Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

RAIKAN SYAWAL BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI KANAN PENDIDIKAN


Tarikh : 18 Mei 2022
Masa : 7:00 malam
Tempat : Surau Ar-Rahman Presint 16 Putrajaya

MASA BUTIRAN TINDAKAN

7:00 malam Ketibaan tetamu

PENGUMUMAN PRAMAJLIS

7:00 Malam Assalamualaikum w.b.t.


Hadirin yang dihormati sekalian, Luqman
Agar majlis ini dapat disempurnakan sebaik-baiknya/ kerjasama hadirin sekalian
dipohon untuk:
1. Dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing
2. Memastikan telefon bimbit/ berada dalam mode senyap/ runut bunyi
telefon juga diharap dapat dimatikan
3. Meminimumkan pergerakan/ semasa majlis berlangsung
4. Memakai pelitup muka kecuali ketika menikmati juadah dan sentiasa
menitikberatkan S.O.P
5. Semua hadirin yang hadir dalam majlis pada hari ini akan menerima door
gift daripada pihak urus setia.Jangan lupe untuk dapatkannya bersurai.
Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan, ketibaan
7:15 malam Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi Jidin Luqman
Menteri Kanan Pendidikan diiringi oleh dif-dif kehormat

SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Hadirin sekalian, Luqman


Dipersilakan hadirin sekalian untuk bersedia bagi sama-sama mendirikan solat
maghrib berjemaah.

SALUTASI (Selepas selesai solat maghrib)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah brkth Luqman
Alhamdulillah wassolatu wassalamu….
YANG BERHORMAT
DATUK DR. RADZI JIDIN

1
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI SAIFUDDIN BIN HUSIN
Timbalan Pengarah
Sektor Pengembangan Sekolah Agama
Mewakili Pengarah BPI
YANG DIHORMATI
AL-Fadhil Ustaz Muhamad Asyraf Mohd Ridzuan – IM Asyraf
Ustaz Selebriti Tanah Air

Yang Berusaha
Dato Haji Abd Rahim bin Ismail
Pengerusi Surau Ar-Rahman Presint 16 Putrajaya
Barisan Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wakil-wakil komuniti daripada agensi serta surau Wilayah Persekutuan Putrajaya
Warga Kementerian Pendidikan
Guru-guru dan murid-murid
YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian.
Selamat Datang Ke//
MAJLIS BICARA ILMU BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI KANAN
PENDIDIKAN

UCAPAN ALUAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan
Baginda SAW, kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul Luqman
di Surau Surau Ar-Rahman Presint 16 Putrajaya bagi memeriahkan majlis bicara ilmu
pada malam yang berbahagia ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Menteri Kanan Pendidikan

serta para hadirin sekalian dan memanjangkan rasa kesyukuran tidak terhingga atas

kesudian semua hadir ke majlis ini.

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Untuk memberkati Majlis mari sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab al-

fatihah….

TAZKIRAH

Hadirin sekalian, Luqman

2
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Duit ringgit boleh dicari,
Mana nak cari ilmu Imam Asyraf yang disayang.

Berikutnya, tanpa membuang masa, majlis mempersilakan

Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf

Pendakwah Selebriti tersohor tanah air kita.

Untuk menyampaikan bicara ilmu pada malam ini,

Dipersilakan..

********* TAZKIRAH BICARA ILMU ********

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf atas pengisian

tazkirah dan perkongsian ilmu yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Pengerusi Surau,
Oleh itu, dipersilakan
Yang Berusaha
Dato Haji Abd Rahim bin Ismail
***********UCAPAN Pengerusi Surau *************

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YANG BERUSAHA Dato Haji
Abd Rahim bin Ismail atas ucapan, amanat & hasrat besar yang diberikan sebentar
tadi.
Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Menteri
Oleh itu dipersilakan
Yang Berhormat
Datuk Dr. Radzi Jidin,
Menteri Kanan Pendidikan
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan

mempersilakan.

************ UCAPAN YBMK *************

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT DATUK
DR RADZI JIDIN atas ucapan, amanat & hasrat besar yang diberikan sebentar tadi.

SOLAT ISYAK BERJEMAAH

Hadirin sekalian, Luqman


Dengan ucapan YBMK sebentar tadi maka tamatlah sesi pertama kita di dalam
dewan solat utama Surau Al-Aqsa pada malam ini. Kita akan bersambung ke sesi
yang ke-2 di khemah jamuan seusai solat fardhu isyak sebentar lagi.
Saya bg pihak pengelola majlis mengucapkan terima kasih kepada pihak
kemnterian , pihak Surau Ar-Rahman, Ustaz Asyraf dan semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis bicara ilmu pada malam
ini. Semoga majlis bicara ilmu pd mlm ini memberi impak yang besar dalam diri,
ummah dan negara. Sekian…kita tangguh majlis kita dengan tasbih kaffarah dan
surah al-asr.

3
‫والعفو منكم‬
, wabillahi taufiq wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai