Anda di halaman 1dari 4

1

Kata aluan Daun Layu Di Tengah Gurun


Pengacara Nampak Jalur Pohon Cemara
Majlis Tradisi Melayu Turun Temurun
Pantun Ditutur Pembuka Bicara

Melayang Serindit Di Atas Permatang


Merbah Berkicau Dihujung Muara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismilah Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Tuan _________________________________________ (Polis)
Yang Berbahagia, Encik _________________________________________(PPD)
Yang berbahagia, Encik _________________________________________(YDP)
Yang dihormati, ___________________________,Guru Besar ______________
Barisan pentadbir ____________________________
Guru-guru serta barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing
rakan sebaya yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita hadir ke MAJLIS PENYERAHAN
SIJIL PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT SEKOLAH _____________________
BAGI TAHUN 2022/2023.

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai ____ orang pemimpin yang
terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, serta pembimbing
rakan sebaya akan menerima watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
ketiga-tiga sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan
dipikul oleh mereka.

Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Sebagai tanda syukur kehadrat ilahi, majlis mempersilakan al-Fadil Ustaz


_________________________________________ untuk memimpin bacaan doa
..................................................
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadil Ustaz ___________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian Majlis diteruskan lagi dengan menyanyikan 4 buah lagu : Lagu Negaraku, Lagu
Negeri, Lagu Sekolah Dan yang terakhir Lagu Sekolahku Sejahtera. Hadirin dan
para tetamu diminta berdiri.

......................................................................................................

Hadirin dipersilakan duduk.


2

Ucapan GB Adat berpuak dengan kepala,


Adat berkampung dengan ketua,
Adat berkeluarga dengan ayahnya,
Adat bersekolah dengan guru besarnya

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha _________________________________________,Guru Besar
_____________________________________ untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

...........................................................

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar
atas ucapan itu tadi

Ucapan Bagaimana biduk atau pengayuh,


Pegawai Kalau belayar biarlah bernakhoda,
Perhubungan Jika berjalan dengan yang tua,
Sekolah PPD Timbalah ilmu jangan bermuka

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan
____________________________________, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

........................................................................

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Tuan ______________________________________, atas ucapan beliau sebentar
tadi.

Ucapan Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang


Pegawai Polis Berusaha___________________________________________untuk
menyampaikan ucapan. Dengan ini dipersilakan.

............................................................................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan oleh Yang Berusaha
___________________________ sebentar tadi.

Pemakaian Majlis diteruskan dengan acara pemakaian blazer kepada ketua dan penolong
blazer pengawas.
kepada ketua Dengan ini, saya mempersilakan _________________________PK HEM
dan mengiringi yang berusaha ________________________,Guru
penolong ________________________ untuk pemakaian blazer ini.
pengawas Dipersilakan ketua pengawas/ penolong
oleh GB ..........................................................................

Terima kasih diucapkan kepada ________________________dan


_____________________ di atas pemakaian itu tadi.
3

Penyampaian Kalam Tulisan Indah Budaya


sijil Halus Buatan Sutera Andalus
pelantikan Pengawas Melangkah Penuh Bergaya
pengawas Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus
sekolah,
pengawas Hadirin sekalian,
pss dan Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penyampaian Sijil
pembimbing Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dan Pembimbing
rakan sebaya Rakan Sebaya.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput


________________________untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia
Tuan __________________________, untuk menyampaikan sijil pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan ___________________________________,


(senarai nama)
Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan
___________________________________,(senarai nama)
Bagi pembimbing rakan sebaya sekolah, dipersilakan
___________________________________, (senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian Hadirin Sekalian.


watikah
Ikrar ketua Dengan penyerahan sijil pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah
pengawas pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, dan
pembimbing rakan sebaya bagi tahun 2022/2023. Untuk itu, majlis diteruskan
dengan menjemput dan mempersilakan Adik
_________________________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar
kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik


Cenderamata Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda
mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Guru Besar ________________________untuk menyampaikan cenderamata
sebagai kenang-kenangan kepada
Para tetamu.
Dipersilakan : Yang Berbahagia
Tuan _______________________________________________________
Encik_______________________________________________________
4

...........................................................................

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih

Majlis Melati kuntum tumbuh melata,


Penutup Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, majlis melabuhkan tirai di sini ,


sebelum bicara ini terhenti,saya mewakili pihak pengelola majlis menyusun
sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang menghiris
hati,meluka rasa.

Jutaan terima kasih diucapkan


kepada_____________________________________________________ Pegawai
Perhubungan Sekolah PPD,
_______________________________________________________Pegawai Polis
Paka barisan pentadbir dan seluruh warga SK ________________________yang
penuh komitmen dalam menjayakan Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan
Pengawas pada kali ini.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai