Protokol
Bismillahhirrahmannirrahim……
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5. Ketua-ketua Jabatan
6. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7. Para pelajar yang di rahmati sekelian
Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita
bersama-sama menjayakan majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan kolej vokasional
juasseh.
Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd
Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional
juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut
peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.
Majlis memohon kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing bagi
memudahkan pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-
masing sebentar lagi oleh pensyarah pembimbing. Dipersilakan
Ucapan alu-aluan MC
Hadirin-hadirat sekelian,
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2013.
Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2013.
Di antara aktiviti program ihya’ ramadahan yang bakal dijalankan semasa penutupan program ihya’
ramadhan ini adalah majlis khatam Al-Quran. Seperti kita sedia maklum ganjaran membaca dan
mempelajari Al-Quran di bulan ramadhan ini sangatlah besar. Jesteru, warga vokasional juasseh juga
tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat memanfaat
bersama.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.
Ucapan perasmi
Warga dewan seri gemilang yang dikasihi
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia pengetua
cemerlang SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadhan 2013
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berbahagia Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2013 sebentar tadi
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan
khas sempena penutupan program ihya ramadhan 1434 H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply
dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan
yang telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2013.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Timbalan
Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti danial untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
….
Pemberian cenderamata
Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak kolej kepada anak
yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan juga kepada semua pelajar. Di samping
penyampaian duit raya, turut di sempurnakan amanah wang zakat dari Bank Rakyat kepada pelajar
yang terpilih.
Majlis juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua murid untuk berada di barisan kelas
masing-masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan memberikan sumbangan duit
raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-masing.
……………….duit zakat
…………..anak yatim
majlis pemberian sumbangan anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan diteruskan
dengan mempersilakan penerima pertama iatu….
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah atas kesudian
menyampaikan hadiah, cenderamata dan sumbangan sebentar tadi.
Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah pembimbing yang telah
menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas masing-masing
sebentar tadi.
Penutup
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya
Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan en md
razali dan ustad abdussyahid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian di suasana yang baru.
Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan pada tahun 2013 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengacarakan Majlis ini.
Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim
kekeluargaan antara kita.
Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya
dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim
Sehubungan dengan itu diminta pensyarah lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan
pensyarah wanita disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian.
Dipersilakan
Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di ingatkan juga
kepada semua pelajar, anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja.
Dipersilakan