damai serta karya dengan flora
dan fauna. Kehidupan masyarakatnya begitu erat dan mesra. Mereka pergi ke kebun atau ke lading
Bersama-sama kerana tempat bertugas berhampiran. Waktu petang pula dihabiskan di warung atau
ke lading Bersama-sama kerana tempat bertugas berhampiran. Waktu petang pula dihabiskan di
warung atau di surau. Pada waktu malam akan diadakan majlis tahlil atau doa selamat. Pusingan
hidup yang memberi kesempatan bertemu menyebabkan hubungan begitu akrab. Tetapi keadaan ini
kian berkurangan, dan sesetengah kampung yang terletak di pinggir bandar boleh dikatakan tiada
langsung. Ini kerana rata-rata bekerja di tempat lain, khususnya di kilang-kilang. Waktu kerja skeitar
7.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan kadang-kadang berlarutan hingga ke malam menyebabkan
apabila tiba di rumah tubuh Sudha letih menyebabkan kesempatan untuk bermasyarakat menjadi
berkurangan.
  ________________________________________________________________________________

Mengembangkan Isi Kedua


Isi 2: Kuasa duit menyebabkan semangat gotong-royong tidak diamalkan lagi.
Huraian: Majlis perkahwinan dijalankan oleh tukang masak yang dibayar.
Contoh: Maslaah keishatan diatasi dengan pergi sendiri ke hospital tanpa meminta pertolongan orang
lain.
Huraian: Peranan masyarakat berkurangan kerana dirasakan tidak penting dan mampu berdikari.

                Jika dulu amalan bergotong-royong menjadi kemestian. Mengerjakan sawah bendang lebih
mudah dilakukan secara bekerjasama. Keadaan kini tiada lagi kerana “kuasa duit” mengubah
suasana. Jika ingin membersihkan bendang, boleh dilakukan oleh bajak. Bagi menguruskan majlis
perkahwinan, untuk mudah, kemas, dan tidak menyusahkan orang lain, hanya perlu mengeluarkan
wang, lalu tukang masak terbaik Bersama pelayan-pelayannya sanggup membantu. Sakit pening pula
boleh pergi sendiri ke hospital atau menelefon ambulans. Peranan masyarakat dirasakan semakin
kurang, apatah lagi masing-masing sibuk denga kerjaya bagi keselesaan kelaurga. Apabila dirasakan
diri sendiri mampu berdikari dan masyarakat pula tidak dirasakan penting untuk hidup selesa, secara
halus peranan masyarakat akan diketepikan.

Anda mungkin juga menyukai