Anda di halaman 1dari 6

Tentatif Teks Catatan

Kata aluan BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....


(Bengkel ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
Terapi cara RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL
kerja untuk UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
ibu bapa)
assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

Yang berusaha/
yang dihormati peceramah kita pada hari ini cik amira
farhana binti ahmad shabri, pegawai bidang khusus 3pk
johor,
Yang dihormati barisan guru Pendidikan khas sk senai
utama, ibu bapa serta hadirin sekalian.
Biodata Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, dapat kita berkumpul
penceramah bersama-sama di pagi yang indah ini bagi menjayakan
majlis ilmu yang disediakan untuk kita semua.
Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas
sempadannya.

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Bagi pihak majlis juga, saya mengalu-alukan


kedatangan penceramah Bengkel Terapi Cara Kerja
untuk ibu bapa pada hari ini iaitu cik amira farhana binti
ahmad shabri, iaitu pegawai bidang khusus 3pk johor.
Sebelum itu, izinkan saya menceritakan serba sedikit
latarbelakang penceramah kita pada hari ini.

Cik amira farhana bt mohd shabri merupakan


Penerima biasiswa KPM ( Skim Tenaga Kepakaran
Pendidikan Khas)

Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Terapi Cara


Kerja dengan Kepujian (UKM)

Seterusnya beliau telah memperoleh Diploma


Pascasiswazah Pendidikan [Pendidikan Khas- Masalah
Pembelajaran] (IPG Ilmu Khas)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Terapis Cara


Kerja di (Excel Qhalif Shah Alam)
Dan pernah berkhidmat Terapis Cara Kerja (locum -
home therapy)

Beliau juga pernah menjadi Guru Pendidikan Khas,


SMPK Vokasional Kuantan

Kini beliau telah ditugaskan sebagai Pegawai Bidang


Khusus, 3PK Johor

Terima kasih atas kesediaan cik amira farhana


memenuhi undangan pihak sekolah untuk bengkel kita
pada hari ini.

Untuk tidak melengahkan masa lagi,majlis dengan ini


mempersilakan penceramah kita pada hari ini untuk
berkongsi ilmu pada hadirin dan hadirat sekalian.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cik amira farhana atas


perkongsian ilmu mengenai terapi cara kerja untuk ibu
bapa. Semoga ilmu yang diberikan dapat kita sama
sama praktikan pada masa akan datang.

SAYUP-SAYUP SI ANAK MATA,


SAYUP MEMANDANG SI BUAH HATI,
MASA AMAT MENCEMBURUI KITA,
DILAIN HARI BERJUMPA LAGI.

Maka dengan itu tamatlah bengkel kita pada hari ini dan
pada pukul 12.30 hari nanti kita akan teruskan dengan
majlis jalinan mesra aidilfitri.

Majlis jalinan mesra aidilfitri.

Ucapan Assalamualaikum wbt dan salam


aluan sejahtera.
Yang Berusaha
____________________________________________
_
 Yang Dihormati
____________________________________________
_

Barisan guru, ibu bapa serta murid murid yang dikasihi


sekalian.
Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Ucapan keramat Selamat Hari Raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama- sama dapat berkumpul di majlis
ini bagi meraikan program jalinan mesra aidilfitri anjuran
kelas Pendidikan khas sk senai utama bagi tahun 2023.

Bacaan doa Hadirin Yang Dihormati,


Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini,
kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha
Esa. Majlis mempersilakan
____________________
bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan ]

Amin amin Ya Rabbal A-lamin
terima kasih _______________________ atas pimpinan
pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis yang berlangsung
diberkati olehNya
Ucapan Pergi ke kota beli selasih,
penyelaras
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

majlis dengan sukacitanya


mempersilakan pn norlaili bt ishak penyelras kelas
Pendidikan khas untuk menyampaikan sepatah dua
kata.
…….
Terima kasih diucapkan kepada
Pn norlaili atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan guru Hadirin sekalian
besar majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pn
rosmayati bt hassan, guru besar sk senai utama
. Dipersilakan puan.
…….
Terima kasih diucapkan kepada Pn rosmayati atas
ucapan sebentar tadi.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan
Marhaban Hadirin sekalian,
Marilah kita sama sama berdiri untuk sama sama kita
berselawat keatas nabi dengan bimbingan
_____________________

Jamuan Kalau tuan pikat cemara,


makan Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Tanpa melengahkan masa, majlis sekali lagi menjemput
______________ ke hadapan untuk memimpin bacaan
doa makan.

Selamat menjamu selera.

Penutup Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis


mengambil kesempatan pada penghujung waktu ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam memastikan program jalinan
mesra aidilfitri ini dapat berlangsung dengan meriahnya.

Kami menyusun sepuluh jari segala salah dan silap


mohon dimaafi, Semoga bertemu di lain
kali, InsyaAllah,

Sekian, Wassalamualaikum wbt.dan


Selamat hari raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai