Anda di halaman 1dari 5

Protokol

1. Yang berusaha En Kamaruddin bin Asrap, Guru Besar SKBP SKK,


2. Yang di hormati penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Khairul Azly bin Ahmad
3. Yang DiPertua Ibu bapa Dan Guru, Tn Hj Shahrin bin Rosmin
4. Yang di hormati En Rosman bin Md Sidek, GPK HEM
5. En Zahari bin Natimi , GPK KOKO
6. Rakan-rakan guru seterusnya
7. Para pelajar yang dirahmati dan dikasihi sekelian
8.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil mengucapkan kalimah


Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya jua,
mengizinkan kita berhimpun dan bertemu sekali lagi sempena menyambut Maal Hijrah
1440 Hijrah di bawah tema menyantuni ummat membawa berkat peringkat SKBP. Tidak
lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan agong menegakkan syiar Islam
di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat tahun baru ini, kita sentiasa
dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneladani pengorbanan dan ketaqwaan
generasi Islam terdahulu.

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran kesemua warga SKBP dan
juga kehadiran tuan penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Khairul Azly bin Ahmad,
kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang amat besar
maknanya ini. Semoga dengan kesudian Al Fadhil Ustaz Khairul Azly bin Ahmad
meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh
barakah ini.
Bacaan Doa
Warga dewan yang di rahmati sekelian
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis di teruskan dengan bacaan doa. Jesteru
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ustaz Abdul Hadi bin
Hamzah bagi mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz Abdul
Hadi bin Hamzah atas bacaan doa sebentar tadi.

Kata Aluan Pengacara Majlis


Peristiwa Hijrah merupakan sebuah sejarah yang telah ditulis dengan tinta emas.
Secara sedar atau pun tidak, sepanjang detik waktu yang silih berganti, telah luput
1439 tahun, peristiwa Hijrah meninggalkan kita. Namun setiap kali memperingati
peristiwa ini, kita tidak akan terlepas daripada watak-watak utama para sahabat yang
cemerlang bekorban jiwa dan raga, harta mahu pun kaum keluarga. Mereka adalah
potret generasi khairun ummah (umat terbaik), generasi model tauladan dan generasi
rabbani yang perlu menjadi contoh sepanjang zaman. Malah apa yang lebih
mengagumkan, penghijrahan yang telah dilakukan oleh baginda rasul dan para
sahabat merupakan satu rakaman peristiwa sejarah yang tidak pernah berlaku pada
mana-mana umat terdahulu mahu pun tamadun sebelumnya. Ini adalah sebuah
keajaiban iman yang ditanam oleh Rasulullah SAW di dalam diri para sahabat yang
bukan sahaja sanggup berhijrah meninggalkan ahli keluarga bah kan sanggup
memerangi ahli keluarga yang belum beriman bila mana Islam diancam.

Maka berhimpunnya kita pada hari ini jelas membuktikan satu bentuk
kelangsungan dan kesinambungan dalam penghayatan dan memperingati peristiwa
Hijrah sesuai dengan semangat dan iltizam kita untuk terus mendaulatkan Islam
sebagai agama terunggul, menjulang tinggi syiar Islam dan menjadikan umatnya
masyarakat bertamadun berpegang pada nilai-nilai mahmudah khususnya di kolej ini
dan di Malaysia amnya. Memetik ayat al-Quran dari surah an-Nisa ayat yang ke
seratus, Allah SWT berfirman,“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka
mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-
Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka
sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”

Ucapan GURU BESAR SKBP


Pergi ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan oleh Yang berusaha En. Kamaruddin
bin Asrap, Guru Besar SKBP SKK
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan En. Kamaruddin bin Asrap itu
tadi.

Ceramah Maal Hijrah & Baca Biodata.


Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengn ceramah oleh penceramah


jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata,
telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan
manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang di hormati Al Fadhil Ustaz Khairul Azly bin Ahmad, untuk
menyampaikan ceramah beliau ...mempersilakan
..................................................................ceramah..............................................................
Nun Di Sana Indahnya Kota
Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua
Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan.
Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Khairul Azly bin Ahmad

Pemberian cenderamata & Hadiah


Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi
berkongsi ilmu dan pengalaman sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha GPK HEM SKBP SKK En
Rosman bin Md Sidek, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Guru Besar
SKBP SKK En Kamaruddin bin Asrap untuk menyempurnakan penyampaian Hadiah dan
cenderamata.

Cenderamata Penceramah
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan,

Yang di hormati Al Fadhil ................., untuk menerima cenderamata


penghargaan dipersilakan
……………………………..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Guru Besar yang telah
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,


Senyum bukan sebarang senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari
ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian
kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima
kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan
Maal Hijrah Peringkat SKBP pada tahun ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di


kantin sekolah, dipersilakan.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al ‘Asr.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai