Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PENYAMPAIAN HADIAH

EMCEE UCAPAN CATATAN


Ketibaan Yang dihormati,
Tn Hj Jamaluddin
Pengasas Mabiq

Yang berusaha,
Ustaz Mohamad Zikri Hakim Bin Mohamad Suhaili
Selaku Mudir Mabiq

Yang berusaha,
Ustaz Mohamad Faris Bin Mohammed Hasnan
Selaku Timbalan Mudir 1 Mabiq

Yang berusaha
barisan hakim yang adil lagi bijaksana,

Yang dihormati,
guru-guru pengiring, ibu bapa ,para peserta
musabaqah serta para pelajar yang dikasihi
sekalian....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana


dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama
berkumpul di DEWAN UTAMA ini bagi menyaksikan
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MUSABAQAH
HAFAZAN DAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT
MABIQ TAHUN 2022 BERSAMAAN 1443 HIJRAH

In shaa allah, Kita mulakan majlis kita pada petang


ini dengan bacaan Ummul Kitab al-fatihah

Lagu Hadirin Diminta Berdiri Untuk Menyanyikan nasyid


Asmaul Husna Lagu Negaraku ,Lagu Negeri Kita Dan
Lagu Mabiq.

Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin


mengambil tempat masing-masing.
Bacaan Doa/ Tayangan Hadirin yang dirahmati allah sekalian,
Montaj
Untuk memberkati lagi majlis kita pada petang ini,
majlis dengan segala hormatnya, menjemput
saudara ____________________________ untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan…..

Terima kasih diucapakan kepada saudara


__________________________ di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan tayangan video montaj


yang telah dihasilkan oleh pelajar mabiq.

Sama-samalah kita menghayati video tersebut.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan


qasidah yang akan didendangkan oleh pelajar-
pelajar Mabiq dari kumpulan yang diberi jolokan
sebagai “Soutun Nasihah”

Dipersilakan……..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan yang bertenaga oleh kumpulan
“Soutun Nasihah” sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dirahmati allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan yang


berusaha,
1. Pengasas
2. Pengetua
Untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapakan kepada yang


berusaha,
___________________________________________
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Pengumuman Keputusan Majlis Kita Akan Diteruskan Dengan Penyampaian


/Penyampaian Hadiah Hadiah. Bagi Menyempurnakan Atur Cara Ini, Majlis
Menjemput Dan Mempersilakan Yang Berbahagia
Ustaz Mohd Zikri Selaku Mudir Mabiq, Diiringi Oleh
Timbalan Mudir 1, Ust Muhd Faris Untuk Naik Ke
Pentas. Dipersilakan.

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan


pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.

Penyampaian Hadiah Dimulakan Bagi Pertandingan


Hafazan/Tilawah Kategori A,B,C,D,F,E.

Penerima Hadiah Pertama Ialah Saudara

Dijemput Saudara………… Untuk Naik Ke Pentas


Menerima Hadiah.

Tahniah Diucapakan.

Seterusnya Penerima Hadiah Di Tempat Kedua

Seterusnya Penerima Hadiah Di Tempat Ketiga

Terima Kasih Diucapkan Kepada Ust Zikri Dan Ust


Faris Atas Penyampaian Hadiah Itu Tadi.

Sesi Bergambar Hadirin sekalian ,

Marilah kita Bersama – sama merakamkan


kenangan dengan sesi bergambar yang diadakan
oleh pihak majlis. Sila beri Kerjasama dan mengikut
arahan yang telah diberikan.
Penutup/Makan Malam Alhamdulliah….. dengan berakhirnya sesi
penyampaian hadiah sebentar tadi maka
MUSABAQAH HAFAZAN DAN TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT MABIQ TAHUN 2022 BERSAMAAN
1443 HIJRAH pada kali ini sampai ke
penghujungnya.

Saya mewakili majlis pada hari ini, ingin


mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak langsung. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita akhiri Majlis


pada hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan
surah al-asr
Sekian.
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMUALAIKUN W.R.T.

Anda mungkin juga menyukai