Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROTOKOL
Assalamualaikum
Yang Berusaha, Puan Hasliani bt Mohd Hamali – Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai
Yang Dihormati, Encik Daud b Idris – GPK HEM
En Rameli b Yaakub – GPK KOKO
Puan Norazian bt Zainol Abidin – Penyelaras Menengah
Guru-Guru serta Barisan peserta khatam al-quran yang dikasihi sekalian.

MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
Hadirin sekalian,
Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi
kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa
untuk kita bersama-sama menjayakan majlis khatam al-quran dan sumbangan kepada anak
yatim & asnaf 2022M/1443H peringkat SK Bandar 2 Paloh Hinai.

BACAAN KHATAM AL-QURAN


Warga SK Bandar 2 yang di rahmati sekelian,
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Justeru majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Khalifah Khatam Encik Sarifuddin
bin Abu Bakar Osman bagi mengetuai bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
**************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Sarifuddin
bin Abu Bakar di atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar
tadi.

Allah Ta’ala berfirman,

ِ َ‫ت ِمنَ ْالهُدَى َو ْالفُرْ ق‬ ‫ُأ‬


‫ان‬ ِ َّ‫نز َل فِي ِه ْالقُرْ َءانُ هُدًى لِّلن‬
ٍ ‫اس َوبَيِّنَا‬ ِ ‫ضانَ الَّ ِذي‬
َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
“bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara
yang hak dan yang batil)” QS. (Al Baqarah : 185)

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia
mendapat satu kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi
jika kita tidak merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

Begitu juga Sabda beliau,


َ ِ‫َم ْن قَ َرَأ بِ ِماَئ ِة آيَ ٍة فِى لَ ْيلَ ٍة ُكت‬
ُ ُ‫ب لَهُ قُن‬
‫وت لَ ْيلَ ٍة‬
“Siapa yang membaca 100 ayat pada suatu malam dituliskan baginya pahala shalat sepanjang
malam” (Riwayat Iman Ahmad)

Hadirin-Hadirat sekalian,
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan sumbangan kepada anak yatim dan
Asnaf 2022/1443H. Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula
sepanjang bulan ramadhan 2022. Di antara aktiviti program ihya’ ramadhan anjuran Panitia
Agama Islam telah dijalankan adalah :
(Dalam wasap)

PENYAMPAIAN CENDERATA MATA DAN SIJIL KEPADA PESERTA KHATAM


Majlis diteruskan……………………..

UCAPAN PENUTUP PERASMIAN


Hadirin Hadirat yang dikasihi.

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Justeru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berusaha Puan
Hasliani bt Mohd Hamali – Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai untuk menyampaikan
ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan Majlis Khatam Al Quran dan
Sumbangan kepada anak yatim dan Asnaf 2022H/1443M
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berusaha,
Puan Hasliani, Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai di atas ucapan dan penyempurnaan
perasmian Penutupan Majlis Khatam Al Quran itu tadi.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM & ASNAF
Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan daripada pihak sekolah kepada anak-
anak yatim dan asnaf.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati,
Barisan GPK untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, Puan Hasliani bt Mohd
Hamali – Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai , bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ingin merakamkan sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan pada tahun 2022 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SESI BERSALAMAN dan DUIT RAYA


Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, marilah kita bermaaf-maafan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim
kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya
dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Anda mungkin juga menyukai