Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM SEMPENA LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN


DATUK DR. RADZI JIDIN

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1 Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Alu-aluan
Pengacara Majlis Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Berhormat
Datuk Dr. Radzi Jidin
Menteri Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha
Encik Mohd. Busrah bin Nordin
Guru Besar SK Nunuyan Laut

Yang Berusaha
Pegawai JPNS
Wakil PPD Sandakan

Yang Berusaha
PK Pentadbiran
PK HEM
PK KoKum

Yang Dihormati,

Para pegawai barisan rombongan lawatan,

Seterusnya Rakan Guru dan barisan AKS SK Nunuyan


Laut Sandakan

Terima kasih diucapkan kpd Yang Berhormat Datuk Dr.


Radzi Jidin dan rombongan diatas kesudian berkunjung ke
SK Nunuyan Laut

1
Acara 2 Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka dengan munajat
Bacaan Doa Mohon rahmat serta hidayah
Moga pertemuan mendapat berkat

YB Datuk, dan para hadirin sekalian.

Bagi memberkati pertemuan hari ini, dipersilakan Al-Fadhil


Ustaz Rosli bin Hj. Shamsuddin untuk memimpin bacaan
doa dan Bagi yang bukan beragama Islam mengikut
kepercayaan masing-masing.

Dipersilakan

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Rosli bin Hj.
Shamsuddin atas pimpinan doa sebentar tadi. Mudah-
mudahan diberikan keafiatan atas asbab keberkatan
bacaan doa tadi.

Acara 3 Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat majlis menyampaikan ucapan
Ucapan aluan GB
YB Datuk, dan para hadirin,

Sebagai pembuka tirai pertemuan hari ini, dengan


sukacitanya dipersilakan Yang Berusaha En. Mohd.
Busrah bin Nordin, Guru Besar SKNL untuk
menyampaikan ucapan alua-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********( Ucapan aluan GB)**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha En. Mohd. Busrah bin Nordin atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

2
Acara 4 Tuan ibarat pahlawan bahtera di tengah samudera
Tempat kami berpadu tenaga
Ucaptama YB Mencapai matlamat sekolahku sejahtera
Memartabat pendidikan negara tercinta

Alang-alang bertemu dengan penuh berharap


Mungkinkah langkahnya membawa perkhabaran
Alang-alang disini bersama kita menyingkap
Moga pesan dan tegur jadi pedoman

Para hadirin sekalian,

Seterusnya tanpa membuang masa, marilah kita bersama-


sama mendengar ucaptama daripada tetamu kehormat kita.
Oleh itu, dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan

Yang Berhormat
Datuk Dr. Radzi Jidin
Menteri Pendidikan Malaysia

untuk tampil memberikan ucaptama. Dengan penuh


takzim, dipersilakan.

***( Ucapan Yang Berhormat)***

Majlis mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada


YB Datuk Dr. Radzi Jidin atas ucaptama yang disampaikan
sebentar tadi.

Acara 5 Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih,


majlis mempersilakan Yang Berusaha Mohd Busrah
Penyampaian Nordin, Guru Besar SKNL untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi
Cenderamata
Jidin.
kepada YB

Acara 6 YB Datuk dan para hadirin,

Kata-kata Penutup Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang


dan Berhormat Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan
Malaysia atas kesudian berkunjung ke SK Nunuyan Laut
untuk bersua pandang, mengungkap bicara dan beramah
mesra dengan kami disini. Terima kasih juga kepada
barisan rombongan yang mengiringi YB, dan juga wakil
PPD Sandakan.

3
Langkah tuan kami iringi
Entah bila bertemu lagi
Kisah yang rawan tinggal disini
Kisah yang manis bawalah pergi

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

Pertemuan kita bermula disini, namun pastinya bukan


yang terakhir, mudah2an dipanjangkan usia bertemu lagi..
InsyaAllah..

Akhir kata sebagai penutup tirai pertemuan pagi ini,


Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum WBT
Salam Sekolahku sejahtera dan salam hormat.

Acara 7 Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk


bersama rombongan diiringi oleh Yg Berusaha Guru Besar
Jamuan dan barisan Pentadbir untuk ke bilik jamuan yang telah
disediakan. Silakan

Anda mungkin juga menyukai