Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE PERKARA CATATAN


SALUTASI Sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang Dihormati
EN. SUHADI BIN SALLEH
Penolong PPD Hal Ehwal Murid PPD Johor Bahru

Yang berusaha,

EN KHARUDDIN BIN ABD RAUF


Pengetua SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

EN ABDUL MONIR BIN KAMBANG


Penolong Kanan Pentadbiran,

PUAN HAJAH NAIMAH BINTI DAUD


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

PUAN NORAZEAN BINTI HARUN


Penolong Kanan Kokurikulum,

PUAN NEZELYN SURAYA BINTI _________________


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru kanan bidang, guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Aluan pembukaan

1
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran


kehadrat illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan
dan kelapangan masa untuk kita bersama-sama menjayakan majlis PERASMIAN
ihya’ ramadhan SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

doa Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan dibacakan oleh saudara

______________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

_____________________________________________

atas bacaan doa itu tadi.

Bacaan alquran

2
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hadirin yang di rahmati Allah sekelian

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Rasulullah SAW bersabda, “ “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan


datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. Hadis Riwayat
Muslim.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati bacaan ayat suci alquran nur qarim
yang akan di bacakan oleh al fadhil ustaz Muhammad Ridhuan bin

_______________ serta terjemahan yang akan dibacakan oleh saudara

____________________________________________________

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan diatas alunan bacaan ayat suci alquran tersebut.

Pengenalan program
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Program ihya ramadhan ini merupakan program yang di anjurkan oleh pihak
sekolah bagi menyemarakkan lagi keindahan bulan ramadhan ini. Untuk makluman
hadirin sekalian pelbagai program telah pun dirancang supaya semua warga sdary
memperoleh manfaat dari bulan yang barakah ini. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah majlis khatam al-quran yang akan berlangsung dipenghujung ramadhan dan
banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

3
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

ceramah
Hadirin yang dirahmati allah sekalian

elok kiranya majlis ini diteruskan dengan pengisian ceramah dan qasidah. Jadi
tanpa melengahkan masa majlis diteruskan dengan pengisian ceramah yang akan
disampaikan oleh ustaz mohd riduan bin ______________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

terima kasih diucapkan kepada penceramah kita dan juga barisan pengalun
qasidah. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pengalun qasidah ini merupakan ahli-
ahli kelab nasyid SMK Dato Abdul Rahman Yassin.

Ucapan perasmian Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan sesi ucapan perasmian. Majlis dengan penuh takzim
menjemput Yang Berusaha En. Kharuddin bin Abd Rauf, pengetua SMK Dato Abdul
Rahman Yassin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
pada hari ini.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************* **********************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan perasmian sebentar

4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

tadi.

Untuk perhatian hadirin sekalian, penyempurnaan gimik bersimbolikkan Al-quran ini


dipilih kerana bulan ramadhan ini merupakan bulan dimana turunnya al-quran
selaras dengan firman Allah pada surah Al-Baqarah ayat 185 bermaksud “bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian
manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pentunjuk dan
menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang bathil.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya perasmian sebentar tadi, maka majlis ini sudah sampai
kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Hadirin sekalian

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

5
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian ihya’
ramadhan pada tahun 2024 ini. Semoga setiap aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari yang maha esa.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian wabillahitaufik walhidayah assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai