Anda di halaman 1dari 32

___________________________________________________________________________________________________________

I ltizam
JILID 06
APLIKASI ILMIAH CETUS INOVASI

Detik

BAKAT TERUS DISERLAH STRESS ALAM KALANGAN PELAJAR PBSM, BUDAYA ATAU KEWAJIPAN ROKOK? BOLEH SELESAI KE? BENGKEL KEWARTAWANAN & MULTIMEDIA KELEBIHAN MAKANAN BERLEMAK

___________________________________________________________________________________________________________

PENASIHAT EN. MOHD FAUDZI BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Pembangunan & Hal Ehwal Pelajar PN. SITI JUNAITA BINTI SYED ALI Pengurus Pembangunan & Hal Ehwal Pelajar ________________________________________________________________________________ KETUA EDITOR KHAIRUL AKMAL BIN ROSLI EDITOR NORAFARIZA BINTI MOHD SAINI AIZA ROSNIDA BINTI ROSDIN NOOR NADIA BINTI MOHAMAD ________________________________________________________________________________ KEWARTAWANAN DAN PENGARANG AZIRA ROSNIDA BINTI ROSDIN HATIJAH BINTI MOHD FAUDZI LAURENA ANAK SELI NURAZMIRA BINTI MISRAN NOORSHARMILA BINTI SHAHRIN NURUL IZIANA BINTI MISROON NURUL SHAZWANIE BINTI ZULKEFLY UMMI FAHADA BINTI MOHD YAZID NURUL HIDAYAH BINTI BAHARUDDIN ________________________________________________________________________________ MULTIMEDIA DAN GRAFIK MOHD SAIFUL ZIL IKRAM BIN ROSLI NUR HADIDRAH BINTI AHMAD MUHMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN SITRONI WAN MUHAMAD SYAFIQ BIN WAN OMAR

___________________________________________________________________________________________________________

SATU HARAPAN Assalammualaikum dan Salam Satu Astin Di sini bermula satu harapan Mengejar cita menuju wawasan Syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang memikul sebagai Ketua Editor Majalah ILTIZAM. Banyak perubahan yang saya cuba ketengahan demi membawa perubahan baru kepada majalah ILTIZAM. Pelbagai jenis ilmu dan pengalaman saya timba sepanjang mereka bentuk majalah ILTIZAM agar seiring dengan citarasa pembaca dalam kalangan pelajar hari ini. Terima Kasih kepada pihak PHEP kerana memberi ruang kepada saya untuk mereka bentuk majalah. Selain itu, Terima kasih diucapkan Puan Siti Junaita Binti Syed Ali kerana banyak membimbing, menegur dan mendidik saya demi menghasilkan karya yang lebih baik. Langkahku gagah ikhlas berbudi Terus mara terus berbakti Untuk agama bangsa negara Di sini bermula segalanya Kolej Pengurusan Astin Sumber risalah khazanah ilmu Lahirlah peribadi ilmuan berkualiti Berkat kepimpinan dari semua Di sini bermula satu harapan Mengejar cita menuju wawasan Dengan semangat ilmu dan iman Menjulang panji kejayaan Dengan semangat ilmu dan iman Menjulang panji kejayaan

Langkahku gagah ikhlas berbudi Khairul Akmal Rosli Terus mara terus berbakti Untuk agama bangsa negara Di sini bermula segalanya Kolej Pengurusan Astin Sumber risalah khazanah ilmu Lahirlah peribadi ilmuan berkualiti Berkat kepimpinan dari semua

___________________________________________________________________________________________________________

Oleh :Khairul Akmal Rosli

Setiap detik yang dirakam menjadi warna kenangan hidup

DETIK

Detik bersama mewujudkan seribu makna

Hidup

ini merupakan satu corakan seni yang

mempunyai pelbagai elemen. Seharian kita menempuh kehidupan tanpa disangka setiap rutin yang dilakukan merupakan satu sketsa hidup. Suka dan duka menjadi sebatian dalam hidup. Setiap peristiwa yang berlaku merupakan saat-saat penting yang dijadikan memori kehidupan. Zaman kian kreatif dengan kepelbagaian teknologi begitu juga pemikiran manusia yang memerlukan lebih kreatif dan maju demi kualiti hidup pada masa akan datang. Selangkah demi selangkah kita mengaturkan usaha untuk mencapai kejayaan yang perlu dikecapi. Itu merupakan wakttu-waktu berharga kerana usaha-usaha yang kita bentuk merupakan hasil seni sebenar. DETIK DIGAMBAR MELALUI LAGU Ketawa, riang, suka, duka dan sedih adalah detik-detik yang mewarnai kita dengan warnawarna hati sebagai motivasi diri kerana manusia dijadikan dengan pelbagai karenah dan watak.

Umpama lagu dendangan Hazama iaitu Penglipur Lara yang sering dimainkan menceritakan tentang keadaan era globalisasi hari ini. Begitu juga lagu dendangan Hafiz iaitu Watak menceritakan perwatakan dan kriteria manusia. Ungkapan Instakan Harimu yang menjadi tajuk perbincangan membawa erti merakam detikdetik indah tentang lokasi kita berada, persekitaran dan perbuatan kita seharian. Ini menjadi deretan memori hidup. Insta diambil sempena nama Instagram iaitu aplikasi di android yang berfungsi khas untuk mengambil gambar detik-detik berharga yang boleh dikongsi ramai. Sememangnya hidup ini ada pemulaan dan pengakhiran. Merakam detik-detik indah bukan satu pembaziran tetapi menjadi peninggalan indah kepada generasi akan datang. Realiti dunia tidak seindah yang disangka walaupun kebahagiaan itu ada. Jika hidup banyak perbezaan begitu juga kebahagiaan dan saat indah yang dimilki juga berbeza kerana setiap perbezaan itu adalah hasil likuan hidup yang penuh pancaroba.

