Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM SAMBUTAN CNY DAN

JASAMU DIKENANG PPD KANOWIT

Kata aluan Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Tn Hj Bugin Hj Ragoon Ketua PPD Kanowit,


Yang dihormati, Barisan Timbalan PPD, Barisan Penolong PPD,
Yang diraikan,
______________________________________________________,
Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH
sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ” JAMUAN MAKAN MALAM SAMBUTAN
CNY DAN JASAMU DIKENANG PPD KANOWIT”

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bacaan Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini,
Doa marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh
________________________________________________________
____

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada


________________________________________ atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Tn Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Hj Bugin
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Tn Hj Bugin Hj Ragoon selaku


ketua PPD Kanowit untuk mennyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Bugin Hj Ragoon atas ucapan


itu tadi.

Ucapan Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


Pegai Yang daripada Yang Diraikan
Diraikan ________________________________________________________
___. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan atas ucapan itu tadi.

Penyampai
an Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Cenderama
ta Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
iaitu_______________________.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan KPPD Tn Hj Bugin Hj Ragoon untuk mengiringi
Yang Diraikan 
________________________________________________________
___ untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang
Diraikan________________________________________________.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada KPPDK TN HJ


BUGIN HJ RAGOON di atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Ucapan Bulan Januari yang lepas adalah bulan yang bermakna buat saudara
Tahun Baru kita yang berbangsa Cina. Selain daripada perpisahan kita dengan
Cina _________ ________, marilah sama-sama kita meraikan mereka yang
menyambut Tahun Baru Cina pada bulan Januari lalu.

Mereka ialah :    


      
Nama Pegawai
Pn. Tan Swee Lin
En. Lim Soon Kiong
Pn. Ng Goat Guan
En. Ling Ding Houng
En. Chai Seng Howe
Pn. Kiu Siew Kiin

Tayangan Seterusnya kita sama-sama menyaksikan tayangan slide Sambutan


Slide Pegawai baharu & Jasamu dikenang yang disediakan oleh Cikgu
Sambutan Stanley, Cikgu Bjorn dan Cikgu Zool Hilmi
Pegawai
baharu &
Jasamu
dikenang
Cabutan Seterusnya kita mulakan sesi cabutan bertuah yang pertama. Dijemput
bertuah 1 Tn HJ Bugin Hj Ragoon membuat _______cabutan.
Seterusnya dijemput Cikgu Joseph membuat ___________cabutan.
Persembah Untuk memeriahkan lagi majlis kita pada mala mini, dijemput
an _______________ untuk mempersembahkan nyanyian beliau.
Nyanyian
Slot Kuiz Dijemput cikgu ling ding Huong untuk mengelolakan segmen kuiz yang
pertama kita pada malam ini.
Persembah Untuk persembahan seterusnya…dijemput ____________untuk
an mendendangkan kita dengan
Nyanyian lagu________________________dipersilakan.
Cabutan Seterusnya kita mulakan sesi cabutan bertuah yang kedua. Dijemput
bertuah 2 cikgu Hipnee membuat _______cabutan.
Seterusnya dijemput Cikgu Ng membuat ___________cabutan.
Kuiz 2 Dijemput semula cikgu ling ding Huong untuk mengelolakan segmen
kuiz yang kedua kita pada ala mini.
Persembah Untuk persembahan seterusnya…dijemput ____________untuk
an mendendangkan kita dengan
Nyanyian lagu________________________dipersilakan.
Cabutan Seterusnya kita mulakan sesi cabutan bertuah yang ketiga. Dijemput
Bertuah 3 cikgu Tius membuat _______cabutan.
Seterusnya dijemput Cikgu Jerie membuat ___________cabutan.
Penutup Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan kerana sudi bersama kita pada
petang ini dan kami semua mendoakan agar MEREKA ceria di tempat
baru.
Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai