Anda di halaman 1dari 11

Protokol

Bismillahhirrahmannirrahim……
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Ketua-ketua Jabatan
6.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.      Para pelajar yang di rahmati sekelian

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita  bersama-
sama menjayakan  majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan kolej vokasional juasseh.

Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional
juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Bacaan khatam al-quran

Warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian


Tanpa melengahkan masa,  majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan ustad suhaimi bin mohamad  bagi mengepalai bacaan khatam
al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………bacaan khatam al-quran
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin
Mohammad atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut
peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.
           
Majlis memohon kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing bagi memudahkan
pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-masing sebentar lagi
oleh pensyarah pembimbing. Dipersilakan

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin-hadirat sekelian,
 Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2013. Buat
pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2013. Di antara
aktiviti program ihya’ ramadahan yang bakal dijalankan semasa penutupan program ihya’ ramadhan ini
adalah majlis khatam Al-Quran. Seperti kita sedia maklum ganjaran membaca dan mempelajari Al-Quran
di bulan ramadhan ini sangatlah besar. Jesteru, warga vokasional juasseh juga tidak ketinggalan untuk
membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat memanfaat bersama.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Antara aktiviti program ihya’ ramadhan yang telah dijalankan adalah,


i.                     .....

Ucapan perasmi
Warga dewan seri gemilang yang dikasihi
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia pengetua
cemerlang SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli  untuk menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadhan 2013
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej
Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2013 sebentar tadi

Persembahan tayangan Multimedia

Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan khas
sempena penutupan program ihya ramadhan 1434 H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply dan
para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah

Warga Kolej Vokasional juasseh yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang
telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2013. 

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  yang berusaha Timbalan
Pengarah sokongan  akademik  Pn Zaidah Binti danial untuk menjemput dan mengiringi  Yang
Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
….
Pemberian cenderamata

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Buat Pengetahuan hadirin, majlis pada pagi ini  juga khusus di adakan sempena perpisahan  pensyarah
ganti iaitu cik ......................
yang akan menamatkan  tugas di kv juasseh pada hari ini. Di harapkan anak-anak didik terutama kelas
yang di ajar oleh pensyarah ganti ini dapat  memanfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang telah di curahkan
oleh beliau selama ini. Hakikatnya, Kami warga KVJuasseh secara amnya,  sangat-sangat terhutang budi
atas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan sewaktu kalian berkampung disini. Apa yang kami
harapkan, agar kalian dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi sebaiknya, sebagai bekalan dalam
menempuh kerjaya pendidik atau kerjaya yang lain di masa mendatang...insya Allah. Apa yang pasti,
Kami warga vokasional juasseh  bakal merindui kehadiran beliau  sewaktu beliau berada di sini.  
Di kesempatan ini juga , majlis amat berbesar hati untuk memberikan sedikit  cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sehubungan dengan itu, Majlis
dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Diraikan ........................... untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dirai …………………


diatas kesudian menerima tanda kenangan sebentar tadi

Penyampaian duit raya

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak kolej kepada anak yatim
dan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan juga kepada semua pelajar. Di samping penyampaian
duit raya, turut di sempurnakan amanah wang zakat dari Bank Rakyat kepada pelajar yang terpilih.

Majlis juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-
masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada
semua murid mengikut tingkatan masing-masing.

……………….duit zakat
…………..anak yatim

 majlis pemberian sumbangan anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan diteruskan
dengan mempersilakan penerima pertama iatu….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah atas kesudian
menyampaikan hadiah, cenderamata dan sumbangan sebentar tadi.
Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah pembimbing yang telah
menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas masing-masing sebentar
tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan en md
razali dan ustad abdussyahid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian
di suasana yang baru.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan  ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun 2013  ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Bersalam-salaman

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara
satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan
antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan,
hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta pensyarah  lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan pensyarah
wanita disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian. Dipersilakan

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di ingatkan juga kepada
semua pelajar,  anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan
Dipersilakan peserta khatam untuk mengambil rehal. Dijemput ust samzini untuk mengetuai
bacaan yassin. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua
sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau
Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara
Bismillahirrahmanirrahim… Yang Berusaha TN HJ OTHMAN BIN HASHIM (Pengetua SMK
Agama Putrajaya) Yang dihormati DATIN HAJJAH.HALIZAH BT ABD MAJID (Penolong Kanan
Pentadbiran) USTAZ SAMZINI BIN ABDULLAH (Penolong Kanan HEM) PN.ROSLAH BT
MOHD RANI (Penolong Kanan Kokurikulum) guru-guru kanan matapelajaran, barisan guru,
1

serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan ke
Majlis Khatam Al-Quran SMK AGAMA PUTRAJAYA TAHUN 2015 bersamaan 1436H.

9.15 pagi

Kata-kata aluan

Untuk makluman hadirin sekalian, Majlis Khatam Al-quran ini adalah merupakan kemuncak
kepada program tadarus al-quran yang telah diadakan sempena kedatangan bulan
Ramadhan Al-Mubarak dengan jumlah peserta seramai … orang yang terdiri daripada …
orang murid lelaki dan … orang murid perempuan.

Majlis Khatam

Hadirin sekalian, Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan ust syazwan untuk mengetuai bacaan khatam al-quran. Dipersilakan….
****Selesai Bacaan Khatam… Alhamdullillah, begitulah tadi alunan bacaan alquran yang
cukup indah yang telah dibacakan oleh peserta-peserta khatam al-quran diketuai oleh ust
syazwan . Jutaan Terima Kasih diucapkan…

Persembahan Qasidah

Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menceriakan majlis kita pada hari ini, majlis diisusuli
dengan persembahan nasyid dari kump soutul iltizam jr. dan qasidah dari kump assaufi.
Dipersilakan. *****MODERATOR

Begitulah persembahan mendidik jiwa yang telah dialunkan oleh KUMPULAN NASYID
SOUTUL ILTIZAM DAN KUMPULAN AS SHAUFI sebentar tadi. Diharapkan semua hadirin
terhibur dengan persembahan itu tadi.

10.20

Ucapan pengetua

Hadirin sekalian, Majlis Khatam Al-quran kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan
Ucapan aluan yang akan disampaikan oleh TN HJ OTHMAN BIN HASHIM( Pengetua
SMAPUTRA) Majlis dengan segala hormat takzimnya mempersilakan.. ******UCAPAN………..
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada TN.HJ OTHMAN BIN HASHIM atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Penyampaian hadiah dan saguhati

Hadirin sekalian, Tibalah kita pada acara kemuncak majlis khatam al-quran pada hari ini iaitu
penyampaian cenderamata kepada pesertapeserta khatam al-quran yang memberikan
komitmen yang baik sepanjang program tadarus al-quran berlangsung. Semoga dengan
usaha ini akan dapat menyuntik semangat mereka mencintai al-quran dan mengamalkan isi
kandungan al-quran.

Dengan itu, majlis mempersilakan TN.HJ OTHMAN BIN HASHIM(Pengetua SMAPUTRA)


diiringi DATIN HJH HALIZAH BT ABD MAJID (Penolong Kanan Pentadbiran) untuk tampil
menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada semua peserta yang terpilih. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.. Turutan Hadiah : 1) Pertandingan kad hari raya 2) Hibah
3) Hafazan 4) KDS 5) PPIM 6) Badminton Selesai penyampaian hadiah

Cari ikan tepian selasih, Anak keli main di jeti, Kami ucapkan terima kasih, Budi dan bakti
tetap di hati. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada TN HJ OTHMAN BIN HASHIM
dan DATIN HJH HALIZAH BT ABD MAJID atas kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta khatam al-
quran tahun 2015 yang telah memberikan komitmen yang baik dan tidak lupa juga kepada
semua barisan pemenang yang telah diumumkan sebentar

tadi.

Untuk makluman semua, jumlah kutipan SAHAM JARIAH yang telah dilancarkan pada awal
Ramadhan adalah sebanyak...... Duit sumbangan yang telah diperolehi disumbangkan
sebagai duit raya dan cenderamata peserta tadarus Al Quran. (tgok keadaan) Bersurai

Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah
sudah MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SMAPUTRA BAGI TAHUN 2016 /1437H.
Pihak majlis bagi pihak PANITIA PENDIDIKAN ISLAM dengan ini merakamkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru smaputra yang telah
menaburkan bakti dalam menjayakan majlis khatam alquran pada tahun ini. Semoga segala
usaha dan bakti yang dicurahkan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah S.W.T. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada semua murid yang terlibat dalam menjayajakan
program tadarus al quran bagi tahun 2016. Majlis juga ingin memohon maaf jika terdapat
sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Pergi ke dusun
menjolok kelapa, Kelapa muda tidak berisi, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua
kembali.

5
Bagi mengakhiri pertemuan kita pada hari ini, kita sudahi dengan acara bersalaman dan
bermaaf-maafan sambil berselawat disulami dengan iringan lagu Aidilfitri sempena Aidilfitri
yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya wakil murid-murid SMAPUTRA ingin
memohon maaf zahir dan batin sempena Aidilfitri dan semoga segala amalan kita diberkati
dan diterima Allah. Majlis buat akhirnya mempersilakan TN HJ OTHMAN BIN HASHIM dan
DATIN HJH HALIZAH BT ABD MAJID bagi mengetuai acara bersalaman sesama guru dan
murid lelaki dan perempuan di samping mengedarkan cenderamata khatam al quran
kepada semua murid. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah.. Wassalamualaikum w.b.r.k.t.h

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan
Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam
Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini.
Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada
program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains
perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama
dengan Majlis Ambang kemerdekaan.

semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan
seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam
melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita
yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar”

Surah al-Isra':9
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin bacaan
doa.
(baca doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara Ali
bin Baba.

(baca alquran  baca doa khatam Al-Quran)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada petang
ini .
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin
sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.
Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah

Anda mungkin juga menyukai