___________________________________________________________________________________________________________

Detik bersama sahabat DETIK DIUKIR BERSAMA TERSAYANG Detik yang dirakam indah adalah detik bersama orang tersayang. Saat bersama keluarga keluar bersama-sama, makan bersama-sama, ketawa dan menangis bersama menjadi saat berharga. Begitu juga bersama sahabat-sahabat yang banyak waktu bersama dan setiap perkara yang dilakukan bersama merupakan memori indah. Selain itu, detik -detik pernikahan dan perkahwinan merupakan saat berharga bagi raja dan ratu sehari kerana itu merupakan upacara yang bahagia dalam kehidupan bagi pasangan yang akan hidup bersama hingga akhir hayat. Itu juga merupakan detik mekarnya cinta yang amat mendalam bagi pasangan tersebut. Sukar untuk difahami oleh beberapa pihak tentang saat-saat begini. Tidak boleh disalahkan terhadap pihak tersebut kerana mereka telah menempuh hidup yang sukar dan penuh keperitan serta sukar untuk mereka menerima sebagai sebahagian kehidupan mereka. Secara kesimpulannya, setiap detik kehidupan merupakan saat-saat berharga untuk dikenang dan dijadikan peninggalan kepada generasi akan datang kerana setiap detik beribu -ribu perkara dapat diceritakan dan dikongsikan.

MUTIARA KATA Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. HAMKA Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri. HAMKA
5

___________________________________________________________________________________________________________

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh bakteria Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bacteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempattempat yang mengandung bakteri,a hanya dalam 5 minit. 3. Meningkatkan mood Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 4. Mengeluarkan racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata. 5. Mengurangi stress Bagaimana menangis mengurangi stress? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 6. Mengenal makna sosial Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan rakanrakannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial. 7. Melegakan perasaan Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun anda di dera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dan menangis, jangan dipendam lamalama perasaan itu.

Fakta

TENTANG...

Menangis

___________________________________________________________________________________________________________

A KTI VI TI
MAJLIS PERW AKILAN PELAJAR

KELAB PENGGERAK KELAB SAHABAT

___________________________________________________________________________________________________________
WARTAWAN : NURUL SYAFIKAH MD SHAKIRIN PENGARANG : NOVA WIRDA WATI EDI

EMAIL

: novawirda1995@yahoo.com

KOMUNIKASI

TER AS
Sesi perbentangan oleh Jamilah Annisah KOLEJ ASTIN - Pada tarikh 9 dan 10 November 2013, Biro Penerbitan dan Publisiti dari Kelab Sahabat telah menganjurkan sebuah bengkel iaitu Bengkel Kewartawanan dan Multimedia yang berlangsung selama dua hari. Bengkel yang diadakan di Dewan Besar 2, Kolej Astin itu dihadiri seramai 41 orang pelajar dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang. Ketua Biro Penerbitan dan Publisiti, Norafariza binti Mohd Saini berkata, matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengetahui, mengenali dan melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang kewartawanan dan multimedia serta memupuk pelajar agar lebih berkeyakinan. Bengkel kewartawanan yang diadakan pada hari Sab-

WARTAWAN & MULTIMEDIA


tu, Puan Siti Junaita binti Syed Ali dijemput bagi memberi ceramah kepada peserta bengkel. Puan Siti Junaita merupakan seorang bekas wartawan Unit Penyiaran Radio di Radio Malaysia Negeri Perak (RMNPK). Dengan pengalaman yang diperoleh, beliau dipilih untuk berkongsi ilmu tentang dunia kewartawanan dan penulisan berita kepada peserta. Segmen yang dipelajari adalah cara berkomunikasi, cara penulisan berita dan mengetahui perbezaan antara headline, deadline serta dateline. Peserta bengkel diberi pendedahan dalam penulisan ayat berita dan membentangkannya dengan gaya seorang pembaca berita. Saudara Mohammad Hisyamudin bin Mustopha dari Ijazah UNITEN telah meraih menjadi pemenang untuk penulisan berita dan gaya baca berita terbaik yang diadili oleh Norafariza, Khairul Akmal dan Puan Siti Junaita.

Para peserta menumpu perhatian sepenuhnya kepada Puan Siti Junaita 8

___________________________________________________________________________________________________________

Menerusi bengkel multimedia yang diadakan, peserta yang hadir diberi pengenalan tentang multimedia dan ADOBE secara keseluruhan. Peserta telah diberikan satu software dengan tujuan di dalam komputer dengan pengisian Adobe Photoshop. Program sebelah pagi dikendalikan oleh dua orang pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu Encik Nor Izzudin bin Norrahman dan Cik Nurhilleny bt Rosly. Manakala pada sesi petang, saudara Azizan A. Aziz telah mengambil alih program itu dengan segmen latihan perseorangan dengan melatih peserta mereka cipta sebuah poster multimedia. Poster paling kreatif untuk bengkel multimedia ini telah dimenangi oleh saudari Nurulainisha Ani dari Diploma Pengurusan. Biro Penerbitan dan Publisiti telah mengedarkan risalah iklan di sekitar kolej dan juga menampal poster bagi tujuan pemberitahuan mengenai bengkel yang dijalankan. Selain itu juga telah diadakan promosi dari rumah ke rumah untuk menarik minat pela-

jar juga menggunakan facebook sebagai medium promosi bengkel ini, kata Norafariza Mohd Saini ketika ditemu ramah. Sambutan pelajar juga amat memberangsangkan sehingga hampir 70 orang pelajar membuat pendaftaran namun disebabkan kekangan masa penyertaan awal pelajar yang terlibat dibatalkan. Beliau juga menyatakan bahawa fokus utama untuk bengkel ini ialah mereka yang mempunyai minat yang mendalam supaya bakatnya boleh diasah pada masa akan datang selain daripada AJK beliau sendiri. Norafariza Mohd Saini selaku Pengarah program, berpuas hati dengan kejayaan bengkel yang dijalankan selama dua hari yang lalu. Beliau juga berharap para pelajar Kolej Astin tidak akan melepaskan peluang dengan setiap aktiviti yang dijalankan di kolej pada masa akan datang. Hal ini kerana setiap penyertaan pelajar akan memberi manfaat dan faedah kepada pelajar itu sendiri.

Antara urusetia yang bekerjasama menjayakan Bengkel ini

MUTIARA KATA Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta benda dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA
9

___________________________________________________________________________________________________________

Oleh : Noor Nadia Mohammad

TERUS DIASAH K E P I M P IN A N
Kolej Astin - Pada 18 hingga 20 November 2013 bertempat di Dewan Besar 2 telah diadakan Program Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Encik Faudzi dan Pembangunan Hal-Ehwal Pelajar. Program yang berlangsung selama dua hari tersebut bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa, mengenal erti ketepatan masa dan berdisiplin. Selain itu, program ini memberi fokus kepada ahli baru dan ahli lama Kelab Sahabat, Kelab Penggerak dan juga Majlis Perwakilan Pelajar. En. Faudzi turut turun padang untuk menjayakan program ini Program Kursus Kepimpinan telah memberi faedah kepada peserta supaya dapat memperolehi maklumat supaya setiap peserta yang mengikutinya menjadi imun dengan persekitaran pekerjaan kelak. Dalam masa yang sama, ia dapat mempelajari bagaimana untuk mengurus sesuatu situasi atau masalah yang dihadapi oleh individu.

Melalui program ini, setiap pemimpin dapat dapat merasa kesusahan yang bermula daripada bawah dan apabila sudah berada di atas ataupun diberi peluang untuk dinaikkan pangkat, tidak akan adanya sifat sombong atau suka mengarah pekerja bawahan. Selain sifat simpati yang perlu diterapkan dalam setiap individu itu, sifat empati juga perlu diterapkan di dalam diri masing-masing di mana kita meletakkan diri sendiri berada di tempat atau situasi orang lain. Harapan yang dinyatakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Ng Zhun Ye, supaya semua pemimpin yang bakal memimpin pelajar-pelajar Astin yang lain kelak, supaya dapat memimpin dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab. Antara aktiviti disediakan

10

___________________________________________________________________________________________________________

Wartawan: NURUL ANNISAH JAMILAH BT MOHD RASHID Pengarang: NUR IZZATUL HANI BT MULTAZAM E-mail: izzatul_honey@yahoo.com

MINGGU INTERAKSI PELAJAR PENERAJU PELAJAR BERDISIPLIN


Kolej Astin - Program Minggu Interaksi Pelajar (MIP) bagi sesi 2013/2014 telah dijalankan pada 27 29/09/2013 (MIP Group A) dan 4 6/10/2013 (MIP Group B) yang membabitkan seramai 120 orang pelajar baru bagi setiap kumpulan. Program Minggu Interaksi Pelajar ini diadakan di Kolej Astin, Bandar Puchong Jaya, dan Kem Mega Kristal, Kuala Selangor. Pelajar pelajar telah menginap semalaman di Kolej Astin untuk diberi penerangan terlebih dahulu mengenai aktiviti sebelum bergerak ke Kem Mega Kristal di Kuala Selangor selama 2 hari 1 malam. Sepanjang program ini berlangsung, pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan diterajui oleh seorang fasilitator yang dilantik oleh pihak kolej sendiri. 30 orang fasilitator yang terlibat dalam program ini. Pemilihan fasilitator ini akan melalui proses penapisan terlebih dahulu oleh En. Mohd Faudzi Zainal Abidi selaku Pengarah Hal-Ehwal Pelajar (PHEP) dan mereka dipilih dari segi akademik yang baik, berdisiplin dan aktif dalam Kelab Penggerak atau Kelab Sahabat. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baru mengenali pensyarah, pelajar senior, dan latar belakang Kolej Astin secara terperinci. Selain itu, tujuan Program Minggu Interaksi Pelajar ini diadakan untuk memotivasikan pelajar di samping meningkatkan mutu disiplin pelajar. Fasilitator turut dibahagikan tugas dari segi aktiviti, sosial dan kebajikan pelajar. Pihak kolej juga menjemput beberapa orang Fasilitator dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengendalikan program ini. MIP ini juga memberi kebaikan kepada pelajar supaya dapat hidup berdikari, dapat mendisiplinkan diri, hormat -menghormati sesama insan, menepati masa, mengeratkan hubungan silaturrahim, menimba pengalaman baru dan dapat mengenali antara satu sama lain agar bersedia menghadapi cabaran baru di alam Institut Pengajian Tinggi. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti yang menguji pelajar dari segi mental, fizikal dan rohani serta tingkah laku pelajar dalam kehidupan seharian sama ada di dalam Institut Pengajian mahupun di alam pekerjaan. Aktiviti yang pelbagai dapat mendorong pelajar untuk mencabar diri mereka dalam pelbagai bentuk rintangan bagi mencapai matlamat hidup yang sebenar sebagai seorang pelajar yang mampu menyumbang jasa kepada masyarakat dan negara.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama pelajar -prlajar yang terlibat
11

___________________________________________________________________________________________________________

Berita oleh : Azira Rosnida Rosdin

SILATURAHIM DIERAT MESRA

Bergambar di pintu masuk

DALAM

PROGRAM DOA SELAMAT


Puchong Jaya - Kenduri doa selamat Kolej Astin berlangsung pada 30 Jun 2013 bertempat di Hostel Bayan. Kenduri doa selamat ini dianjurkan oleh Kelab Penggerak Astin. Kenduri ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan sebelum menjelang peperiksaan bagi pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Kolej Astin. Kenduri ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar tidak kira senior mahu pun junior serta bersama-sama dengan pensyarah. Kelebihan yang diperolehi pelajarpelajar Kolej Astin dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara seluruh pelajar dan pensyarah Kolej Astin. Selain itu, dapat menanam sifat tolong menolong dan sikap bekerjasama di antara pelajar di dalam mahu pun di luar kolej. Antara tujuan utama program ini dibuat adalah untuk merapatkan dan memperkenalkan Kelab Penggerak Astin bukan hanya sekadar nama dan tiada fungsi atau program yang dilakukan tetapi untuk melaksanakan aktivitiaktiviti yang bermotifkan kemasyarakatan di dalam kalangan warga Kolej Astin serta juga di luar Kolej Astin.

MANDI MANDA DI TAMBUN, PERAK


Tambun Satu program ke Tambun telah diadakan pada 2 Jun 2013 oleh Kelab Penggerak Astin yang diketuai oleh Wan Nur Hassyiyatie. Pada mulanya lawatan ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Penggerak Astin. Oleh kerana ingin mencapai satu program yang menarik, program ini terbuka kepada pelajar-pelajar Astin, pensyarah serta orang luar. Program lawatan ke Tambun hanya sekadar untuk mengisi masa lapang dan aktiviti santai yang dilakukan oleh ahli-ahli Kelab Penggerak Astin itu sendiri. Program ini telah dirancang dua minggu sebelum Peperiksaan Akhir. Walaupun ramai yang tidak dapat menyertai program ini, tetapi kami berpuas hati dengan sambutan, sebelum dan semasa program ini dijalankan. Kerjasama dari semua ahli penggerak Astin dan bantuan kelab lain membuat mesyuarat, melakukan promosi dan sebagainya sehingga program ini berjalan dengan lancar. kata Shahira Anuar selaku Setiausaha kelab Penggerak Astin. Semasa lawatan itu dijalankan, kami dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di antara pelajarpelajar baru dan pelajar-pelajar lama.

12

___________________________________________________________________________________________________________

Berita oleh : Khairul Akmal Rosli

JEJAK KE LAWAK KAMPUS, ART CREATION SDN BHD


Kuala Lumpur - Exco Disiplin Imej Koporat dan Publisiti telah mengadakan program lawatan ke Gempakstarz pada tanggal 22 April 2013 yang merupakan syarikat yang berjaya dalam bidang kartunis dan hiburan dan menjadi kegilaan anak muda. Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan mendekatkan diri dengan mengenali industri

Bergambar di Galeri Lawak Kampus,

percetakan dan melihat lebih dekat cara lukisan yang terbaik. Program ini turut memberi peluang kepada para pelajar bertemu dengan kartunis kartunis kesayangan mereka, seperti keith, yang merupakan pelukis kartunis Lawak Kampus.

MINGGU SISWAZAH MENJADI RIADAH SEMASA

Antara peserta yang mengikuti Challenge Your Person-

ality

Puchong Jaya - Minggu Siswazah telah diadakan pada 7 hingga 10 Mei 2013 bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang komunikasi secara langsung. Di samping itu, Pelajar dilatih agar berani berhadapan sebarang masalah dalam menguji personalitI, psikologi dan kemahiran komunikasi. Ini sebahagian daripada latihan persediaan secara tidak rasmi kepada pelajar dalam melatih diri memantapkan personaliti dengan keyakinan dan persediaan mental serta fizikal.

Babak yang menarik semasa program dijalankan.


13

___________________________________________________________________________________________________________

Berita oleh : Sharmila Shahrin

Keberanian peserta-peserta telah menjulang gemerlapan Puchong Jaya - Mengukir sejarah apabila buat pertama kalinya Kolej Astin telah mengadakan program realiti mencari bakat nyanyian ASTIN IDOL 2013 Konsert akhir yang telah berlangsung pada 16 Mei 2013 bertempat di Dewan Utama, Kolej Astin. Program ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar yang menjadi acara tahunan kolej. Menurut Suria Chantru A/L K Vengataraman, Pengarah Program juga Exco Kebudayaan, Kesenian, sosial dan Kebajikan. Astin Idol merupakan sebuah pertandingan nyanyian solo pelajar-pelajar Kolej Astin. Astin Idol telah dirancang dari semester lepas lagi. Pada mulanya, pertandingan ini dinamakan Challenge Your Talent walaubagaimanapun, pihak atasan mahukan pertandingan ini lebih spesifik. Ini bermakna, hanya nyanyian sahaja yang perlu diketengahkan. Menurut beliau juga ramai pihak yang terlibat khususnya ahli Jawatankuasa Exco Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Sahabat, Exco-exco lain dalam Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Penggerak Astin, PHEP, PHEA dan barisan pensyarah. Tambahnya lagi, pada mulanya, kami hanya test market dan menjalankan survey selama 2 hingga 3 hari. Akhirnya kami sepakat mendapatkan kata putus bahawa Astin Idol akan diadakan. Walaubagaimanapun, kami ketika itu tidak pasti kategori apa yang patut diketengahkan. Kami membuat lagi survey untuk mendapat kata putus. Sekali lagi, kata putus dapat dicapai. Kategori solo menjadi agenda utama dengan empat fasa mencari tiga peserta terbaik. Ujibakat, separuh akhir I, separuh akhir II dan finale. Terdapat juga fasa wild-cut round, di mana Astin Idol memberi peluang kepada peserta yang tersingkir untuk menonjolkan diri mereka kembali untuk berentap di dalam gelanggang finale. Daripada 33 orang peserta, akhirnya gelaran juara jatuh ke tangan Kharul Nazlie. Dari sudut promosi, selain banting, kami juga membuat promosi dari rumah ke rumah. Boleh dikatakan promosi Astin Idol dilakukan secara besar -besaran. Malah, speaker digunakan bagi menarik perhatian pelajar sepanjang mereka berada di kelas masing-masing untuk hadirkan diri di acara gilanggemilang ini bagi memeriahkan majlis. Tambahnya lagi, Mengikut perancangan awal, terdapat dua pelan. Pelan A ialah Astin Idol diadakan di kolej. Manakala pelan B, Astin Idol diadakan di luar kolej. Memandangkan tidak terdapat dewan yang berhampiran dengan peserta dan mengambil kira peruntukan, kami memutuskan untuk mengadakan Astin Idol di dalam kolej sahaja.

14

___________________________________________________________________________________________________________

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Selain itu, turut ditemubual salah seorang peserta Astin Idol 2013 Fizah. Katanya Pada mulanya saya tidak endahkan sangat anjuran ini kerana saya tahu bakat saya tidaklah sehebat mana pun. Tapi saya terfikir semula ada baik juga saya mengikuti anjuran tersebut kerana saya ingin mencungkil bakat terpendam dan ingin membiasakan diri apabila berhadapan depan orang ramai. Saya ingin melihat tahap disiplin saya

Acara penyampaian hadiah di tahap mana. Saya kena bijak membahagikan masa antara latihan nyanyian dan pelajaran. Dari sudut sokongan pula, antara yang banyak memberi sokongan kepada saya ialah Suria Chantru, Para juri, peserta-peserta Astin Idol, tidak lupa juga rakan-rakan rapat.

AMANAT MOTIVASI
Pihak Kolej Astin telah menjemput seorang motivator yang mempunyai sifat pemikiran yang luas iaitu Dr. Zainal Program ini adalah bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar -pelajar Kolej Astin. Ceramah seumpama ini dapat membantu pelajar serba sedikit pengetahuan tentang persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Ianya juga memberikan kesan yang positif dan sangat memberangsangkan. Topik yang dibincangkan adalah persediaan sebelum menghadapi peperiksaan, topik yang diulaskan merupakan topik yang sangat biasa dibahaskan, tetapi ia sangat berguna dan bermakna.

Berita oleh : Norafariza Mohd Saini

Dr. Zainal adalah motivatori

Menurutnya, program seperti ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan semangat serta motivasi diri pelajar sendiri. Ini juga dapat membantu pelajar untuk persediaan semasa peperiksaan nanti. Jelasnya lagi, semangat yang kuat haruslah diterapkan terhadap pelajar. Disiplin yang di uruskan dengan betul dapat memberikan pelajar ke arah kecemerlangan. Persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan merupakan langkah yang terbaik perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
15

___________________________________________________________________________________________________________

LIBURKAN MINDA
16

___________________________________________________________________________________________________________

ALTERNATIF UNTUK BERHENTI MEROKOK


1. Membuat keputusan yang anda ingin berhenti merokok Dapatkan dorongan dan sokongan orang yang dekat dengan anda untuk sentiasa mengingatkan anda tentang target anda berhenti. Juga mintalah teman dan keluarga untuk tidak merokok di depan anda dan tidak meninggalkan rokok di sekitar anda. 2. Tetapkan target waktu Tetapkan target waktu selama 2-3 minggu untuk berhenti merokok. Pastikan bahawa tempoh ini tidak membuat anda stress yang mungkin dialami agar usaha anda berhenti merokok lebih mudah untuk dijalani. 3. Buat jadual Cubalah untuk menetapkan masa yang terhad untuk menghisap rokok, supaya anda terbiasa dengan mengurangkan rasa ingin merokok. Aturkan jadual yang tidak terlalu ketat atau terlalu pendek waktunya, jangan kecewa jika anda tidak berhasil melakukannya dalam tempoh tiga hari pertama, teruskan berusaha. 4. Mulai dengan cara yang mudah Buatlah sesuatu yang membuat anda rasa lebih banyak aktiviti yang ingin dilakukan. Supaya anda tidak merasa begitu bosan, kecemasan, kelaparan, dan kesepian. 5. Hindari kebiasaan yang membuat anda merokok Hindari punca yang menyebabkan keinginan anda untuk merokok seperti kopi, alkohol, parti malam atau berdebat. Jika anda tidak boleh melawan godaan, cubalah untuk mengamalkan pemakanan yang sihat seperti susu, buah-buahan dan sayuran. Elakkan beriadah sambil merokok. 6. Carilah kesibukan Carilah kesibukan dengan hal-hal yang anda sukai dan cubalah untuk tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 7. Tidur lebih banyak Cubalah untuk tidur lebih masa dari yang biasa anda lakukan. Tubuh dan jiwa menjadi lebih lelah karana upaya untuk berhenti merokok sehingga memerlukan istirehat lebih banyak. Di samping itu, masa tidur adalah saat di mana anda tidak berfikir untuk merokok. 8. Minum lebih banyak air Minum lebih banyak air, air membantu dalam menghilangkan racun dari merokok yang telah terakumulasi dalam tubuh anda lebih cepat, sekaligus mengurangi keinginan anda untuk merokok. 9. Kunjungi tempat tanpa asap rokok Habiskan masa anda di tempat yang tidak dibenarkan merokok selama berjam-jam seperti pejabat, perpustakaan atau kedai buku. 10. Buatlah tangan anda sibuk Buatlah tangan anda menjadi sibuk. Telah terbukti bahawa salah satu alasan orang-orang tetap merokok adalah karana kebiasaan merokok berkait dengan apa yang mereka lakukan pada tangan mereka. Buatlah tangan anda memegang apa saja, kecuali rokok seperti memegang pen, kertas atau apapun yang dapat melupakan anda daripada memegang rokok.

17

___________________________________________________________________________________________________________

oleh : Noor Nadia Mohamad

TERBENTUK TANPA SULAMAN MOTIVASI


Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir. Tahu Tujuan Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkaraperkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta. Tetapkan Impian atau Matlamat. Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada

IMPIAN YANG DILUKIS SUKAR


impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini. Mempunyai Keinginan Yang Kuat Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

18

___________________________________________________________________________________________________________

seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. Berani Meneruskan Perjalanan Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiran bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat di mana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya. Lupakan Masa Silam Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda ada-

Sekadar gambar hiasan Tetapkan Haluan Sendiri Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza. Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi

lah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

MUTIARA KATA
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA
19

___________________________________________________________________________________________________________

Oleh : Khairul Akmal Rosli

BERSOSIAL

BEBANAN
Perkembangan teknologi yang kian rakus memperlihatkan dunia kian mengejar kemajuan hidup. Kemudahan teknologi telah mengubah cara hidup manusia kepada lebih fleksibel. Dalam meningkatkan rangkaian teknologi negara, kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada komuniti dalam memiliki sebarang jenis gajet atau kemudahan teknologi seperti telefon yang mengandungi sebarang bentuk aplikasi Internet seperti Facebook, Wechat, Whatsapp, Skype dan seumpamanya. Namun begitu, apabila diperhatikan, golongan remaja bermaharajalela menggunakan teknologi aplikasi tersebut berbanding golongan dewasa yang berkerjaya. Kebebasan penggunaan teknologi ini dalam kalangan remaja menjadi budaya sehingga menyebabkan penyalahgunaan yang ketara. Merujuk akhbar-akhbar tempatan, pelbagai kes yang melibatkan remaja dan teknologi sering dipaparkan dan ini menyebabkan sebarang persepsi negatif dilemparkan kepada remaja. Lanjutan itu, implikasi terhadap penggunaan teknologi ini dalam kalangan remaja perlu dikawal atau dibendung secara profesional. Pemikiran mereka yang kian kreatif amat diperlukan di era globalisasi ini. Wujudnya kemudahan aplikasi teknologi tersebut menyebabkan mereka lebih tertumpu kepada penggunaan tersebut daripada

BUKAN

bersosial. Erti sosial sering disalahertikan oleh golongan belia. Erti sosial adalah pergaulan yang melibatkan komunikasi, perbuatan atau budaya yang memberi impak yang positif. Namun, definisi sosial dalam kalangan belia hari ini adalah berseronok dan mengamal gaya hidup barat. Istilah sosial dalam Islam meletakkan pergaulan antara manusia dengan masyarakat. Sosial hanya bukan keluar bersama kawan dan berseronok malah urusan-urusan penting bersama pihak-pihak lain juga merupakan sosial kerana wujudnya komunikasi. Umpama katak bawah tempurung ungkapan khas bagi remaja yang mula kurang bersosial dan hanya sibuk memanfaat masa dengan laman sosial. Lebih mudarat lagi, apabila golongan remaja enggan menghadiri ke majlis formal atau keraian atas alasan malas untuk berdepan dengan orang ramai atau tidak suka akan keadaan sesak. Ungkapan komunikasi dan interaksi dalam istilah remaja generasi Y hari ini adalah hanya di laman sosial yang terdiri ribuan kenalan. Sekadar keluar makan bersama kawan-kawan menjadi kebiasaan belia, tetapi komunikasi hanya berlaku diantara dua orang sahaja manakala yang lain lebih menumpukan telefon pintar di tangan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa senario

20

___________________________________________________________________________________________________________

komunikasi kenalan di alam maya lebih selesa berbanding interaksi bersama rakan disebelah. Interaksi sememangnya penting bagi belia kerana perlu dipraktikkan dalam rutin kehidupan agar mudah masyarakat untuk berurusan. Kemahiran komunikasi amat diperlukan di dunia pekerja hatta kepada komuniti. Dalam konteks komuniti pula, remaja yang kurang melibatkan diri dalam kerja komuniti menyebabkan sikap berkerjasama dan amalan penyayang terhakis dengan sendirinya menjadikan belia terus menjadi antisosial. Kemudahan aplikasi di telefon pintar telah mengurangkan sosialisasi anak muda dari terus berhadapan orang ramai. Menariknya permainan atau aplikasi yang dimuat turun didalam telefon pintar telah menjadi hobi mereka daripada hobi-hobi yang lain. Muat turun aplikasi tersebut secara percuma membuka peluang mereka untuk bermain tanpa halangan. Ada juga sehingga melibatkan gangguan mental dan psikologi yang mampu meragut nyawa orang lain. Oleh sebab itu, fenomena ini dialami dari semasa ke semasa perlu dicegah. Mengupas perkara ini sememangnya banyak masalah ditemui. Namun begitu, ibu bapa merupakan kunci kepada permasalahan mereka. Peranan ibu bapa perlu melihat implikasi ke atas anak -anak dalam penggunaan aplikasi di telefon pintar. Ibu bapa

perlu mengawal penggunaan teknologi tersebut daripada terus menjadi rutin aktiviti mereka. Selain itu, libatkan mereka dengan aktiviti sosial atau khidmat masyarakat yang membantu mereka mengenali dunia luar. Seterusnya, sentiasa berinteraksi bersama anakanak dengan memperbincangkan hal-hal pelajaran atau minat mereka disamping dapat mengurangkan tumpuan mereka terhadap budaya beraplikasi tersebut. Bukan hanya ibu bapa sahaja berperanan dalam menangani hal ini tetapi juga komuniti yang menjadi harapan terakhir. Komuniti berperanan sebagai sokongan selain ibu bapa dengan mengadakan pelbagai bentuk pendekatan dan budaya sihat. Oleh sebab itu, wujudnya badan-badan bukan kerajaan mengadakan pelbagai program sebagai pengisian untuk belia. Antaranya, sukan-sukan lasak seperti bola sepak, badminton, dan lain-lain. Selain itu, menarik minat belia dan anak muda dengan program komuniti seperti penglibatan IM4U agar melatih mereka berinteraksi dengan orang ramai. Konklusinya, semua pihak mempunyai peranan yang berbeza tetapi objektif yang sama. Fenomena ini mampu dikurangkan dengan usaha kerjasama semua pihak menangani secara profesional dan rasional agar mampu diteruskan ke masa hadapan dan generasi akan datang.

21

___________________________________________________________________________________________________________

Tahukah Anda tersenyum ternyata mempunyai banyak fakta yang mungkin beberapa dari kita tidak menyedarinya. Berikut ada sembilan fakta tentang tersenyum :

Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau down cubalah untuk tersenyum. Mungkin sahaja mood kita akan berubah menjadi lebih baik Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang. Senyum dapat mengurangi stress. Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa down. Jika anda sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

Senyum membuat anda nampak yakin. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani kehidupannya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otototot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik. Senyum mengeluarkan endorphins (tahan rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, penahan rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang penawar. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda

22

___________________________________________________________________________________________________________

PERSATUAN BALIK SETIAP MINGGU...


Isu terkini yang hangat berlaku di Kolej Astin juga Institut Pengajian Tinggi lain -lain ialah PBSM. Ungkapan ini dicetuskan oleh Ng Zhun Ye, selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Astin. Pulang setiap minggu sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar. Ini merupakan satu penyakit yang diamalkan oleh pelajar lama? atau kehendak diri yang mahu pulang setiap minggu? Majlis Perwakilan Pelajar di sesebuah Institut Pengajian Tinggi merasa rimas dengan situasi ini. Ketidakhadiran pelajar -pelajar ini memberi implikasi sehingga sesebuah program itu terpaksa ditunda atau dibatalkan. Gejala ini telah menjadi virus kronik sehingga diikuti pelajar -pelajar baru. Terdapat juga balik ke kampung sehingga hari pembelajaran dan mengganggu kelas Perkara ini perlu dibendung dan diatasi dengan pelbagai bentuk pendekatan kesedaran. Senario ini merupakan salah satu budaya yang sering diperbincangkan oleh pihak kolej. Justeru, langkah-langkah tertentu perlu dijalankan. Antaranya, Penyediaan program-program yang menarik dan disukai ramai. Contohnya, Perlawanan Bola Sepak, Program-program lawatan dan program berdasarkan kemahiran pelajar seperti fotografi. Ini akan mengurangkan masalah pelajar pulang ke kampung. Mereka akan mengisi waktu hujung minggu mereka dengan program-program tersebut.
23

Selain itu, budaya Study Group perlu diterapkan dengan menyediakan tempat belajar khas di hostel. Ini akan menggalakkan pelajar memanfaatkan tempat tersebut daripada mengingati pulang ke kampung. Di samping itu, mengadakan aktiviti-aktiviti hostel seperti gotong royong perdana secara berkala yang melibatkan semua pelajar. Langkah ini menjadikan pelajar tidak mudah balik kampung kerana terdapat tanggungjawab di hostel. Mengadakan sesi pendedahan dan kaunseling kepada pelajar -pelajar yang gemar pulang ke kampung. Ini akan memberi kesedaran kepada pelajar agar hobi pulang ke kampung setiap minggu dapat dikurangkan agar pihak kolej dan Majlis Perwakilan Pelajar dapat mengadakan program dan tidak mengganggu waktu kelas pada hari pembelajaran. Oleh itu, gejala ini perlu diatasi walau apa jua keadaan bagi menghalang dan mengurangkan kadar kenaikan pelajar pulang setiap minggu.

___________________________________________________________________________________________________________

KACANG POL

1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball 1 kg daging - dikisar 1 kg bawang merah - dikisar 2 labu bawang putih 1 sudu teh jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sudu kecil jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sudu kecil ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 inci halia - dikisar 1 cawan air Sedikit minyak atau planta untuk menumis garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat. Rasakan garam dan gula secukup rasa Bahan Dimakan Bersama Lada hijau - dihiris Bawang besar - dihiris dadu Roti - dibakar dengan sedikit planta Telur mata lembu Limau nipis

24

___________________________________________________________________________________________________________

KENTANG LADA HITAM

3 biji ubi kentang 1 batang lada hijau - dipotong serong 1 labu bawang besar - dimayang bulat 1 lada hitam - ditumbuk Garam Minyak - untuk menggoreng

CARA-CARA PENYEDIAAN
Kentang dikupas dan dibersihkan. Potong memanjang 8 bahagian. Panaskan minyak. Masukkan kentang tadi dan digoreng deep-fry sehingga empuk. Angkat kentang dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang bersama lada hijau. Setelah agak layu, masukkan kentang tadi. Tambahkan lada hitam dan garam secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan daging atau ayam.

25

___________________________________________________________________________________________________________

BETHRACE ANNIA SAID STEVE JOBS SAID


1) Yes it may be painful if you keep going and keep pushing yourself, but it will hurt a lot more if you quit. 2) Before you "ASSUME" why not you try this crazy method called "ASKING". 3) Don't look for motivation, be motivation for others 4) I see your desperation, to achieve your aspirations, for higher education. Hopefully I can be motivation, rather than get in the way of it. 5) Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today. 6) A bestfriend is someone who support you and not talking behind you. 7) Sometimes, the strongest people in the morning, are the ones that cry themselves to sleep at night. By : Bethrace Annia
Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart.

When youre a carpenter making a beautiful chest of drawers, youre not going to use a piece of plywood on the back, even though it faces the wall and nobody will see it. Youll know its there, so youre going to use a beautiful piece of wood on the back. For you to sleep well at night, the aesthetic, the quality, has to be carried all the way through.

If you havent found it yet, keep looking. Dont settle. As with all matters of the heart, youll know when you find it. And like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on.

You cant connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.

26

___________________________________________________________________________________________________________

Elakkan diri dari tekanan


Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai Hipertensi adalah suatu keadaan di mana terjadi peningkatan tekanan darah secara kronik (dalam jangka waktu lama). Pada pemeriksaan tekanan darah akan diperoleh dua angka. Tekanan darah tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk stroke, serangan jantung, gagal jantung dan aneurisma arterial, dan merupakan penyebab utama jantung kronik. Selain faktor genetik, usia, dan jenis kelamin, terdapat beberapa punca darah tinggi adalah stres atau perasaan tertekan. Selain itu, kegemukan (obesiti) atau kurang bersukan serta berterusan merokok. Disamping itu, Antara punca mengalami darah tinggi adalah kerosakan otak, jantung, ginjal dan mata serta kelainan kadar lemak dalam darah (Dislipidemia). Berlebihan garam, alkohol dan makanan yang berlemak tinggi. Stress juga disebabkan oleh kurang mengambil makanan yang berserat dan diet yang tidak seimbang. Oleh sebab itu akan timbul implikasi penyakit yang ketara dan kronik antaranya sakit kepala saat bangun tidur iaitu pitam. Sentiasa rasa sengal dan tidak nyaman pada tengkuk. Mudah lelah, lesu berserta telinga berdenggung. Selain itu, degupan jantung tidak laju. Pandangan agak kabur, susah tidur, sakit pinggang dan mudah menjadi marah. Apabila anda merasakan beberapa gejala di atas, segera cari bantuan untuk mengatasi tekanan darah tinggi. Seterusnya, pencegahan darah tinggi dapat di lakukan dengan melakukan beberapa langkah antaranya mengambil makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan. Pengambilan garam, alkohol dan makanan yang berlemak tinggi. Mengurangi berat badan, istirahat yang cukup dan olahraga yang teratur. Selain itu, membuat pemeriksaan tekanan darah secara rutin. Secara kesimpulannya, penyakit darah tinggi bukan penyakit yang boleh dipandang remeh tetapi mampu membawa kerosakan organ yang kronik dan memudaratkan diri sehingga menyebabkan kematian.

27

___________________________________________________________________________________________________________

28

___________________________________________________________________________________________________________

Fakta Unik Makanan Berlemak yang Menjadikan Anda Kurus


Coklat Hitam
Ternyata coklat hitam boleh menurunkan berat badan. Sebuah penelitian menemukan orang yang memakan coklat hitam ( Dark Chocolate ) sebanyak 3,5 0ns 2 jam sebelum makan nasi dapat menyerap 17% kalori lebih sedikit apabila seseorang memakan coklat susu. Hal ini disebabkan karana kandungan chocoa Butter Murni yang dimiliki Dark Chocolate dapat memperlambatkan proses pencernaan, sedangkan coklat susu lebih banyak kandungan minyak menteganya sehingga lebih cepat diproses dek saluran pencernaan. Dari sinilah fakta para peneliti yang menyebutkan bahawa Dark chocolate bisa membantu menurunkan berat badan

Kelapa
Minyak kelapa dapat mengempiskan perut yang buncit.

Almond
Meskipun kandungan lemak yang dimiliki Almond sangat tinggi namun ternyata boleh menurunkan berat badan lebih banyak. Hal ini serupa dengan ungkapan para pengkaji yang berhasil dimuat Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders yang menemukan bahawa pemakan almond berhasil mengempiskan pinggangnya sebesar 50% lebih besar dibandingkan dengan berdiet

Minyak Zaitun
Minyak zaitun banyak mengandung polifenol yang dapat melawan kanser. Minyak zaitun boleh menurunkan berat badan. Pengkaji yang telah dimuat oleh jurnal Obesity menemukan bahawa minyak zaitun mengandung lebih tinggi adiponektinnya dibandingkan karbohidrat dan protein lainnya. Adiponektin adalah hormon yang dapat memecah belahkan lemak dalam tubuh dan mendorong indeks masa tubuh agar tetap rendah lemak.

29

___________________________________________________________________________________________________________

Dalam Kenangan

Sesi memotong kek oleh Pn. Nik Zuriati

Pn. Ema Izati turut memeriahkan majlis ini

Kenangan bersamanya masih di dalam ingatan

Pn. Nik Zuriati Ratnadewi Binti Nik Mohd Noor

Pn. Farah meruoakan seorang yang sangat penyayang

Terlalu banyak kenangan manis

Pn. Farah Nabilla Binti Nadzri


30

___________________________________________________________________________________________________________

10 FAKTA MENARIK TENTANG TEMPE


1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi keracunan. 2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi. 3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung. 4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe. 5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman. 6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Ji31

ka anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini! 7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. 8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan. 9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah). 10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar minum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

___________________________________________________________________________________________________________

32

Anda mungkin juga menyukai