Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan ‘semarak ramadha 2022’

Ucapan aluan pengerusi majlis Yang Berusaha,


En Abdul Rahim b. Abu Guru besar SK bbs
Yg dihormati Barisan pentadbir
Puan Nooraishah Binti Abu Bakar Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum
En. Yusoff Bin Muhammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Zulkifli Bin Mahmad, Penolong Kokurikulum
rakan-rakan guru seterusnya ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Dan Slm 8 ramadhan

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan hadirin sekalian ke


PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 2022
Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapatlah
kita berkumpul dlm majlis ilmu pd hari ini dimana ia dpt mengisi altiviti
ibadah kita dibulan mulia ini
Bacaan doa Hadirin sekalian,
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis dalam Rahmat Nya

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita Bersama-sama
menadah tangan memohon doa agar majlis kita pada hari ini diberkati
oleh Yang Maha Esa
Dengan ini, majlis ingin mempersilakan al Fadhil Ustaz muhd firdaus bin
abd jamel untuk memimpin bacaan doa.
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al Fadhil Ustaz muhd firdaus


atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan GB Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Dipersilakan tn Gb en abd Rahim b. abu Untuk menyampaikan ucapan,


dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


Tayangan video Hadirin yang dikasihi sekalian,
seterusnya, marilah sama2 kita menonton tayangan video yg telah
disediakan oleh ustazah rodianah, ustazah aishha dan ustaz firdaus.
Sama2 kita saksikan

Terima kasih atas tayangan video itu td


Isi kehadiran Makluman kpd para murid untuk mengisi kehadiran pd link yg akan
diberikan diruangan message sebentar lagi
Makluman kuiz Dan juga Untuk makluman para murid, pihak sekolah telah menyedia
kuiz secara online dimana murid2 yg ingin Sertai PERLU menulis nama
penuh dan kelas. Link kuiz akan diberikan diruangan message sebentar
lagi.
Ceramah Hadirin yang dikasihi sekalian,
Bagi melengkapkan majlis kita hari ini ,
Mari lah kita sama2 mendengar, belajar dan memahami setiap intipati
ceramah yg akan disampaikan oelh alfadil ustaz mohd shahdan b.
bakar. Dipersilakan

Terima kasih ustaz atas kupasan tajuk itu td.


Diharap kita dpt mengambil pengajaran dan iktibar dr ceramah itu td.
Pengumuman pemenang Seterusnya sy ingin mengumumkan pemenang kuiz online sebentar td.
Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan paling pantas.
Pemenangnya ialah:

Tahniah kpd pemenang. Hadiah boleh dituntut dengan unit


kokurikulum hari isnin nanti.
Bersurai Dengan itu berakhirlah majlis kita pd hari ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada para guru ,ibu bapa dan
murid2 skbbs kerana sudi meluangkan masa untuk majlis kita pada pagi
ini. Semoga segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya.. dan
diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa. InsyaAllah

Bagi Pihak majlis , kami menyusun sepuluh jari seandainya terdapat


sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Melarik halus papan di Jawa


Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai