Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PEGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA RMADHAN DAN

KHATAM AL-QURAN
BIL. CUE TEKS

1. PERARAKAN Semua murid diminta berdiri bagi menyambut perarakan


MASUK masuk kumpulan tadarus Al-Quran SMKGC2.
KUMPULAN
TADARUS Mengumumkan perarakan masuk kumpulan tadarus Al-
Quran SMKGC2.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..


2. UCAPAN ALUAN
PENGERUSI Yang Berusaha,
MAJLIS Puan Normala binti Abdul Rahman,
Pengetua SMK Guar Chempedak 2,

Encik Mohd Rosli bin Abdullah,


Penolong Kanan pentadbiran,

Encik Mohd Nashir bin Ibrahim,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cik Masitah binti Mat Said,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan guru kanan, guru – guru,


dan rakan murid yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang saya ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Alhamdulillah, seiring kita


menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem
yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam
MAJLIS PEGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA RMADHAN DAN
KHATAM AL-QURAN
Majlis
Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran bagi
tahun 2023.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali


ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan
yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan
diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan
Allah.

Allah telah berfirman.

Bismillahirrahmanirrahim.

(surah al-baqarah ayat 183)

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa,”

3. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


TAYANGAN
VIDEO Majlis diteruskan lagi dengan TAYANGAN VIDEO PROGRAM
RAMADHAN IHYA’ RAMADHAN.

Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi selesainya TAYANGAN VIDEO PROGRAM


IHYA’ RAMADHAN pada kali ini.
MAJLIS PEGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA RMADHAN DAN
KHATAM AL-QURAN

4. PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,

Untuk menyerikan lagi Majlis Khatam Al-Quran kita pada


harini, majlis ingin menjemput kumpulan Nasyid SMKGC2
yang akan mendendangkan 2 buah lagu sebagai halwa
telinga kita pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Nasyid SMKGC2


yang telah memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.

5. TAZKIRAH Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


RAMADHAN Majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Ramadhan yang akan
disampaikan oleh AL-FADHIL USTAZ WAN AZAHAR BIN WAN
ISMAIL, yang bertajuk PERSIAPAN MENYAMBUT
AIDILFITRI. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada AL-FADHIL USTAZ WAN


AZAHAR BIN WAN ISMAIL atas kesudian menyampaikan
ceramah itu tadi.

6. PERARAKAN Hadirin sekalian,


PESERTA
TADARUS Seterusnya majlis menjemput semua peserta tadarus Al-
NAIK KE Quran untuk naik ke pentas bagi meneruskan Majlis Khatam
PENTAS Al-Quran kita pada hari. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta tadarus itu


tadi.

Hadirin sekalian,
7. UCAPAN
TUAN Majlis kita akan diteruskan lagi dengan menjemput yang
PENGETUA berusaha TUAN PENGETUA, PUAN NORMALA BINTI ABDUL
RAHMAN untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
MAJLIS PEGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA RMADHAN DAN
KHATAM AL-QURAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Puan


Normala binti Abdul Rahman atas kesudian menyampaikan
ucapan itu tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


8. SUMBANGAN
CENDERAHATI Tanpa melengahkan masa, majlis akan diteruskan dengan
sesi penyampaian sumbangan cenderahati kepada semua
Khalifah bacaan Al-Quran, peserta Tadarus Al-Quran,
Penerima Bakul Rahmah serta sumbangan kepada semua
Pekerja kebersihan dan Pengawal Keselamatan.

Dengan ini, Majlis menjemput Encik Mohd Rosli bin Abdullah


untuk mengiringi Tuan Pengetua bagi menyempurnakan
acara. Dipersilakan.

Pertama sekali, Majlis ingin menjemput Ustaz Wan Azahar


bin Wan Ismail untuk menerima sumbangan Khas.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Puan


Normala binti Abdul Rahman atas kesudian
menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati itu tadi.
Majlis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua penerima cenderahati itu tadi atas kesudian
menghadirkan diri di Majlis Ihya Ramadhan SMK Guar
Chempedak 2, kali ini.

9. SUMBANGAN Hadirin hadirat sekalian,


DUIT RAYA
Sebelum semua murid dibenarkan pulang, pihak sekolah
berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya
kepada semua murid. Jadi kita akan adakan sesi bersalam –
salaman sebentar lagi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


10. PENUTUP
Kita telah sampai ke penghujung majlis. Dengan berakhirnya
sesi sumbangan Cenderahati itu tadi, maka berakhirlah Majlis
Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.
Semoga segala apa yang telah kita lakukan pada hari ini akan
MAJLIS PEGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA RMADHAN DAN
KHATAM AL-QURAN
mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dan
keredhaan dari Allah S.W.T.

Saya mewakili Jawatankuasa pengelola Majlis Ihya


Ramadhan 2023 ingin menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan semasa majlis
berlansung. Terima kasih kepada semua hadirin dan Saya
selaku wakil murid SMKGC2 ingin mengucapkan SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA GURU SMKGC2. Sekian, wabillahitaufiq
walhidayah, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai