Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERPISAHAN GURU 2018

TEKS MC
BAHAGIAN TEKS
KATA ALUAN Bismillahirrahmanirrahim ,Assalamualaikum
Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Pn. Ponnisah binti Daud, Guru Besar


SK Sungai Bunyi,
Yang dihormati,
Pn, Naziah binti Zailani, GPK Pentadbiran,
En. Katni bin Saparie, GPK Hal Ehwal Murid,
En. Jaffri bin Salimin, GPK Kokurikulum,
Cik Noraini binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas,

Yang Diraikan,
Pn. ____________________________________

Barisan guru dan anak-anak murid SK Sungai Bunyi


yang dirahmati ALLAH sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya hari ini kita dapat bersama-sama
berkumpul dalam majlis Sekalung Budi sempena
perpisahan
__________________________________.

BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Pause)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada

________________________________________
atas bacaan doa itu tadi.
MAJLIS PERPISAHAN GURU 2018

UCAPAN PENTADBIR Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Pak petani menyabit rumput,


Rumput diberi makan ternakan,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan.

Sebagai pembuka ucapan majlis, denagn hormatnya


mempersilakan
_______________________________________,
_______________________________________
Untuk meyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


______________ atas kesudian _______
menyampaikan ucapan.
UCAPAN PENOLONG PENGERUSI KEGAS Seterusnya, majlis mempersilakan
_______________________, selaku penolong
pengerusi Kelab guru dan Staf SK Sungai Bunyi untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

(Pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


______________ atas kesudian _______
menyampaikan ucapan.
UCAPAN DIRAI Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama guru ini
Tak mungkin ada galang ganti

Seterusnya majlis mempersilakan


______________________ untuk memberikan
sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan, Tuan.

(pause)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada ____________________
atas ucapan itu tadi.
MAJLIS PERPISAHAN GURU 2018

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu puan dalam ingatan

PENYAMPAIAN HADIAH MURID TAHAP Tiba waktunya untuk menyusun jemari.


1 Membuang segala kerikil bersalut di hati.
Maafkan kami andai ada silap tanpa disedari.
Agar perpisahan ini indah berbunga mesra di hati.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara


penyampaian hadiah dan bersalaman murid tahap 1.
PENYAMPAIAN HADIAH MURID TAHAP Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan
2 bersalaman murid tahhap 2.
PENUTUP Pada guru yang meninggalkan SK Sungai Bunyi,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di sekolah baharu
Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Dengan ini berakhirlah majlis sekalung budi sempena


perpisahan ___________________________.
Sekian sahaja. Salam Hormat.

Wabillahi…..

Anda mungkin juga menyukai