Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PENGHULU YANG DIRINDUI NUN JAUH DI SANA.

Terima kasih saudara pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.

Yang Berusaha TANYA URUSETIA

Yang Dihormati VVIP

Yang dikasihi semua para peserta program transformasi minda (PTM) kementerian pendidikan
Malaysia Fasa 2 Siri @ tahun 2021

Hinggap Merbah Di Pohon Cemara,


Melati Kuntum Mekarnya Indah,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.
Assalamualaikum Mulanya Madah,

Beras kunyit saya taburi


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
ucapan diberi tanda diingati

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana


__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
________________________________________________________Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada AJK Pengelola program ini kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan
penuh gemilang.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan
Allah swt. Maka dapat lah kita semua menamatkan kursus apa kerana
apa_______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________

Tahniah juga diucapkan kepada semua


__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________

Ni utk semua urusetia yang telah melaksanakan kursus ni.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi
tradisionalnya. Para guru bukan sahaja datang ke sini untuk mengajar tetapi untuk mendidik
pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Hal ini selari dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu
bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi
dasar dan strategi yang berterusan.

Sistem pendidikan kita yang sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses
perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman. Dengan kata lain, kita perlu
melahirkan para guru yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk
merealisasikan aspirasi dan agenda negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu
diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada
keikhlasan

Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian
berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada
perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang
negara dan bakal pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi
pengasuhan, bimbingan dan dorongan daripada semua aspek kehidupan bermula dari peringkat
awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai.
Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu
diberi perhatian yang sama berat oleh ibu bapa dan guru-guru

Saya percaya melalui kursus ini kita semua sebagai guru baru
mampau___________________________________________________________________________
__________________________________________ memberi dorongan dan memotivasikan para
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar
yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian
kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-
bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak
kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa
meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan
kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak cemerlang, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk
menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak
mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin
menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya anda juga pasti akan
menempa kejayaan pada masa akan datang.

Izinkan saya membaca Gurindam Melayu Klasik mengenai ‘menuntut ilmu’ khas untuk putera dan
puteri graduan,

Gunakan latihan gunakan ilmu


Pada masa yang betul di tempat yang betul
Pandai-pandai menyesuaikan ilmu

Pandai-pandai menyesuaikan diri


Ibarat berdayung biar dalam perahu
Menyumpit biar dalam hutan
Menumbuk biar dalam lesung
Bertanak biar dalam periuk
Melemang biar dalam buluh
Mengeram biar dalam sarang
Membakar biar dalam bara
Menyalai biar dalam asap
Mengendap biar dalam gelap
Menjahit biar dalam terang
Belajar menyelam biar dalam air
Belajar menjerat biar dalam hutan
Latihan yang diberi di sini sambung di tempat lain
Tempat kerja adalah sebaik-baik guru

Sebagai penutup bicara, sekali lagi saya merakamkan penghargaan atas


__________________________________________________________________________________
___________________________________ Teruskan lakaran kita untuk terus mekar memartabatkan
alam pendidikan negara kita.

Saya sudahi ucapan saya dengan lafaz wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai