Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 / 2019 SKKS

Tarikh : 30 Disember 2019


Hari : Isnin / 8.00 pg
Tempat : Dewan Sri Gemilang

MASA CUE PENGUMUMAN CATATAN


8.00 PENGUMUMAN Semua ibu bapa diminta untuk ke meja
pagi pendaftaran bagi sesi pendaftaran nama anak-
anak anda.

8.15 HADIRIN Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan


pagi MENGAMBIL Shamsiah binti Ishak, Guru Besar Sekolah FELDA
TEMPAT DI Keratong 1,
DEWAN Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,
guru-guru penolong kanan,
para ibu bapa dan murid-murid Tahun 1, Pra-
Sekolah dan PKKI
untuk mengambil tempat di dalam Dewan Seri
Gemilang

UCAPAN ALU- Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,


ALUAN salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
PENGACARA
MAJLIS Yang Dihormati, En Esem bin Yang Dipertua
PIBG Sek Keb Felda Keratong 1

Yang Berusaha, Pn Shamsiah binti Ishak, Guru


Besar Sek Keb Felda Keratong 1

Yang Dihormati, Puan Hjh Rohya binti Hassan,


Guru Penolong Pentadbiran dan Kurikulum, En
Zamir Husairi bin Zolkiptly, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, En Rosli bin Abas Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, En Shahiddin bin
Saad Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Intergrasi

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Keb


Felda Keratong 1, Para ibu bapa serta murid-
murid Tahun 1, Pra Sekolah dan PKKI

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,


SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI
TADAHKAN.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha


Esa kerana kita diberikan kekuatan dan
kesempatan untuk berhimpun dalam
Majlis ………………………………… Sek Keb Felda
Keratong 1 bagi sesi tahun 2020

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para


tetamu jemputan, ibu bapa, dan murid-murid
ke majlis pada hari ini. Program Transisi Murid
Tahun 1 bertujuan untuk membantu murid-
murid menghadapi perubahan dari pendidikan
tidak formal di tabika atau prasekolah ke
pendidikan formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dengan terlaksananya program ini,
murid-murid diharap dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.
BACAAN DOA KALAU PERGI KETANJUNG KERAMAT,
ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi


ini, majlis menjemput al fadhil Ustaz
…………………………………………………………….. untuk
membacakan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
-------------- bacaan doa -------------------------

Amin amin ya rabbal alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Ustaz …………………….
………………………………… atas bacaan doa itu tadi.

BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT,


UCAPAN RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
ALUAN BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
GPK HEM (Pn JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.
Hjh Rohya binti
Hassan) Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En Zamir Husari bin Zolkiptly
selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid untuk menyampaikan ucapan Aluan.
Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En Zamir Husairi bin Zolkiptly atas
ucapan aluan sebentar tadi.

UCAPAN PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,


PERASMIAN SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA;
GURU BESAR KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
(Pn Noriah bt SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.
Ismail)
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang
Berusha Pn Shamsiah binti Ishak untuk
menyampaikan ucapan setrusnya merasmikan
Majlis ………………………………………………………………
Dipersilakan.

**Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian Puan Guru Besar menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.

Hadirin yang dimuliakan,


Tibalah masanya kita sama2 mendengar
Taklimat Kesihatan yang didatangkan khas dari
…………………………………………………………… iaitu
……………………………………………………………
(jawatan) …………………………………………………

Untuk itu, majlis dengan setulus ikhlas


menjemput dan mempersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada ……………………………………………………………..
atas perkongsian ilmu sebentar tadi.

9.30 PENUTUP MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,


pagi KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada semua tetamu jemputan,
Ahli Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1,
para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

BERGERAK KE Hadirin dipersilakan untuk ke TEMPAT YG


VENUE DITETAPKAN masing2 seperti sedia maklum.
Diingatkan sekali lagi kepada
Ibubapa/ penjaga
muridTahun 1 di Kantin
Pra sekolah dan PKKI di kelas masing2

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai