Anda di halaman 1dari 2

TAKLIMAT IBU BAPA DAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SK PARIT SESI 2023/2024

Ucapan Aluan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Dan Salam sejahtera
Yang berusaha, Puan Hajah Rogayah bt Haji Mat Jani, Guru Besar SK Parit
Yang dihormati, Yang Dipertua PIBG SK Parit En Haminuddin bin Ropaai ,
Yang berusaha barisan penolong Kanan
Guru-guru yang dedikasi
AJK-AJK PIBG
Ibu bapa-ibu bapa murid
Serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat dan KurniaNya, dapat
kita bersama-sama berkumpul di dalam TAKLIMAT IBU BAPA DAN HARI ORIENTASI MURID
TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SK PARIT SESI 2023/2024. Pihak sekolah mengalu alukan
kedatangan semua jemputan yang sudi hadir ke majlis yang dijalankan setiap tahun bagi
memperkenalkan murid-murid pra sekolah dan tahun 1 kepada suasana persekolahan sebenar
yang akan mereka tempuhi minggu hadapan.

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan,


Marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Cikgu Mohd Mursyid b Mohd Zin. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan…

BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


 
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Hadirin sekalian,
Guru Besar
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan
Yang Berusaha Guru Besar SK Parit, Pn.Hjh. Rogayah bt. Mat Jani bagi menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

UCAPAN GURU BESAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar SK Parit, Hjh. Rogayah bt. Mat
Jani, , di atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Penolong Hadirin yang saya hormati, Majlis akan diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal
Kanan HEM Murid Sekolah Kebangsaan Parit, Puan Zuliyana bt Saayan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

UCAPAN PK HEM

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PK HEM SK Parit, atas ucapan itu tadi.

Ucapan YDP PIBG Hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan


Yang Dipertua PIBG SK Parit, En. Haminuddin bin Ropaai bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SK Parit, En. Haminuddin bin
Ropaai di atas ucapan itu tadi.
Taklimat Kesihatan Hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan

1
oleh Pegawai Yang berusaha Pegawai Kesihatan _______________________________ bagi menyampaikan
Kesihatan taklimat kesihatan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________ di atas


ucapan itu tadi.
Taklimat Guru Kelas Hadirin dan hadirat sekalian,
Pra sekolah
Seterusnya, majlis mempersilakan Guru Kelas Prasekolah, Pn Halimatussaidah bt Razak untuk
memberikan taklimat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..........

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Halimatussaidah bt Razak di atas ucapan itu
tadi.

Sesi soaljawab Seterusnya majlis kini dibuka kepada sesi soaljawab. Sekiranya ada ibu bapa yang ingin
bertanyakan soalan atau ingin memberikan cadangan, bolehlah kedepan untuk menyuarakan
soalan atau cadangan tersebut.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas soalan dan juga cadangan ibu bapa
sebentar tadi.
Pembayaran yuran Seterusnya adalah sesi pembayaran yuran dan alat tulis oleh ibu bapa murid tahun 1 dan juga
dan alat tulis murid pra sekolah. Diminta ibu bapa untuk beratur mengikut kedudukan kelas anak masing-
masing.

Penutup/ Bersurai Hadirin sekalian,


Dengan berakhirnya acara itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

         Tenang-tenang air di kali


         Tempat mandian putra dan puteri
         Sempurna sudah majlis dirai
         Salah dan silap harap dimaafi

Terima kasih yang tidak tehingga juga diucapkan kepada semua tetamu jemputan, ahli
jawatankuasa kerja program dan mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sekian, hingga kita bertemu lagi di masa akan datang.


Wabilahitaufik walhidayah, assalammualaikumwarahmatullahhibarakatuh,

Anda mungkin juga menyukai