Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN 2024

STEP KEYWORD TEKS / AYAT

1 BASMALLAH Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim………

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


2 SALUTASI Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha,
Pn. Nor Haryati binti Imam Khatabi,
Pengetua SMK Seri Hartamas.

Yang dihormati,
Pn. Jamilah bt. Muhammad Koya,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru kaunseling,


rakan-rakan guru, murid-murid dan seluruh hadirin dan
hadirat yang dikasihi sekalian.

3 KATA-KATA Hadirin yang dirahmati,


ALUAN
PENGACARA Tema diberi Barakahnya Ramadan,
Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera…


Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan Ummul
Kitab Al-Fatihah…………Amin-amin ya rabbal alamin.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat
Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita
meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini,
dapat kita dipertemukan dalam Majlis Pelancaran Ihya
Ramadan.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali


ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan
yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima,
bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah.

Allah telah berfirman,

‫ِبۡس ِم ٱِهَّلل ٱلَّر ۡح َٰم ِن ٱلَّر ِح يِم‬


‫﴿َٰٓيَأُّيَها ٱَّل ِذ يَن َء اَم ُن وْا ُك ِتَب َع َلۡي ُك ُم ٱلِّص َياُم َك َم ا ُك ِتَب َع َلى ٱَّل ِذ يَن ِم ن‬
﴾١٨٣ ‫َقۡب ِلُك ۡم َلَع َّلُك ۡم َتَّتُقوَن‬
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan
atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

(Surah al-Baqarah ayat 183)


4 BACAAN AYAT Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
AL-QURAN OLEH
PELAJAR Seterusnya, kita akan diperdengarkan dengan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran daripada wakil murid Tingkatan
3. Marilah sama-sama kita mendengar serta menghayati
bacaan surah _________________ayat _____________
serta terjemahannya. Untuk itu majlis dengan segala
hormat dan takzimnya menjemput dan mempersilakan
adik _______________________________. Falya
tafaddhol masykura.

Sadaqallahul’aziim. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada adik _______________________________ di
atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya
itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini diberkati dan
diredai oleh Allah S.W.T
5 GIMIK Para guru dan murid sekalian,
PERASMIAN

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kita semua,


gimik pelancaran dan perasmian Ihya Ramadan 1445
Hijrah. Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Pn. Nor Haryati binti
Imam Khatabi diiringi oleh Pn. Jamilah binti Mohammad
Koya. Dipersilakan…

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*******gimik perasmian*******

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Nor


Haryati binti Imam Khatabi Pengetua SMK Seri
Hartamas, dan Pn. Jamilah binti Mohammad Koya, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran di atas perasmian sebentar
tadi.

Dengan berakhirnya gimik perasmian, maka pelancaran


program Ihya Ramadan, bermula dengan rasminya.

6 TAZKIRAH Hadirin dan hadirat sekalian,


RINGKAS
Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas berkaitan
dengan Ihya Ramadan. Dengan ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Ismail bin
Masron.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

***ceramah***

Demikian tadi satu tazkirah ringkas yang amat


berinformasi dan bermakna buat kita. Terima kasih
diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Masron atas
kesudian memberikan tazkirah kepada warga SMK Seri
Hartamas.

7 PELANCARAN Hadirin yang dihormati,


TABUNG IHYA
RAMADAN Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran tabung Ihya
Ramadan. Majlis sekali lagi menjemput dan
mempersilakan puan pengetua, Puan Nor Haryati binti
Imam Khatabi diiringi Pn. Jamilah binti Mohhammad
Koya bersama dengan barisan guru kanan mata pelajaran
untuk melancarkan tabung Ihya Ramadan.

*****Pelancaran Tabung Ihya Ramadan*****

Terima kasih di ucapkan kepada barisan pentadbir di atas


kesudiaan untuk melancarkan tabung Ihya Ramadan
sebentar itu tadi.

Hadirin yang di kasihi,

Untuk pengetahuan semua, tabung Ihya Ramadan ini akan


diedarkan kelas ke kelas setiap 3 kali seminggu iaitu pada
hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hasil daripada tabung ini
akan diinfaqkan untuk pengurusan surau dan akan
diinfaqkan juga kepada rakyat Palestin.

8 AKTIVITI Hadirin sekalian,


SEPANJANG
BULAN RAMADAN Kita di bulan Ramadan,
Di mana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima,
Doa kita di ijabah sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat ditutup,
Insyaallah kita diberi kesempatan untuk mendapat
keampunan dari-Nya.

Hadirin sekalian, buat pengetahuan semua, program Ihya


Ramadan akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2024.
Di antara aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan
Islam antaranya ialah Kuiz Ramadan terbuka kepada
semua pelajar tingkatan 3, tadarus al-quran murid dan
guru, Pertandingan mewarna poster Ramadan terbuka
kepada semua pelajar tingkatan 2, Pertandingan Membuat
Kad Raya yang terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1,
Pertandingan menghafaz surah al-Kahfi ayat 101-110
terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4, pertandingan
Video Kuliah 5 minit terbuka kepada semua pelajar,
Majlis Khatam al-Quran dan pelbagai lagi aktiviti yang
menarik akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan.

Diharap semua murid dapat bersama-sama menyertai


semua aktiviti yang dijalankan dan akan menjayakan
program ini.
9 PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,
NASYID
Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan
persembahan nasyid. Untuk itu majlis menjemput dan
mempersilakan, ________________________ untuk
menyampaikan persembahan nasyid yang bertajuk
___________________. Majlis mempersilakan.

*****Persembahan nasyid*****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________ atas persembahan yang menarik
sebentar tadi.

10 PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Ramadan disyukur banyakkan ibadat,


Hidup beramal bertunjang iman,
Majlis berakhir penuh syafaat,
Tanda ingatan sepanjang zaman.

Saya mewakili majlis pada hari ini, ingin mengucapkan


rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
sama ada secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini


dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.

Sekian sahaja daripada saya, salam hormat, wabillahi


taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai