Anda di halaman 1dari 8

MC UCAPAN CATATAN

wani
Assalamu’alaikum…

En Wan Zulkainain b. Wan Ramli

Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Lembah Jabor.

Pn. Yuswati binti Yusof

Penolong Kanan Pentadbiran

En. Mohamad Zawawi bin Hamad

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohd Jupiter bin Md Sidek

Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru- guru Panitia,

Rakan-rakan guru,

Dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,

Selamat datang kami ucapkan.

Ke Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan Sekolah Kebangsaan Lembah


Jabor bagi sesi 2022/2023.

Assalamualaikum salam sejahtera

Pembuka kata lidah bicara

Izinkan saya mulakan acara

Semoga majlis disambut ceria

Kita mulakan majlis kita pada hari ini, dengan bacaan Ummul Kitab
Al-Fatihah..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah,


Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhan Kareem
yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Penutupan Ihya’ Ramadhan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor,
bagi sesi 2022/2023 bersamaan 1443 Hijrah.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala


ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan
doa hambaNya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah.

Firman Allah:

‫ياأيها الذين آمنوا کتب عليکم الصيام کما کتب على الذين من قبلکم لعلکم تتقون‬

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar
kamu bertaqwa”.

(surah al-baqarah ayat 183)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: “ Diam orang yang


berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya
mestajab dan amalannya digandakan”. Hadith riwayat Ibn majjah
di dalam ‘amali, daripada Ibn Umar dan Al-Dailami, daripada
Abdullah bin Abu Aufa

Anugerah di kecap si anak watan

Mengangkat senjata bidalan suara

Menadah tangan memohon keberkatan

Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya, menjemput

Ustaz Mohd Asmawi bin Husain

Untuk memimpin bacaan Doa.

Majlis dengan ini mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Amawi bin Husain

Diatas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ semua
amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali
ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda,
Allah Azza Wajalla berkata:” melainkan puasa, kerana ia
untuk-KU dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-KU.” Bagi
orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan
semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui
Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa)
kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau
Kasturi. “

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Guru-guru dan murid-murid yang dirahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz Fauzi bin


Zakaria Ketua Panitia Pendidikan Islam untuk menyampaikan
ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Ustaz atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang di rahmati sekalian….

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis ini.


Dengan ini…

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Wan Zulkainain


Bin W. Ramli Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor
untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Guru- guru dan murid-murid yang dirahmati Allah sekalian…

Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan pembukaan memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Nasyid daripada murid-


murid Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.

Dengan ini majlis mempersilakan …

Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan tadi.

Untuk makluman para hadirin, persembahan tadi dibimbing oleh


Cikgu Hastina binti Abdullah dan Cikgu Mohd Fazlan Md Nor
Zainudin..

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ustaz fauzi selaku ketua


panitia agama islam bg mengiringi Encik Wan Zulkainain Bin W.
Ramli Guru Besar Sk Lembah Jabor naik ke pentas dengan diiringi
untuk menyampaikan sumbangan untuk asnaf dan anak yatim
kepada murid-murid.

Murid-murid yang menerima sumbangan ini ialah …..

(Rujuk helaian senarai nama asnaf dan anak yatim)

Terima kasih kepada En. Wan Zulkarnain bin W. Ramli atas kesudian
menyampaian sumbangan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput ………………………. bagi mengiringi


…………………….untuk menyampaikan cenderahati kepada murid-
murid SK Lembah Jabor.

Bagi kategori murid-murid Khatam Al Quran

Murid-murid yang terlibat ialah ..

(rujuk helaian senarai nama khatam al quran)

Seterusnya, Bagi kategori pertandingan mewarna.

Pemenang bagi pertandingan mewarna ialah…

(rujuk senarai nama pemenang pertandingan mewarna)

Terima kasih kepada ……………….. dan…………….. atas


penyampaian sebentar tadi.

Seterusnya, majlis penyampaian duit raya. Majlis menjemput dan


mempersilakan ……………………… bagu mengiringi………………..
Untuk menyampaikan duit raya kepada murid-murid.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada ……………….. dan…………….. atas


penyampaian duit raya sebentar tadi.

Alhamdulillah…. Dengan berakhirnya pembahagian duit raya tadi,


maka Program Khatam Quran dan Penutupan Ihya’ Ramadhan bagi
sesi 2022/2023 bersaman 1443 Hijrah pada kali ini sudah sampai ke
penghujungnya.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

Di kesempatan ini, saya Nurul Syazwani Mohamad Ghaazali dan


Mohd Firdaus bin Nordin ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Selamat Hari
Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Akhir kalam, marilah sama-sma kita akhiri Majlis pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah A-‘asr

Sekian Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai