Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 56

Bil Teks Catatan

1. Biji selasih boleh dimakan Ketibaan


Menjadi perisa sedap terperi Tetamu
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke – 56 Tahun 2023.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula
sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian diminta bersedia.

1
2. ‫السالم عليكم و رحمة هللا و بركاته‬..‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬..

Salam Malaysia Madani,


Yang berusaha, Puan Rosmila Bt Che Rose , Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Rusli Bin


Mad Hassan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan
Guru Sek Keb Permatang Pasir {YDP PIBG SKPPr}.

Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,

Pn Syarifah Bt Wan Nik , Guru Penolong Kanan


Pentadbiran ,

Pn Norduriah Bt Mat Daud, Guru Penolong Kanan


Hal-Ehwal Murid,

En Che Faisal Haneef Bin Che Kamarudin, Guru


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya Yang dikasihi,


hadirin hadirat sekalian..

3. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada
pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon
menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah


kita bersama-sama menadah tangan penuh
2
kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput Al- Fadil Ustz Mohd Faizal Bin Mohd
Puaad untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......
Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih
diucapkan kepada Al – Fadil Utz atas bacaan doa
sebentar tadi.

4. Kuntum melati tumbuh melata Ucapan


Alu –
Burung merbah di pohon cemara
aluan
Assalamualaikum pembuka bicara Pengerusi
Selamat datang untuk semua Majlis

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


serta mengalu-alukan kehadiran Yang
Berbahagia Tuan Haji Mohamad Rusli Bin Mad
Hassan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan
Guru Sek Keb Permatang Pasir.
ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 56
Tahun 2023. Majlis juga mengucapkan selamat
datang kepada semua para tetamu, tuan-tuan dan
puan-puan serta hadirin ke program yang
diadakan pada pagi ini.

3
WAR-WARKAN TENTANG PENUTUPAN
PENDAFTARAN MELALUI GOOGLE FORM....

4.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan


Yang berusaha, Puan Rosmila Bt Che Rose , Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha,


Puan Rosmila Bt Che Rose. Semoga kita dapat
mengambil iktibar dari ucapan tadi.

5. KALAU HENDAK KE PEKAN DENGKIL


BELIKAN SAYA KAIN KELABU
SILAKAN TUAN SEGERA TAMPIL
MENYAMPAIKAN BINGKISAN DIKALBU

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Haji


Mohamad Rusli Bin Mad Hassan Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru Sek Keb Permatang
Pasir {YDP PIBG SKPPr}.
4
bagi menyampaikan ucapan DAN SETERUSNYA
MERASMIKAN MAJLIS PADA HARI INI, dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Rusli Bin
Mad Hassan atas ucapan beliau sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

6. Gimik Pelancaran Perasmian Mesyuarat Agung


PIBG :-
“MESYUARAT AGUNG PIBG SK PERMATANG
PASIR KALI KE – 56 SESI 2023”

Hadirin hadirat sekalian, seterusnya Perasmian


SMART CLASSROOM

Taklimat NILAM oleh GPM / Pn Farah Hanim Bt


Awang

Taklimat PBS oleh PK Pentadbiran / Pn Syarifah


Bt Wan Nik , Guru Penolong Kanan Pentadbiran

5
7. Hadirin hadirat sekalian, saya tangguhkan dahulu
majlis ini bagi memberi laluan kepada Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke – 56
NOTE :- YDP PIBG HANDEL, SEBELUM LANTIK
CGU CHE FAISAL PENGERUSI SEMENTARA…..

8. Cabutan Rezeki.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di


penghujung acara
9.
Kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara,


Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Saya bagi pihak Jawatankuasa Mesyuarat Agung


PIBG Kali ke - 56 merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

6
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai